Share

Bab 8

Alisa berjalan menuju ke ruang tamu bersama satu cawan mi segera. Mi segera maggie berperisa tom yum itu telah menjadi pilihannya. Dia menghidupkan televisyen dan duduk bersila di tengah-tengah ruang tamu itu. Sesekali butang pada alat kawalan televisyen ditekannya untuk mencari saluran yang menarik.

Penutup mi segera dibuka. Dia sudah tidak tahan lagi. Dari pagi lagi dia tidak menjamah sebarang makanan. Sekarang jam pun sudah menunjukkan pukul sembilan malam. Nasib dia bukan seorang yang menghidapi penyakit gastrik.

Perutnya sudah berbunyi untuk menjamah sedikit makanan. Alisa tidak menunggu lama. Mi di dalam cawan itu ditiup dan disuapnya ke dalam mulut menggunakan garfu yang sedia ada. Berkerut wajahnya saat mengunyah mi yang masih panas itu. Alisa kemudian menghirup kuah mi segera itu sedikit. Nikmat sungguh rasanya.

"Hu~~"

Perbuatan Alisa tadi mati. Dia cuba mengamati bunyi yang baru sahaja dia dengar

Locked Chapter
Continue to read this book on the APP

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status