Share

Bab 4

Adam duduk pada penghadang bot. Wajahnya serius saat ini. Ray pula duduk di bahagian belakang. Tugasnya adalah mengawal arah tuju bot tersebut.

Dari jauh Adam sudah melihat kapal besar milik Loh Kuan. Dia mengangkat tangannya untuk memberi amaran kepada Ray agar dia memberhentikan bot tersebut.

"Kau yakin ke dengan apa yang kita nak buat ini?" soal Ray. Dia gugup sebenarnya. Takut jikalau nanti mereka akan ditangkap oleh Loh Kuan.

"Ini sahaja jalan yang kita ada." kata Adam bersama nada dinginnya. Dia kemudian membuka kotak ais yang dibawa oleh mereka tadi. Beberapa pucuk pistol dikeluarkan lalu diletakkan di dalam plastik kedap udara. Dia selitkan plastik tersebut di dalam seluar yang dipakainya. Baju hitam yang dibawa disarungkan pada kepala dan diikat ke belakang seperti ninja. Hanya matanya sahaja yang terlihat.

"Aku pergi dulu." kata Adam sebelum dia melompat masuk ke dalam a

Locked Chapter
Continue to read this book on the APP

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status