ZURIANA Imani bergegas semula ke kaunter untuk meminta tisu dan kembali mendapatkan Rayyan Zafrul semula, kemudian dia terus mengelap baju jejaka yang sudah basah itu.
Dengan tidak disengajakan Zuriana Imani mengelap bahagian dada bidang Rayyan Zafrul yang terdedah itu tanpa dia sedar. Cepat-cepat tangannya ditepis kuat oleh Rayyan Zafrul.
"Dah! Tak payah nak buat-buat baik! Buat malu aku aje!" marah Rayyan seraya terus berjalan keluar dari restoran itu dan terus meluru ke arah kereta Toyota Vios berwarna putih miliknya yang diparkirkan di hadapan restoran itu.
"Argghhh!! Tak guna betullah!" Hilang terus rasa laparnya akibat kejadian yang memalukan sebentar tadi. "Takpe... takpe perempuan... kau tunggu ajelah... ada ubi ada batas," mengomel Rayyan seorang diri di dalam keretanya itu seraya tangannya menarik blazer yang digantungkan di tempat duduk belakang keretanya.
Nasib baik dia sentiasa menyediakan blazer di dalam keretanya. Bolehlah... Takdelah nampak jelas sangat. Rayyan Zafrul terus memandu keretanya laju menuju ke Zuhrah Holding.
Syamira berlari mendapatkan Zuriana Imani yang terduduk menangis di hadapan kaunter restoran itu. Semasa kejadian itu tadi, dia sedang berbual dengan kakaknya di dalam telefon. "Zuriana? Ya Rabbi... kenapa ni? Kenapa boleh jadi macam ni? Siapa yang buat ni?" soal Syamira bertalu-talu, terkejut bukan kepalang dia sebaik sahaja melihat keadaan sahabat baiknya itu yang agak sugul di hadapannya dengan makanan yang sudah berselerak di atas lantai. "Kalau aku tahu siapa punya angkara ni, siaplah dia!"
"Tadi dia terlanggar seorang mamat ni. Habis basah baju mamat tu, lepas tu mamat tu marahkan dia kaw-kaw tadi," ujar salah seorang dari pekerja restoran yang sedang membersihkan lantai di situ kepada Syamira.
"Oh... Ye ke? Okey Zuriana, jom kita balik ajelah... lagipun kejap lagi kau ada meeting..." ajak Syamira sambil memeluk bahu Zuriana Imani seraya bingkas bangun dan beredar keluar dari restoran itu.
BLAZER dibetulkan supaya nampak elok dan menutupi bahagian badan yang basah dan langkahnya terus terhenti di hadapan pintu lif. Beberapa saat selepas itu, pintu lif terbuka sepantas kilat dia menapak masuk ke dalam perut lif itu, butang bernombor 26 ditekan dan pintu lif bergerak perlahan untuk ditutup. Belum tertutup rapat pintu lif itu, tiba-tiba ianya dihalang oleh seseorang lalu pandangan mata Rayyan Zafrul yang bersendirian di dalamnya terpandang satu figura dan wajah gadis yang menaikkan amarahnya semasa di restoran Mc'D sebentar tadi.
Zuriana Imani yang menghalang pintu lif itu dari tertutup, namun sebaik sahaja dia terpandang wajah Rayyan Zafrul dengan baju kemeja birunya yang basah dan ada kesan kotor yang ternampak sedikit di bahagian dada walaupun cuba disembunyikan dengan blazer itu, terus langkahnya terhenti seraya mengundurkan dirinya ke belakang, tetapi Rayyan Zafrul bertindak dengan lebih pantas dengan mencapai pergelangan tangan gadis manis itu seraya menariknya untuk masuk ke dalam perut lif itu sekali.
"Kau jangan nak lari. Masuk sini cepat," arah Rayyan Zafrul seraya menggenggam kuat pergelangan tangan Zuriana Imani.
Gadis manis itu hanya mengetapkan bibirnya. Dia hanya mampu berdiam diri. Malas nak bercakap dengan lelaki di sebelahnya ini. Err... Apa dia buat dekat sini? Entah-entah nak mengadu dengan bos aku pasal kejadian tadi ke? gerutu Zuriana Imani dalam hati.
"Ehem..." Sesungguhnya Rayyan Zafrul berasa sangat geram dan sakit hati dengan gadis di sebelahnya ini. "Boleh pulak kau buat-buat tak tahu ye? Lepas kau memalukan aku tadi?"
"Awak, saya kan dah min..." Kata-kata Zuriana Imani terhenti kerana mulutnya sudahpun ditekup oleh tapak tangan kiri Rayyan Zafrul dari terus bersuara.
"Aku tak nak dengar apa-apa alasan kau. Lepas aku habis meeting nanti, aku nak jumpa kau." Rayyan Zafrul memberi arahan seolah-olah syarikat ini dia yang punya.
"Jumpa? Nak buat apa? Saya bukannya kenal awak pun! Lagipun awak bukan bos saya," jawab Zuriana Imani seraya menjulingkan matanya ke atas tanda meluat.
"Aku peduli apa? Lagipun bos kau tu cousin aku." Dengan selamba Rayyan Zafrul berkata membuatkan gadis manis itu melopong sambil diperhatikan olehnya dengan renungan yang tajam di dalam lif itu.
Rayyan Zafrul merenung tepat ke arah anak mata gadis di sebelahnya ini, nampak jelas mata dia agak sembam dan merah sikit. Dia ni lepas menangis ke apa? Takkanlah kena marah sikit aje pun dah nangis?
Zuriana Imani terus menapak keluar dari perut lif dengan serta-merta sebaik sahaja pintu lif itu terbuka dan meninggalkan Rayyan Zafrul seorang diri di belakangnya. Dia terus menapak ke meja kerjanya seraya melabuhkan duduknya di kerusi seraya merebahkan kepalanya di atas meja kerjanya. Otaknya ligat berfikir, "apa lagi yang lelaki tu nak? Dia masih tak puas hati dengan aku lagi ke?"
Sedang asyik Zuriana Imani mengelamun, dia tidak sedar akan pengurus syarikat, Aryan Syah sudahpun berada di hadapannya.
"Err... Zuriana, jauh mengelamun nampaknya."
"Oh, Encik Aryan... maaf." Zuriana Imani tersedar dari lamunannya seraya bingkas bangun dan terus merampas fail yang berada di atas mejanya.
"Are you ready?" Aryan Syah bertanya.
"Yes."
"Oh ya. Kenalkan ini Encik Rayyan Zafrul Bin Dato' Azahari, wakil dari RZA Holdings untuk menyertai mesyuarat kita pada petang ini," ujar Aryan Syah memperkenalkan Rayyan Zafrul kepada Zuriana Imani. Gadis manis itu terlopong sambil mengerling Rayyan Zafrul yang berdiri di sebelah Aryan Syah. Manakala Rayyan Zafrul pula sudahpun menoleh ke arah lain.
"Ehem... Zuriana, tengah kutuk siapa tu?" Aryan Syah bertanya.
"Oh... mak kau!" Zuriana Imani terperanjat sebaik sahaja suara garau Aryan Syah menampar telinganya dan menyebabkan mug terlepas dari tangannya. Mug yang berisi air koko panas itu jatuh terhempas di atas lantai.
Zuriana Imani terduduk namun Rayyan Zafrul segera mendapatkannya dengan menarik lengan gadis itu. Zuriana Imani terpempan dengan tindakan Rayyan Zafrul.
"Maaf..." Rayyan Zafrul terus melepaskan pegangan tangannya.
Eh? Pandai pulak dia ni minta maaf. Ingatkan tak reti minta maaf...
"Zuriana, awak okey?" Aryan Syah bertanya.
"Saya okey."
"Baiklah kalau macam itu, saya nak minta diri dulu. Oh ya, lupa. Ni Encik Rayyan cakap dia nak jumpa awak dan nak bawak awak keluar sekejap, awak macam mana? Setuju?"
Zuriana Imani terlopong dan mengerut dahinya. Rayyan Zafrul pula sudah menjongketkan kening kirinya. Jantungnya bergetar dengan laju bila merenung tepat ke arah wajah Rayyan Zafrul. Dia sendiri pun tidak tahu kenapa?
"ENCIK, encik nak bawa saya pergi ke mana ni?" soal Zuriana Imani. Panggilan 'awak' yang dia guna sebelum ini untuk Rayyan Zafrul terus bertukar kepada gelaran 'encik' serta-merta sebaik sahaja dia mengetahui lelaki yang sedang memandu di sebelahnya ini merupakan seorang yang berpengaruh.
"Tak payahlah nak ber'encik' dengan aku, panggil aku Rayyan aje dah cukup," balas Rayyan Zafrul sambil fokus memandu.
"Err... kita nak ke mana ni... Rayyan?" Kekok saja Zuriana Imani memanggil nama Rayyan buat pertama kali.
"Hoi! Berjalan tu mata letak kat mana? Kat lutut? Kat punggung? Senang je nak minta maaf... ni baju aku yang dah basah ni... nak buat macam mana?! Dah! Tak payah nak buat-buat baik! Buat malu aku aje!"
Masih jelas di telinganya ayat-ayat yang di hamburkan oleh Rayyan Zafrul kepada dirinya tengah hari tadi. Matanya kembali berkaca sebaik sahaja teringatkan peristiwa di restoran Mc'D tengah hari tadi.
Rayyan Zafrul yang memandu di sebelahnya sempat menjeling dan mengalihkan pandangan matanya ke arah Zuriana Imani, dilihatnya gadis itu sedang menyeka air matanya yang gugur. Dah kenapa pulak dengan dia ni? Takkanlah dia masih teringatkan perkara bodoh tengah hari tadi kot? Rayyan... Apa kau dah buat ni? Papa kan dah pesan selalu pada kau Rayyan. Jangan sesekali menjatuhkan air mata perempuan. Jangan sesekali sakitkan hati lembut perempuan. Papa, maafkan Rayyan pa... Rayyan tak sengaja. Rayyan bermonolog dalam hati sebaik sahaja mendapati gadis cantik di sebelahnya ini menangis dan dia tahu semuanya berpunca dari dia.
"Jom. Cepatlah keluar, ikut aku..." ajak Rayyan. Dia sebenarnya ingin membawa Zuriana Imani keluar makan bersama dan temankan dia membeli baju baru di pusat membeli belah Pavilion.
"Awak, buat apa bawa saya sampai ke sini? Saya tak biasalah," ujar Zuriana Imani, polos. Sesungguhnya dia tak biasa datang ke tempat seperti ini.
"Takpe. Ikut aje. Aku nak beli baju baru ni... Takkan aku nak pakai baju kotor ni kot? Tak selesa tau... lagipun aku tahu kau tu belum makan apa-apa lagi. Betul tak?" jawab Rayyan Zafrul panjang lebar. Dia rasa bersalah kepada Zuriana Imani kerana memarahi gadis itu di khalayak ramai tengah hari tadi.
Rayyan Zafrul terus melolos masuk ke dalam lot kedai pakaian lelaki berjenama Polo Sport dan terus memilih baju di situ, manakala Zuriana Imani dibiarkan tercegat berdiri di hadapan lot kedai itu.
Hmm... khusyuknya dia memilih baju. Nampak comel aje, getus hati Zuriana Imani sambil tersenyum memerhati jejaka tinggi lampai itu memilih baju.
Rayyan Zafrul berjalan di hadapan. Zuriana Imani pula hanya mengekorinya tidak jauh di belakang. Tiba-tiba sahaja Rayyan Zafrul berhenti dan berpaling ke belakang seraya menghampiri Zuriana Imani. "Kau tunggu dekat sini, aku nak pergi tukar baju sekejap. Jangan pulak pergi ke mana-mana okey?"
Rayyan terus mengatur langkah menuju ke satu bilik yang tidak jauh dari situ. Beberapa minit selepas itu dia keluar semula dengan mengenakan baju T-shirt Polo Sport berwarna biru laut dan berkolar putih, dia nampak sungguh kacak dan tampan.
Zuriana Imani menjadi tak keruan sebaik sahaja mendapati Rayyan Zafrul kini semakin hampir dengannya, jantungnya terasa bagaikan dipam dengan lajunya, dia tidak tahu kenapa dia perlu rasa sampai begitu sekali. Kacaknya... Matanya kini merenung tepat jejaka di hadapannya.
"Jom, kita pergi makan. Aku dah lapar ni. Kau pun pasti lapar jugak, kan?" soal Rayyan Zafrul sambil memberikan senyuman buat gadis manis di hadapannya itu. Dengan selamba dia menggenggam pergelangan tangan Zuriana Imani namun cepat-cepat ditepis oleh gadis manis itu.
"Rayyan, apa ni? Tak baik tau pegang-pegang tangan macam ni..." tegur Zuriana Imani. Dia tak selesa berpegangan tangan dengan orang yang masih baru dan sangat tidak dikenalinya seperti Rayyan Zafrul.
"Ops! Maaf ye... By the way, nama aku Rayyan Zafrul. Sekarang aku nak tebus kesalahan aku pasal... pasal apa yang berlaku dekat restoran Mc'D tengah hari tadi. Harap kau maafkan aku," ujar Rayyan Zafrul sambil menghulurkan tangannya kepada gadis manis itu untuk bersalaman.
Zuriana Imani terpana dengan kesungguhan Rayyan Zafrul pada masa itu. "Okeylah... Saya Zuriana, Zuriana Imani."
Zuriana Imani menyambut salam dari Rayyan Zafrul seraya memberi senyuman yang cukup manis buat jejaka tinggi lampai itu.
"Cantiknya..." ucap Rayyan Zafrul perlahan.
"Apa dia?" soal Zuriana Imani, hairan.
"Err... tak... tak ada apa-apa," jawab Rayyan Zafrul seraya terus mengatur langkah berjalan ke hadapan meninggalkan Zuriana Imani yang masih berdiri di belakangnya.
"Dah kenapa dengan mamat ni? Pelik-pelik aje... Ah, lantak dialah. Yang penting, dia ajak aku makan. Ya, aku sekarang memang tengah lapar sangat." Zuriana Imani bermonolog lagi seraya mengatur langkah mengejar Rayyan Zafrul yang sudah jauh di hadapan.
DATO' Azahari jatuh terduduk di hadapan pintu pagar rumah banglonya itu. Matanya yang berkaca-kaca itu sudahpun mula menitiskan titisan air matanya. Cepat-cepat dia memeluk anaknya, Rayyan Zafrul yang sudahpun seperti tidak keruan memikirkan nasib yang menimpa Damian Mikhael, anak kesayangannya itu."Papa, mereka culik anak Rayyan pa... Damian dah kena culik! Damian anak Rayyan pa..." laung Rayyan Zafrul dalam esakannya."Siapa? Siapa yang culik cucu papa tu Rayyan?!" soal Dato'Azahari sambil menggoncang bahu Rayyan Zafrul."Rayyan tak tahu pa... Tak tahu! Orang tu bertopeng!" jawab Rayyan Zafrul pula. Matanya sudah merah dengan deraian air matanya mengalir tanpa henti.Datin Safura pula sedang berusaha menenangkan menantunya, Zuriana Imani yang meraung seperti terkena serangan histeria sebaik sahaja mendapati anaknya diculik.
PEDAL minyak ditekan semahu-mahunya. Kereta Toyota C-HR itu menyusur laju membelah jalan. Kerisauan jelas kelihatan di raut wajah Rayyan Zafrul. Apa yang dia fikirkan sekarang hanyalah keselamatan isteri dan anaknya sahaja."Sayang, abang takkan biarkan sayang diapa-apakan oleh Raisya. Abang terlupa nak ceritakan kepada sayang bahawa Raisya adalah orang yang bertanggungjawab dalam kes langgar lari yang telah memisahkan kita dua tahun lepas. Damian, papa akan pastikan anak papa berada dalam keadaan selamat." Rayyan Zafrul bermonolog semasa memandu.Setiba sahaja Rayyan Zafrul di Hospital, langkahnya dilajukan menuju ke bilik wad di mana isterinya ditempatkan. Tombol pintu dipulas dan daun pintu itu ditolak ke dalam. Senyuman terukir di bibirnya sebaik sahaja melihat kelibat si isteri yang sudahpun bersedia untuk di bawa keluar."Abang, awalnya? Katanya tadi l
DAMIAN Mikhael berlari menuju ke arah atoknya Dato' Azahari yang baru sahaja hendak membuka pintu bilik wad di mana Zuriana Imani ditempatkan untuk menerima rawatan. "Atok!!" "Eh, cucu atok... Wah rindunya atok dengan cucu kesayangan atok ni," kata Dato' Azahari sambil merangkul tubuh cucu kesayangannya itu."Damian, lepas ni tak nak jerit-jerit lagi tau! Dalam hospital ni, kita tak boleh buat bising." Rayyan Zafrul yang berjalan di belakang anaknya itu berkata."Baiklah papa.""Dah, takpe... Damian kan masih budak kecil lagi... Damian, jom kita masuk ke dalam. Mama dan nenek sedang menunggu tu," Dato' Azahari pula berkata."Okey jom!""Selamat pagi sayang."Zuriana Imani membuka matanya perlahan. Alangkah gembira dan terujanya
DUA puluh minit berikutnya, Rayyan Zafrul, Aryan Syah dan Damian Mikhael tiba di resort. Rayyan Zafrul cepat-cepat pergi mendapatkan Encik Aiman yang sedang berbual dengan seorang pegawai polis di hadapan kaunter pendaftaran. "Aiman, apa yang berlaku sebenarnya?" "Ha.. Tuan Rayyan, kenalkan ini Inspektor Radhi. Err... Tuan Rayyan, macam ni... tadi ada pengunjung resort kita terjumpa mayat seorang perempuan di tepi pantai yang tak jauh dari chalet di bahagian barat resort," jawab Encik Aiman seraya menunjukkan sekeping gambar kepada Rayyan Zafrul dan Aryan Syah. Mereka berdua terlopong sebaik sahaja mengerling gambar yang ditunjukkan oleh Encik Aiman itu."Ini... ini Diana PA saya! Macam mana dia boleh berada dekat sini?""Rayyan, kau dah lupa ke? Bukan ke tadi aku
"WAH, aku rasa macam tak percaya Rayyan boyfriend aku tu ada resort yang sebesar ni, tak sabarnya aku nak kahwin dengan dia," ujar Raisya dengan bangganya. Dia dan Diana baru sahaja tiba di resort milik Rayyan Zafrul yang diwasiatkan oleh mendiang atoknya , Sir Erricson.Raisya... Raisya... kau nak berkahwin dengan dia? Langkah mayat aku dululah! Aku tahu yang kau tu hanya nakkan harta Rayyan aje, semua kepunyaan Rayyan tu aku yang punyalah! Diana bermonolog dalam hatinya sambil memerhatikan sepupunya, Raisya yang sedang berpeluk tubuh sambil tersenyum di hadapannya. Raisya perasan sepupunya itu semenjak balik dari London satu minggu yang lalu kelakuannya agak pelik. Sekarang pula Diana asyik merenung dirinya dengan tajam seperti renungan maut! "
NOMBOR telefon suaminya didail banyak kali, enam belas kali dia cuba menghubungi suaminya, namun tetap tidak dapat dihubungi. Matanya agak sembam akibat menangis dari tengah hari tadi. Dia rindukan belaian si suami dan juga celoteh anak comelnya. "Abang, maafkan saya... abang pergi mana?"Zuriana Imani tidak hiraukan mama mertuanya yang turut berada di dalam bilik wad itu. Dia seolah-olah seperti seorang yang kehilangan arah tujuan. Puas Datin Safura memujuknya, namun esakannya semakin menjadi-jadi."Zuriana, mama mohon kepada menantu mama ni, lepas ni tolonglah jangan percaya pada siapa-siapa lagi selain dari suami sendiri," ujar Datin Safura sambil melabuhkan duduk di kerusi bersebelahan dengan katil. "Mama ni kenal sangat dengan Rayyan tu Zuriana, mama dah jaga dan besarkan dia dari usianya empat tahun, boleh dikatakan semua mengenai Rayyan, mama tahu...""Mam