Share

BAB 3

SYAMIRA duduk menghadap televisyen di ruang tamu, sambil matanya merenung skrin televisyen itu, tangannya ligat memotong buah epal hijau yang dibelinya semalam. Otaknya ligat memikirkan nasib sahabat baiknya, Zuriana Imani tengah hari tadi, waktu petang tadi pula, sahabat baiknya itu menghubunginya dan memaklumkan bahawa dia balik lewat kerana lelaki yang dia langgar dalam restoran Mc'D tengah hari tadi mengajaknya keluar. "Pelik... berlanggar, lepas tu marah kaw-kaw! Si mangsa pulak menangis teresak-esak, tapi... lepas tu bila diajak keluar, dia setuju jugak... Haih! tak faham betul aku." 

Sepuluh minit selepas itu, kedengaran sepertinya ada sebuah kereta yang berhenti di hadapan rumah, Syamira bingkas bangun dari kerusi dan sepantas cahaya dia menapak ke arah tingkap seraya diselaknya kain langsir tingkap berwarna hijau muda itu dan bermulalah sesi mengintai. Tiba-tiba matanya membulat besar serta mulutnya ternganga.

"Wow! Kereta tu... Fuh, hebatnya!"

Walaupun hanya kereta Toyota Vios, namun bagi Syamira, kereta itu hebat! Dilihatnya seorang lelaki tinggi lampai dengan body tough walaupun ditutupi dengan baju T-shirt berwarna biru laut. 

"Handsomenya... fuyoooo... macam model!"

Lelaki itu membuka pintu di sebelah penumpang hadapan dan terpacul figura seorang gadis berambut panjang berwajah manis dan gebu keluar dari kereta itu.

"What? Zuriana?!" Syamira terus terlopong. "Serius? Aku ni bermimpi ke apa ni? O.M.G!" 

Pap!! 

Dia menampar pipinya sendiri. "Katakan ini mimpi! Please..." bisiknya seraya memejamkan matanya dan lepas itu dibukanya mata sekali lagi tetapi masih sama apa yang dilihatnya.

"Err... awak, terima kasih kerana sudi hantar saya balik, dan... awak belanja saya makan tadi. Banyak susahkan awak pulak, terima kasih," ucap Zuriana Imani kepada Rayyan Zafrul sambil matanya merenung ke bawah. Segan dengan jejaka kacak di hadapannya ketika ini.

"Sama-sama... Eh, takpe, aku ikhlas... Lagipun, kan aku dah bagitahu tadi yang aku nak tebus balik kesalahan aku tengah hari tadi. Silap aku jugak, berjalan tak pandang depan. Main redah aje," jawab Rayyan Zafrul sambil matanya merenung tepat wajah gadis manis di hadapannya itu.

Tahu pun salah diri sendiri. "Hmm... maaf jugalah sebab buat baju awak kotor tadi..." 

"Eh, takpe... Tak kisah pun dengan baju tu. Lagipun, aku ingat nak buang ajelah baju tu. Buat apa nak pakai lagi." Pantas Rayyan menjawab.

Zuriana Imani terlopong sebaik sahaja kata-kata Rayyan Zafrul yang hendak membuang baju kemeja yang kotor itu tadi menampar telinganya. "Buat apa nak buang? Kan boleh dicuci lagi tu. Dahlah baju mahal pulak tu."

Rayyan Zafrul tersengeh menayangkan giginya yang putih itu macam kerang busuk.

Zuriana Imani menjulingkan matanya ke atas tanda meluat. "Awak. Kalau awak tak suka baju tu, meh bawak sini. Biar saya cuci baju itu."

Eh, apa ni Zuriana? Kau ni dah kenapa? Eeee... malunya! 

"Huh? Kau nak ke?" soal Rayyan Zafrul terkejut. Dia menggaru belakang kepalanya yang tidak gatal itu sambil diperhatikan oleh Zuriana Imani.

Zuriana Imani pula sudah diam seribu bahasa. Malu.

"Err..." Rayyan Zafrul masih menggaru kepalanya yang tidak gatal itu dan diam sejenak sambil berfikir sesuatu. Rayyan, apa salahnya kau bagi ajelah baju tu kat dia... mana tahu kot-kot nanti boleh jumpa dia lagi... "Kau tunggu sekejap ya."

Rayyan Zafrul kembali meloloskan dirinya semula ke dalam perut kereta Toyota Vios itu seraya mencapai beg plastik yang diletakkan di tempat duduk belakang. Sejurus itu, dia segera keluar dari perut kereta dan menghampiri Zuriana Imani yang masih berdiri di tepi pintu pagar rumahnya.

"Nah, kau ambil ni. Cuci bersih-bersih tau... Ini sebenarnya baju kegemaran aku." Sengaja ditekankan perkataan kegemaran di situ. Dia menghulurkan beg plastik yang berisi baju kemejanya yang kotor itu kepada Zuriana Imani.

"Hmm... okey awak. Saya akan cuci baju ni untuk awak," balas Zuriana Imani seraya tangannya menyambut beg plastik yang diberikan oleh Rayyan Zafrul itu.

Beg plastik itu bertukar tangan.

Sekurang-kurangnya, ini sebagai denda untuk kau Zuriana, kalau kau tak langgar si Rayyan ni tadi, tak adalah sampai macam ni sekali. Yelah terpaksa mencuci baju dia.

"Awak, kalau dah tak ada apa-apa lagi, saya nak masuk dulu," pinta Zuriana Imani bila mendapati Rayyan Zafrul yang asyik tersenyum sambil menggaru kepalanya yang tak gatal itu. Ya Allah... indahnya ciptaanmu ini. Eh apa aku mengarut ni?

"Oh, okey... Aku pun nak balik jugak ni. Apapun terima kasih. Aku balik dulu. Assalammualaikum," balas Rayyan Zafrul seraya melolos masuk semula ke dalam perut keretanya.

"Waalaikumsalam... berhati-hati memandu," balas Zuriana Imani sambil anak matanya mengekori Kereta Toyota Vios berwarna putih milik Rayyan Zafrul yang bergerak laju meninggalkan kawasan perumahan itu.

SEMASA Zuriana Imani hendak menguak daun pintu. Daun pintu itu terbuka dengan sendirinya dari dalam.

"Hoi! Baru balik ke?" jerkah Syamira.

"Oh... balik plastik baju kekasih aku!"

Syamira terus tergolek mengekek ketawa di atas kerusi di ruang tamu itu. Kemudian dia mengatur duduknya di kerusi dan mengerling ke arah Zuriana Imani. "Amboi... bukan main seronok orang tu keluar dengan pakwe handsome sampai melatah pun sebut kekasih! Wey, apa cerita kau keluar dengan dia tadi?"

Zuriana Imani mengerut dahinya di hadapan Syamira. "Cerita? Cerita apanya? Tak ada apa-apa ceritalah. Aku masuk bilik dulu."

"Eleh... Tak ada ceritalah konon. Tu, siap bawak beg plastik yang lelaki tadi bagi tu apa? Bukan tak ada cerita apa-apa ke kalau dah berbagi something macam tu? Bibir tu pun dah sampai ke telinga tersengeh-sengeh macam kerang busuk aku tengok," ejek Syamira seraya membetulkan duduknya di atas kerusi dan menyambung semula sesi menonton televisyen di hadapannya.

Zuriana Imani terus meloloskan dirinya masuk ke dalam bilik tidurnya. Malas nak melayan kau Mira. Kalau dilayan sampai ke esok pun tak habis cakap.

Punggungnya dilabuhkan di birai katil seraya tangan kanannya mengambil diari berwarna merah jambu miliknya yang diletakkan di atas meja kecil di tepi katil. Pen biru ditarik keluar dari kulit diari itu seraya memulakan sesi menconteng muka surat diari merah jambu miliknya itu.

Hari ni. Pagi aku berjalan seperti biasa. Masa lunch pulak... entah macam mana tiba-tiba aku boleh berlanggar dengan Rayyan. 

ಠ_ಠ

Ya! Rayyan... Rayyan Zafrul dari RZA Holdings Company induk. Ye! rakan kongsi terbesar Zuhrah Holdings tempat aku bekerja itulah.

Aku menangis sebab kena marah kaw-kaw dengan Rayyan di khalayak ramai pulak tu! 😭 Aku malu sangat-sangat masa tu. Mana aku nak letak muka aku lepas ni... Sumpah aku tak nak jumpa dia lagi! 

Tapi... itulah kalau dah ditakdirkan aku berjumpa lagi dengan dia. Tak sangka, dia pun akan turut hadir dalam meeting petang tadi. Dia asyik pandang aku aje... Tapi takpe, aku pun suka tengok dia... Dia kan handsome! 

Ahhh... Seronoknya kalau suatu hari nanti kalau bakal husband aku handsome macam dia... Mimpi dan berangan... tak salah, kan? Lepas tu, dia ajak aku keluar ikut dia shopping dekat pavilion, aduh... aku rasa janggal sangat! Hahahaha!

Semasa Zuriana Imani menulis diari itu. Pandangan matanya tertumpu kepada beg plastik yang berisi baju kemeja Rayyan Zafrul yang kotor tadi. Beg plastik itu dibuka dan baju kemeja berwarna biru muda milik Rayyan Zafrul dikeluarkan dari beg plastik itu. Ianya dah kering cuma kesan kotoran sahaja yang masih nampak dengan jelas di bahagian dada baju itu. Zuriana Imani tersenyum sambil memeluk baju itu seraya merebahkan badannya di atas katil dan terus terlelap.

Bab terkait

Bab terbaru

DMCA.com Protection Status