Share

Kekasih Hati Cik Dingin
Kekasih Hati Cik Dingin
Author: HeyL AryaN

PROLOG

PEDAL minyak kereta Toyota Vios berwarna putih itu ditekan dengan sepenuh hati.

Ketika hatinya sudahpun memilih untuk memperisterikan Raisya, rakan yang juga merupakan teman wanita untuk menghilangkan rasa bosannya itu, namun hampa. Hancur remuk hatinya bagaikan ditembak dengan peluru berpandu sebaik sahaja melihat dengan mata kepalanya sendiri di mana Raisya sedang khayal dengan nafsu serakah lelaki yang tidak dikenalinya di dalam bilik hotel. "Tak guna kau Raisya! Kau tipu aku, sepatutnya aku yang bersama kau sekarang, bukan jantan tu!"

Rayyan menghentak kuat tangannya pada stereng kereta seraya menekan pedal minyak dengan sekuat hati. Kereta yang dipandu laju itu menuju ke arah sebuah kelab malam. Sebaik sahaja kereta Toyota Vios berwarna putih itu berhenti di hadapan kelab malam itu, Rayyan terus menapak keluar dari perut keretanya dan segera masuk ke dalam kelab malam itu. Hampir dua jam Rayyan berada di situ. Dengan keadaannya yang terhuyung-hayang, dia kembali menapak semula ke arah keretanya seraya meloloskan diri ke dalam perut keretanya itu. Dia mabuk!

Sedih, kecewa, malu. Inilah yang dirasakan Zuriana Imani ketika ini. "Sampai hati dia memalukan aku sedemikian rupa! Katanya surprise untuk birthday aku! Tapi..." Zuriana Imani bersendirian berjalan kaki untuk balik ke rumahnya. Dia tidak mempedulikan keberadaannya ketika ini di tepi jalan yang agak sunyi. "Seumur hidup aku, tak ada sesiapa pun yang pernah memalukan aku sedemikian rupa! Zuriana, kau bodoh... kau bodoh! Mencintai lelaki seperti dia tu! Ya, aku tahu aku memang bodoh boleh jatuh cinta pada lelaki seperti dia!"

Hatinya sakit selepas dimalukan oleh Rayyan Zafrul, lelaki yang sangat dicintainya dalam diam di hadapan rakan-rakannya yang lain semasa party hari lahirnya sebentar tadi. Sedang dia mengelamun di tepi jalan itu, tiba-tiba sahaja sebuah kereta Toyota Vios berwarna putih berhenti di sebelahnya, tetapi tak diendahkan.

"Hoi! Kau buat apa berjalan seorang diri di situ?"

Zuriana Imani sempat menjelingkan pandangan matanya ke arah kereta Toyota Vios yang berhenti di sebelahnya. Terpacul kepala Rayyan sebaik sahaja tingkap hadapan kereta terbuka. Buat apa dia datang sini? Masih tak puas hati lagi ke lepas memalukan aku tadi? Langkah kakinya diatur. Semakin cepat kakinya melangkah dengan berkeadaan tidak berselipar. Aku mesti menjauhkan diri dari dia!

Tanpa Zuriana Imani sedari, Rayyan kini sudahpun berada di hadapannya.

Bila masa pulak dia ni keluar? Sepantas kilat dia menekup mulut dan hidung dengan tapak tangannya sebaik sahaja aroma air beralkohol yang menusuk ke rongga. Kemudian dia mengerling tajam ke arah jejaka di hadapannya itu. "Eh, Rayyan? Awak ni... eee... bau betullah! Pergi sana... tak tahanlah!"

Belum sempat Zuriana Imani meneruskan langkahnya, tiba-tiba tangannya dicapai seraya ditarik dari belakang kemudian dia terus dirangkul oleh Rayyan seraya dibawa masuk ke dalam perut keretanya.

Gadis manis itu meronta-ronta untuk dilepaskan. "Rayyan... awak! Ap... apa ni? Lepaskan sayalah! Saya boleh balik jalan kaki. Tak payahlah hantar!"

"Jangan bising!"

Suara Rayyan yang meninggi dengan tiba-tiba itu membuatkan Zuriana terpaku terdiam. Dia terkejut. Rayyan memberikan cerlungan tajam ke arah dirinya.

"Ikut aje aku! Aku nak bawak kau pergi ke satu tempat," sambung Rayyan lagi.

"Awak nak bawa saya pergi ke mana pulak ni? Saya nak baliklah..." Spontan saja Zuriana Imani berkata sebaik sahaja Rayyan mengalihkan pandangannya seraya menghempaskan punggungnya di tempat duduk hadapan. Dia merayu namun tidak diendahkan oleh jejaka itu. Dia nak bawak aku pergi ke mana pulak ni?

Tidak lama selepas itu, kereta yang dipandu Rayyan tiba di hadapan sebuah rumah yang tidak berpenghuni, kosong. Gelap dan sunyi sepi. Cuma ada mereka berdua sahaja di situ. Rayyan segera keluar dari perut keretanya itu seraya membuka pintu penumpang hadapan, tanpa basa basi dia terus merentap pergelangan tangan Zuriana Imani yang duduk di tempat duduk sebelah pemandu.

"Aduh! Sakitlah..."

Rayyan terus mengheret Zuriana Imani masuk ke dalam rumah kosong itu seraya menanggalkan butang bajunya satu persatu. Maka terserlah pahatan tubuhnya yang sasa di hadapan gadis manis itu. Zuriana Imani terus melarikan pandangan matanya ke arah dinding.

"Kau nak sangat dekat aku kan?" jerkah Rayyan dan terus bergerak ke arah gadis itu seraya menahan kedua-dua pergelangan tangannya dengan kuat.

Zuriana Imani cuba untuk melawan namun tidak berjaya. Kudratnya tidak mampu melawan otot kekar Rayyan. "Awak, apa yang awak nak buat ni? Rayyan! Jangan... tolong jangan Rayyan... Rayyan... Tolonglah jangan!"

Zuriana Imani menjerit sekuat hatinya pada masa itu namun tiada siapa yang dapat mendengarnya.

"Arghhh!! Tolong!!"

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status