Imna keluar dari tandas untuk mencuci tangan. Wajahnya masih memerah akibat adengan dirinya dan Adam tadi.
"Awak Imna Safira kan?" tegur seseorang yang berada di hujung singki.
Imna menoleh dan terkejut. Gadis yang dikenali sebagai adik angkat Adam berada di situ sedang merenungnya dengan memeluk tubuh sendiri.
"Ya... awak... Aira kan?" Imna cuba mengingati nama gadis itu.
"Baguslah kalau awak ingat nama saya. Saya harap awak dapat juga ingat pesanan saya ni."
Imna mula berkerut dahi tidak mengerti.
"Maksud awak?"
"Maksud saya, tolong jauhi Abang Adam. Saya tak beri amaran tapi saya cuma nak awak fikir masak-masak kalau awak sukakan Abang Adam."
Dahi Imna semakin berkerut.
"Saya tak faham..."
"Macam nilah, apa kata awak ikut saya. Tengok dengan mata awak sendiri."
"Pergi mana?"
Sebulan kemudian,Tepat jam 5 pagi Imna sudah bangun untuk menyediakan sarapan. Tinggal di Korea Selatan sungguh jauh berbeza ketika dia tinggal di tanah air sendiri.Banyak perkara perlu diawalkan kerana Korea lebih cepat sejam berbanding Malaysia."Nanti Imna pergi U sendiri ya? Mama kena masuk kerja awal hari ni. Ada meeting dengan client." Puan Isma segera merapikan rambut di bilik tidurnya.Imna hanya mengumam perlahan. Seminggu sudah dia berdaftar di Universiti Kyunghee sebagai pelajar aliran sains kemanusian.Dalam tempoh sebulan ini, sudah lama juga dia tidak terserempak dengan Adam mahupun adik-beradik angkat lelaki itu.Imna lebih selesa meluangkan waktu di rumah dengan bertemankan televisyen. Telefon memang dicampak ke tepi tidak mahu ada manusia yang menganggu. Namun, gangguan itu tetap ada apabila Wooyoung tidak henti-henti menghantar sms kepadanya.
Sebaik saja tiba di pejabat pendaftaran. Imna terpaksa menunggu sebentar sebelum dia dibawa oleh pensyarah yang akan mengajar di kelasnya nanti. Imna mula tidak senang duduk. Perasaannya resah tidak keruan. Entah mengapa perasaan serba tak kena semakin mencanak. "Ima Safera?" Suara seseorang menegur Imna yang dari tadi mata melilau. Kelam-kabut Imna bangun dari duduknya dan cuba menyahut panggilan orang itu. "Can you follow me." Senyuman tipis diberi. Imna mengangguk laju lalu beg galasnya digapai laju. Langkah dibuka untuk mengikuti orang itu. "This is your tag and please use it." Gerakan tangan menunjuk agar Imna memakai tag pelajar itu di lehernya. "Ah..." Imna segera menyarungkan tag pelajar itu. Terdapat nama, gambar dan aliran apa yang diambil. "Awak akan jalani orientasi selama seminggu dan di sana kawan-kawan awak dah tungg
Tiba waktu rehat. Pelajar lain semua sudah bangun mahu meninggalkan tapak oreintasi, tetapi tidak Imna dan Aisha. Mereka termenung sendirian di tempat mereka duduk.Sejak Adam bangun dari duduknya tadi. Sehingga kini, wajahnya tiada bayang dan Aisha terus menunduk kerana menyesal dengan sifat cemburu tadi.Wooyoung yang melihat Imna termenung sendirian mula mendekati gadis itu."Are you okey?" tanya Wooyoung penuh prihatin lalu duduk bersila di sebelah Imna."Okey je..." balas Imna acuh tidak acuh. Entahlah dia malas hendak berbahasa asing. Hatinya benar-benar sakit melihat Aisha tersenyum girang selepas membuat pengumuman tadi."Are you wanna crying?" Sekali lagi Wooyoung bertanya."No! Ish!" Imna mula rimas dengan Wooyoung. Hendak saja dia membelasah lelaki itu kerana seringkali menganggu moodnya.Tiba-tiba Wujin datang mendekati mereka berdua dan duduk
"Yah! Jung Wooyoung? Kau ingat semua ni masuk akal ke? Kenapa tiba-tiba kau nak sambung belajar padahal selama ni kau tangguh pembelajaran kau ha?" Wooyoung hanya memandang ke arah lain selepas Wookyung memarahinya teruk di koridor Universiti. "Kau nak lari dari ambil alih Jung Empire ke apa? Cakap sekarang! Apa masalah kau!" Dada Wooyoung ditolak kasar oleh si kakak membuatkan lelaki itu mengetap bibir. "Jagiya... sudah-sudahlah mengamuk tu. Ramai orang tengok awak tu." "Awak diamlah Jungkook. Ini masalah keluarga saya, tak guna betul dapat adik macam ni. Suka sangat melarikan diri, sampai bila kau nak lari dari mengaku yang kau tu pewaris Jung Empire! Kau nak lari sampai hujung dunia pun, kau takkan dapat padamkan t
Malam menjelang tiba, Imna hanya menonton televisyen sambil mengunyah bertih jagung yang dibeli ibunya empoh hari. Dalam ralit dia sedang menonton tiba-tiba pintu rumahnya berbunyi. Ada seseorang sedang menekan loceng dan menanti. Imna segera meletakkan bekas makanan ke atas meja kecil di hadapan sofa. Dalam keadaan mulut masih mengugap, laju dia mendekati pintu rumah. Sebelum buka pintu, sempat lagi dia mengintai di lubang pintu untuk melihat siapa yang datang. Melihat saja wajah Aira yang berada di sebalik pintu, dahi Imna terus berkerut. "Dah kenapa pula budak ni datang rumah aku?" Imna teragak-agak hendak membuka pintu. Tiba-tiba dia teringat akan kes petang tadi. "Jangan ka
Bunyi jam yang membingitkan telinga membuatkan Imna segera melompat turun dari katil. Rambut dikusut separuh serabai. Kepala melirik ke arah jam yang sedang berdering. "6 Pagi?" Mata Imna terbeliak lantas dia bergegas menarik kain tuala yang tersangkut di belakang pintu bilik. Laju dia bergerak menuju ke kamar mandi. Inilah kebiasaan seorang gadis bernama Imna Safira apabila ketiadaan ibunya. Jika Puan Isma ada di rumah, awal saja gadis itu bangun kerana tidak suka diomeli. Tetapi! Apabila ibunya tiada, bangun lewat itu sudah menjadi satu hobi. "Sejuknya!" jerit Imna ketika dia membuka pili air. Kelam-kabut Imna bersiap dan menyediakan sarapan. Dia sudah berjanji dengan Wooyoung akan menunggu lelaki itu terlebih dahulu sebelum lel
Tiga hari kemudian,"Mama..." panggil Imna ketika ibunya sedang bersiap untuk berangkat kerja. Puan Isma yang sedang menghias wajah dengan bedak muka, terhenti seketika perbuatannya dan mata melirik ke arah Imna yang berada di depan pintu bilik tidurnya."Kenapa?" Compact powder di tangan segera ditutup lalu menyimpannya ke dalam beg tangan. Gincu di atas meja pula digapai untuk merias bibir."Cikgu Dhia telefon Imna kelmarin... dia suruh datang ambil result, lepas tu Ustaz Firdaus ada buat tahlil untuk anak dia yang baru lahir. Jadi, dorang jemput Imna." Usai berkata, bibirnya diketap. Risau jikalau jawapan ibunya tidak seperti yang diharapkan."Kita kan dekat Korea sekarang ni? Mintalah cikgu kamu tu post ke sini, tak pun guna faks nanti dekat tempat kerja mama." Selesai merias bibir, Puan Isma segera menyangkut tali beg tangan ke bahu."Tapi tahlil Ustaz Firdaus tu? Takkan tak pergi ma?""Mama sibuk Imna!" Pergerakan Puan Isma terhenti da
Incheon International Airport's,Beg pakaian dijinjing sambil kaki melangkah masuk ke dalam bangunan lapangan terbang. Tiket dan passport sudah tersedia di dalam beg galas. Puan Isma juga berada di sisi untuk menghantar Imna pulang ke Malaysia selama 3 hari."Tiket balik dah ambil kan?" soal Puan Isma ketika mereka melabuhkan punggung di salah satu kerusi menunggu."Dah ambil dah tadi, mama dah bagi." Imna membetulkan baju hoodie yang dipakai sebelum meletakkan beg galas yang disandang ke riba."Ingat pesan mama, sampai je sana nanti call mama. Pak Ya, mama dah suruh tunggu 20 minit awal. Takut-takut, kamu merayap pula kalau Pak Ya lambat sampai."Imna tersengih mendengar bebelan ibunya itu. Ya! Dia sudah terbiasa dengan merayap ke mana-mana seorang diri sejak dulu lagi. Tetapi, itulah Puan Isma berada di negeri orang membuatkan dia berasa tidak yakin akan anaknya bergerak sendiri."Okey ma..." Hanya itu yang mampu Imna jawab sebagai tanda m