Share

MY ¦ 15

Sebulan kemudian,

Tepat jam 5 pagi Imna sudah bangun untuk menyediakan sarapan. Tinggal di Korea Selatan sungguh jauh berbeza ketika dia tinggal di tanah air sendiri.

Banyak perkara perlu diawalkan kerana Korea lebih cepat sejam berbanding Malaysia.

"Nanti Imna pergi U sendiri ya? Mama kena masuk kerja awal hari ni. Ada meeting dengan client." Puan Isma segera merapikan rambut di bilik tidurnya.

Imna hanya mengumam perlahan. Seminggu sudah dia berdaftar di Universiti Kyunghee sebagai pelajar aliran sains kemanusian.

Dalam tempoh sebulan ini, sudah lama juga dia tidak terserempak dengan Adam mahupun adik-beradik angkat lelaki itu.

Imna lebih selesa meluangkan waktu di rumah dengan bertemankan televisyen. Telefon memang dicampak ke tepi tidak mahu ada manusia yang menganggu. Namun, gangguan itu tetap ada apabila Wooyoung tidak henti-henti menghantar sms kepadanya.

Bab Terkunci
Membaca bab selanjutnya di APP

Bab terkait

Bab terbaru

DMCA.com Protection Status