Share

MY ¦ 8

Penulis: Lucyana
last update Terakhir Diperbarui: 2021-08-12 15:31:34

"Akak! Cepatlah, lambat pula dia ni. Lambat nanti temu janji dengan doktor." Aira merungut sambil menjeling jam di tangan.

Dari tadi dia menunggu Aisha tak siap-siap. Awal pagi lagi kedua ibu bapa mereka sudah keluar bekerja. Tinggallah mereka bertiga di rumah dan sekarang Adam pun sudah keluar, maka tinggallah mereka berdua yang juga hendak keluar bertemu doktor.

"Akak!" Sergahan Aira di muka pintu bilik Aisha mengejutkan gadis itu. Kepala Aisha segera menoleh.

"Lah? Apasal tak siap lagi ni? Dah pukul berapa ni?" Aira merungut lagi. Dia benci betul kalau kakaknya sengaja buat-buat lambat, nanti dia juga dimarahi ibu bapa mereka.

Aisha tidak menjawab sebaliknya terus mengeringkan rambut yang tergendala akibat mengelamun sekejap tadi.

Aira menyandar tubuh ke pintu bilik sambil kedua-dua tangan melipat ke dada.

"Kau kenapa ni kak? Demam ke?" Aira merenung wajah masam Aisha. Jelas kelihatan wajah kakaknya itu seperti dilanda sesuatu.

"Entahlah dik, akak sendiri pun tak tahu."

"Ni pasal Abang Adam ke?" Aira meneka dan Aisha mengeluh panjang.

"Betullah tu." Suara Aira mengejek kakaknya.

"Kenapa kak?" Namun sekejap saja dia mengejek, rasa mahu tahu mengapa kakaknya bereaksi begitu semakin berkobar-kobar.

"Entahlah Ra... Akak rasa, sejak Adam balik. Dia nampak lain sangat, tak macam Adam yang kita kenal dulu."

"Mestilah Abang Adam tu dah lain. Dulu umur dia 17 tahun, sekarang umur dia dah 22 tahun. Mestilah ada perubahan."

"Bukan itu, kalau itu akak tak adalah rasa lain sangat sebab dah memang lumrah manusia ada berlaku perubahan fizikal tu. Tapi ni..."

Aira mengerut dahi. Kakaknya benar-benar membuat dia juga turut memikirkan tentang Adam.

"Cakap tu biarlah habis kak. Aku ni tak suka kau cakap separuh-separuh. Kalau aku luku kau nanti, kau kata aku biadap pula. Adik luku kakak."

Aisha menjeling Aira yang muda 3 tahun daripadanya itu.

"Semalam, akak ada jumpa sorang perempuan ni. Lawalah juga, Adam tolong dia angkat beg. Dia duduk tak jauh pun, selang sebaris rumah kita je."

"Lepas tu?" Aira semakin tertarik ingin mengetahui kisah selanjutnya. Sehingga dia terlupa jam bergerak pantas tanpa menunggu perbualan mereka tamat.

"Lepas tu, akak bagitahulah yang akak ni tunang Adam. Muka perempuan tu berubah mendadak macam terkejut gila. Masa akak dengan Adam masuk dalam rumah. Tiba-tiba Adam marah akak sebab bagitahu kami dah bertunang depan perempuan tu."

Aira terus melihat ke atas. Dagunya diurut perlahan.

"Something fisyi..." gumam Aira sendirian.

"Akak rasa macam Adam ada hubungan dengan perempuan tu sebab tu bila baba cakap pasal kahwin malam tadi dia diam je."

"So... akak nak cakap yang Abang Adam tu bercinta dengan perempuan tu masa dekat Malaysia? Macam tu? Ish kau ni kak, suka sangat paranoid tau. Macamlah kau tak kenal dengan kekasih hati kau tu. Dia tu lembut hati, ringan tulang. Mak cik kutip sampah tepi jalan pun dia boleh tolong mak cik tu."

"Tapi..."

"Eee kau ni kak, tak yahlah fikir bukan-bukan. Main serkap jarang semua ni. Kalau betul Abang Adam tu tak suka akak. Tak adanya dia habis belajar dia terus balik ke sini, lepas tu tak adanya masa umur korang 17 tahun dulu tu. Dia sanggup bertunang dengan akak."

Aira cuba menyakinkan kakaknya tentang hubungan yang terjalin antara kakaknya dan Adam.

Aisha pula hanya mendiamkan diri, benar kata-kata adiknya. Namun begitu, dia tetap berasa tidak tenang selagi dia tidak selidik tentang siapa gerangan Imna Safira yang sebenarnya.

"Dahlah kak, cepatlah. Nanti mama dengan baba bebel dekat aku sebab lambat pergi jumpa doktor. Kau macam tak tahu doktor kesayangan dorang tu. Dahlah kuat mengadu, alih-alih aku juga yang dibebelnya."

"Yelah, yelah. Jom..." Aira segera mengapai beg tangan selepas menyangkut tuala di tempat penyidai.

Mereka berdua segera keluar dari rumah turun ke tempat parkir kereta.

...

Suasana hening menguasai perasaan Imna ketika ini. Tangannya sejak tadi tidak henti berlaga sesama sendiri sambil kaki bergoyang keresahan.

"So... when you wanna told me? I've waiting for your stories."

"Alright. I'm waiting for you asking me first."

Senyuman Wooyoung terpamer. Mask di muka di tanggalkan dan kini jelaslah wajah lelaki berkulit sawo matang itu sedang menghadap memandang Imna.

"I'm Jung Wooyoung, my age is 21 years old. Ah... This is my photos album if you wanna know my life."

Imna mengapai album gambar itu dan dibelek penuh berhati-hati.

"Before I meet you, I and my sister make a big deal. She wanna know who's my girlfriend and I didn't told her ever about mine because I don't have."

"What big deal you guys make?"

"Today is my sister wedding and she ask me to bring my girlfriend."

"Wait, right now you want take me there and told your sister that i'm your girlfriend?"

Imna menunjuk jari ke dadanya sendiri. Wajahnya benar-benar sudah berubah tidak percaya dengan situasi ketika ini.

"Yes! Because I wanna live freely, I don't want my sister always push me to married."

"Why don't you bring your another woman in your life? I suppose to be know you have a girlfriend and you don't want bring her to your sister. Maybe you're just playboy, who are always toying with women's hearts!"

Wooyoung terdiam tidak menjawab atau bersuara. Imna menoleh perlahan-lahan ke arah lelaki itu. Terdetik dalam hati bahawasanya dia ada terlepas cakap sesuatu.

"Yes, you're right but that wasn't before. Right now, infrond of you I brave to swear! I don't have."

Tangan Wooyoung mengangkat sumpah. Badannya tegap menghadap Imna. Tertelan liur Imna ketika melihat adegan itu. Terkedu kerana Wooyoung sanggup bersumpah bahawasanya dia tiada kekasih.

"Okay... okay... Don't be swear like this. I trust you. So, what will happend if we're telling your sister about our relationship?"

Wooyoung tersenyum manis.

"Just be my girlfriend for couple days and after her wedding settle. We are nothing. I promise."

"We just friend right?"

"Yes! Of course. So we're friend right now and thank you because you want to help me."

Imna hanya mengangguk, tidak semena-menanya dia terpaksa berlakon menjadi kekasih palsu Jung Wooyoung yang baru saja dia kenali semalam. Itu pun tidak sampai beberapa jam.

Imna mula memeluk tubuhnya sendiri. Serasa dia sedang melakukan kerja gila. Bagaimana jikalau Puan Isma tahu yang dia keluar dengan seseorang yang dia baru kenal dalam sehari? Apa ibunya akan kata atau paling teruk dia dimarahi?

Tetapi, dia kebosanan di rumah dengan hari-hari terpaksa menghadap wajah crush dengan tunangnya. Hati Imna semakin membengkak dan sakit. Menaruh perasaan dan harapan terhadap lelaki yang bukan miliknya benar-benar menyakitkan.

Jadi, tidak salah jika dia membantu Wooyoung. Paling kurang dia dapat menghilangkan rasa bosan yang melanda jiwa.

Namun, tanpa dia sedar... sesuatu bakal berlaku dalam hidupnya. Sesuatu yang amat-amat besar dan langsung tidak dijangka oleh akal fikirannya sendiri.

"Kita dah sampai..."

Lanjutkan membaca buku ini secara gratis
Pindai kode untuk mengunduh Aplikasi

Bab terbaru

  • Marry You (Bahasa Malaysia)   MY ¦ 80

    Enam bulan kemudian,Semua perkara yang melibatkan Khalil telah pun di selesaikan oleh pihak polis Korea Selatan dan juga Malaysia. Visa Khalil akan di senarai hitamkan oleh pihak antarabangsa Korea Selatan, ini bermaksud lelaki itu tidak dapat masuk ke Korea Selatan dalam tempoh yang ditetapkan oleh duta Korea Selatan-Malaysia.Wookyung dan juga Jungkook? Mereka turut dipenjarakan atas kesalahan berpakat dan membunuh Amina dan juga Rashid. Mahkamah telah menjatuhkan hukuman penjara kepada Wookyung selama tiga tahun memandangkan dia sedang mengandung, manakala Jungkook pula lima tahun gara-gara dia adalah si pelaku sehingga menyebabkan pembunuhan itu berlaku.Sepanjang tempoh enam bulan berlalu, terlalu banyak perkara yang berubah di dalam kehidupan Imna dan

  • Marry You (Bahasa Malaysia)   MY ¦ 79

    Kereta dipandu selaju yang mungkin tanpa pedulikan keadaan lalu lintas yang agak sibuk di pagi hari. Dalam keadaan memandu seperti orang gila. Wooyoung terimbas kembali kata-kata kakaknya berkaitan dengan bukti siapa yang terlibat secara langsung dalam kejadian kemalangan itu dan meminta dia mencari bukti tersebut di dalam almari pakaian kakaknya di rumah.Disebabkan itu, Wooyoung segera meninggalkan hospital dan bergegas menuju ke rumah kakak dan abang iparnya untuk mencari bukti yang dimaksudkan itu. Keadaan semakin genting apabila mengetahui kisah sebenar yang membuatkan Wooyoung tidak dapat duduk tenang.Setibanya dia di hadapan laman rumah Wookyung. Brek tangan segera ditarik lantas tali pinggang keledar dibuka. Dia terus keluar dari kereta selepas membuka pintu. Rumah kakaknya dipandang penuh tanda tanya. Bagaimana kakaknya boleh tinggal bersama seorang pembunuh?Gerak langkah dibuka mendekati pintu rumah. Nombor pin di bahagian pengunci pintu cuba ditekan

  • Marry You (Bahasa Malaysia)   MY ¦ 78

    Pintu cuba ditutup serapat yang boleh selepas berjaya mengecam wajah lelaki di hadapannya. Belum sempat pintu hendak tertutup tangannya diraih kasih sehingga mendorong dia ke belakang.“Argh!” Jeritan Imna kedengaran halus di telinga Adam dan Aisha. Kedua-dua mereka segera meninggalkan ruang makan menuju ke pintu utama. Kelibat Imna tiada di pintu dan Adam pantas menarik semula daun pintu.“Lepaskan aku!” Imna meronta-ronta sambil menolak-nolak tangan lelaki yang sedang mencengkam lehernya sehingga dia terpaksa berundur ke dinding di koridor rumah.“Imna!” Adam turut menjerit selepas melihat situasi yang tidak disangka-sangka itu berlaku di hadapan mata. Imna masih menolak-nolak tangan lelaki yang cuba menyerang dia. “Kau siapa!” Belakang lelaki itu ditarik dan dihumban ke tepi. Tangan Imna diraih dan menyuruh gadis itu berdiri di belakangnya.Lelaki yang terjatuh ke lantai tadi tidak mahu mengalah begitu sa

  • Marry You (Bahasa Malaysia)   MY ¦ 77

    Kereta dipandu selaju yang mungkin. Dia mahu mengejar teksi yang dinaiki oleh pasangan suami isteri itu! dia tidak kira, apa akan terjadi nanti. Jadilah! Dia sudah hilang sabar dengan sikap mereka. Kali ini, akan dia habisi mereka tidak kira dengan cara apa sekalipun.Walaupun begitu, teksi yang dinaiki oleh Rashid dan Amina tiba-tiba dilanggar dari arah tepi di persimpangan trafik. Wookyung menekan brek kereta secara mengejut sambil memejam mata. Mujur dia sempat brek, jika tidak keretanya juga akan turut sama berlaga dengan teksi yang baru saja dilanggar tadi.“Argh!” Dia menjerit sekuat hati menahan rasa takut dan terkejut dalam waktu yang sama. Perlahan-lahan dia membuka mata dan dia melihat ke arah kereta yang melanggar teksi tersebut. Keluar seorang lelaki berpakaian serba hitam. Dari alis mata lela

  • Marry You (Bahasa Malaysia)   MY ¦ 76

    “Macam mana keadaan Wookyung?” Jungkook yang berada di luar wad kecemasan bertanya kepada adik iparnya. Sejak tadi dia tidak dibenarkan masuk ke dalam oleh Wooyoung gara-gara tidak mahu emosi kakaknya semakin teruk.“Dah okey sikit. Doktor cakap dia mengalami tekanan yang agak teruk. Jadi doktor minta dia duduk di wad sehari dua nak pantau kandungan sekaliJungkook meraup wajahnya sambil labuhkan diri perlahan-lahan di bangku menunggu. Agak berat ujian yang dia peroleh ketika ini. Situasi yang berlaku sekarang sudah tidak sama seperti awal-awal perkahwinan mereka dahulu, bahkan isterinya seolah-olah mahu mengelak daripada bertemu dengan dia. Bukan itu saja, setiap apa yang dia bicarakan pasti akan dibalas dengan tengkingan, tolakan, dan pelbagai lagi aksi yang tidak menyenangkan hati seorang suami. Entah di mana silap dia sebagai seorang suami pun dia tidak tahu. Keluhan berat dilepaskan perlahan sambil mengurut dahi yang terasa berdenyut-denyut.

  • Marry You (Bahasa Malaysia)   MY ¦ 75

    Sudah beberapa malam Imna tidak dapat melenakan diri, bahkan hari ini juga sama. Mungkin dia sudah tertidur di ruang tamu ketika pulang dari hospital bersama Aisha. Jadi, matanya agak sukar untuk lelap pada waktu malam. Dia diberi tumpang tidur di dalam bilik Aira, walaupun dia bebas untuk tidur pelbagai reaksi masih juga dia tidak dapat memejamkan mata. Rambut dikusutkan selepas dia bangun dari baring. Kepalanya menoleh dari kanan ke kiri. Bilik adik Aisha ini sungguh ringkas dan estetik. Warna perabot, katil, meja solek semuanya minimalis. Tidak seperti biliknya yang lebih suka warna-warna ceria. Selimut ditolak ke tepi dan kaki diturunkan dari katil. Perlahan-lahan dia bergerak ke pintu dan membukanya untuk keluar dari bilik. Ruangan dapur menjadi arah tujuan, dia mahu meminum sedikit air bagi membasahkan tekak yang terasa kering. Dalam ralit dia sedang mengapai gelas di bahagian kabinet tiba-tiba pinggangnya dipaut perlahan. Hampir terlepas gelas di tangan gara-g

Bab Lainnya
Jelajahi dan baca novel bagus secara gratis
Akses gratis ke berbagai novel bagus di aplikasi GoodNovel. Unduh buku yang kamu suka dan baca di mana saja & kapan saja.
Baca buku gratis di Aplikasi
Pindai kode untuk membaca di Aplikasi
DMCA.com Protection Status