Adam turun dari teksi selepas membayar tambang. Setelah kakinya menjejak tanah. Dia mencari tempat untuk berselindung. Takut jikalau Imna perasan dia sedang mengekori gadis itu.
Sebuah dinding bangunan yang agak terlindung dari tempat Imna sedang menuruni kereta menjadi tempat Adam memerhati. Wajah lelaki yang bersama Imna itu masih tidak dapat dilihat dengan jelas.
"Siapa kau ni?" tanya Adam sendirian. Hatinya kuat mengatakan, akan ada sesuatu yang bakal terjadi.
Melihat dari jauh pengawal peribadi penuh mengelilingi Imna dan lelaki itu membuat Adam semakin tidak tenang.
Setelah kelibat Imna dan lelaki itu menghilang memasuki sebuah bangunan. Adam segera keluar dari tempat persembunyian dan bergerak ke hadapan pintu bangunan tersebut.
Kepalanya mendongak mahu melihat perkataan yang tertera di atas bangunan itu.
"Hotel?" Terkejut yang teramat, langkahnya laju meredah masuk ke dalam hotel tersebut dan mengikut jejak Imna dan lelaki misteri itu ke sebuah bilik di bahagian lobi hotel.
Bilik itu bertentangan dengan dewan hotel. Kepala Adam menoleh ke arah pintu dewan.
"Hari bahagia Jung Wookyung x Jeon Jungkook? Jungkook?" Kening Adam bertaut, serasa macam pernah dengar nama Jeon Jungkook itu.
Bibirnya diketap lalu dia pergi mencari tempat persalinan pakaian untuk pengantin lelaki mahu mencari lelaki bernama Jeon Jungkook itu.
Setibanya dia di bilik itu, pintu diketuk perlahan untuk mengetahui ada orang atau tiada.
"Masuk..." Jelas suara seorang lelaki kedengaran.
Tanpa menunggu lama Adam segera menolak daun pintu dan kelibat seorang lelaki sedang membetulkan tuxedo.
"Yes? Can I help you?" soal lelaki itu setelah mengetahui Adam bukan salah seorang kenalan di hari majlis perkawinannya.
"Jungkook?"
"Yes?" Lelaki itu berpaling dan dia terkejut.
"Khairul Adam?" soalnya penuh kejutan. Tanpa berlegah dia terus mendepa tangan dan berjalan ke arah Adam.
Mereka berpelukan beberapa saat sambil Jungkook tersenyum mesra.
"Kau dah nak kahwin?" soal Adam mesra. Benarlah firasatnya, Jeon Jungkook merupakan kawan sekolah rendahnya dahulu.
"Yelah, dah sampai seru. Kahwinlah. Macam mana kau boleh dekat sini ni? Aku dah lama tak contact kau, sejak kau pindah sekolah dulu. Macam mana kau sekarang?"
Bertubi-tubi Jungkook bertanya, gembira kawan paling rapatnya dahulu kini hadir ke majlis perkahwinannya.
"Aku baru balik dari Malaysia. Sambung belajar dekat sana. Tapi, sekarang dah habis tu yang aku balik semula."
"Wow! Daebak! Kau pergi dengan Aisha ke?"
Adam menggeleng perlahan.
"Sorang je."
"Ini lagi daebak. Cakap tentang Aisha. Apa khabar dia sekarang?"
"Dia baik-baik je, nampak lebih sihat. Tak macam dulu."
"Baguslah, eh kau bila lagi nak kahwin. Aisha tu dah lama tunggu kau."
"Eh, sempat lagi ya kau nak tanya aku. Yang kau tu, kejap lagi nak kahwin takkan nak sibuk hal orang lagi."
Jungkook ketawa suka. Sejak tadi senyuman tidak lekang. Namun, senyumannya tidak lama.
"Macam mana kau tahu aku kahwin hari ni? Aku rasa semua kawan kita lost contact kau."
"Ha'ah, sebab aku tukar nombor telefon. Aku pun tak jangka kau ada dekat sini. Aku tadi nak cari seseorang kebetulan dekat sini orangnya. Tengah mencari, ternampak banting nama kau dengan pasangan. Siap gambar besar lagi, aku pun teruslah cari dah alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan."
"Jap! Aku tak faham ayat terakhir tu. Alang-alang apa tu?"
"Haha... abaikan, tu peribahasa aku belajar dekat Malaysia dulu."
"Oh, jadi kebetulan jelah ni? Kalau macam tu, jomlah masuk dewan sekali."
"Eh! Tak apa ke?" Adam was-was.
"Apa pula tak apanya? Kau kawan aku kot. Kawan masa kecil-kecil dulu. Ala bakal isteri aku okey je."
Tiba-tiba pintu dibuka luas oleh seseorang.
"Tuan... mc kita tak dapat datang, orang rumah dia call bagitahu semalam dia tersalah makan. Hari ni teruk cirit birit, sakit perut." Seorang lelaki yang dikenali sebagai Minwo memberitahu berita itu last minute.
Jungkook berkerut dahi.
"Minta Junki gantikan tempat mc," arah Jungkook dan Minwo menurut. Namun belum sempat Minwo beredar, dia menjengah semula.
"Tak boleh tuan, Junki pergi ambil adik Wookyung."
Jungkook terus menepuk dahi. Parah situasi mereka ketika ini. Jungkook memandang Adam yang hanya diam tidak berkutik.
"Apa?" Adam faham dengan maksud Jungkook itu namun, sengaja dia mahu bertanya lagi.
"Jebal? - Tolong?" Jungkook membuat mimik muka kasihan. Adam kembali mendiamkan diri.
...
Pintu bilik pengantin perempuan diketuk dan ada suara yang menyahut menyuruh mereka masuk.
"Noona..."
Wookyung menoleh, sudah lama dia tidak mendengar suara itu lantas dia bangun dan mendepa tangan. Adiknya mendekati lalu mereka berpelukan erat.
"Finally, you're here. So how?"
"Yes, I don't want to lose to you." Wooyoung mengekek.
Imna di belakang Wooyoung hanya mendiamkan diri. Kakak Wooyoung memerhati. Perlahan-lahan dia bergerak mendekati Imna.
Sengaja dia mengelilingi gadis itu sambil kedua-dua tangan melipat ke dada. Wajah serius Wookyung terpamer membuat Imna semakin resah dan gelisah.
"Mana kamu dapat dia?" soal Wookyung dalam bahasa ibundanya.
"Pasar malam..." seloroh Wooyoung.
"Murahnya."
"Ish! Taklah, aku gurau je. Dah lama dah kenal. Sekarang baru nak bawa jumpa noona..." Wooyoung mengetap bibir, serasa janggal mahu mengatakan perkara yang tidak berlaku.
"Jadi, inilah dia girlfriend kamu?" Wookyung mengangkat kening seraya itu Wooyoung mengangguk laju.
"Dia orang apa?"
Wooyoung berubah riak. Dia terlupa mahu bertanya Imna berasal dari mana. Inilah akibatnya jika main rembat bidan terjun. Tidak semena-mena dia sendiri yang terkantoi.
"Malaysia?" Kening Wookyung terangkat sambil pandangannya silih berganti memandang Imna dan Wooyoung.
"Yes! Yes!" Laju Wooyoung mengiyakan.
"Okey, akak setuju kau dengan dia. Not bad."
"Lawa kan?" Wooyoung mengekek.
"Alright then, you should go out. I have something to make with your girlfriend."
Belakang Wooyoung ditolak oleh kakaknya sehingga keluar dari bilik salinan itu.
"Yah! Kau nak buat apa?" jerit Wooyoung selepas pintu bilik itu ditutup lalu dikunci.
Wookyung mendekati Imna lalu menarik tangan gadis itu mendekati meja solek. Imna disuruh duduk di atas kerusi berhadapan dengan cermin solek.
"How long have you two known each other?"
Imna menelan liur. Entah mengapa tekaknya tiba-tiba saja terasa berpasir.
"2... 2 years?" Tergagap-gagap Imna mahu menjawab.
Wookyung tersenyum.
"I know you guys not know each other and you just do what he ask you to do. How much he pays you?"
Topi di kepala Imna ditanggalkan dan diletak ke meja solek. Rambut Imna dipegang sebelum bahunya pula disentuh.
"I didn't take any money from him."
"Wow... so what he will do for you if you didn't take a money."
"We are just friend." Imna bertegas. Kakak Wooyoung benar-benar mencabar kesabaran. Berkawan atas dasar duit? Imna bukannya miskin sampaikan perlu dibayar untuk berkawan dengannya.
"Okey, I'm sorry if what i've said make you uncomfortable with me. I just wondering how can you two known each other because 2 years ago he's broke up with his last girlfriend."
Imna terdiam. Dua tahun yang lalu bermaksud ketika itu umur Wooyoung 19 tahun.
"I hope you're the last one who can make he happy again."
Imna mengelip mata mendengar kata-kata itu.
"I bless you both..."
Rambut Imna disikat rapi oleh Wookyung yang sedang tersenyum manis. Namun, tidak Imna. Wajahnya berubah pucat seperti mayat hidup. Kakak Wooyoung merestui mereka? Petanda apakah itu. Imna mula berasa tidak senang.
"You look so beautiful and neutral beuaty. Lucky Wooyoung got you."
"Wait a minute, I think you just misunderstanding us?" Imna cuba menahan tangan Wookyung yang sedang menacap wajahnya dengan bedak.
"If yes, I hope what you guys do become true because I wanna see my brother happy. As his sister, I can't take care of him after this. I'll get married and my focus is on my new life. So I hope you can take care of my brother carefully."
Imna mengerut dahi tidak mengerti, Wookyung sudah tahu dia dan Wooyoung hanya berlakon untuk memenangi cabaran yang adik-beradik itu sepakat. Tetapi, mengapa kakaknya tidak marah dengan tindakan itu? Mengapa kakaknya malah menyokong pula?
Imna semakin tidak mengerti. Wooyoung bahagia? Selama ini, dia tidak bahagia ke dengan hidup dia? Dia sendiri yang nak hidup bebas daripada kakaknya.
"Done!"
Wajah Imna terpantul dalam cermin dan mata Imna tidak percaya dengan apa yang dia lihat.
"Mrs. Jeon..." Satu suara menyapa halwa telinga mereka. Wookyung menoleh.
"Masa dah tiba."
Wookyung tersenyum lantas dia bergerak ke rak kasut. High heels berwarna putih diambil. Baju dress labuh berwarna putih turut digapai.
"Awak ambil ni dan suruh dia tukar ya. Awak uruskan dia." Wookyung menyerahkan semua itu kepada pembantu dandannya.
Imna memandang tidak mengerti. Juru dandan itu mengukir senyum kepada Imna selepas kelibat Wookyung hilang dari pandangan mereka berdua.
"Let's go..."
Enam bulan kemudian,Semua perkara yang melibatkan Khalil telah pun di selesaikan oleh pihak polis Korea Selatan dan juga Malaysia. Visa Khalil akan di senarai hitamkan oleh pihak antarabangsa Korea Selatan, ini bermaksud lelaki itu tidak dapat masuk ke Korea Selatan dalam tempoh yang ditetapkan oleh duta Korea Selatan-Malaysia.Wookyung dan juga Jungkook? Mereka turut dipenjarakan atas kesalahan berpakat dan membunuh Amina dan juga Rashid. Mahkamah telah menjatuhkan hukuman penjara kepada Wookyung selama tiga tahun memandangkan dia sedang mengandung, manakala Jungkook pula lima tahun gara-gara dia adalah si pelaku sehingga menyebabkan pembunuhan itu berlaku.Sepanjang tempoh enam bulan berlalu, terlalu banyak perkara yang berubah di dalam kehidupan Imna dan
Kereta dipandu selaju yang mungkin tanpa pedulikan keadaan lalu lintas yang agak sibuk di pagi hari. Dalam keadaan memandu seperti orang gila. Wooyoung terimbas kembali kata-kata kakaknya berkaitan dengan bukti siapa yang terlibat secara langsung dalam kejadian kemalangan itu dan meminta dia mencari bukti tersebut di dalam almari pakaian kakaknya di rumah.Disebabkan itu, Wooyoung segera meninggalkan hospital dan bergegas menuju ke rumah kakak dan abang iparnya untuk mencari bukti yang dimaksudkan itu. Keadaan semakin genting apabila mengetahui kisah sebenar yang membuatkan Wooyoung tidak dapat duduk tenang.Setibanya dia di hadapan laman rumah Wookyung. Brek tangan segera ditarik lantas tali pinggang keledar dibuka. Dia terus keluar dari kereta selepas membuka pintu. Rumah kakaknya dipandang penuh tanda tanya. Bagaimana kakaknya boleh tinggal bersama seorang pembunuh?Gerak langkah dibuka mendekati pintu rumah. Nombor pin di bahagian pengunci pintu cuba ditekan
Pintu cuba ditutup serapat yang boleh selepas berjaya mengecam wajah lelaki di hadapannya. Belum sempat pintu hendak tertutup tangannya diraih kasih sehingga mendorong dia ke belakang.“Argh!” Jeritan Imna kedengaran halus di telinga Adam dan Aisha. Kedua-dua mereka segera meninggalkan ruang makan menuju ke pintu utama. Kelibat Imna tiada di pintu dan Adam pantas menarik semula daun pintu.“Lepaskan aku!” Imna meronta-ronta sambil menolak-nolak tangan lelaki yang sedang mencengkam lehernya sehingga dia terpaksa berundur ke dinding di koridor rumah.“Imna!” Adam turut menjerit selepas melihat situasi yang tidak disangka-sangka itu berlaku di hadapan mata. Imna masih menolak-nolak tangan lelaki yang cuba menyerang dia. “Kau siapa!” Belakang lelaki itu ditarik dan dihumban ke tepi. Tangan Imna diraih dan menyuruh gadis itu berdiri di belakangnya.Lelaki yang terjatuh ke lantai tadi tidak mahu mengalah begitu sa
Kereta dipandu selaju yang mungkin. Dia mahu mengejar teksi yang dinaiki oleh pasangan suami isteri itu! dia tidak kira, apa akan terjadi nanti. Jadilah! Dia sudah hilang sabar dengan sikap mereka. Kali ini, akan dia habisi mereka tidak kira dengan cara apa sekalipun.Walaupun begitu, teksi yang dinaiki oleh Rashid dan Amina tiba-tiba dilanggar dari arah tepi di persimpangan trafik. Wookyung menekan brek kereta secara mengejut sambil memejam mata. Mujur dia sempat brek, jika tidak keretanya juga akan turut sama berlaga dengan teksi yang baru saja dilanggar tadi.“Argh!” Dia menjerit sekuat hati menahan rasa takut dan terkejut dalam waktu yang sama. Perlahan-lahan dia membuka mata dan dia melihat ke arah kereta yang melanggar teksi tersebut. Keluar seorang lelaki berpakaian serba hitam. Dari alis mata lela
“Macam mana keadaan Wookyung?” Jungkook yang berada di luar wad kecemasan bertanya kepada adik iparnya. Sejak tadi dia tidak dibenarkan masuk ke dalam oleh Wooyoung gara-gara tidak mahu emosi kakaknya semakin teruk.“Dah okey sikit. Doktor cakap dia mengalami tekanan yang agak teruk. Jadi doktor minta dia duduk di wad sehari dua nak pantau kandungan sekaliJungkook meraup wajahnya sambil labuhkan diri perlahan-lahan di bangku menunggu. Agak berat ujian yang dia peroleh ketika ini. Situasi yang berlaku sekarang sudah tidak sama seperti awal-awal perkahwinan mereka dahulu, bahkan isterinya seolah-olah mahu mengelak daripada bertemu dengan dia. Bukan itu saja, setiap apa yang dia bicarakan pasti akan dibalas dengan tengkingan, tolakan, dan pelbagai lagi aksi yang tidak menyenangkan hati seorang suami. Entah di mana silap dia sebagai seorang suami pun dia tidak tahu. Keluhan berat dilepaskan perlahan sambil mengurut dahi yang terasa berdenyut-denyut.
Sudah beberapa malam Imna tidak dapat melenakan diri, bahkan hari ini juga sama. Mungkin dia sudah tertidur di ruang tamu ketika pulang dari hospital bersama Aisha. Jadi, matanya agak sukar untuk lelap pada waktu malam. Dia diberi tumpang tidur di dalam bilik Aira, walaupun dia bebas untuk tidur pelbagai reaksi masih juga dia tidak dapat memejamkan mata. Rambut dikusutkan selepas dia bangun dari baring. Kepalanya menoleh dari kanan ke kiri. Bilik adik Aisha ini sungguh ringkas dan estetik. Warna perabot, katil, meja solek semuanya minimalis. Tidak seperti biliknya yang lebih suka warna-warna ceria. Selimut ditolak ke tepi dan kaki diturunkan dari katil. Perlahan-lahan dia bergerak ke pintu dan membukanya untuk keluar dari bilik. Ruangan dapur menjadi arah tujuan, dia mahu meminum sedikit air bagi membasahkan tekak yang terasa kering. Dalam ralit dia sedang mengapai gelas di bahagian kabinet tiba-tiba pinggangnya dipaut perlahan. Hampir terlepas gelas di tangan gara-g