Home / Lahat / Miliki Bayangmu (Malaysia) / 01 | Langkah Pertama

Share

Miliki Bayangmu (Malaysia)
Miliki Bayangmu (Malaysia)
Author: Flizwn 33

01 | Langkah Pertama

Author: Flizwn 33
last update Huling Na-update: 2021-09-07 16:40:03

AKU SALAM ABI DAN melangkah berat menuju ke kereta. Sebelum mencapai pemegang pintu, sekali lagi aku menoleh ke belakang. Walaupun abi sedang tersenyum, tapi aku nampak riak sayu di wajah tua itu. Aku tak rapat sangat dengan abi, kalau tidak mungkin aku sudah berlari memeluknya.

"Nak saya bukakan pintu ke?"

Aku pandang ke hadapan. Sinisnya bunyi suara. Dengan kening terangkat-angkat. Baru pagi kelmarin nikah, dah tunjuk dah lagak veto dia. Sebagai tanda protes, aku menghempas pintu dengan kuat. Dari hujung mata, aku perasan dia tersenyum senget. Sebelum kereta melepasi pagar, aku melambai pada abi.

'Abi, Dija sayang abi.'

Rasa sesal kerana aku tak pernah beritahu abi tentang itu.

           

TERLIHAT INDAH rumah setingkat di hadapan mata. Walaupun tidaklah sebesar rumah abi, namun kawasan laman sekelilingnya agak luas. Rumput nampaknya baru dipotong bahkan bau rumput masih ada.

"Ehem!"

Aku menjelingnya. Terkejut sebenarnya. Asyik sungguh aku memandang laman yang berpagar kayu.

"Ni bukan rumah saya seorang, jadi angkatlah barang-barang dari kereta masuk ke dalam. Saya suami, bukan tukang angkat barang."

Eee... sakit pulak hati ni mendengarnya. Macamlah aku ni berlagak sangat macam puan besar! Tak bagi peluang langsung nak menikmati hidup!

Aku rentap bagasi besar berisi barang aku. Dalam hati mendongkol geram.

"Oii, cik puan! Ingat gagah sangat ke? Ish!" marah dia seraya merampas bagasi besar yang aku jinjing.

La, marah pulak! Tadi suruh orang angkat. Tak faham sungguhlah! Aku pandang belakang tubuhnya yang berbaju kemeja hitam. Rambutnya yang tersisir rapi berombak sedikit apabila angin bertiup. Bau wangiannya mengikut angin menusuk hidungku.

Oh, serius! Aku benci bau minyak wangi walaupun baunya wangi.

Usai solat Asar, aku mula mengemas beg. Baju yang perlu digantung, aku gantung elok-elok. Rasa macam pergi melancong je padahal secara rasminya aku bukan lagi penghuni tetap rumah abi. Ah, rasa sedih ini masih segar menyelubungi diri. Perkahwinan ini terlalu tiba-tiba walaupun aku bukanlah dipaksa.

Beg baju berwarna coklat di tepi pintu aku pandang. Nak kemaskan baju dia ke tak payah? Karang kena marah sebab ganggu privasi dia. Tapi aku isteri. Macam pelik pula biar suami kemas barang sendiri.

Haishh.. ni yang susah kahwin dengan orang yang aku tak kenal ni. Tak tahu perangai dia. Nak buat apa semua tak tahu. Nak bercakap pun segan. Sebu rasa hati ni.

"Dija."

Hampir menjerit aku apabila dia muncul tiba-tiba dari belakang. Suka sangat muncul macam hantu! Mujur sempat aku menekup mulut, kalau tak memang aku dah azan kat telinga dia.

Dia ketawa lepas. Pipinya menaik bersama garisan halus di situ. Suara tawanya kedengaran garau dan lunak. Sukalah tu tengok aku terkejut. Entah muka apa aku buat tadi waktu terkejut. Mesti hodoh gila.

"Makan dulu, esok-esok boleh kemas."

Dia mencapai tanganku, hangat terasa lalu ditarik membawa aku ke ruang tamu. Aku pandang tangannya yang berurat, berpaut dengan jemariku. Erat. Entah, ada satu perasaan lain apabila merasakan genggamannya. Sama seperti waktu kami bersalaman buat kali pertama seusai pernikahan.

Dia mendahului langkah di hadapan, membenarkan aku merenung belakang tubuhnya. Memang kedudukan itu sahajalah yang aku berani mengangkat wajah memandangnya kerana apabila kami berhadapan, aku tidak mampu mengangkat muka berlama-lama. Macam ada eletrik mengalir dalam arus pandangan matanya.

Rumah ini kecil saja. Di situ ruang tamu, situ jugalah ruang makan. Cuma dipisahkan set sofa untuk tetamu duduk dan meja Jepun panjang di sudut satu lagi. Panjangnya boleh muat kira-kira 6 orang makan.

Dia duduk di hujung meja Jepun dan aku mengambil tempat berdekatan dengannya. Sakit pulak buku lali bila bersimpuh atas tikar buluh ni. Biasanya di rumah abi, kami makan di meja makan, duduk atas kerusi. Tapi aku senyum sajalah, nanti kena cop budak bandar tak biasa bersimpuh.

"Lepas ni, awak kena masak ya. Saya tak nak biasakan diri makan dari luar," katanya, tenang.

Aku pandang murtabak yang masih berasap dalam pinggan. Sedap pulak baunya. Mungkin dia pergi beli waktu aku sibuk mengemas tadi.

"Saya akan mula bekerja dalam dua tiga hari ni. Saya kerja sendiri je jadi saya sendiri yang kena curi masa untuk cuti kahwin nanti. Awak masih belum ada kerja, kan?"

Aku mengangguk, menjawab soalannya.

"Dari tadi tak cakap apa pun. Awak memang pendiam ke? Abi kata awak ni mulut kepoh."

Amboi sangat! Haruslah aku jadi pendiam. Berduaan dengan orang yang aku tak kenal. Lelaki pulak tu! Tak pernah jumpa pun sebelum kahwin. Cuma sekali sahaja waktu abi perkenalkan dia sebagai bakal suami.

Seperti semalam, juga seperti tadi, aku langsung tidak memandang tepat ke wajahnya. Aku terus capai potongan murtabak masuk ke piring kecil.

"Hei, hidang untuk suami dulu."

Aku jeling dia. Hish!

Dari hujung mata, aku perasan dia asyik merenung muka aku. Mungkin buat scanning untuk disimpan dalam memori kepala yang dia dah ada isteri.

"Kenapa orang perempuan suka pakai garis-garis hitam kat kelopak mata?" soalnya tiba-tiba.

Lah, dia tengok eyeliner aku ke?

"Macam Firaun."

Tersedak aku mendengar komennya sampai terbatuk pedih dia letakkan segelas air di depan aku dan berlalu pergi macam tu je? Laju-laju aku menyusup ke bilik tidur, menatap cermin di pintu almari. Tebal sangat ke eyeliner aku sampai kena cop Firaun?

Elok je. Ish!

Belum kenal lagi dah cakap aku macam Firaun. Kalau dah kenal nanti mesti cakap aku ni ada agenda konspirasi Freemason.

Selepas makan, dia sibuk mengemas kereta. Siap dibasuh sampai berkilat. Lelaki, memang sayang kereta atau motor diorang dari bini sendiri eh? Aku yang terpacak kat depan pintu dari tadi dia tak pandang sikit pun.

"Nak pergi mana?" spontan aku bertanya apabila dia menghidupkan enjin kereta.

"Nak pergi pulangkan kereta ni kat tuan dia," beritahunya sambil keluar semula dari perut kereta. Mata redupnya memandang aku yang tercengang. Iyalah! Mati-mati aku ingat tu kereta dia. Sebelum kahwin, beberapa kali dia datang rumah naik kereta tu. Gaya macam kereta dia sendiri. Jadi maknanya dia tak asa keretalah?

"Kenapa? Terkejut dapat suami miskin?"

Hah, lagi tercengang aku dengar suara sinis dia.

"Tak baik cakap macam tu. Bukan terkejut sebab fikir awak tak ada kereta tapi terkejut sebab awak jaga kereta tu macam kereta sendiri." Aku malas berlapik, biar dia tahu apa aku fikir.

Dia hanya diam memandangku.

Aku menyilang tangan di dada. Dari menambah sakit hati, aku melangkah masuk ke dalam rumah. Melihat handphonenya di atas meja, aku capai dan keluar semula dengan niat untuk memberi telefon itu padanya. Karang keluar tak bawa handphone kan susah!

Kaki aku terhenti pada tingkap di tepi pintu. Dia masih di situ, berdiri memandang kereta dengan pintu pemandu yang masih terbuka. Ada suram di wajahnya. Hilang kesinisan dan muka acah berlagak tadi. Berganti dengan riak yang betul-betul buatkan aku merasa... sayang. Eh tak, rasa kasihan.

Hujung jarinya menyentuh badan kereta itu sebelum dia meloretkan sentuhannya sambil mengelilingi kereta itu perlahan-lahan. Aku agak, dalam usia dia sekarang, dia rasa ralat kerana masih belum memiliki kereta sendiri. Lelaki kot! Mesti teringin nak ada kereta sendiri. Bestnya kalau aku dapat buat surprise hadiah kereta kat dia! Ala, macam artis kaya-kaya selalu buat tu.

Tanpa dia sedar, aku ambil kesempatan merenung wajah dan bahasa tubuhnya yang menyenangkan. Bila lagi nak tengok muka dia sememeh macam tu, kan?

🌼

"Sesuatu yang indah bukanlah terjadi begitu saja.

Ianya harus dicipta."

Zen.

03.09.21

Patuloy na basahin ang aklat na ito nang libre
I-scan ang code upang i-download ang App

Pinakabagong kabanata

  • Miliki Bayangmu (Malaysia)   15 | Memahami

    "Seriuslah?" Serentak Cetta dan Kak Long bersuara bila mendengar cerita kebekuan sang suamiku. "Dia tak tanya ke kau okey atau dah nak gila diserang ketakutan? Kau tu sudahlah penakut tahap gaban!" "Kau jangan ajak Dijah bawangkan suami sendiri, Kak Long," balasku. Cetta masih gelak tak habis-habis. Mentang-mentanglah dia masih single. Buat seketika kami diam membisu melayan perasaan sendiri. "Hah..." keluh Cetta diikuti helaan nafas Kak Long yang sedari tadi menyandarkan kepala pada cermin tingkap kafeteria. "Aku nak tukar departmen. Entah bila nak naik pangkatnya." Cetta pula mengurut pelipis sendiri. Kami bertiga berkawan baik walaupun Kak Long tu kakak aku dan Cetta sebaya dengannya. Cetta yang tolong aku dapatkan kerja dulu dan akhirnya kami jadi akrab. Kak Long pula kalau

  • Miliki Bayangmu (Malaysia)   14 | Beza

    PIN! PIN!Aku menjengah melalui tingkap. Ada seorang penghantar membunyikan hon motosikal berkali-kali. Rasanya aku tak ada beli barang online. "Sekejap!" Hanzalah muncul dari dapur, berlari anak ke pintu depan dan tergesa-gesa menyarung selipar. Mereka berbual sebentar sambil bungkusan petak yang besar bertukar tangan.Baru aku perasan ada kesan kotoran bentuk tapak kaki di lantai. Aku ikut kesan itu sampai ke pintu dapur. Memang tadi Hanzalah menebas rumput di belakang rumah lepas tu sesuka hati dia berjalan terus masuk ke dalam rumah tanpa membasuh kaki?Eee... "Kenapa awak tak lalu ikut tepi laman je?" soalku, menahan sabar. Bukan sikit-sikit kesan tanahnya. Dari dapur sampai ke depan pak tu. "Oh, betul jugak. Tapi ikut mana-mana pun sama je." Di

  • Miliki Bayangmu (Malaysia)   13 | Suami Isteri

    PETANG.Aku menapak balik dari surau berdekatan menuju ke kereta semula. Menunggu Hanzalah habiskan sesi outdoor photoshoot di sekitar kediaman pengantin.Susuk tubuh yang bersandar di kereta Kancil aku pandang pelik. Delilah? Apalagi dia nak? Tak cukup sakitkan hati aku waktu majlis tahlil arwah umi hari tu?Aku berhadapan dengannya. Macamana aku nak masuk dalam kereta kalau dia menghadang? Punyalah banyak kerusi bawah khemah sana nun, depan pintu kereta cikai ini jugalah dia pilih untuk bersandar.Kami berpandangan seketika tanpa bicara. Dia menatap mataku lama. Matanya cantik sekali. Aku yakin itu mata aslinya, bukan contact lens. Indahnya.Tiba-tiba dia berlalu pergi.What? Itu saja? Kau sandar lama-lama kat sini semata nak tunjuk mata yang lawa tu ke?Aku soroti langkahnya mendekati se

  • Miliki Bayangmu (Malaysia)   12 | Cemburu

    “You tak nak ke masuk kerja balik? Masih tak ada sesiapa boleh ganti you,” ujar Cetta di hujung talian. “Hmm… dah jadi isteri orang ni aku malas terikat dengan waktu ofis. Kesian husband aku nanti. Dia kerja sendiri,” balasku, lambat-lambat. Dulu aku kerja di bahagian sumber manusia atau singkatnya mudah disebut HR, Human Resources. Walaupun stress dengan macam-macam ragam tapi rakan sekerja yang sekepala sedikit sebanyak membuatkan hidup aku lebih berwarna warni. “You tahu, semalam seorang budak rekrut dah cabut lari. Bisinglah Mr. Cho sebab manpower tak cukup. Baru sebulan yang lepas budak baru yang seorang lagi tu menghilang sebab dapat sambung belajar. Aku pening la you tak ada. Mr. Cho kan sayang you,” cerita Cetta dengan slanga Melayu yang fasih walaupun dia berbangsa India. Wanita anggun berlesung pipit di kiri kanan pipinya. “Anastasia kan gantikan aku.” “Iyalah, ganti sementara je. D

  • Miliki Bayangmu (Malaysia)   11 | Calar

    "KHADEEJA."Aku diam tanpa membuka mata. Gara-gara ketakutan malam semalam, aku demam panas. Tak tahulah nak cakap macamana tapi penyakit penakut aku ni memang susah nak buang. Kalau dah takut sangat aku memang boleh jatuh sakit.Terasa katil bahagian belakang sedikit tenggelam apabila Hanzalah duduk di situ. Mungkin ingin melihat jika aku masih tidur. Aku kekal beku mengiring membelakanginya.Lama.Serba salah pulak. Aku tak suka membelakangi suami aku macam ni. Aku syak dia tengah tenung aku. Agak-agak dia tahu tak yang aku pura-pura tidur.Tiba-tiba bilik terang benderang dengan lampu. Walaupun dalam keadaan siang tapi kerana langsir yang tidak diikat menjadikan suasana bilik agak suram awal tadi. Automatik aku berpaling memandang ke arah Hanzalah yang berdiri di muka pintu bilik dengan tangan yang masih melekat di suis lampu.Eh, bila pulak dia dah kat te

  • Miliki Bayangmu (Malaysia)   10 | Takut

    SUKARNYA MEMBUANG rasa bersalah apabila Hanzalah mengeluarkan duitnya untuk kos membaiki kereta Kancil Kak Long biarpun aku berkeras menghalangnya. Aku tahu dia bukannya berduit sangat dan bukan salah dia pun. Kereta tu memang bermasalah."Takkan nak pulangkan kereta tak boleh hidup macam ni?""Tapi...""Pengajarannya lain kali balik dengan saya."Ouch, aku sentap!Kak Long dan abi pula tak nak terima Kancil tu sebab katanya tak ada siapa pun guna sejak Kak Long kahwin dengan Abang Long. Hanzalah beriya menolak, keberatan menerima tawaran Kak Long."Motor kan tengah baiki. Pakai saja dulu sementara tunggu motor tu siap."Dek kerana kata-kata Abang Long itulah Hanzalah terima juga akhirnya. Dalam perjalanan pulang dari rumah abi, aku perasan Hanzalah melalui jalan yang berbeza."Kita nak ke mana?"

Higit pang Kabanata
Galugarin at basahin ang magagandang nobela
Libreng basahin ang magagandang nobela sa GoodNovel app. I-download ang mga librong gusto mo at basahin kahit saan at anumang oras.
Libreng basahin ang mga aklat sa app
I-scan ang code para mabasa sa App
DMCA.com Protection Status