Beranda / Semua / Miliki Bayangmu (Malaysia) / 02 | Selangkah Lebih Dekat

Share

02 | Selangkah Lebih Dekat

Penulis: Flizwn 33
last update Terakhir Diperbarui: 2021-09-07 16:40:25

Ketika Hanzalah membersihkan diri, aku ambil kesempatan meneliti dapur rumah itu. Hanzalah kata ini bukan rumah sewa. Memang dia beli dah lama dulu cuma belum pernah didiami kerana disewakan pada orang lain.

Dapurnya tidaklah besar mana. Sederhana sahaja dengan rak pinggan dan satu meja lipat berpasangan dua kerusi plastik macam biasa aku tengok kat restoran. Ada empat pinggan, empat gelas dan sudu, semua macam baru beli. Kuali pun ada satu je. Macam kuali lejen. Ada kesan penggunaan bertahun-tahun. Senduk ke apa semua tak ada.

Aku agak dia baru sediakan semua ni tak lama sebelum kami berkahwin. Entah kenapa, aku tak rasa dia lelaki yang ada kelemahan kerana apa yang dia sediakan ini serba serbi tidak mencukupi tapi sebaliknya aku rasa malu dan terharu kerana dia sebagai lelaki asing, pasti bersusah payah menyediakan semua ini untuk aku yang tidak pernah dia kenali agar hidup selesa.

           "Solat?" Tiba-tiba dia muncul dengan rambut yang basah.

Aku mengangguk dan mengikut langkahnya ke ruang tamu. Maghrib tadi kami sembahyang berasingan sebab dia terlambat mengemaskan barang.

           "Ni hadiah dari ibu saya." Dia hulurkan sepasang telekung berwarna maroon bersulam ringkas. Muat-muat pada muka aku. Cantik!

           "Boleh tolong ikatkan?" Aku tunjukkan tali telekung padanya yang sedari tadi memerhatikan saja.

          "Boleh ke?" soalnya, blur.

           "Mestilah boleh." Aku tersenyum dan berbalik membelakanginya. Dia mengikat tali telekung dan aku dapat mendengar hembusan nafasnya. Aku tekap tangan ke dada. Tenang, Dija.

          "Dah."

Aku kembali berpusing menghadapnya. Baru perasan kain sarung Samarinda yang dipakainya juga berwarna maroon. Mungkin hadiah sedondon.

          "Selama ni siapa ikatkan telekung awak?" tanya dia.

           "Err... ikat sendirilah. Kenapa?"

           "Habis tu, kenapa suruh saya ikatkan?"

Terkebil-kebil aku dibuatnya, tak tahu nak jawab apa. Takkan nak cakap yang aku sengaja buat macam tu sebab nak bermesraan, agar kami tidak lagi kekok.

           "Jadi patutnya saya ikat sendiri ke?" Macam bodoh pulak soalan aku ni.

            "Jadi saya ke yang kena ikatkan setiap hari?"

Huh, tak terduga betul mamat ni. Ikat telekung pun boleh jadi isu ke? Serius aku tak faham.

           "Okey, jom ambil gambar." Aku ubah topik.

           "Macamana awak tahu kena ambil gambar?" Sekali lagi dia menyeksa aku dengan soalan dia.

           "Ibu yang bagi telekung dengan kain yang awak pakai ni kan, mestilah ibu nak tengok kita pakai hadiah dia. Lagipun ibu awak tak dapat hadir waktu resepsi." Satu persatu aku membalas sambil mendongak menatap anak matanya yang pekat kehitaman.

Perlahan dia mengangguk dan mencapai handphone di atas meja.

Oh, Dija. Nampaknya kau kena banyak bersabar untuk kenal dengan suami kau ni.

Selepas solat, kaki aku lunjurkan malam itu setelah selesai menarik tiga beg kanvas yang lebih besar dari aku, dikumpulkan di ruang tamu.

           "Memang dah lama berdendam nak keluar dari rumah abi awak ke?" soal Hanzalah, bercekak pinggang di pintu dapur. Rajin dia tanya itu ini pada aku.

Siang tadi memang aku nampak berkerut-kerut dahi dia waktu keluarkan beg-beg ni dari dalam kereta. Berat dan banyak bilangannya.

           "Ini bukan barang sayalah." Aku buka zip beg kanvas yang pertama dan keluar kotak berbagai saiz dan bentuk dari dalamnya.

           "Habis tu?" Dia mendekat, bertinggung di sisi aku.

          "Hadiah kahwin kitalah." Aku menjungkit kening padanya. Siapa tak seronok dapat hadiah sebanyak ini.

Muka Hanzalah jelas terkejut. Macam tak percaya yang semua di hadapan matanya itu adalah barang yang dihadiahkan pada kami.

          "Semua?" Tangannya berputar pada tiga beg kanvas itu.

           "Iya." Takkanlah dia tak tahu. Kan kerja sebagai jurugambar, mesti selalu pergi majlis kahwin.

           "Ahh..." Dia terangguk dengan mulut terbuka, macam budak kecik pulak. "Saya ingatkan orang bagi untuk abi, untuk Kak Long, untuk satu family."

Satu demi satu kotak aku buka. Untung keluarga besar walaupun aku dan Kak Long hanya dua beradik. Dapat set cawan dari Mak Long, set comforter saiz queen dari Abang Irwan, set cadar satin dari Neksu, couple mug dari Yanee si kawan sekolah rendah aku dulu, periuk nasi dari Pak Anjang, set Tupperware dari Kak Long dan lain-lain hadiah kecil.

Pergh... kaya aku macam ni kalau buat majlis kahwin selalu. Baru dua beg kanvas. Ada satu lagi!

"Awak tak nak tolong bukakan ke?" Aku mencebik padanya yang setia menjadi penonton.

"Kan hadiah awak," jawabnya, nampak jujur.

"Hadiah kita berdualah, suamiku..." balasku, geram tapi dia macam tersentak sebelum tersenyum simpul. Sukalah tu ada orang panggil dia suami.

Hadiah paling gempak setakat ni adalah air fryer dari nenek aku dan mesin kopi layan diri Nescafe pemberian abi! Aku nak menggelupur menjerit bahagia tapi bertahan agar kekal ayu di depan Hanzalah. Takut dia terkejut tengok aku histeria dirasuk harta dunia.

Setiap hadiah yang kami terima aku ajak Hanzalah selfie bersama dan hantar gambar tu pada orang yang memberi hadiah tanda terima kasih dan betapa kami menghargai pemberian mereka. Walaupun Hanzalah nampak keberatan nk selfie berkali-kali tapi sabar je dia layan karenah aku. Agak-agak 3, 4 tahun yang akan datang dia akan boleh sabar lagi tak?

Tiba-tiba dia menyentuh sekilas pipiku dengan belakang tapak tangannya. Aku terkejut, terus aku tekup pipi dan membulatkan mata memandangnya.

            "Apa?" Entah nada aku marah atau apa. Tapi aku betul-betul terkejut dia buat macam tu. Rasa macam hangat wajah aku.

            "Betullah orang kata isteri tu membawa rezeki. Terima kasih bawa rezeki dalam rumah ni," balasnya dengan pandangan mata yang redup. Terasa ikhlas di hati.

Dia bukan bermulut manis pun tapi aku rasa aku tengah cair sekarang. Melting.

           "Kawan-kawan awak tak bagi hadiah ke?" soalku. Waktu resepsi semalam aku nampak ada beberapa orang kawannya hadir.

Dia tergelak kecil. "Tahu apa diorang bagi?" Dia tarik kotak di antara timbunan kotak yang lain dan pembalut hadiah yang koyak.

           "Tengok ni."

Meletus ketawa aku. Ada lima kotak. Kotak pertama berisi 10 peket gula, kotak kedua berisi 10 peket pelbagai jenis tepung, kotak ketiga berisi peket-peket kecil serbuk kunyit, serbuk kari dan berbagai jenis rempah, kotak keempat berisi cecair pencuci pinggan, sabun basuh baju, sabun pencuci tandas dan pelbagai jenis pencuci dan kotak terakhir berisi minuman 3 in 1, kopi Tongkat Ali dan Kacip Fatimah.

           "Wah, ini hadiah paling bagus. Jimat nak beli barang rumah." Aku turut ketawa bersamanya. Comel betul kawan-kawan suami aku ni.

           "Tapi kopi ni, diorang tahu saya tak berapa minum sangat 3 in 1 macam ni," ujarnya sambil membelek plastik bungkusan kopi di tangan.

          "Awak tak minat kopi?"

          "Yang jenis sachet macam ni, tak suka sangat. Lagipun tak ada sebab pun nak minum. Air masak lebih baik."

           "Tapi sekarang dah ada sebab dah." Pantas mulut aku berbicara tanpa izin, sebelum aku mengetap bibir mengharap boleh tarik balik perkataan tadi. Malunya!

           "Sebab?" Dia terkebil-kebil seketika, memandang dua jenis kopi itu silih berganti dengan aku.

           "Ohh..." Dia terangguk perlahan dengan muka sinis yang dibuat-buat. Mahu menggelabah aku dibuatnya. "Kalau macam tu, sekarang jugalah saya bancuh." Dia bangkit menuju ke dapur.

           "Eh, bukan! Bukan tu maksud saya!" Aku berdiri, menarik bajunya dari belakang. Padan muka kau, Dija! Mulut tak bertapis lepas tu sendiri yang kalut.

           "Hmm? Bukan ke minum Tongkat Ali boleh bagi tenaga pada saya, dan Kacip Fatimah ni untuk awak, kan?" Dia bertanya tanpa reaksi.

           "Ta... tapi bukan tu maksud saya." Aku cengkam bajunya, menghalang dia masuk ke dapur.

           "Lah, kenalah minum sekarang. Bukan ke awak nak suruh saya kemaskan semua ni?"

Serta merta aku lepaskan bajunya dan berdehem sedikit. Itu ke yang dia fikir? Aku la yang otak biru sekarang?

"Bukan tu ke maksud awak?" soalnya sambil menunduk sedikit, mencuri pandang aku yang menyembunyikan wajah. Malu lagi!

"Ma... maksud... maksud apa?" Aku berpura-pura mengikat rambut.

"Kejap." Hanzalah merenung siling macam berfikir sesuatu dan muka dia macam baru dapat ilham dari langit.

“Maksud awak tu ke?” Dia tunjuk ke arah bilik tidur. Lah, loading rupanya laki ni.

"Eee!" Aku tumbuk sisi perutnya menyebabkan dia mengaduh perlahan. Baru dia tahu aku tak mudah dipermainkan.

Terdengar dia ketawa perlahan namun terasa bergema dalam hati aku. Untuk malam ini, aku terasa selangkah lebih dekat mengenalinya.

🌼

“Ketika satu pintu hati tertutup buatmu,

Tuhan selalu membuka pintu hati lain untukmu,

Hanya jika kamu mahu membuka mata melihatnya.”

Zen.

04.09.21

Lanjutkan membaca buku ini secara gratis
Pindai kode untuk mengunduh Aplikasi

Bab terbaru

  • Miliki Bayangmu (Malaysia)   15 | Memahami

    "Seriuslah?" Serentak Cetta dan Kak Long bersuara bila mendengar cerita kebekuan sang suamiku. "Dia tak tanya ke kau okey atau dah nak gila diserang ketakutan? Kau tu sudahlah penakut tahap gaban!" "Kau jangan ajak Dijah bawangkan suami sendiri, Kak Long," balasku. Cetta masih gelak tak habis-habis. Mentang-mentanglah dia masih single. Buat seketika kami diam membisu melayan perasaan sendiri. "Hah..." keluh Cetta diikuti helaan nafas Kak Long yang sedari tadi menyandarkan kepala pada cermin tingkap kafeteria. "Aku nak tukar departmen. Entah bila nak naik pangkatnya." Cetta pula mengurut pelipis sendiri. Kami bertiga berkawan baik walaupun Kak Long tu kakak aku dan Cetta sebaya dengannya. Cetta yang tolong aku dapatkan kerja dulu dan akhirnya kami jadi akrab. Kak Long pula kalau

  • Miliki Bayangmu (Malaysia)   14 | Beza

    PIN! PIN!Aku menjengah melalui tingkap. Ada seorang penghantar membunyikan hon motosikal berkali-kali. Rasanya aku tak ada beli barang online. "Sekejap!" Hanzalah muncul dari dapur, berlari anak ke pintu depan dan tergesa-gesa menyarung selipar. Mereka berbual sebentar sambil bungkusan petak yang besar bertukar tangan.Baru aku perasan ada kesan kotoran bentuk tapak kaki di lantai. Aku ikut kesan itu sampai ke pintu dapur. Memang tadi Hanzalah menebas rumput di belakang rumah lepas tu sesuka hati dia berjalan terus masuk ke dalam rumah tanpa membasuh kaki?Eee... "Kenapa awak tak lalu ikut tepi laman je?" soalku, menahan sabar. Bukan sikit-sikit kesan tanahnya. Dari dapur sampai ke depan pak tu. "Oh, betul jugak. Tapi ikut mana-mana pun sama je." Di

  • Miliki Bayangmu (Malaysia)   13 | Suami Isteri

    PETANG.Aku menapak balik dari surau berdekatan menuju ke kereta semula. Menunggu Hanzalah habiskan sesi outdoor photoshoot di sekitar kediaman pengantin.Susuk tubuh yang bersandar di kereta Kancil aku pandang pelik. Delilah? Apalagi dia nak? Tak cukup sakitkan hati aku waktu majlis tahlil arwah umi hari tu?Aku berhadapan dengannya. Macamana aku nak masuk dalam kereta kalau dia menghadang? Punyalah banyak kerusi bawah khemah sana nun, depan pintu kereta cikai ini jugalah dia pilih untuk bersandar.Kami berpandangan seketika tanpa bicara. Dia menatap mataku lama. Matanya cantik sekali. Aku yakin itu mata aslinya, bukan contact lens. Indahnya.Tiba-tiba dia berlalu pergi.What? Itu saja? Kau sandar lama-lama kat sini semata nak tunjuk mata yang lawa tu ke?Aku soroti langkahnya mendekati se

  • Miliki Bayangmu (Malaysia)   12 | Cemburu

    “You tak nak ke masuk kerja balik? Masih tak ada sesiapa boleh ganti you,” ujar Cetta di hujung talian. “Hmm… dah jadi isteri orang ni aku malas terikat dengan waktu ofis. Kesian husband aku nanti. Dia kerja sendiri,” balasku, lambat-lambat. Dulu aku kerja di bahagian sumber manusia atau singkatnya mudah disebut HR, Human Resources. Walaupun stress dengan macam-macam ragam tapi rakan sekerja yang sekepala sedikit sebanyak membuatkan hidup aku lebih berwarna warni. “You tahu, semalam seorang budak rekrut dah cabut lari. Bisinglah Mr. Cho sebab manpower tak cukup. Baru sebulan yang lepas budak baru yang seorang lagi tu menghilang sebab dapat sambung belajar. Aku pening la you tak ada. Mr. Cho kan sayang you,” cerita Cetta dengan slanga Melayu yang fasih walaupun dia berbangsa India. Wanita anggun berlesung pipit di kiri kanan pipinya. “Anastasia kan gantikan aku.” “Iyalah, ganti sementara je. D

  • Miliki Bayangmu (Malaysia)   11 | Calar

    "KHADEEJA."Aku diam tanpa membuka mata. Gara-gara ketakutan malam semalam, aku demam panas. Tak tahulah nak cakap macamana tapi penyakit penakut aku ni memang susah nak buang. Kalau dah takut sangat aku memang boleh jatuh sakit.Terasa katil bahagian belakang sedikit tenggelam apabila Hanzalah duduk di situ. Mungkin ingin melihat jika aku masih tidur. Aku kekal beku mengiring membelakanginya.Lama.Serba salah pulak. Aku tak suka membelakangi suami aku macam ni. Aku syak dia tengah tenung aku. Agak-agak dia tahu tak yang aku pura-pura tidur.Tiba-tiba bilik terang benderang dengan lampu. Walaupun dalam keadaan siang tapi kerana langsir yang tidak diikat menjadikan suasana bilik agak suram awal tadi. Automatik aku berpaling memandang ke arah Hanzalah yang berdiri di muka pintu bilik dengan tangan yang masih melekat di suis lampu.Eh, bila pulak dia dah kat te

  • Miliki Bayangmu (Malaysia)   10 | Takut

    SUKARNYA MEMBUANG rasa bersalah apabila Hanzalah mengeluarkan duitnya untuk kos membaiki kereta Kancil Kak Long biarpun aku berkeras menghalangnya. Aku tahu dia bukannya berduit sangat dan bukan salah dia pun. Kereta tu memang bermasalah."Takkan nak pulangkan kereta tak boleh hidup macam ni?""Tapi...""Pengajarannya lain kali balik dengan saya."Ouch, aku sentap!Kak Long dan abi pula tak nak terima Kancil tu sebab katanya tak ada siapa pun guna sejak Kak Long kahwin dengan Abang Long. Hanzalah beriya menolak, keberatan menerima tawaran Kak Long."Motor kan tengah baiki. Pakai saja dulu sementara tunggu motor tu siap."Dek kerana kata-kata Abang Long itulah Hanzalah terima juga akhirnya. Dalam perjalanan pulang dari rumah abi, aku perasan Hanzalah melalui jalan yang berbeza."Kita nak ke mana?"

Bab Lainnya
Jelajahi dan baca novel bagus secara gratis
Akses gratis ke berbagai novel bagus di aplikasi GoodNovel. Unduh buku yang kamu suka dan baca di mana saja & kapan saja.
Baca buku gratis di Aplikasi
Pindai kode untuk membaca di Aplikasi
DMCA.com Protection Status