Share

09 | Match Made In Heaven

AKU TERJAGA apabila Hanzalah membetulkan selimut yang menyelimuti diriku.

          "Awak nak keluar? Kerja? Awak kan jatuh motor semalam," soal aku, menolak selimut dan duduk memandangnya yang sedang memilih baju di almari.

         "Nak jumpa orang." Pendek dia menjawab.

         "Tapi luka kat tangan dan badan tu..."

         "Khadeeja, jatuh motor tu benda biasalah kalau dah jadi penunggang motosikal." Dia nampak sedang cuba untuk bersabar. Sorry la, aku dah jadi sebahagian dari hidup dia.

Ternganga aku mendengar balasan dari Hanzalah. Adakah ini terlalu normal baginya?

          "Macamana kalau awak pengsan tengah jalan, tiba-tiba sakit. Pergilah klinik dulu. Penting sangat ke nak jumpa orang tu? Tak boleh tangguh?" Aku mula risau tak tentu hala.

          "Penting. Sangat penting."

Ada persoalan berbaur cemburu melihat tekad Hanzalah. Separuh hatiku menghalang untuk bertanya lebih lanjut dan menghormati privasinya tapi aku tak tertahan mengenangkan urusan apa hingga dia sanggup mengabaikan diri sendiri.

         “Urusan kerja?”

          “Tak.”

          “Jumpa someone special?”

Hanzalah pejamkan mata, nampaklah usaha dia mengumpul seluruh elemen kesabaran yang wujud dalam dunia ni.

          “Saya ikut.” Selamba aku memutuskan.

          “Tak boleh!”

          “Saya takkan masuk campur. Saya akan duduk jauh-jauh. Kalau awak tiba-tiba pengsan, jatuh sakit, saya boleh berjaga-jaga.” Entah apa yang merasukku untuk sedegil ini.

          “Tak boleh! Nanti awak…” Dia menghela nafas berat, menolak rambut ke belakang.

          “Nanti saya apa?” Suaraku mengendur melihat reaksinya. Aku dah melangkaui batas ke?

          “Saya kena pergi hari ni jugak sebab hari ni, hari terakhir jasad dia kat dunia ni."

Aku terdiam.

•         •         •         •         •

PATUTLAH Hanzalah beriya-iya nak pulang walaupun abi memujuk untuk bermalam. Ibu kepada kawannya meninggal dunia malam tadi dan dikhabarkan akan dikebumikan pagi ini. Aku hanya melihat dari jauh. Rasa sebak teringatkan arwah umi. Untungnya aku ada abi dan Kak Long yang tak lokek menabur kasih padaku.

Hanzalah macam tak sakit langsung padahal kawasan rusuknya lebam. Semangat membantu hingga turun ke liang lahad membantu menyambut jenazah.

          "Eh, kau datang, Zam?" Seorang lelaki berbaju biru menegur lelaki yang dipanggil Zam itu.

          “Hmm…” Lelaki bernama Zam itu tersenyum hambar, kelihatan dari sisi wajahnya memandangkan mereka berdiri tidak jauh dari hadapanku.

Ah, nama dia Zam ke? Aku ingat mukanya. Salah seorang dari tetamu di majlis perkahwinan kami. Mana mungkin aku lupa. Muka masam mencuka setiap kali aku terpandang wajahnya. Macam kena paksa.

          “Dia memang selalu datang bila ada kematian ke?” soal Zam. Lelaki berbaju biru itu mengangguk.

          "Banyak jasa Han pada kami. Dia jarang ada dalam majlis keraian tapi waktu kami susah terutama waktu ada kematian, dialah orang terawal yang sampai dan bantu macam-macam perkara. Langsung tak lokek walaupun orang tu cuma kenalan dia je, bukan kawan baik pun." Tanpa dipinta, lelaki itu bercerita sambil kami memandang ke arah yang sama.

Ada perasaan aneh menjentik hati ketika mendengar cerita itu mengenangkan Han sudah kehilangan kedua ibu bapa kandungnya dan kini hanya menumpang kasih si ibu tiri yang tua hanya 7 tahun darinya.

           "Aryan, kau tahu kan aku tak ngam dengan dia?” soal Zam.

           “Tahulah. Kalau tak kenapa aku pelik tengok kau ada kat sini,” balas Aryan, tertawa perlahan.

            “Hari tu tak lama lepas dia kahwin, anak pertama aku meninggal dalam perut padahal due date tinggal seminggu je. Dia jugak yang datang tolong sedangkan baru habis kerja. Dia jugak tolong drive, teman aku hantar isteri aku balik rumah dan kami pergi uruskan pengkebumian bayi berdua je,” cerita Zam.

Aku mendekat setapak, mencuri dengar ceritanya sambil mula mencongak hari, memikirkan bila agaknya hari itu terjadi kerana Hanzalah memang tak pernah berkongsi apa-apa tentang hal di luar rumah. Bila balik pun reaksi muka sama je. Serius.

           "Tahu apa yang pelik?" soal Zam menunduk, menguis batuan kecil di hujung kasut. "Kau pun tahu aku dengan Han cuma rakan sekerja under company yang sama tapi sangat jarang berbual walaupun dah bekerja bersama lebih tiga tahun. Nak kata member tu jauh sekali. Jumpa hanya atas urusan kerja dan aku pernah tak suka dia sebab dia berat mulut dan menolak waktu aku personally minta dia jadi photographer majlis kahwin aku. Hari anak aku meninggal tu, dia yang volunteer gantikan kerja aku. Pelik, kan? Walaupun biasa je pada pandangan orang lain, aku rasa pelik sebab dia sanggup gantikan kerja, kemudian bergegas jumpa aku, tolong aku dan semalam aku baru tahu payment kerja yang dia gantikan tu masuk kat akaun aku." Dia ketawa perlahan, lebih kepada mentertawakan dirinya sendiri.

Wajahnya jelas terlihat bahawa dia masih terkesan dengan apa yang suami aku buat untuknya. Untuk aku, ini satu lembaran baru tentang kisah Hanzalah yang aku cuba kenal dan fahami.

I'm in a good hands, i guess.

         â€śDia mungkin bukan kawan melepak yang baik, tapi bila kau susah dia mesti ada,” balas Aryan.

Terselit pulak rasa bangga bila ada orang cakap macam tu pasal Hanzalah. Rasa nak mencelah perbualan mereka dan cakap Hanzalah tu suami aku. Haha!

Masa terus beranjak. Aku bertinggung di tepi pagar laluan masuk ke tanah perkuburan selepas menumpang solat di masjid desa yang betul-betul di tepi jalan. Ramai sudah beransur pulang tapi Hanzalah masih di bawah khemah tempat mereka berkumpul mendengar talkin tadi, berbual dengan beberapa orang yang masih tinggal.

Sehelai daun kering jatuh menimpa lembut kepalaku dan jatuh di hujung kaki. Aku kuis dengan hujung jari. Tersedar hakikat apa sahaja di dunia ini akan menghadapi saat akhir mereka termasuklah aku. Akan adakah rezeki aku bertemu arwah umi di sana, di tempat yang lebih baik?

Sepasang kaki bersarung selipar yang diliputi tanah berhenti di hadapan aku. Aku mendongak tinggi, memandang Hanzalah yang tunduk memandang tepat pada aku dengan cahaya matahari bersinar di sebaliknya.

Akan dapatkah aku menjadi isterinya hingga ke syurga?

          “Jom balik.” Dia tersenyum padaku dengan senyuman yang paling indah pernah aku lihat.

Dalam perjalanan pulang, aku mendesak agar ke klinik tapi apa aku boleh buat? Dia bukannya budak kecil yang boleh aku dukung bawa masuk ke mana saja. Hanzalah beri alasan penat dan kami menaiki teksi pulang ke rumah dengan hati aku yang mendongkol geram. Risau!

Hanzalah diam sepanjang perjalanan, lebih banyak memandang luar. Aku rasa dia terkesan dengan kematian tadi. Aku turut melemparkan pandangan pada langit yang redup berawan tebal.

Tiba-tiba tanganku yang melekap di ribaan terasa hangat dalam genggaman Hanzalah.

          “Sorry.” Nada suaranya merendah. Tersentak aku dibuatnya tapi dia masih memandang ke luar sana.

          "Saya betul-betul tak nak bawa awak, takut awak sedih teringatkan arwah umi. Sorry," ucapnya lagi, mengusik tangkai hatiku. Itu ke yang dia fikir sampai kami bergaduh tadi?

Dia risaukan aku dan aku pula risaukan kita. Match made-in-heaven ke kami ni.

Aku mengengsot sedikit, mendekat padanya dan bersandar pada sisi tubuhnya. Genggaman aku kuatkan, memberitahu dia melalui bahasa tubuhku bahawa aku baik-baik saja.

Aku rasa... aku sayangkan dia.

🌼

"Belahan jiwa tidak dapat menipu,

tentang rasa yang berputik di sudut paling terdalam."

Zen,

10.09.2021

Komen (1)
goodnovel comment avatar
Nur Khairul Hidayah
cerita yg sgt best...️
LIHAT SEMUA KOMENTAR

Bab terkait

Bab terbaru

DMCA.com Protection Status