Share

♚ 014

  "Anak tak guna!" letus suara orang itu membuatkan Ana mengangkat mukanya melihat susuk tubuh ibunya yang sedang menyingga di hadapan kelasnya. Tia dan Maria mahu menghampiri Ana akan tetapi dihalang oleh ibu Ana. "Jangan kau berdua berani-berani dekati anak aku! Jika kau tak mahu terima benda yang sama lebih baik kau jauhkan diri." kata ibu Ana tanpa menoleh ke arah Tia dan Maria. Kedua-dua orang gadis itu mula kecut perut tapi mereka tetap kasihankan Ana ketika itu.

"MA..." panggil Ana perlahan. Dia cuba untuk bangun dari tersungkur atas lantai itu. Ibunya yang melihat usaha Ana itu terus menarik tangan Ana berdiri semula lalu tangannya memukul-mukul tangan Ana kerana geram.

"Aku hantar kau ke sekolah bukan nak suruh kau bergaduh. Bukan nak suruh kau mengatal! Aku suruh belajar. BELAJAR! KAU FAHAM TAK BELAJAR, HA?" marah ibunya sambil menunjual-nunjal kepala Ana dengan jarinya.

"Puan, bawa bersabar Puan perkara ni boleh dibawa bincang." pujuk Miss Liya
Locked Chapter
Continue to read this book on the APP

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status