Simpulan itu semakin sulit untuk dihuraikan kerana ia berantaikan kesumat dendam yang telah lama berakar...
LANGIT diterangi cahaya fajar jingga. Awan mula mengembang di kejauhan sana.
Di sebuah bangunan tinggal, ada seorang lelaki yang sedang berusaha menghubungi akan sang ketua untuk memberitahu perkembangan misinya.
Namun setelah beberapa ketika, figura tersebut mematikan niatnya. Individu yang terikat di sebuah bangku kayu dihampiri sebelum dia berbicara.
"Sebelum aku bawa kau kepada Kapten Naz, aku akan seksa kau cukup-cukup dekat sini. Supaya kau rasakan sendiri macam mana yang aku rasakan sebelum ini, Mior."
Si empunya nama yang baru sahaja tersedar daripada pengsan lantas meronta-ronta minta dlepaskan.
"Lepaskan aku!"
"Tak semudah itu aku nak lepaskan kau, Mior!"
Turun naik sa
Terbenak akan kelegaan seusai diri selamat keluar dari gaung kesengsaraan. Padahal, ia bukanlah penamat. Melainkan sebuah lembaran kepahitan yang baru sahaja dimulai. REMAJA lelaki tersebut berlunjur kaki di atas katil sambil fikirannya menerawang ke 'atmosfera' lain. Luka yang masih terasa ngilu di kaki dan bahunya , dia sentuh seketika. Tetapi, ia tidak sesakit 'tamparan' akan sebuah hakikat yang telah dia ketahui satu-persatu. "Saya ini ayah kamu..." "Tak. Kau bukan ayah aku. Ayah aku dah tak ada!" "Maafkan ayah, D-" "Maafkan kau? Huh. Selepas semuanya terjadi, senang-senang saja kau nak minta maaf macam tak ada apa yang teruk berlaku dengan aku ni..." "Ayah ada sebab tersendiri kenapa ayah buat macam tu, D. Ia demi kebaikan kamu juga." "D
Kalau benar hidup ini adalah sebuah percaturan, maka kini tiba saatnya untuk bertempur. Tetapi... andai kata diri sendiri tidak mampu untuk menghadapinya, lebih baik ditinggal pergi. Sudah pasti diri tidak sanggup. Bukan? Kerana tunjang bahananya adalah sebuah perpisahan. Mahu tidak mahu, hidup kena diteruskan dengan kata 'tanpa'. SAYUP-SAYUP kedengaran suara seseorang yang memanggil namanya. Disebabkan hal itulah dia terjaga. "Pak Cik Mior? Pak cik dah sedar? Alhamdulillah." Tubuh pesakit itu bergerak perlahan dek kesakitan di kaki kirinya. Ada pula tompokan darah berbekas pada balutan tersebut. "Cakap dengan D, pak cik. Kenapa dengan kaki pak cik ni? Cedera pak cik sangat teruklah. D
Bangkai tidak boleh dihapuskan dengan cara memakan ia. Akan tetapi dengan kaedah membuang jauh lalu menanam ia agar bau busuknya tidak lagi menyengat deria si penghidu. Namun begitu, bangkai tetaplah bangkai. "KALAU kau bergerak, kau akan mati!" Dirinya terkaku. Orang tersebut segera menangkap pergelangan si pihak lawan sebelum membantingnya ke hadapan. "Argh!!" jerit si musuh. Senjata api dibuang jauh. Kini mereka berdua seri - tanpa apa-apa senjata. Dia memijak kuat akan paha individu berkenaan. "Jangan pernah main-main dengan aku atau kau akan mati!" gertaknya seketika. "Argh, sa... sakit! Lepaskan aku. Ak... aku janji yang aku... ak... akan pergi dari sini." "Tak semudah itu aku boleh biarkan kau terlepas. Disebabkan
Hembusan bayu cukup mendamaikan jiwa. Pada waktu yang sama, cahaya mentari turut menusup tembus sehingga ke dasar kulit. Begitu juga dengan diri kita. Akan ada beberapa hal yang akan serentak terjadi tanpa sempat untuk kita mempersiapkan perisai nan kebal. Tidak kisahlah kita genius atau pun segagah mana, ia tetap dapat menembusi benteng yang sedang kita bina. Ibarat air laut, hidupan di dalamnya, angin serta pelbagai lagi. Semuanya berjalan dengan lancar dikeranakan ia adalah kuasa Tuhan bukan manusia. Maka, kita sepatutnya tunduk menyerah bukan bersikap sombong melangit. "OKEYLAH. Aku akan bagitahu pada kau tapi aku akan cakap sekali saja. Jadi dengarkan ia baik-baik." Hifza mengangguk. "Huh! Syaz tu sebenarnya..." Tib
Sebelah sayap telah patah, kedinginan salju punya angkara; rencana jahat akan diperpatah, oleh perajurit yang kian mara. FIUH! Sebiji peluru meluncur laju ke arahnya dan dia tidak sempat mengelak. "Aduh!" Lengan kirinya tercedera dek goresan butir mematikan itu. Fiuh! Fiuh! Tembakan dilepaskan lagi oleh pihak di sana. Dia terpaksa menghapus niat untuk meneliti akan mayat yang ditemukannya tadi. Beberapa ketika, suasana kembali sepi. Hanya deruan ombak yang menghempas pantai. Tiba-tiba, sebuah ledakan pula memecahkan keadaan hening. Boom!! Individu tersebut terperanjat. Setelah itu, tiada kedengaran lagi bunyi dari apa-apa senjata api.
Ini bukan kisah tentang seseorang yang mengejar bayang-bayang cinta nan semakin sirna si pujaan hati. Tetapi mengenai sebuah perjuangan bersalutkan pembelaan. Terpuruk dalam kekesalan itu sungguh memeritkan. Jadi, wajar saja jika diri sendiri berusaha untuk memperbaiki keadaan. Walaupun hanya dengan sedikit pembetulan... NIATNYA untuk menyeberang laut menuju ke Pulau Batu itu terpaksa dikuburkan. Hal ini demikian kerana, hujan lebat telah merajai suasana. Namun begitu, tidak jua dia berputus asa. Sebaik sahaja awan berhenti menangis, individu berkenaan akan meneruskan tekadnya. 'Aku yakin, Leo dah bawa Mior pergi ke Pulau Batu sebab 'orang tua' itu ada dekat sana. Cis! Dia fikir, dia boleh larikan diri macam tu saja daripada aku?' Koby berdiri menghadap tingkap kaca kediaman. Rencananya selepas dia se