Terbenak akan kelegaan seusai diri selamat keluar dari gaung kesengsaraan. Padahal, ia bukanlah penamat. Melainkan sebuah lembaran kepahitan yang baru sahaja dimulai.
REMAJA lelaki tersebut berlunjur kaki di atas katil sambil fikirannya menerawang ke 'atmosfera' lain.
Luka yang masih terasa ngilu di kaki dan bahunya , dia sentuh seketika. Tetapi, ia tidak sesakit 'tamparan' akan sebuah hakikat yang telah dia ketahui satu-persatu.
"Saya ini ayah kamu..."
"Tak. Kau bukan ayah aku. Ayah aku dah tak ada!"
"Maafkan ayah, D-"
"Maafkan kau? Huh. Selepas semuanya terjadi, senang-senang saja kau nak minta maaf macam tak ada apa yang teruk berlaku dengan aku ni..."
"Ayah ada sebab tersendiri kenapa ayah buat macam tu, D. Ia demi kebaikan kamu juga."
"Demi kebaikan aku atau kau yang pentingkan diri sendiri? Hei. Tak ada seorang ayah pun yang sengaja tinggalkan anak dia di tempat bahaya macam tulah. Kau seorang saja, tahu tak!"
"Percayalah. Ayah terpaksa-"
"Cukup. Aku tak nak dengar penjelasan kau lagi. Lagi pula kalau pun aku ada ayah, Pak Cik Mior lebih layak jadi ayah aku. Bukannya kau!"
"Ehem!"
Deheman itu mengakibatkan tubuhnya disedut kembali ke alam realiti. Figura seorang lelaki yang berusia sedang terpacak di daun pintu berkenaan membuatkan dia memasang tampak serius.
"Dah makan ubat?" soalnya seraya menghampiri katil D.
D hanya membuang pandang ke luar bingkai kaca kamar.
"Hm... kamu mesti marah dengan ayah pasal perkara itu lagi, bukan?"
Soalan kedua masih tiada berbalas. Dia mengeluh. Namun, senyuman manis setia terlakar di bibir.
"Pasal semalam tu-"
"Lepas aku sembuh, aku akan pulang bersama Pak Cik Mior yang lebih layak aku panggil sebagai ayah." Tanpa aba-aba, D memuntahkan apa yang telah dibulat tekadkan.
Tidak mahu dia kembali pulang ke pangkuan seorang lelaki asing yang tiba-tiba sahaja mengaku sebagai darah dagingnya.
Justeru, ucapan si anak muda berkenaan membuatkan suasana menjadi agak berbahang.
"Tak. Kamu kena ikut balik dengan ayah-"
"Maaf, Encik Albert. Aku nak rehat!"
Seusai mengucapkan ayat itu, D menarik selimut lantas berselubung. Jelas sekali dia tidak mahu meneruskan perbicaraan mengenai pertalian darah antara mereka.
Jika ia benar, dia perlukan lebih banyak masa untuk menghadam.
"Hmm, baiklah kalau D cakap macam tu. Ayah keluar dulu. Kalau ada apa-apa yang D nak, boleh bagitahu dengan pengawal ayah di luar. Ya?"
Albert berlalu keluar tanpa menanti jawapan. Untuk sementara waktu ini, akan dia biarkan anaknya itu menelan kebenaran.
Di dalam gua selimut, air mata jantan D menitis jua. Terlalu banyak perkara yang dia lalui bersama dengan Mior. Entah mengapa, dia seakan-akan tahu waktu perpisahan mereka berdua muncul suatu masa nanti.
Dia dihurung kesedihan teramat.
*****
HILMAN bergegas pulang ke rumah tatkala ada sebuah berita gembira yang telah hinggap ke cuping telinganya.
"Ayah, oh ayah!" jeritanya dibaluti dengan kegirangan itu bergema ke segenap penjuru rumah. Haris yang mendengarkannya pun berasa pelik.
"Kenapa kamu terpekik melolong macam orang kena kejar anjing tu, Man?"
Seusai si anak mengatur nafas, dia mula membuka mulut, "Pak Cik Hanif... dia dah ditemukan, ayah."
Langsung saja kedua bahu Hilman dipegang kejap oleh Haris. Teruja punya pasal.
"Jadi sekarang ni, dia ada dekat mana? Hifza pulak?"
"Sekarang ni, dah dibawa ke hospital besar. Sebelumnya, ada beberapa orang kampung yang jumpa Pak Cik Hanif terapung-apung di tengah laut. Dengan badan yang yang penuh darah. Tapi tak ada pulak yang nampak kewujudan Hifza di situ..."
Diri Haris diresapi dek semangat yang baharu seraya melangkah dengan laju.
"Cepat, Man. Bawa ayah ke hospital sana. Ayah nak tengok keadaan dengan pak cik kamu tu..."
"Baiklah, ayah. Jom."
Tidak membuang waktu yang lama, mereka berdua akhirnya bertolak menuju ke tujuan.
Pelbagai tanda tanya yang memenuhi horizon pemikiran Pak Haris. Dia tidak tahu apa sebenarnya yang telah terjadi dengan adiknya itu.
Hatinya juga terasa tidak enak. Semoga semuanya akan baik-baik sahaja. Doanya begitu.
*****
"KAMU kenal dengan orang ini?" soal salah seorang daripada anggota polis itu menyuakan soalan kepadanya. Itu pun setelah beberapa minit meminta suspek membuka mulut.
Kelihatan sebatang tubuh terbaring tidak sedarkan diri. Namun ia sama dengan dirinya sewaktu di dalam kamar pesakit - salah satu tangannya digari.
"Dia, Leo..." ringkasnya. Akan tetapi, jawapannya itu tidak memuaskan hati si penyoal.
"Itu saja yang kamu tahu pasal dia? Selain itu, kamu pernah bertemu dengan dia sebelum ni di mana-mana? Boleh ceritakan dengan saya?"
Koby senyap seketika sebelum mengeluh kecil. Dia terpancing dek kenangan lampau. Pada waktu itu, dia masih berkhidmat untuk K.O.D.
15 tahun yang lalu...
Latihan bela diri dia tamatkan selepas mendapat panggilan daripada pihak atasannya untuk merekrut orang baharu.
Koby bergegas menuju ke tingkat tiga bangunan tersebut yang berfungsi sebagai tempat latihan utama agen baru.
"Dia, Leo. Tadi, dia masuk ke perbatasan tempat ni dan dia berminat untuk menjadi salah satu daripada anggota K.O.D."
Kapten Naz mengutarakan penjelasan serba-sedikit mengenai figura yang dia maksudkan.
Koby hanya mengangguk sambil memerhati lelaki yang bernama Leo berkenaan.
Menurut penelitiannya, Leo persis dengan seseorang tetapi stok memorinya berkabus. Dia tidak ambil peduli tentang itu sebelum masuk ke arena pertempuran.
Ya. Tempat di mana Leo sedang berdiri tanpa tahu akan apa yang perlu dia lakukan di sana.
"Leo, perkenalkan diri saya... Koby. Mulai pada saat ini, aku akan merekrut kamu dan sayaakan ajarkan kamu tentang selok-belok latihan di sini."
Leo tampak mengerti. Tampangnya juga menunjukkan lelaki tersebut benar-benar serius.
"Tapi sebelum itu, saya ingin menanyakan beberapa soalan kepada kamu dan saya amat berharap yang kamu akan jujur dengan saya."
Sekali lagi Leo mengangguk.
"Kenapa kamu nak sertai K.O.D?" Soalan Koby yang pertama terpacul.
Kelihatan Leo terkelu. Dia beberapa kali menelan air liurnya serta mulai berkeringat.
"Saya nak membela golongan yang lemah di luar sana," jawabnya dengan penuh yakin.
"Hmm... walaupun kamu tahu akan risiko yang bakal kamu pikul?" soalan berantai pula ditanyakan.
"Ya. Saya sanggup merisikokan diri dan kehidupan saya untuk mempertahankan hak dan pembelaan."
"Tapi kena tahu, yang ia tidaklah seperti yang kamu fikirkan. Tugas di K.O.D ini amatlah rumit. Ia tidak sama dengan pekerjaan di luar sana."
"Tak apa, saya pasti sanggup melakukan semuanya."
"Kenapa tidak mencari pekerjaan lain? Sedangkan kamu masih muda. Keluarga kamu sudah semestinya tersangat perlukan kamu."
"Saya hidup sebatang kara. Mak ayah saya dah meninggal dunia masa saya masih bayi lagi dan saya cuma tinggal di rumah asuhan anak-anak yatim."
Provokasi Koby terhenti di situ. Dia merasakan sesuatu. Namun tanpa aba-aba, dia menyerang Leo.
Leo yang tidak melakukan apa-apa persediaan, mengakibatkan dia jatuh terduduk dek pukulan maut daripada Koby.
"Buargh!" Cecair likat Leo muntahkan. Sakit terasa perutnya tika itu.
"Bangun dan balas balik serangan saya. Lekas!"
Dalam kepayahan, Leo menegakkan tubuhnya. Akan tetapi, serangan laju oleh Koby menyebabkan dia tumbang sekali lagi.
"Argh!" erangnya bergema.
"Kamu kena sentiasa peka dengan keadaan walaupun kamu dalam kesakitan..."
Pandangan tajam Leo menyoroti individu di hadapannya. Dalam kelam-kabut, dia cuba melawan kembali.
Buku lima dia angkat selagu dengan jeritan kuatnya. Natijahnya, Koby menyiku perut Leo sebelum membantingnya ke depan.
Leo meraung dek beban sakit yang menyengat tubuhnya. Seumpama setiap ceruk sendi terputus dikeranakan hal itu.
"Lain kali kalau nak menyerang pihak lawan, jangan bersuara. Jeritan kamu akan menarik perhatian pihak musuh dan dia tahu kamu muncul dari arah mana. Paling teruk sekali, dia mudah mematahkan serangan kamu walaupun kamu sudah kerahkan sepenuh tenaga. Ingat itu!"
Tamat imbas kembali...
Koby menceritakan serba-sedikit mengenai perkenalan mereka. Akan tetapi berkaitan dengan K.O.D itu, dia masih menyembunyikannya. Dia ingin tahu sejauh mana pihak kerajaan boleh dia percayai. Dia khuatir jika pihak polis mengambil kesempatan akan organisasi berkenaan.
Tiba-tiba, Leo terbangun daripada lena yang panjang. Wajah Koby adalah sajian pertama yang dia jamah.
"Kau!" Mata Leo terbeliak.
Terbenak akan kelegaan seusai diri selamat keluar dari gaung kesengsaraan. Padahal, ia bukanlah penamat. Melainkan sebuah lembaran kepahitan yang baru sahaja dimulai. REMAJA lelaki tersebut berlunjur kaki di atas katil sambil fikirannya menerawang ke 'atmosfera' lain. Luka yang masih terasa ngilu di kaki dan bahunya , dia sentuh seketika. Tetapi, ia tidak sesakit 'tamparan' akan sebuah hakikat yang telah dia ketahui satu-persatu. "Saya ini ayah kamu..." "Tak. Kau bukan ayah aku. Ayah aku dah tak ada!" "Maafkan ayah, D-" "Maafkan kau? Huh. Selepas semuanya terjadi, senang-senang saja kau nak minta maaf macam tak ada apa yang teruk berlaku dengan aku ni..." "Ayah ada sebab tersendiri kenapa ayah buat macam tu, D. Ia demi kebaikan kamu juga." "D
Kalau benar hidup ini adalah sebuah percaturan, maka kini tiba saatnya untuk bertempur. Tetapi... andai kata diri sendiri tidak mampu untuk menghadapinya, lebih baik ditinggal pergi. Sudah pasti diri tidak sanggup. Bukan? Kerana tunjang bahananya adalah sebuah perpisahan. Mahu tidak mahu, hidup kena diteruskan dengan kata 'tanpa'. SAYUP-SAYUP kedengaran suara seseorang yang memanggil namanya. Disebabkan hal itulah dia terjaga. "Pak Cik Mior? Pak cik dah sedar? Alhamdulillah." Tubuh pesakit itu bergerak perlahan dek kesakitan di kaki kirinya. Ada pula tompokan darah berbekas pada balutan tersebut. "Cakap dengan D, pak cik. Kenapa dengan kaki pak cik ni? Cedera pak cik sangat teruklah. D
Bangkai tidak boleh dihapuskan dengan cara memakan ia. Akan tetapi dengan kaedah membuang jauh lalu menanam ia agar bau busuknya tidak lagi menyengat deria si penghidu. Namun begitu, bangkai tetaplah bangkai. "KALAU kau bergerak, kau akan mati!" Dirinya terkaku. Orang tersebut segera menangkap pergelangan si pihak lawan sebelum membantingnya ke hadapan. "Argh!!" jerit si musuh. Senjata api dibuang jauh. Kini mereka berdua seri - tanpa apa-apa senjata. Dia memijak kuat akan paha individu berkenaan. "Jangan pernah main-main dengan aku atau kau akan mati!" gertaknya seketika. "Argh, sa... sakit! Lepaskan aku. Ak... aku janji yang aku... ak... akan pergi dari sini." "Tak semudah itu aku boleh biarkan kau terlepas. Disebabkan
Hembusan bayu cukup mendamaikan jiwa. Pada waktu yang sama, cahaya mentari turut menusup tembus sehingga ke dasar kulit. Begitu juga dengan diri kita. Akan ada beberapa hal yang akan serentak terjadi tanpa sempat untuk kita mempersiapkan perisai nan kebal. Tidak kisahlah kita genius atau pun segagah mana, ia tetap dapat menembusi benteng yang sedang kita bina. Ibarat air laut, hidupan di dalamnya, angin serta pelbagai lagi. Semuanya berjalan dengan lancar dikeranakan ia adalah kuasa Tuhan bukan manusia. Maka, kita sepatutnya tunduk menyerah bukan bersikap sombong melangit. "OKEYLAH. Aku akan bagitahu pada kau tapi aku akan cakap sekali saja. Jadi dengarkan ia baik-baik." Hifza mengangguk. "Huh! Syaz tu sebenarnya..." Tib
Sebelah sayap telah patah, kedinginan salju punya angkara; rencana jahat akan diperpatah, oleh perajurit yang kian mara. FIUH! Sebiji peluru meluncur laju ke arahnya dan dia tidak sempat mengelak. "Aduh!" Lengan kirinya tercedera dek goresan butir mematikan itu. Fiuh! Fiuh! Tembakan dilepaskan lagi oleh pihak di sana. Dia terpaksa menghapus niat untuk meneliti akan mayat yang ditemukannya tadi. Beberapa ketika, suasana kembali sepi. Hanya deruan ombak yang menghempas pantai. Tiba-tiba, sebuah ledakan pula memecahkan keadaan hening. Boom!! Individu tersebut terperanjat. Setelah itu, tiada kedengaran lagi bunyi dari apa-apa senjata api.
Ini bukan kisah tentang seseorang yang mengejar bayang-bayang cinta nan semakin sirna si pujaan hati. Tetapi mengenai sebuah perjuangan bersalutkan pembelaan. Terpuruk dalam kekesalan itu sungguh memeritkan. Jadi, wajar saja jika diri sendiri berusaha untuk memperbaiki keadaan. Walaupun hanya dengan sedikit pembetulan... NIATNYA untuk menyeberang laut menuju ke Pulau Batu itu terpaksa dikuburkan. Hal ini demikian kerana, hujan lebat telah merajai suasana. Namun begitu, tidak jua dia berputus asa. Sebaik sahaja awan berhenti menangis, individu berkenaan akan meneruskan tekadnya. 'Aku yakin, Leo dah bawa Mior pergi ke Pulau Batu sebab 'orang tua' itu ada dekat sana. Cis! Dia fikir, dia boleh larikan diri macam tu saja daripada aku?' Koby berdiri menghadap tingkap kaca kediaman. Rencananya selepas dia se