Share

12

Adi Adham terburu-buru keluar dari biliknya kerana dia sudah lewat untuk menghadiri parti di rumah kawannya. Sepatutnya dia pergi pada pukul tiga petang tetapi dia tertidur tadi, jadi dia meneruskan hasratnya untuk menghadiri parti itu pada pukul empat petang.

Tengku Rihanna yang melihat Adi Adham sedang turun bingkas bangun dari sofa. Dia mahu bercakap sesuatu dengan anaknya itu.

"Adi, sekejap. Mama nak cakap sesuatu dengan kamu,"kata Tengku Rihanna.

Adi Adham menghampiri emaknya itu. 

"Apa dia?"soalnya.

"Kenapa Adi berubah? Adi dah tak macam dulu. Adi dah tak hormat mama dan papa. Dulu Adi selalu membanggakan keluarga kita tapi sekarang yang Adi buat hanyalah memalukan nama keluarga. Kenapa Adi buat keluarga kita macam ni?"luah Tengku Rihanna.

Adi Adham mengeluh.

"Mama, I am late. Kalau mama nak luah apa-apa, mama luahkan kepada Shiren. Nanti dia sampaikan kepada Adi,"balas Adi Adham.

Tengku Rihanna terkesima den

Locked Chapter
Continue to read this book on the APP

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status