Share

8

Selepas menunaikan solat Subuh, Izza Ghadira membantu emaknya menyiapkan sarapan di dapur. Dia memotong timun yang berada di atas meja.

"Hari ini ibu nak masak apa?"soalnya.

"Hari ini kita makan sandwich aje. Abah tak pergi ladang hari ini. Idan dan Irfan pun tak bersekolah. Jadi kita makan makanan ringan ajelah,"jawab Puan Inas sambil memasak ikan sardin.

Izza Ghadira turut memotong tomato untuk dijadikan sayuran di dalam sandwich itu.

Kebiasaannya, sandwich yang dibuat oleh emaknya ialah sandwich special. Sandwich special memerlukan tomato, timun, salad, sardin, telur dan keju. Rasanya amat lazat!

"Izza, ibu rasa ibu nak kahwinkan Isya."

Puan Inas menyatakan hasrat hatinya yang dipendam sejak tahun pertama Isya Rasyuka pergi ke Amerika.

Izza Ghadira tersentak. Hampir saja tangannya teriris kerana mendengar ungkapan emaknya itu.

"Kenapa ibu nak kahwinkan Isya? Dia masih muda, ibu. Dia ada cita-cita. Takkanlah ibu nak h

Locked Chapter
Continue to read this book on the APP

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status