ZCK CLUB,
WAKTU TIDAK DIKETAHUI.
“LEA” Sapaan pertama dari seorang gadis jelita dengan skirt merah sendatnya menyentak pendengaran Ian Hanif. Dan gadis jelita yang memperkenalkan dirinya sebagai Lea itu tetap menghulurkan tangannya selagi Ian tidak menyambutnya. Ian meletakkan semula gelas pendek berisi separuh lagi air keruh seakan warna teh pekat atas meja semula sambil di perhatikan oleh bartender.
Tajam sekali mata Ian menancap renungan Lea yang berkanta lekap kelabu tersebut sebelum dengan rasa yang teragak-agak dia angkat tangannya menyambut huluran tangan Lea. Lea gariskan senyumannya. Dan dalam hati, seperti yang telah dia yakini selama ini tiada seorang lelaki pun yang takkan menyambut huluran perkenalannya itu.
“Boleh I sit here?” soal Lea sekali lagi dengan nada sedikit meninggi kerana belakang mereka berdua bukan sahaja diriuhkan dengan muzik irama Techno malah suara-suara para pengunjung yang terjerit-pekik. Ian tak menjawab tapi dia hantarkan dengan anggukan pula. Lea sudah semestinya suka dan terus mengambil tempat duduk di tepi Ian. Sengaja dia silangkan kaki agk tinggi agar paha gebunya itu merapati paha berseluar milik Ian. Ian juga merenung gelagat tersebut sambil menjelajahi raut wajah di depannya itu.
“Sis, nak minum apa ya?” soal salah-seorang bartender yang baru saja selesai mengelap gelas-gelas yang telah dibasuh. Lea berpaling seraya memandang deretan botol tersusun rapi atas para rak belakang dengan tanpa kejipan mata. Lalu bola mata terjunam ke botol bertulis TEQUILA antara minuman mabuk paling mahal selain campuran long islands.
“That one, please...” terang Lea sambil tersenyum lebar menampakkan lagi ketebalan bibir atasnya. Ian Hanif sekadar jungkit kening ketika mata terarah ke jenama tersebut. Lea sempat kerling aksi berbau sindiran tersebut dengan satu senyuman senget. Sebelum bibir mulai bergerak untuk bersuara, Lea sengaja menggelengkan lehernya yang agak terdedah menampakkan leher jinjang putihnya itu seakan mahu menggoda Ian, seperti mana dia lakukan pada lelaki lain.
“Panas pula I malam ni selalu tak pula” ujar Lea memancing. Ian masih lagi dengan minumannya tanpa mahu bersembang. Dia memang tiada mood untuk bersembang jauh sekali bersukaria, namun dalam pada masa itu terdetik juga dalam hatinya kenapa dengan perempuan di sebelahnya itu menyendeng semacam pada dirinya. Dia bukan seperti Iskandar.
Iskandar mahu bergerak ke arah tersebut namun nampak gayanya niatnya itu dibiarkan saja kerana pelanggan makin ramai memenuhi meja di sebelah hadapannya. Iskandar sudah lama merasakan bahawa Lea itu sama sahaja seperti Laila mahu pun perempuan lain sehinggalah mindanya terpetik nama seorang gadis ini. Gadis yang pada suatu ketika dahulu pernah mengisi satu sudut dalam petak hatinya. Namun dia yang telah menyebabkan kehancuran dan meluluh sukma gadis tersebut.
“Ah, apa aku ni? Aku memang tak cintakan dia pun. Dia yang terhegeh-hegeh pada aku, takkanlah aku nak ambil dia menjadi bini? Bekas orang bekas aku juga. Huh, perempuan seperti ini memang tak layak jadi bini lah. Senang sangat bagi ‘harta’ tu pada kaum seperti aku!” cemuhnya tanpa menyedari ada telinga sedang terpasang kini. Lea sebenarnya sedar akan kehadiran Iskandar dalam kelab malam itu namun malam ini bukan lah lagi masanya untuk dia jadikan Iskandar sebagai mangsa seterusnya tetapi kini dalam perancangannya adalah Ian Hanif. Lea tahu siapa Ian atau Dr Ian. Lea juga tahu apa hubungan abangnya Jeff dengan adiknya. Dan Lea juga tahu Jeff juga pernah mengecaikan maruah adiknya selain jantan-jantan lain di luar sana.
“Nea, Nea aku sebenarnya berasa lucu dengan sikap kau itu. Kau ingat aku suka ke berkawan apatah lagi mahu bercinta dengan orang otak miring macam kau, hah? Ada hati kau ya nak mengahwini aku. Hei, perempuan senteng kau tu patut kena sedar diri dululah!”
Pang!
Lea terus pandang telapak tangannya yang berdarah. Botol arak pula berkecai dan bergeletak atas lantai kelab malam. Ada dua orang pekerja bergegas ke tempat kejadian untuk membersihkannya.
Iskandar cuba panjangkan lagi lehernya ternyata lampu kelip-kelap disko menyukarkan penglihatannya itu. Namun dari suara desahan tersebut seakan-akan dia pernah dengar. Kerumunan orang ramai mereda tatkala hadirnya tiga orang lelaki berkot hitam dan meleraikan himpunan tersebut. Iskandar tahu yang dia cari sememangnya tiada.
“ARGH!” Lea menjerit bukan kerana sakit pada tangannya tetapi hati. Sungguh sampai begitu sekali teganya hati Iskandar perlakukan adiknya sebegitu rupa. Yang dia fikirkan Jeffri namun ternyata Iskandar, insan yang selama ini dia ketahui begitu sempurna di mata adiknya namun ternyata dia tak seindah itu. Hatinya hitam!
“Apa salah adik aku pada kau orang semua hah? Sampai begitu sekali kamu berdua perlakukan pada dia.”
Ian terhuyung-hayang keluar dari dalam kubikel tandas untuk kembali ke hadapan semula namun kaki tidak jadi untuk sambung langkah apabila terdengar jeritan seseorang. Dan jeritan itu datangnya dari arah kubikel perempuan. Ian terkejip-kejip mata dan menggeleng cuba sirnakan rasa pening dan mabuk yang tetap berdegil mahu menguasai seluruh tubuhnya itu.
Ian tetap melajukan langkah herotnya itu. Entah kenapa dalam keadaan mabuk sebegitu pun dia tetap mahu mengambiltahu jeritan daripada siapa dan kenapakah dia menjerit.
Lea yang telah tertanggal rambut palsunya itu langsung berpaling apabila dia dengar bunyi orang sedang berlari. Ian tak mungkin berlari tetapi dia sedang cuba melajukan langkah sehinggalah dia tiba di depan muka pintu tandas perempuan. Iskandar juga ada namun dia menyembunyikan dirinya di balik dinding. Wajah lelaki itu seakan pernah dia kenali sebelum ini.
Lea berlari keluar dalam keadaan serabai serta dipenuhi darah tanpa sengaja tertolak tubuh Ian yang sememangnya terhuyung-hayang itu sebelum dia terus terduduk sambil mendepani satu mayat berwajah ngeri dan banjir dengan darah. Lea pandang Iskandar, Iskandar pandang Lea namun dia tak mengenali bahawa itu Lea kerana Lea telah menanggalkan rambut, mekap serta kanta lekapnya. Iskandar berderau darah saat mata tertumpu pada pakaiannya yang lencun dengan darah.
“Ap.. Apa yang berlaku ni? Awak siapa hah? Awak bu...?” Soalan tergantung apabila Lea merempuh dirinya pula.
“Kenapa? Kenapa ni?” Bertubi-tubi soalan dari mereka yang lalu serta ada juga antara mereka mahu memasuki ke dalam tandas namun tidak jadi apabila melihat ada dua orang lelaki terduduk dengan wajah pucat-pasi. Ada juga yang berani masuk ke dalam namun...
“Argh... ada mayat!!!”
“ADIK sakit!!!” Dia terus terbangun dari lena. Tubuh yang tersandar pada dinding terus ditegakkan posisi. Dia menggelengkan kepala apabila lelaki sama kini sedang menyeringai di hadapannya. Dia cuba mengengsot walau sukar dia terpaksa. Dia sudah tidak sanggup menerima semuanya. Di penat dia terluka. Gedegang! Pintu terbuka luas. Ada seorang lagi lelaki berwajah asing yang masuk ke dalam bilik tersebut. Siapa lagi yang bapanya bawakan itu. Segala apa terlepas apabila tubuhnya diraih bawa mendekati tubuh berbadan kekar serta bertatu pada lengan. “Wah, Amin ah manyak nyantik ah lu punya ah moi. Wa suka wa suka. Kasi wa pinjam ah ini malam. Wa pakai lama ini ah moi waa kasi wa punya manyak itu manyak giram...” ujar lelaki berbangsa Cina itu terus me
“SORRY! SORRY!” Nad dengan pantas memohon kemaafan dia tahu dia yang tidak nampak akan kehadiran wanita tersebut kerana asyik meneliti Ipad di tangan. Nad terngadah tatkala melihat wajah wanita yang terus mendongak ketika mahu bangun. Lea pandang Nad juga dengan satu renungan semacam. Cepat-cepat dia meminta maaf kemudian terus membuka langkah yang terencatnya tadi. Sedangkan Dr Nad baru sahaja mahu bersuara namun tidak sempat kerana gadis jelita itu lebih pantas melangkah dan ghaib di celahan orang ramai yang juga lalu-lalang di situ. Nad mengeluh sedikit. Terus menunduk dan mengutip kad kecil tersebut lalu diangkat dan diteliti. Terlukis sedikit kerutan pada dahi. “Seperti yang aku jangkakan...” ujarnya lalu mendongak. Nad memang mahu menemui wanita te
DI SEBUAH BILIK SEPI,2300 PMTERGAMAM. Pisau ditangan diangkat sambil mulut dipekup. Segalanya berlaku dalam sekelip mata sahaja dan tidak dirancang. Aliran darah yang ada pada hujung runcing pisau berterusan menitis ke tanah."Awak..." "Apa salah saya awak?" Soalnya lagi sambil mengerekot kesakitan. Perut masih lagi dipekup agar darah tidak mengalir pun begitu bajunya semakin lencun dan warna putih kemeja tersebut bertukar ke warna merah."Tidak, bukan aku yang lakukan!" Tukasnya mengeleng-gelengkan kepalanya selaju yang mungkin. Pisau terus dicampak jauh ke dalam semak."Awak!" Pekiknya dan terus meluru ke arah lelaki yang telah terduduk itu. "Ma... Ma.. Maafkan saya awak. Sumpah saya tak sengaja. Saya betul-betul tak sengaja. Saya.. Saya ingat awak dia..." Ujar gadis itu pilu. Tubuh lelaki itu didakap seerat yang mungkin."Awak... Saya dah tiada masa lagi..."
BILIK DR NAD, PUSAT QASEH.1000 AM."DOKTOR, doktor sibuk ke sekarang? Saya ada bawa beberapa buah buku dan fail rujukan yang doktor perlukan," terang Misi Alya berdiri ditengah pintu dalam dakapan ada beberapa fail berkulit keras. Dr Nad yang agak ralit dengan laporan pemeriksaan Nea terus mendongak langsung mengarahkan jururawat senior pusat itu untuk masuk ke dalam. Misi Alya mengangguk lalu melangkah masuk sambil mata terarah pada fail yang masih lagi terbuka dan gambar Nea juga terpapar dalam isi fail. "Duduk sebentar Lya, saya ada beberapa soalan yang ingin saya tanya mengenai Nea. Yelah sebelum ini pesakit ini dibawah penyeliaan Dr Ayda sebelum dia berhijrah ke Amerika..." Sambung Dr Nad terdongak seraya menarik ke atas kacamata yang telah melorot ke hidung. "Ok aje. Tapi apa ya? Sebabnya tak semua juga saya tahu dokto
ZOUC CLUB, SEKITAR METRO KL.2330 PM.DIA sekadar memberikan satu anggukan pada dua orang bouncer yang mengawal pintu kelab malam eksklusif tersebut. Tiada segarit senyuman pun yang terukir pada wajah tanpa emosi dan rahang bersegi itu. Pintu terus dibuka dan dia melangkah masuk. Lantai tari kelihatan amat meriah dengan muzik, lampu berwarna yang berputaran sana dan sini mengiringi para penari tak bertauliah tersebut. Dj wanita berpakaian seksi terangguk-angguk sambil menggesek cakera padat dan sesekali dia bersuara lantang. Mata terus terpandang sebuah bangku kosong di meja panjang mendepani bartender yang diketika itu sedang mengemas gelas-gelas berkaki tirus. Ada tiga kesemuanya namun dia memilih yang tiada berpelanggan itu. Seraya menapak ke arahnya. "Hai" Ucapan pertama dari fi
BANGLO USANG PINGGIR BANDAR,WAKTU TIDAK DIKETAHUI.TUCK! TUCK! TUCK!Begitulah keadaan bunyi yang kedengaran dari arah koridor tingkat dua banglo yang terlalu usang dan amat seram tersebut. Bunyi makin kuat dan bergema memandangkan di dalam banglo itu tiada berperabot. Hanya sebuah bangku yang mendepani meja tempat figura berbadan kekar itu menakik seekor ayam mentah yang hampir lumat. Darah berpercikan bukan sahaja atas meja tanpa pelapik itu malahan terkena juga pada bahagian abdomen serta muka figura yang dilitupi kegelapan tersebut.Sudah pasti bagi siapa yang tidak mampu melihat keadaan di situ saat itu akan muntah dan mungkin juga pengsan terus. Namun tidak bagi figura itu. "Ian.." panggil satu suara yang telah dibawa oleh tiupan angin. Figura itu masi
1990, KAMPUNG SERIWANGI,"LIS!!!" jerit seorang perempuan bersanggul tinggi dan kebaya hitam ketat sambil bercekak pinggang. Daud makin melebarkan senyuman apabila matanya telah terjatuh pada seraut wajah yang amat dia rindui. Bukan pada hatinya tapi kegebuan tubuhnya. "Kau ke mana hah? Aku bukan main jerit kau langsung tak datang, kau ke mana hah sial?" herdik Saleha menunjal-nunjal dahi remaja berusia dua belas tahun itu. Lis tidak melawan dan dia hanya redha bukannya dia tidak biasa di kasari sebegitu rupa. Dimalukan di depan orang juga sudah acapkali sehingga Lis mangli. Daud makin geram apabila melihat betis putih Lis apabila dia terjatuh akibat ditolak Saleha. Saleha tersenyum puas tanpa mahu menolong. Saleha perasan akan pandangan Daud seraya dia menyepak kaki Lis."K
"ARGH!" pekik Ian lalu jubah dan beg briefcase dilempar dengan kuat. Beg terbuka dan segala isi habis terkeluar bergeletakan atas lantai."Tak guna, aku dah hampir-hampir mahu.. Argh tak guna!" tempiknya memandang cermin. Kembang-kempis hidung menahan ledakan api dan larva kemarahan."Aku yakin itu memang dia. Dan seharusnya itulah tempat paling sesuai untuk perempuan sial macam dia. Kau pembunuh Nea, kau bunuh abang aku. Kau jangan ingat aku akan berdiam diri!""Argh!" jerit Ian sambil menumbuk cermin sinki.Pang!Kaca berkecaian dan ada yang tertusuk pada kulit tangan Ian yang telah merah dengan darah."Tangan aku tak sakit. Tapi hati aku lagi sakit mengenangkan wajah dia. Kau patut mati Nea. Kau patut ikut abang aku. Dia separuh mati cintakan kau. Tapi kau pilih Iskandar, lelaki tak guna itu. Kau memang bodoh Nea!""Hutang darah dibayar darah!"