BUKANNYA dia sengaja hadir tanpa masuk ke dalam pusat itu, tetapi buat masa terdekat ini dia tidak boleh kerana dia sedang diburu. Dia tahu dia sedang dikejar walau bukti masih tidak menunjukkan ke arahnya. Namun naluri kuat menyatakannya. Kerana itulah dia hanya mampu memandang keadaannya adik dari jauh sahaja.
Nea dalam setiap seminggu akan ada satu petang untuk dia dibawa keluar bagi mengambil udara luar. Tubuh tidak elok juga jikalau tidak mengenai udara mahupun mentari apatah lagi mentari pagi yang cukup elok untuk kesihatan kulit manusia. Dia terpaksa duduk dalam kerusi roda kerana tubuhnya terpaksa bergari walau straitjacket telah dibukakan buat seketika dan tak elok juga tubuh serta tangan khasnya terlalu lama berada dalam keadaan terlipat ketat begitu.
ZCK CLUB, WAKTU TIDAK DIKETAHUI. “LEA” Sapaan pertama dari seorang gadis jelita dengan skirt merah sendatnya menyentak pendengaran Ian Hanif. Dan gadis jelita yang memperkenalkan dirinya sebagai Lea itu tetap menghulurkan tangannya selagi Ian tidak menyambutnya. Ian meletakkan semula gelas pendek berisi separuh lagi air keruh seakan warna teh pekat atas meja semula sambil di perhatikan oleh bartender. Tajam sekali mata Ian menancap renungan Lea yang berkanta lekap kelabu tersebut sebelum dengan rasa yang teragak-agak dia angkat tangannya menyambut huluran tangan Lea. Lea gariskan senyumannya. Dan dalam hati, seperti yang telah dia yakini selama ini tiada seorang lelaki pun yang takkan menyambut huluran perkenalannya itu.
“ADIK sakit!!!” Dia terus terbangun dari lena. Tubuh yang tersandar pada dinding terus ditegakkan posisi. Dia menggelengkan kepala apabila lelaki sama kini sedang menyeringai di hadapannya. Dia cuba mengengsot walau sukar dia terpaksa. Dia sudah tidak sanggup menerima semuanya. Di penat dia terluka. Gedegang! Pintu terbuka luas. Ada seorang lagi lelaki berwajah asing yang masuk ke dalam bilik tersebut. Siapa lagi yang bapanya bawakan itu. Segala apa terlepas apabila tubuhnya diraih bawa mendekati tubuh berbadan kekar serta bertatu pada lengan. “Wah, Amin ah manyak nyantik ah lu punya ah moi. Wa suka wa suka. Kasi wa pinjam ah ini malam. Wa pakai lama ini ah moi waa kasi wa punya manyak itu manyak giram...” ujar lelaki berbangsa Cina itu terus me
“SORRY! SORRY!” Nad dengan pantas memohon kemaafan dia tahu dia yang tidak nampak akan kehadiran wanita tersebut kerana asyik meneliti Ipad di tangan. Nad terngadah tatkala melihat wajah wanita yang terus mendongak ketika mahu bangun. Lea pandang Nad juga dengan satu renungan semacam. Cepat-cepat dia meminta maaf kemudian terus membuka langkah yang terencatnya tadi. Sedangkan Dr Nad baru sahaja mahu bersuara namun tidak sempat kerana gadis jelita itu lebih pantas melangkah dan ghaib di celahan orang ramai yang juga lalu-lalang di situ. Nad mengeluh sedikit. Terus menunduk dan mengutip kad kecil tersebut lalu diangkat dan diteliti. Terlukis sedikit kerutan pada dahi. “Seperti yang aku jangkakan...” ujarnya lalu mendongak. Nad memang mahu menemui wanita te
DI SEBUAH BILIK SEPI,2300 PMTERGAMAM. Pisau ditangan diangkat sambil mulut dipekup. Segalanya berlaku dalam sekelip mata sahaja dan tidak dirancang. Aliran darah yang ada pada hujung runcing pisau berterusan menitis ke tanah."Awak..." "Apa salah saya awak?" Soalnya lagi sambil mengerekot kesakitan. Perut masih lagi dipekup agar darah tidak mengalir pun begitu bajunya semakin lencun dan warna putih kemeja tersebut bertukar ke warna merah."Tidak, bukan aku yang lakukan!" Tukasnya mengeleng-gelengkan kepalanya selaju yang mungkin. Pisau terus dicampak jauh ke dalam semak."Awak!" Pekiknya dan terus meluru ke arah lelaki yang telah terduduk itu. "Ma... Ma.. Maafkan saya awak. Sumpah saya tak sengaja. Saya betul-betul tak sengaja. Saya.. Saya ingat awak dia..." Ujar gadis itu pilu. Tubuh lelaki itu didakap seerat yang mungkin."Awak... Saya dah tiada masa lagi..."
BILIK DR NAD, PUSAT QASEH.1000 AM."DOKTOR, doktor sibuk ke sekarang? Saya ada bawa beberapa buah buku dan fail rujukan yang doktor perlukan," terang Misi Alya berdiri ditengah pintu dalam dakapan ada beberapa fail berkulit keras. Dr Nad yang agak ralit dengan laporan pemeriksaan Nea terus mendongak langsung mengarahkan jururawat senior pusat itu untuk masuk ke dalam. Misi Alya mengangguk lalu melangkah masuk sambil mata terarah pada fail yang masih lagi terbuka dan gambar Nea juga terpapar dalam isi fail. "Duduk sebentar Lya, saya ada beberapa soalan yang ingin saya tanya mengenai Nea. Yelah sebelum ini pesakit ini dibawah penyeliaan Dr Ayda sebelum dia berhijrah ke Amerika..." Sambung Dr Nad terdongak seraya menarik ke atas kacamata yang telah melorot ke hidung. "Ok aje. Tapi apa ya? Sebabnya tak semua juga saya tahu dokto
ZOUC CLUB, SEKITAR METRO KL.2330 PM.DIA sekadar memberikan satu anggukan pada dua orang bouncer yang mengawal pintu kelab malam eksklusif tersebut. Tiada segarit senyuman pun yang terukir pada wajah tanpa emosi dan rahang bersegi itu. Pintu terus dibuka dan dia melangkah masuk. Lantai tari kelihatan amat meriah dengan muzik, lampu berwarna yang berputaran sana dan sini mengiringi para penari tak bertauliah tersebut. Dj wanita berpakaian seksi terangguk-angguk sambil menggesek cakera padat dan sesekali dia bersuara lantang. Mata terus terpandang sebuah bangku kosong di meja panjang mendepani bartender yang diketika itu sedang mengemas gelas-gelas berkaki tirus. Ada tiga kesemuanya namun dia memilih yang tiada berpelanggan itu. Seraya menapak ke arahnya. "Hai" Ucapan pertama dari fi
BANGLO USANG PINGGIR BANDAR,WAKTU TIDAK DIKETAHUI.TUCK! TUCK! TUCK!Begitulah keadaan bunyi yang kedengaran dari arah koridor tingkat dua banglo yang terlalu usang dan amat seram tersebut. Bunyi makin kuat dan bergema memandangkan di dalam banglo itu tiada berperabot. Hanya sebuah bangku yang mendepani meja tempat figura berbadan kekar itu menakik seekor ayam mentah yang hampir lumat. Darah berpercikan bukan sahaja atas meja tanpa pelapik itu malahan terkena juga pada bahagian abdomen serta muka figura yang dilitupi kegelapan tersebut.Sudah pasti bagi siapa yang tidak mampu melihat keadaan di situ saat itu akan muntah dan mungkin juga pengsan terus. Namun tidak bagi figura itu. "Ian.." panggil satu suara yang telah dibawa oleh tiupan angin. Figura itu masi
1990, KAMPUNG SERIWANGI,"LIS!!!" jerit seorang perempuan bersanggul tinggi dan kebaya hitam ketat sambil bercekak pinggang. Daud makin melebarkan senyuman apabila matanya telah terjatuh pada seraut wajah yang amat dia rindui. Bukan pada hatinya tapi kegebuan tubuhnya. "Kau ke mana hah? Aku bukan main jerit kau langsung tak datang, kau ke mana hah sial?" herdik Saleha menunjal-nunjal dahi remaja berusia dua belas tahun itu. Lis tidak melawan dan dia hanya redha bukannya dia tidak biasa di kasari sebegitu rupa. Dimalukan di depan orang juga sudah acapkali sehingga Lis mangli. Daud makin geram apabila melihat betis putih Lis apabila dia terjatuh akibat ditolak Saleha. Saleha tersenyum puas tanpa mahu menolong. Saleha perasan akan pandangan Daud seraya dia menyepak kaki Lis."K