“SORRY! SORRY!” Nad dengan pantas memohon kemaafan dia tahu dia yang tidak nampak akan kehadiran wanita tersebut kerana asyik meneliti Ipad di tangan. Nad terngadah tatkala melihat wajah wanita yang terus mendongak ketika mahu bangun. Lea pandang Nad juga dengan satu renungan semacam. Cepat-cepat dia meminta maaf kemudian terus membuka langkah yang terencatnya tadi.
Sedangkan Dr Nad baru sahaja mahu bersuara namun tidak sempat kerana gadis jelita itu lebih pantas melangkah dan ghaib di celahan orang ramai yang juga lalu-lalang di situ. Nad mengeluh sedikit. Terus menunduk dan mengutip kad kecil tersebut lalu diangkat dan diteliti. Terlukis sedikit kerutan pada dahi.
“Seperti yang aku jangkakan...” ujarnya lalu mendongak. Nad memang mahu menemui wanita tersebut. Dia kenal terlalu mengenali akan ‘binti’ wanita itu. “Patutlah muka saling tak tumpah” ujarnya lagi. Dan dia juga bernasib baik kerana memiliki maklumat dari pihak pendaftaran serta hospital yang pernah merawat pesakitnya itu.
“Aku tahu tempat ini. Dia bekerja di sini ya,” omel Nad lalu menyisip kad bisnes tersebut ke dalam diari tugasan. Setelah itu, Nad juga kembali menyambung langkahnya.
Manakala Lea pula terpaksa menyembunyikan dirinya sebentar, dia juga pernah nampak akan gadis berkacamata tersebut. Dia doktor yang menjaga adiknya. “Dia tak boleh tahu tentang diri aku. Jika dia tahu perkara akan jadi lebih teruk lagi segala apa yang aku telah rancang sudah pasti lari dari plan asal. Tak boleh, memang tak boleh” ujarnya lalu terus keluar dari balik dinding namun dia tetap palingkan muka ke tempat pertembungan tadi mahu melihat sama ada wanita itu ada ataupun tidak.
Setelah tiada, Lea kembali menyambung jalannya tadi. Dari jauh, matanya tertancap pada seseorang yang sedang menantinya di tepi kereta mewahnya. Makin diperlajukan lagi langkahnya. Iskandar sehingga kini tidak tahu siapakah Lea sebenarnya. Apa pula hubungan Lea dengan Nea. Lea sudah tersenyum mesra ketika kaki panjangnya kian mendekati susuk tubuh tersebut.
“Lama tunggu I?” soal Lea seraya menaikkan kacamatanya dan tersenyum mesra. Sengaja dia dekatkan tubuhnya pada lelaki segak itu agar haruman rambut serta tubuhnya itu dihidu oleh Iskandar. Iskandar tersenyum dan menggelengkan kepalanya sebelum dia bukakan pintu kereta untuk Lea. Lea pandang belakang tubuh Iskandar dengan senyuman sengetnya.
“By the way where do we go?” soal Lea apabila kedua-duanya kini telah berada dalam perut MITSUBISHI LANCER. Iskandar sekadar memberikan senyuman manisnya sebelum dia hidupkan enjin kereta. Saat tangan mahu memegang brek sempat lagi mata nakal menilik kegebuan paha Lea yang hanya berseluar pendek ala Hot Pant itu. Lea perasan dan terus buat-buat mahu mencari telefon dalam tas tangan yang dia letakkan atas paha, Iskandar pula kembali merenung depan.
BILIK SEPI,
2100 PM.
SEPERTI biasa akan ada seorang Warden memantau keadaan kawasan bilik paling hujung dalam bangunan yang juga terletaknya agak terceruk dari bangunan pusat atau wad lain. Namun kali ini yang memantau hanya seorang. Sambil ditemani lampu suluh kecil serta cota di tangan, Warden yang asyik mengunyah gula-gula getah berjalan di laluan sepi serta kelam itu seperti rutin biasanya.
Tiba sahaja di pintu yang menempatkan pesakit 1508, Warden terus menolak ke tepi penutup kotak kecil atau kotak pengintai pada permukaan pintu besi. Liar bola matanya bergerak ke setiap arah namun kali ini dahinya berkerut. Dia jengketkan sedikit kakinya agar lensamata boleh meluaskan lagi jajahan jelajah matanya dan ternyata tiada sesiapa. Selalunya akan ada Nea terduduk atas para jika tidak pun berdiri tegak pandang dinding yang penuh dengan coretan kapur pesakit dahulu.
Kunci berbunyi ‘klak’ tombol dipegang lalu dipusing kemudian ditolak ke dalam. Agak sukar melihat dalam keadaan yang separuh terang namun dengan pantas dia halakan lampu suluhnya ke setiap arah. Melangkah penuh berhati-hati. “Allah jatuh pula lampu suluh aku ni. Aduh menyusahkan betullah. Ingat senang ke nak cari dalam bilik ni dengan gelap lagi,” omel Warden mahu tak mahu tepaksa membongkokkan tubuh badannya dan tangan teraba-raba.
Menelan liur dengan payah apabila tangan tersentuh kain dan rambut. Warden segera melepaskannya dan meneruskan pencarian lampu suluh mini itu. “Hah, dah dapat!” ujarnya bersuara sedikit girang. Baru sahaja dia mahu bangun dari bongkoknya itu, Warden disergah oleh seseorang yang menutupi wajahnya dengan rambut. Akibat gelap kaki Warden terpijak lampu suluh yang terlepas lagi dari tangan dan berdentum ke bucu meja. Gelap pandangannya kini.
Nea mengekek lucu melihat Warden tersebut terjatuh akibat sergahannya. Nea yang sengaja bersembunyi terus pandang pintu yang terpelagah luas itu dengan satu senyuman. Baju straitjacket-nya juga dah lama dia bukakan dengan sendiri walau terpaksa menahan sakit serta alami pelbagai masalah. Nea buka ikatan tali pinggang pada pakaian tersebut dengan menggunakan pen milik Dr Nad. Bagaimana caranya dia buka hanya dia seorang saja yang mengetahuinya.
Nea sudah pun menjejakkan kakinya atas lantai luar kamar kurungannya itu namun dek kerana gelap melatari suasana dan dia juga sudah lama tidak menghadap keadaan di luar sana membuatkan dia tercangak-cangak dengan meliarkan bola mata ke setiap arah. Nea pandang laluan gelap kemudian beralih pula ke arah sekujur tubuh yang masih terbaring tidak sedarkan diri itu. Nea pandang semula laluan gelap kemudian Warden yang pengsan itu berulangkali.
Nea entah kenapa dan tak tahu mana yang lucunya, secara tiba-tiba boleh pula dia mengekek dan terloncat-loncat. Nea dah bebas, mungkin itu apa yang ada dalam benaknya ketika itu. Nea tertunduk lalu mendongak kemudian posisi badan sedikit membongkok jemari terkembang lalu dibengkokkan gaya telapak tangan haiwan karnivor sebelum dia berdesup dalam gelap.
Warden buka mata lalu bingkas bangun pandang kiri dan kanan serta pintu. Dengan pantas dia tarik keluar walkie talkie dan menghubungi Warden lain agar tutup pintu utama ada pesakit terlepas. Tidak kurang beberapa minit, siren berlagu riang. Lampu suluh besar pada setiap bangunan pula dah melarikan pengcahayaannya ke setiap lorong serta padang. Kedengaran juga bunyi orang sedang berlari.
Ketua Warden terpaksa memanggil kembali Dr Nad kerana ada berlakunya kecemasan. Dr Ian pula menelinga. Dia yang baru hadir untuk shift tersebut telah dikejutkan dengan pembolosan pesakit 1508. Pada mulanya dia gak berang memikirkan kesusahan yang akan dia alami namun kemudian dia gariskan senyuman tanpa Ketua Warden sedar. Jika diikutkan gadis gila itu berada di luar lagi memudahkan pekerjaannya nanti. Sudah tentu gadis tiada tempat mahu pergi dan jika ada sekalipun Ian tahu di mana. Bawah jambatan!
“Nea, Nea cerdik juga kau ya boleh lepaskan diri dari baju pasung bagaikan mumia itu!” sindir Ian lagi sambil mata merenung kesibukan yang mendatangi Ketua Warden di ketika itu. Ketua Warden masih lagi menunggu panggilan semula Dr Nad kerana tidak dapat dihubungi hanya voice mail saja.
“Masih tidak ditemui, Encik Karim!” seorang Warden berlari ke bilik Ketua Warden dalam mengah dia memberi laporan. Ketua Warden terpaksa menelefon pihak berkuasa kerana dia juga tahu akan kebolehan Nea Felisya. Dia bukan sebarang gadis walau dia berkeadaan begitu. Siren masih lagi berlagu.
“Aku cuba cari dia di blok belakang sekali lagi” sahut Dr Ian sebelum dia bangun lampu suluh di capai dari tempat sangkut sebelum dia tegakkan tubuh lalu terus berdiri. Ketua Warden mengangguk tanda setuju.
“SORRY! SORRY!” Nad dengan pantas memohon kemaafan dia tahu dia yang tidak nampak akan kehadiran wanita tersebut kerana asyik meneliti Ipad di tangan. Nad terngadah tatkala melihat wajah wanita yang terus mendongak ketika mahu bangun. Lea pandang Nad juga dengan satu renungan semacam. Cepat-cepat dia meminta maaf kemudian terus membuka langkah yang terencatnya tadi. Sedangkan Dr Nad baru sahaja mahu bersuara namun tidak sempat kerana gadis jelita itu lebih pantas melangkah dan ghaib di celahan orang ramai yang juga lalu-lalang di situ. Nad mengeluh sedikit. Terus menunduk dan mengutip kad kecil tersebut lalu diangkat dan diteliti. Terlukis sedikit kerutan pada dahi. “Seperti yang aku jangkakan...” ujarnya lalu mendongak. Nad memang mahu menemui wanita te
“ADIK sakit!!!” Dia terus terbangun dari lena. Tubuh yang tersandar pada dinding terus ditegakkan posisi. Dia menggelengkan kepala apabila lelaki sama kini sedang menyeringai di hadapannya. Dia cuba mengengsot walau sukar dia terpaksa. Dia sudah tidak sanggup menerima semuanya. Di penat dia terluka. Gedegang! Pintu terbuka luas. Ada seorang lagi lelaki berwajah asing yang masuk ke dalam bilik tersebut. Siapa lagi yang bapanya bawakan itu. Segala apa terlepas apabila tubuhnya diraih bawa mendekati tubuh berbadan kekar serta bertatu pada lengan. “Wah, Amin ah manyak nyantik ah lu punya ah moi. Wa suka wa suka. Kasi wa pinjam ah ini malam. Wa pakai lama ini ah moi waa kasi wa punya manyak itu manyak giram...” ujar lelaki berbangsa Cina itu terus me
ZCK CLUB, WAKTU TIDAK DIKETAHUI. “LEA” Sapaan pertama dari seorang gadis jelita dengan skirt merah sendatnya menyentak pendengaran Ian Hanif. Dan gadis jelita yang memperkenalkan dirinya sebagai Lea itu tetap menghulurkan tangannya selagi Ian tidak menyambutnya. Ian meletakkan semula gelas pendek berisi separuh lagi air keruh seakan warna teh pekat atas meja semula sambil di perhatikan oleh bartender. Tajam sekali mata Ian menancap renungan Lea yang berkanta lekap kelabu tersebut sebelum dengan rasa yang teragak-agak dia angkat tangannya menyambut huluran tangan Lea. Lea gariskan senyumannya. Dan dalam hati, seperti yang telah dia yakini selama ini tiada seorang lelaki pun yang takkan menyambut huluran perkenalannya itu.
BUKANNYA dia sengaja hadir tanpa masuk ke dalam pusat itu, tetapi buat masa terdekat ini dia tidak boleh kerana dia sedang diburu. Dia tahu dia sedang dikejar walau bukti masih tidak menunjukkan ke arahnya. Namun naluri kuat menyatakannya. Kerana itulah dia hanya mampu memandang keadaannya adik dari jauh sahaja. Nea dalam setiap seminggu akan ada satu petang untuk dia dibawa keluar bagi mengambil udara luar. Tubuh tidak elok juga jikalau tidak mengenai udara mahupun mentari apatah lagi mentari pagi yang cukup elok untuk kesihatan kulit manusia. Dia terpaksa duduk dalam kerusi roda kerana tubuhnya terpaksa bergari walau straitjacket telah dibukakan buat seketika dan tak elok juga tubuh serta tangan khasnya terlalu lama berada dalam keadaan terlipat ketat begitu.
BILIK GELAP, PUSAT QASEH. WAKTU TAK DIKETAHUI. MISI ALYA merenung jam di tangan dan ternyata masih lagi awal. Dia datang dahulu kerana ada kerja yang perlu dia bereskan sebelum dia dan Dr Nad sama-sama menemui pesakit 1583. Sedang Misi Alya menunggu dengan mengambil tempat duduk atas kerusi besi tempat yang seringkali para Warden duduk ketika menunggu, telinganya seakan terdengar sesuatu. Dia terus berpaling lalu mendekatkan lagi sisi wajahnya ke permukaan pintu tanpa mahu membuka peephole atau petak kecil yang dikhaskan untuk memantau keadaan pesakit sebelah dalamnya. Nea Felisya menggoyangkan tubuhnya makin laju sambil mulut pula mengomel sesuatu yang dia saja fahami. Bada
BILIK PATOLOGI, 1000 AM. KEHADIRAN ASP Zaif ke bilik yang bersuhu sejuk sememangnya di nantikan oleh Dr Ann. Ketika ASP Zaif masuk ke kubikel sederhana luas itu, mata tajam menghala ke katil kiri serta katil kanan yang kelihatan menghimpit katil tengah. Dr Ann sedang ditemani oleh tiga mayat dari berlainan kes kematian. Namun hatinya tiada sedikit pun rasa seriau atau terencat kerana dia sudah terbiasa dikelilingi mayat-mayat. ASP Zaif menjatuhkan gerakan bola mata ke ibu jari kaki di mana ada tergantungnya sekeping kad kecil bertanda nama mayat tersebut. Namun sayangnya hanya bertulis anynomous. “Hai ASP” sapa Dr Ann melemparkan senyuman dari balik pelitup
TIKAMAN demi tikaman. Wajah dipenuhi percikan darah tidak dia peduli kerana sudah biasa malah dia akan jadi tak selesa sekiranya tidak dapat menghidu bau darah. Sebelah tangan mencengkam bahu manakala tangan kanan berterusan merodok perut yang kian lencun dengan cecair pekat merah itu. Lelaki itu dari berteriakan kini menjadi sepi sesepinya. Tiada lagi kedengaran raungan kesakitan. Dan di belakang susuk tubuh pembunuh berhud itu, ada lagi satu susuk tubuh sedang memerhatikan dirinya. Dia sekadar jadi pemerhati sambil bersilang tangan ke dada tanpa mahu menolong atau sebaliknya. Tubuh terus diseret menuju ke arah susunan kotak yang tersandar tepi dinding bercontengan itu. Seretan darah juga menemani tubuh tersebut. Lea terus mengangkat kedua belah tangan mayat lalu diikatkan pada dawai yang sememangnya t
THE CAGEPSIKOLOGI THRILLERBAB 12DIA masih lagi berada dalam bilik gelap, sepi hanya bertemankan lampu bar bulat warna kuning. Jenuh sudah dia menegakkan kebenaran bahawa dia tak bersalah tetap tengkingan serta kekerasan yang dia terima. Sampaikan papanya mahu ikat jamin pun payah. Aduhai... Pintu terbuka. Iskandar dah tahu siapa malas mahu dongak. Apa nak jadi jadilah. Kali ini seorang pula. Wajah seperti biasa ketat memanjang. “Iskandar, awak memang bernasib. Ada orang terpengaruh sanggup ikat jamin awak walaupun pada dasar memang tidak dibenarkan memandangkan kes awak bukan kes biasa tapi tuduhan membunuh.
BILIK TERAPI,1000 AM."DOKTOR betul ke apa yang doktor nak lakukan ini?" soal Misi Alya sedikit seriau apatah lagi melihat keadaan Nea yang terbaring kaku dan berikat pada kerusi tersebut. Dr Ian masih lagi asyik dengan segala punat yang ada pada permukaan mesin terapi elektromagnet tersebut tanpa menyedari mimik muka gelisah Misi Alya. Tanpa doktor lelaki itu sedari, Misi Alya perlahan-lahan menarik keluar telefon bimbitnya lalu membuka aplikasi WHATSAPPS. Dia perlu mesej Dr Nadya Shaqira, entah kenapa hatinya berasa kurang yakin dengan keterangan Dr Ian mengenai Dr Nad yang dikatakan tidak akan hadir dan meminta pertolongannya untuk mengadakan sesi terapi. Dah tu pula bukan sekadar terapi biasa tetapi terapi elektromagnet yang amat jarang di gunapakai dewasa ini. Misi Alya ternganga tatkala telefon pintarnya kini telah berada di genggaman Dr Ian yang sedang menalaka