All Chapters of Cheonsa, Saranghae! (Bahasa Malaysia): Chapter 21 - Chapter 30
40 Chapters
CS ¦ 021
"KAMU tahu tak apa yang kamu berdua dah buat?” soal Yuna dengan tegas. Dia menyandar ke meja kerja sebaik saja dia melangkah masuk ke bilik itu..Mingi dan Woojin pula hanya menunduk menekur lantai.“Saya tanya kamu berdua! Kamu berdua tahu tak apa salah kamu berdua?”Kali ni tegas suara Yuna menyoal. Mingi dan Woojin masih sama seperti tadi, tidak berani mengangkat wajah.“Baiklah. Kalau kamu tak mahu mengaku, saya nampak apa yang berlaku.”Yuna terus bergerak tempat duduk pula. Kerusi ditarik untuk melabuhkan punggung.“Beginilah, Jung Mingi. Awak disingkirkan dari menjadi salah seorang pelatih di syarikat ini.”Kepala Mingi terus terangkat kerana terkejut. Mata membutang tidak percaya. Begitu juga dengan Woojin. Pandangan Woojin teralih ke arah Mingi yang sedang menerima kejutan hebat itu.“Tapi miss saya tak buat apa-apa.”Mingi cuba membela dir
Read more
CS ¦ 022
"BAIKLAH, seperti yang kamu semua tahu. Pelatih bernama Jung Mingi telah pun disingkirkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielak. Jadi, kamu semua seramai 14 orang yang berdiri di hadapan saya sekarang. Jangan buat perkara yang akan menjatuhkan imej kamu serta imej agensi kamu semua. Faham!”“Faham!”Pelatih-pelatih yang berada di hadapan Yuna menjawab dengan lantang.“Okey, sekarang saya nak beritahu maklumat penting. Pihak kami memberi izin kepada kamu semua untuk bercuti selama tiga hari. Selepas itu, kamu semua akan dijemput oleh bas agensi di rumah masing-masing untuk di bawa ke rumah yang disediakan oleh pihak Syarikat WMC. Sepanjang tempoh kamu semua menjadi pelatih di bawah naungan kami, itulah rumah kediaman kamu semua…”Yuna mengambil nafas seketika sebelum dia menyambung semula percakapannya.“... pada hari yang sama juga, kamu semua akan diagihkan mengikut beberapa kumpul
Read more
CS ¦ 023
PUAN sora berjalan perlahan menuju ke gerai seorang diri. Dia sudah terbiasa bersusah payah sendiri sejak Woojin masih kecil. Kerusi meja yang berlipat dibuka satu-persatu. “Huk! Huk!” Batuk kuat kedengaran di segenap ruang gerai. Setelah selesai membuka kerusi dan meja, dia mahu melangkah masuk ke ruangan dapur dan tidak semena-mena kepala yang terasa pening membuatkan dia hampir hendak terjatuh. Kebetulan Mingi baru saja tiba di situ. Melihat tubuh Puan Sora sudah rebah, Mingi kelam-kabut berlari mendekati wanita tersebut. “Imo! Imo!” Jerit Mingi sambil cuba meriba kepala Puan Sora. Telefon bimbit dari poket seluar terus dibawa keluar lantas tangan segera menekan nombor telefon yang dikenali. “Aish! Kenapa tak jawab pula!” marah Mingi sendirian apabila nombor yang didail tidak berjawab. Tanpa melengahkan masa, Mingi terus mengangkat tubuh Puan Sora dan dudukan wanita tua itu di kerusi. Sekali
Read more
CS ¦ 024
"IMO, mi sup dua. Nasi goreng kimchi satu. Air suam tiga.”Pesanan yang diambil Mingi tadi terus diserah kepada Puan Sora dan Sherin yang sibuk bertungkus-lumus menyediakan makanan tersebut.“Air suam siap,” kata Sherin pula dengan ceria dapat membantu di gerai Puan Sora.“Nanti Sherin tolong imo buatkan mi sup ya? imo nak buat nasi goreng kimchi.”“Eh, imo! Imo!” Mingi cuba menahan pergerakan tangan Puan Sora.“Kenapa Mingi?”“Biar saya yang buatkan mi sup tu, Sherin gorengkan nasi kimchi. Imo pula pergi berehat.”Puan Sora melirik ke arah Sherin yang dari tadi tersenyum.“Tahu ke Sherin nak masak? Nanti rasa nasi tu lain macam mana?”“Imo janganlah pandang Sherin sebelah mata. Hebat Sherin ni tau, dia buat air pun sedap apatah lagi kalau makanan.”“Ish! Mana ada,” nafi Sherin kerana malu Min
Read more
CS ¦ 025
MINGI dan Puan Sora sibuk mengemas gerai. Operasi gerai akhirnya tiba ke penghujung waktu. Maka, mereka segera menghabiskan kerja yang tersisa untuk menutup gerai.Dalam ralit mereka mengemas, baru Puan Sora perasan yang sejak tadi kelibat Sherin tidak kelihatan.“Mingi.…”Mingi yang sedang mengelap meja sebelum dilipat pantas menoleh.“Sherin mana?”Barulah Mingi perasan kelibat Sherin tiada bersama mereka di situ.“Tadi dia kata nak pergi tandas, tapi... lamanya.”Kepala Mingi turut menoleh ke kiri dan kanan, bahkan ke belakang juga turut dilihat.“Cuba nanti kamu pergi tengok dia. Risau pula imo.”“Baiklah,”Tidak sampai beberapa saat Mingi menyahut. Kelibat Sherin kelihatan. Wajah Sherin yang terpamer tegang dengan raut wajah yang kelihatan lebam membuatkan Puan Sora dan Mingi terkejut besar.“Yah! Sherin! Awak pergi
Read more
CS ¦ 026
MINGI melabuhkan punggung di sisi Sherin yang dari tadi hanya menyandar di kerusi.“Sherin, awak tak mahu terima rawatan?”Sherin hanya menggeleng perlahan.“Tapi muka awak lebam teruk juga ni. Tak nak ambil ubat?”Sekali lagi Sherin menggeleng. Akhirnya Mingi mengeluh dan memandang ke depan. Mata dipejam rapat.“Sherin kalau saya tanya beberapa soalan. Boleh tak?”“Soalan apa?”Mingi menarik nafas sedalam-dalam yang mungkin lalu disela berat.“Awak pandai berlawan?”Sherin mengangguk perlahan.“Boleh saya tahu, kenapa…”Bibir Mingi diketap, rasa kurang yakin mahu bertanyakan soalan itu.“... awak begitu ambil berat tentang imo?”Sherin terus menoleh.“Maksud awak?”“Banyak kali awak bantu imo. Kali ni je dah masuk lebih dari 3 kali. Setiap perkara yan
Read more
CS ¦ 027
"OPPA sakitlah!” rintih Bella apabila tangannya ditarik kasar dan dibawa ke bahagian atas bumbung syarikat WMC.Setelah tiba di bumbung barulah tangan Bella dilepaskan.“Ish! Apa oppa ni? Sakit tahu tak. Merah dah tangan Bella.”Jelingan maut Bella beri kepada Woojin. Sakit tangan yang kemerahan itu sakit lagi hatinya kerana dipaksa naik ke bumbung.“Kenapa oppa tarik Bella sampai sini. Oppa nak apa?” soal Bella acuh tidak acuh.Woojin hanya mendiamkan diri, dia sendiri tidak tahu apa masalahnya. Dia melihat Bella berbual dengan pekerja lelaki di syarikat WMC membuatkan hati Woojin timbul rasa cemburu.Dia tidak tahu mengapa dan kenapa dia bertindak begitu. Mungkin dia takut Bella akan tinggalkan dirinya.“Awak buat apa dengan lelaki tadi?”Bella menoleh. Wajah cemberut berubah nakal serta-merta.“Awak cemburu ke Woojin?” soal Bella dengan sengihan si
Read more
CS ¦ 028
KAWASAN pintu pagar Taman Tema Lotte World menyapa pandangan mata. Liur terasa berpasir. Seumur hidupnya, belum pernah dia menjejakkan kaki ke taman tema itu.“Oppa! Palliwa!” Jeritan Bella membuatkan Woojin memandang tanpa reaksi. “Bella-shi, kalau kita tak masuk tak boleh ke?” soal Woojin. Wajah Bella sudah berubah cemberut. Tangan pula mula bercekak pinggang. “Oppa! Kita dah sampai sini tahu tak? Tadi waktu kami berbincang nak pergi mana. Kenapa oppa tak nak cakap apa-apa? Sekarang kita dah sampai tak nak masuk pula.” Dari tangan bercekak pinggang terus naik memeluk badan sendiri. Jelingan maut turut diberi. Hatinya berasa panas dengan sikap Woojin yang tiba-tiba berubah fikiran. “Tak, tempat ni mahal. Kita baru pelatih, gaji kita dapat pun tak setimpal dengan harga nak masuk ke tempat macam ni. Dari habiskan di tempat hiburan lebih baik kita simpan untuk kegunaan masa depan nanti.” Pandangan Bella terus
Read more
CS ¦ 029
SHERIN mengenggam telefon bimbit. Kerutan di dahi mula terpamer.“Awak okey?”Renungan Sherin pada skrin telefon teralih kepada Mingi yang kini berada di sisi. Pandangan mata mereka bertemu.“Okey.” Telefon bimbit itu segera disimpan ke dalam jaket baju hoddie.“Ada masalah ke?”Sherin menggeleng laju.“Tak ada apa-apa, macam mana? Ada tiketnya?” soal Sherin sengaja mahu mengubah topik perbualan mereka.Sehelai kertas diangkat bersama-sama dengan buku visa berwarna hijau milik Mingi.“Jangan risau, saya tempah atas talian kan jadi, tiket dah ada.”Sherin mengangguk tanda mengerti. Kedua-dua tangannya menyeluk ke dalam poket hoddie. Sherin tidak mahu berkata banyak, moodnya agak kurang menyenangkan saat ini.“Sherin, saya minta maaf tau.”Sekali lagi kepala Sherin tertoleh. Wajah kendur Mingi membuatkan dahi Sherin kemba
Read more
CS ¦ 030
“SELAMAT petang imo,”Sora menoleh lalu tersenyum melihat Sherin datang ke bilik rawatan itu.“Saya ada bawakan beberapa kuih untuk imo, jemputlah makan. Imo dah makan belum? Saya minta maaf sebab datang lambat, banyak urusan hari ni.”Beg plastik yang dibawa bersama diletakkan di atas meja pesakit. Kerusi di sisi katil ditarik lalu Sherin melabuhkan punggung di situ. Senyuman turut terpasak di bibir.“Susah-susahkan Sherin je datang lawat imohari-hari. Sherin kan sibuk kerja? Tak perlulah hari-hari datang ke sini, lagipun tak lama dah nanti imo boleh keluar.”“Tak apalah imo, lagipun saya dah janji dengan Mingi. Saya akan update dia jika ada apa-apa terjadi dekat sini. Nanti dia tanya banyak, saya tak ada jawapan. Merajuk pula dia.”“Sherin rapat juga eh dengan Mingi?”“Bolehlah, rapat juga. Mingi tu baik imo.”Puan Sora tersenyum.“Dengan Woojin, Sherin rapat juga?”Senyuman di bibir Sherin mati serta-merta. Pandangan mereka bertemu. “Tak ya?” tebak Puan Sora.Sherin tersen
Read more
PREV
1234
DMCA.com Protection Status