All Chapters of Cheonsa, Saranghae! (Bahasa Malaysia): Chapter 11 - Chapter 20
40 Chapters
CS ¦ 011
SHERIN dengan sukarela hendak membantu Puan Sora mengemas meja. Dalam ralit Sherin melakukan kerja, tiba-tiba suara garau milik seorang lelaki tua kedengaran. Sherin terus menoleh ke arah suara itu dan terkejut.“Han Sora! Han Sora!” Gaya lelaki itu seolah-olah sedang kemabukan memanggil nama bekas isterinya berulang-kali.Puan Sora terus bangun dan berdiri di hadapan Sherin bagi melindungi gadis itu dari dilihat Jungwoo. Tangan Sherin turut dipaut agar gadis itu tidak berganjak dari tempat dia berdiri.“Apa lagi yang awak nak!” Puan Sora menyoal tegas. Dahi yang sudah berdekut turut berkerut menandakan yang dia tidak suka dengan kehadiran lelaki tua itu.Wajah Nam Jungwoo yang berada di hadapan dipandang dengan perasaan marah. Sherin yang berada di belakang Puan Sora cuba melangkah ke hadapan, namun tidak berjaya apabila tangan Puan Sora menghalang.Dia tidak mahu apa yang telah menimpanya sebulan yang lepas kembali menimpa Sherin pula.“Kau tak buat laporan polis tentang aku ke saya
Read more
CS ¦ 012
LANGKAH Mingi laju menapak ke arah Sherin yang sedang menunggu di luar wad kecemasan sambil menunduk kepala.Lama Mingi menunggu Woojin di tempat perjumpaan mereka janjikan, tetapi kelibat Woojin langsung tidak kelihatan.Akhirnya, dia membuat keputusan untuk menelefon Woojin semula mahu bertanyakan sahabatnya itu berada di mana, tetapi perkara yang mengejutkan pula berlaku apabila yang menjawab panggilan itu adalah Sherin. Mendengar suara Sherin menangis di hujung talian membuatkan Mingi tidak mahu membuang masa dan bergegas ke hospital. “Sherin! Sherin!” laung Mingi dari kejuahan. Sherin yang sedang duduk di ruangan menunggu itu terus bangun dan menghadap ke arah Mingi. “Apa yang dah berlaku ni? Kenapa dengan imo, Woojin?” soal Mingi bertubi-tubi. Bahu gadis itu turut digoncang. Perasaan resah dan terkejut bercampur baur apabila mata Mingi melihat ada kesan percikan darah di wajah Sherin.“Sherin! Janganlah diam
Read more
CS ¦ 013
KEESOKKANNYA, Mingi datang melawat Woojin di hospital sambil membawa buah tangan bersama.“Macam mana keadaan kau?” soal Mingi lantas tangan yang memegang beg plastik buah diletakkan di atas meja katil pesakit Woojin.“Bolehlah, cuma rasa sakit sikit dekat perut ni. Teruk ke lukanya sebab aku asyik rasa mengilu bila banyak bergerak.”“Kau tanya aku, manalah aku tahu. Tapi kalau dah rasa macam tu, memang teruklah luka tu. Eh! Mana Sherin?”Pandangan Mingi memandang ke sekeliling mencari di mana kelibat gadis itu berada.“Entah.” Hanya sepatah perkataan Woojin beri diiringi dengan bahu terangkat.Mingi terus merengus geram. Pelik dengan sikap Woojin yang seringkali bersikap acuh tidak acuh apabila nama Sherin disebut.“Pelik aku dengan kau ni, apa salah budak perempuan tu sampai kau tak suka sangat dengan dia.”“Dia bukan budak, dia tua set
Read more
CS ¦ 014
AKHIRNYA, hari yang dinantikan telah pun tiba. Woojin sedang bersiap-siap hendak ke sebuah syarikat hiburan terbesar di Seoul iaitu WMC atau nama panjangnya Wonderful Music Concert Entertainment. Sebuah syarikat yang melahirkan pelbagai artis dan idol dalam industri seni tanah air.“Ibu.…” panggil Woojin dari pintu dapur. Puan Sora yang sedang sibuk membasuh pinggan segera menoleh.Selepas keluar dari hospital Puan Sora disarankan agar tidak melakukan kerja berat kerana risau dia kepenatan. Jadi, segala urusan kerja terpaksa dilakukan secara perlahan dari kebiasaan.“Awalnya anak ibu bangun, bersiap lawa-lawa ni nak pergi mana?” soal Puan Sora. Sapu tangan di dalam poket apron ditarik keluar lalu mengelap tangan yang basah.“Ada hal sikit ibu... saya mungkin balik lambat hari ni. Nak keluar dengan Mingi.” Puan Sora menarik wajah, jelingan manja menyapa pandangan Woojin.“Keluar d
Read more
CS ¦ 015
"NAM Woojin!”Panggil seorang gadis membuatkan Woojin dan Mingi berpaling. Sebaik saja Woojin berpaling, wajah terus ditampar kuat oleh gadis itu.Kesemua mata melihat ke arah mereka. Mingi menekup mulut kerana terkejut. Entah siapa-siapa gadis itu tiba-tiba saja melaung nama Woojin dari kejauhan dan apabila sudah dekat sedap hati pula dia menampar lelaki itu tanpa sebab.Woojin terus berubah dingin, namun sebaliknya pula si gadis. Dia hanya menayang wajah gembira bahkan lebih ceria daripada tadi.“Akhirnya, tangan saya berjaya juga tampar muka awak.”Sorak gadis itu sendirian. Mata-mata yang melihat langsung tidak dihirau.“Bella-shi, awak sihat ke tak?” tanya Mingi ingin kepastian daripada gadis itu yang dari tadi tidak henti-henti bersorak kegirangan.“Aish! Mestilah saya sihat. Saya cuma teringin nak tampar wajah kacak Nam Woojin ni je.”“Apa ke pelik sangat
Read more
CS ¦ 016
"OPPA!”Woojin dan Mingi tertoleh ke arah suara seorang gadis yang baru masuk ke dalam bangunan WMC.Perkara yang paling mengejutkan Woojin dan Mingi. Gadis itu sedang berlari laju ke arah mereka berdua.“Oppa?” soal Mingi terkejut dengan panggilan yang diberikan gadis itu kepada Woojin.“Awak ada masalah ke kalau saya panggil Woojin dengan panggilan oppa?”Mingi terus menggeleng. Reaksi terkejut tadi seratus peratus berubah dengan senyuman kekok.“Oppa, nanti jumpa lagi ya.”Setelah itu, terus dia melangkah pergi mendekati rakan-rakan perempuannya yang lain.Langkah gadis itu hanya diperhatikan oleh Woojin dan Mingi. Setelah dia menjauh, Mingi terus menampar lengan Woojin dengan kasar.“Semalam dia tampar kau, hari ni dia panggil kau apa? Oppa? Oppa!” Sengaja suara Mingi dikeraskan mahu menyedarkan Woojin akan keadaan yang baru berlaku tadi.
Read more
CS ¦ 017
"NAM Woojin, Bella Kim, Lee Jungki, Ji Kosung, Lim Hwangjun.…”Selesai pekerja itu menyebut nama-nama yang tersenarai, pandangannya teralih ke hadapan.“Nama-nama yang disebut tadi, sila bangun dan berdiri di sebelah kanan saya.”Kesemua mereka hanya menurut apa yang disuruh pekerja tersebut. Setelah selesai nama-nama itu beratur di sisi kanan. Dia kembali bersuara.“Tahniah kepada yang namanya disebut. Seramai 14 orang melepasi ujian saringan urine semalam.”“Yuna!” Satu suara kedengaran dari arah pintu bilik tarian tersebut. Pekerja perempuan yang mengendalikan setiap aktiviti yang dilakukan mereka hari itu terus menoleh.“Ada satu nama tertinggal, nah.” Rakan sekerjanya memberi kertas tersebut kepada Yuna lantas gadis itu laju mengapai huluran tersebut.“Baiklah, nama yang akan disebutkan ini tolong bangun dan masuk beratur dengan rakan-rakan kamu y
Read more
CS ¦ 018
"JADI, awak sepatutnya raikan semua ni dengan Woojin tapi Woojin marahkan awak atas sebab tersilap cakap?”Kini, Mingi dan Sherin sedang menjamu selera di sebuah kafe yang berdekatan dengan tempat Sherin bekerja.Makanan yang dipesan mereka adalah sejenis makanan berkuah. Maka, sambil mereka menjamah makanan sempat Mingi bercerita apa yang telah berlaku siang tadi kepada Sherin membuatkan Sherin semakin mahu mengetahui lebih lanjut tentang perkara itu.“Ha’ah.” Mingi mengangguk kepada Sherin sambil menghirup kuah di dalam mangkuk.“Awak cakap macam mana?”“Saya cakaplah yang perempuan tu perangai dia tak semengah, eh kalau awak tengoklah Sherin memang perangai dia gedik semacam. Selamba badak dia semalam tampar Woojin awak tahu? Hari ni pula tiba-tiba dia panggil Woojin tu oppa.… awak tak rasa ke benda tu gedik dan mengada?”Mingi melakonkan semula gaya Bella memangg
Read more
CS ¦ 019
SEBAIK saja Sherin menutup pintu rumah. Badan berpaling ke belakang dan kelibat seorang gadis yang amat dikenali menyapa mata.Gadis itu sedang duduk di atas sofa, mata tertancap ke arah televisyen dan mulut pula sedang mengunyah makanan ringan.“Sherin baru balik?” tegur seorang wanita dari anak tangga. Sherin terus menoleh dan mengangguk perlahan.“Lambat kau balik?” soal gadis yang berada di ruang tamu itu. Mata Sherin sekali lagi teralih ke arah gadis itu.“Aku nampak kau keluar dengan budak sebaya aku. Anak ikan kau ke?” Terbuntang mata Sherin dibuatnya, dia hanya membiarkan saja apa yang gadis itu mahu katakan. Dia tidak mahu berbalah kerana perkara itu akan mendatangkan hal yang sia-sia. Tambahan pula, dia sudah kepenatan. Malas hendak melayan sesiapa.“Tak apalah, saya naik dulu.”Baru saja Sherin hendak melangkah, gadis itu terus laju menghalang pergerakan Sherin
Read more
CS ¦ 020
"WOOJIN..." panggil Puan Sora dari arah dapur.Woojin yang baru menuruni anak tangga segera mendekati ibunya.“Ya ibu?” sahut Woojin.“Nah, bekal kamu. Satu lagi ni beri kepada Mingi. Dah lama dia tak ke mari. Sibuk sangat ke? Sherin pun jarang datang ke gerai kita.” “Sibuk la kot,” jawab Woojin acuh tidak acuh. Mata Puan Sora terus melirik ke wajah Woojin. Dilihat wajah anaknya itu dengan teliti. “Woojin gaduh dengan Mingi ya?” Woojin terus menoleh. Terkejut dengan soalan yang diajukan Puan Sora. Bagaimana ibunya tahu tentang hal itu. Tak kan pula Mingi datang mengadu. Woojin memandang ke arah lain, tidak berani mahu bertemu mata dengan Puan Sora. “Woojin.…” Panggilan lembut Puan Sora hanya membuatkan Woojin semakin menunduk ke bawah.“Dengar sini, ibu nak pesan.” Tangan Puan Sora laju mengangkat kepala Woojin dan menariknya perlahan agar dapat melihat wajah anak kesayangannya itu. “Sahabat atas dunia ni, susah nak dicari. Kalau dah temui, peganglah erat tali. Gaduh sekali-seka
Read more
PREV
1234
DMCA.com Protection Status