Peluang Diriku Bahagia [Bahasa Malaysia]
Nuuna Mohd
Hun Aqeel — Dikelilingi ahli keluarga yang sangat menyokong kerjayanya sudah memadai baginya. Apabila ditikam kawan baik sendiri yang sanggup bermain cinta dengan kekasih hatinya…punah segala benda untuk percaya orang lain selain ahli keluarga tercinta.
Erina Durah — Masuk dalam kehidupan seorang artis yang sedang meningkat naik dengan kejayaan lakonan beliau, dia tumpang bahagia walau dia hanya seorang PA kepada Hun Aqeel.
“I bagi you kepercayaan untuk handle segala akaun media sosial I. Jangan buat loklak pulak.” - Hun Aqeel.
“Haha relax lah boss. Ya baik saya tak buat onar. Saya jaga penuh tatatertib bos punya Instagram Facebook dan segala benda lah. Tu termasuk hati bos tu.” - Erina Durah.
“Aip! Hati hati jangan buat main. Karang jatuh hati kat I padan muka you. I malas layan..” - Hun Aqeel.
Dan bila kata kata Hun Aqeel itu terkena batang hidung sendiri…
“Be my girl, Erina Durah? I think I dah jatuh hati kat you.” - Hun Aqeel.
Dugaan datang tatkala kebahagiaan menyembah mereka berdua.
“Please, I want you back! Lupakan Erina. Dia takkan dapat bahagiakan you macam mana kita dulu sayang.”
Segala kenangan lampau dia bersama Christina menjelma di fikiran Hun Aqeel. Berbelah bahagi rasa hati. Adakah dia tamak? Erina Durah pun dia mahu!
“Lelaki semua sama! Ingat hati aku ni apa. Syok hora horei bila dipermainkan. Benci!!”
Hati yang terluka baru saja dirawat. Tapi sudah dikecewakan balik.
Tetapi, semudah itukah Erina Durah mahu melepaskan Hun Aqeel kepada Christina? Tidak! Dia akan membuka mata Hun bahawa kenangan Hun bersama Christina sudah lama terkubur. Dia yakin Hun Aqeel adalah takdirnya.