MEREKA berempat berbaring menghadap langit malam, Langit pada malam itu sangat cerah dengan cahaya bulan. Suara unggas malam menjadi runut bunyi.
"Macam mana kalau kita terperangkap dekat sini selama-lamanya?" soal Jack secara tiba-tiba.
"Maknanya kita akan mati dekat sini jugalah?" soal Monika pula.
Serta-merta Sam meniarap, memandang Monika yang berbaring di sebelahnya. "No! Kita tak akan mati dekat sini dan kita tak akan terperangkap dekat sini. Tak akan!"
"Eh, kau tak ada soalan lain ke, Jack? Tanyalah soalan yang happy sikit." Sam menampar lengan Jack yang berada di sebelah kanannya.
"Dah, itu saja yang terlintas dekat fikiran aku," balas Jack. Sam memberi respon dengan menggulingkan anak matanya lalu dia berbaring semula.
"Haha!" tiba-tiba Sam ketawa.
 
MONIKA ketawa perlahan. "Oh ya, aku hampir terlupa mengenai Haliene," dia berhenti sebentar. "Masa aku tengah bersedia nak beredar dari kaki lima tu, dia tahan aku. Dia datang dengan seorang lelaki yang sekarang ni dah jadi suami dia." "What the fuck? Haliene dah berkahwin?" soal Jack. Dia terduduk 90 darjah memandang Monika. Monika mengangguk. "Ya Jack, dia sudah berkahwin."' "Oh jadi lelaki yang selalu dengan dia tu suami dialah," kata Sam apabila teringat yang dia pernah berselisih dengan Haliene bersama dengan seorang lelaki di studio. Lelaki itu kerap kali dilihat ada bersama di setiap persembahan Haliene. "Dia juga seorang DJ dan produser muzik," tambah Jack. "Ya. Aku tinggal sekali dengan mereka. Mereka jaga aku seperti keluarga. Mereka uruskan semua fasal muzik aku, lagu, lirik yang mereka sendiri
MEREKA semua sedang dalam persiapan untuk memulakan perjalanan. Cahaya matahari terik memancar cerah menembusi celah-celah daun pokok. "Kau ke mana semalam?" soal Sam kepada Haliene. "Pergi tengok laluan untuk kita teruskan perjalanan ni," jawab Haliene. "Oh jadi, jalan mana yang kau jumpa?" tanya Sam lagi. "Kita orang tak dapat pergi jauh tapi kita orang dapat dengar bunyi air, jadi mungkin kawasan tu tak jauh dari sini," cerita Haliene. Memandangkan semalam bulan terang, cuaca pun elok jadi dia dan Ari bercadang untuk melihat laluan. Laluan yang dikatakan itu agak sukar jadi mereka harus berhati-hati. "Itu berita baik. Tak sabarnya nak bermain air," kata Sam dengan sangat teruja. "Jangan teruja sangat. Kawasan air tu aku tak nampak pun lagi tapi peluang untuk kita jump
MONIKA terkapai-kapai di dalam air yang mengalir deras. Dia menujahkan kepalanya, berusaha agar tidak tenggelam di dalam air tersebut. Mata yang dipenuhi air terlihat kabur. Dia tercari-cari di manakah mereka yang lain. Kemudian kepalanya tenggelam lagi. "Huh..." nafasnya tercungap-cungap. Tiada satu kehidupan yang dapat dilihat di atas permukaan air tersebut. "Jack! Haliene! Aviva!" teriak Sam yang dibawa arus. "Monika!" "Monika!" teriak Sam lagi. Jack timbul dengan tiba-tiba. "Hah!" cepat-cepat dia meraup wajah dengan nafas yang tercungap-cungap. "Jack!" teriak Sam kepada Jack yang tidak berapa jauh dari situ. Jack terkapai-kapai ke arahnya. "Nampak yang lain?" "Tak!" teriak Jack. Tidak lama selepa
MASA berlalu dengan pantas, mereka tidak menyedari bahawa sudah berbulan-bulan mereka tinggal di situ. Harapan untuk keluar dari hutan itu mungkin akan menjadi selamanya. Jadi mereka cuba menjalani kehidupan di situ seperti normal dan teruskan bertahan hanya untuk hidup. "Haliene, kau ada rasa tak dua tiga hari ni macam ada perkara pelik?" tanya Jack kepada Haliene. Haliene yang sedang membakar ikan memandang Jack. "Tak. Apa yang kau rasa?" "Aku rasa macam ada orang lain perhatikan kita dekat sini," terang Jack. "Aku tak beritahu siapa-siapa lagi tentang ni. Semasa kita sampai dekat sini, aku ada jumpa kesan unggun api dekat sana. Aku rasa ada orang tinggal dekat sini sebelum kita." "Betul ke?" "Aku cakap betul," jawab Jack bersungguh-sungguh. Haliene tidak membalas, dia hanya berdiam sepertinya sedang mem
PLUP! Kedengaran bunyi sesuatu jatuh ke dalam air. Bunyi itu kedengaran lagi. Seketul lagi batu yang berada di tangan kanannya dibaling lagi ke dalam air tersebut. Sam tersedar bila ketika yang lain masih lagi berdengkur. Dia bangkit. Dari belakang terlihat Monika sedang duduk di atas batu besar sambil hujung kakinya bergerak-gerak mengikut rentak secara rawak, tidak ubah seperti seorang kanak-kanak perempuan walau hakikatnya dia sudah dewasa. Sam memanjat ke atas batu tersebut. "Hei." Monika menegur Sam yang sedang duduk di sebelahnya. "Hei, awalnya kau bangun," kata Sam lalu dia menguap, matanya ditonyoh berkali-kali. "Tak boleh tidur," jawab Monika. "Kenapa? Apa yang kau fikirkan? Kongsikanlah dengan aku." Sam mengambil batu yang berada dalam genggaman tangan Monika lalu batu itu dicampak ke dalam air.
BEP! BEP! BEP! Nafas dalam disedut melalui mulut serentak dengan itu, ke dua belah matanya terbuka luas. Kelihatan langit malam bertemankan bintang terbentang di hadapan mata. Monika menahan tubuh dengan sikunya sambil dia memerhati sekeliling. Semuanya sudah lena dibawa ke alam mimpi. Pandangannya kemudian dilemparkan ke kawasan air yang gelap dan dalam itu. Apa yang ada di bawah sana? Bunyi apa yang sering muncul di kepalanya? Dia yakin bunyi itu bukan dari mimpi atau khayalan, ianya benar-benar. "Buat apa seorang dekat sini?" "Huh." Monika yang sedang duduk di pinggir air sambil memeluk ke dua belah kakinya tersentak mendengar suara teguran itu. Dia menginjak jauh setelah empunya suara itu duduk di sebelahnya lantas dia bangun untuk pergi namun, pergelangan tangan kirinya disentap. "Ahh..." suaranya perlahan. Genggaman yang kuat itu sanga
JACK menguap. "Syukur pada Tuhan. Kenyang perut rasa mengantuk pula. Mereka duduk mengelilingi unggun api. Ari datang setelah membasuh tangannya lalu duduk di sebelah Monika. Monika menginjak sedikit jauh agar kedudukannya tidak rapat dengan Ari. Sam yang melihat kejadian itu dari belakang, sedar yang mungkin sesuatu telah berlaku antara mereka berdua. Dia dapat lihat yang Monika kelihatan takut dengan Ari. Sam datang membawa lagi siput bakar di atas daun lalu duduk menyelit di antara Ari dan Monika. Dia melihat Ari memandang ke arahnya namun dia buat tidak tahu saja. "Semalam aku terjaga, aku ada dengar bunyi orang berjalan dekat hutan sana. Aku rasa ada orang perhatikan kita," kata Ari tba-tiba. "Sama macam Jack, dia pun ada cerita perkara yang sama dekat aku," kata Haliene pula. Dia melihat Jack yang sudah berdengkur di tempat tidurnya.
HARI yang entah ke berapa. Seperti biasa, Aviva, Jack, Sam dan Monika berada di gua air terjun. Mereka seronok bermain dengan air. Haliene dan Ari berjaga di daratan, mungkin juga keluar mencari makanan. Monika duduk bermain air dengan kakinya. Yang lain pula menyelam entah ke mana, sekejap timbul sekejap hilang. Tiba-tiba awan berarak kelabu di langit. Angin bayu mula terasa dingin. Mungkin sebentar lagi hujan akan turun. Tidak lama selepas itu, hujan renyai mula menitik. Sinaran cahaya kilat memancar lalu menghasilkan bunyi guruh. Monika bergegas masuk ke dalam gua, menunggu mereka yang lain muncul. Monika berjalan-jalan di sekitar gua. Tiba-tiba dia dipeluk dari belakang, tangan sasa menangkup mulutnya membuatkan dia tidak sempat untuk menjerit. Dia meronta-ronta mahu melepaskan diri. Kemudian dia dibawa jauh dari dari pintu gua. Sesampainya di satu kawasan yang agak tersor