Share

AMM BHG 1: Bab 2

GAVIN tersedar dari lelapnya. Dia tidak pasti sudah berapa lama dia terlelap di situ. Hujan masih renyai-renyai. Dia tidak boleh menunggu sahaja di situ, harus membuat sesuatu. Jika mahu menunggu hujan ini betul-betul berhenti, mungkin lambat lagi.

   "Eh, aku rasa kita dah boleh bergerak sekarang," kata Gavin. Masih tiada balasan dari Monika. "Monika?" Gavin menggoncangkan bahu Monika. "Monika, bangunlah..." dia resah. Banyak kali dia cuba mengejutkan Monika.

   "Damn... Monika!" teriak Gavin. Sekali lagi dia cuba membangunkan Monika. Gavin menggelengkan kepala, segera dia menyandarkan Monika di akar pokok dengan berhati-hati.

   "Monika, kenapa?" Gavin duduk mencangkung menahan diri dari menangis. "Kenapa, Monika? Aku seorang saja ni, huhu..." hodoh mukanya menahan tangisan.

   Air mata dikesat, dia memakaikan Monika sweaternya tadi. Hutan yang tebal itu suda gelap, dia berdiri lalu tangannya meraba ke dalam poket di sisi seluarnya. Terdapat beberapa glow stick lalu dia mematahkan batang cahaya tersebut. Tindakbalas dari dua kimia telah menghasilkan cahaya kuning kehijauan memancar terang. Beberapa glow stick diletakkan berdekatan Monika, nanti jika ada sesiapa yang ternampak mungkin dapat menolongnya. Itupun jika ada oranglah.

   Beberapa lagi glow stick berada di dalam genggamannya. Kemudian dia memandang Monika dan ke hadapan bersilih ganti. "Oh Tuhan, kenapa semua ini terjadi kepada aku?" Gavin menyoal perlahan. Dia menghela nafas, dalam hatinya berjanji yang dia akan segera mendapatkan bantuan dan kembali ke situ. Cuma dia berharap Monika dapat bertahan. Tanpa melengahkan masa, dia meneruskan perjalanannya. Dia sendiri tidak tahu arah mana yang patut dilalui. Dia juga tidak tahu apa sebenarnya yang dicari, kepada siapa dia harus mendapatkan bantuan?

   Dia juga tidak tahu apa yang sedang berlaku, sedar-sedar sahaja sudah berada di dalam hutan. Dia tidak ingat apa-apa, tetapi yang anehnya dia tahu siapa nama wanita tadi, Monika. Siapa dan di mana mereka berjumpa sebelum ini langsung tiada dalam ingatannya. Kepalanya sakit setiap kali dia cuba mengingati apa yang telah berlaku. Akhirnya dia membiarkan perkara itu berlaku dan meneruskan apa yang terlihat di hadapan.

   Atau mungkinkah semua ini hanyalah mimpi ngeri?

Comments (1)
goodnovel comment avatar
chocores
good story :)))
VIEW ALL COMMENTS

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status