ANMELDENDifitnah dan ditinggalkan oleh si suami menjadi titik permulaan derita hidup Roselle Riana. Lebih teruk lagi apabila dia disahkan hamil. "Macam mana nasib anak aku nanti! Macam mana Hana! Aku tak kuat!"- Roselle Riana. "Aku yakin kau mampu Ros, aku sentiasa ada untuk kau. Bangkit demi anak kau!"- Hana Umaira Empat tahun berlalu, Roselle bahagia bersama anaknya namun dugaan lain pula datang menimpa. "Ziyad perlukan pembedahan segera, nyawa nya dalam bahaya" Bagaimana? Bagaimana dia mahu mencari duit sebanyak dua puluh ribu? Suaminya dijumpai demi menyelamatkan nyawa si permata hati. "Kalau awak masih tak percaya Ziyad tu anak awak, pergi buat ujian DNA. Itu akan menjadi bukti yang saya tak pernah bersalah"- Roselle Riana. "Baiklah aku akan bantu kau, tapi... ada syaratnya" - Zhafran Cairil Ingatlah bahawa peluang kedua tidak ada bagi yang tidak pernah menghargai.
Mehr anzeigenTepat pukul 7 malam, kek cawan yang berjumlah 500 biji berjaya disiapkan oleh Roselle dengan bantuan dari salah seorang pekerja kafe itu juga. Sejak pukul 5 petang tadi dia dan Lila mula membuat kek cawan itu, akhirnya dengan berkat kesabaran dan ketekunan mereka kek itu berjaya disiapkan. "Terima kasih Lila sebab tolong akak, esok Akak belanja Lila makan." Roselle mengucapkan terima kasih kepada Lila disaat gadis muda itu sedang mengemas begnya di locker simpanan barang pekerja. "No hal ah kak, ni pun tugas saya. Eh waktu akak dekat sini, siapa yang jaga Ziyad?" Lila menyoal, tiba-tiba sahaja dia teringat tentang anak Kak Ros yang comel itu. "Akak minta tolong cikgu taska Ziyad jagakan dia, nasib baiklah dia ok je. Akak
Selama seminggu ini, Roselle tenang tanpa sebarang gangguan dari sesiapa. Dia hidup seperti biasa dengan Ziyad, cuma itulah. Setiap hari Ziyad akan bertanya soalan yang sama. “Umi, bila ayah nak ambik kita dekat sini?” itulah soalan yang acap kali ditanya oleh anaknya. Roselle hanya mampu menjawab bahawa Zhafran busy dan akan mengambil mereka apabila kerjanya sudah selesai. “Macam mana duduk sini? Selesa?” Kak Karina menyoal Roselle yang sedang sibuk mengelap meja itu. “Alhamdulillah, ok kak. Lagipun rumah sewa saya tu dekat dengan Kafe, lepastu kawasan nya pun takde lah jauh sangat dengan Taska Ziyad. Itu pun dah bersyukur sangat.” Roselle membalas sambil tersenyum senang. Dia banyak berhutang budi dengan Kak Karina. Selain menawarkannya kerja, wanita itu jugalah yang menjaga dia sewaktu berpantang. Maklumlah Kak Karina lebih berpengalaman kerana sudah mempunyai anak seramai tiga orang. “Alhamdulill
Hana menjadi marah yang teramat saat mendengar cerita dari Roselle tentang kedatangan Melina di hospital tengahari tadi. Dia cukup meluat dengan perangai sepupunya yang tak reti malu itu. “Sakitnya hati aku dapat sepupu tak bermoral macam dia tu! Otak dia tu kemana eh? Jatuh? Hilang? Cakap macam orang takde akal je.” Hana membebel dengan sangat beremosi. “Kalau aku jadi kaulah Ros, memang aku tampar je mulut busuk dia tu. Eee… sakit betul hati aku ni.” Hana menyambung bicara, air milo dihadapannya diteguk rakus setelah membaca bismillah. Marah pun marah juga, tapi jangan lupa baca bismillah! “Aku malas nak gaduh, lagipun dekat kawasan hospital kan. Menganggu ketenteraman awam je, lagipun lepas ni aku takkan jumpa lagi mereka berdua. Biarkan jelah.” Roselle membalas dengan tenang, berkerut dahi Hana mendengar kenyataan dari Roselle. “Kau nak pergi mana pula
Ziyad sudah dipindahkan ke wad biasa kerana keadaannya yang sudah mula stabil setelah pembedahan di jalankan. Ziyad semakin berselera sekarang, Roselle selalu membawa makanan yang berkhasiat untuk anaknya dan makanan itu pun Doktor Aidan yang sarankan padanya. “Umi, daddy tak datang ke harini?” Ziyad menyoal Roselle yang sedang menyuapkan makanan kepadanya. “Daddy, busy kot sayang. Petang nanti ke Daddy datang.” Roselle memberi alasan, dia pun tidak tahu mengapa suaminya tidak melawat Ziyad hari ini. “Alah, lamanya nak tunggu Daddy datang. Kalau Daddy tak datang harini takdelah lagi kisah nabi yang Yad boleh dengar.” Ziyad membalas dengan nada sayu. Tersenyum Roselle mendengar nya, dia gembira kerana Ziyad begitu menggemari kisah perjuangan Nabi Muhammad. Subhanallah! “Takpe, hari ni biar umi cerita kan kisah nabi pada Yad. Boleh tak?” “Yay, boleh-boleh. Yad nak jadi orang hebat
Bangunan megah di hadapannya dilihat dengan hati yang gusar. Dia takut dengan keputusan yang bakal dibuatnya. “Demi Ziyad, ini semua demi Ziyad Rose.” Rose cuba mengingatkan dirinya tentang tujuan sebenar dia ke sini. Telefon bimbitnya berbunyi, dia segera mengambil telefon bimbit
Rasa resah menyelimuti jiwa Ros, dia kehulu-kehilir di ruangan menunggu itu. Mulut nya tidak habis-habis berdoa agar tidak ada penyakit serius yang dihadapi oleh Ziyad. Ros tidak sanggup melihat anaknya kesakitan, saat melihat Ziyad pengsan tidak sedarkan diri tadi pun Ros sudah rasa ingin pitam.
Keadaan Kafe Cherry Blossom itu sangat sibuk, jam sudah menginjak ke angka 12.30 tengah hari. Waktu pekerja di pejabat berhampiran rehat. Roselle sudah resah, dia tidak tahu untuk meminta tolong pada siapa. Lara tiada di Johor sekarang, Alisya dan Hana pun busy. Dengan keadaan di Kafe sekarang me
Selesai sahaja menunaikan solat asar Roselle berjalan menuju ke arah Kafeteria di kawasan hospital itu. Perutnya semakin berkeroncong hebat kerana rasa kelaparan yang teramat. Pagi tadi dia hanya makan sekeping roti sahaja. Roselle membeli sebungkus nasi ayam dan air milo ais di dalam cawan seder





