Share

Bab 4

Penulis: Aireen Arianna
last update Terakhir Diperbarui: 2021-08-13 02:29:49

Rasa resah menyelimuti jiwa Ros, dia kehulu-kehilir di ruangan menunggu itu. Mulut nya tidak habis-habis berdoa agar tidak ada penyakit serius yang dihadapi oleh Ziyad. Ros tidak sanggup melihat anaknya kesakitan, saat melihat Ziyad pengsan tidak sedarkan diri tadi pun Ros sudah rasa ingin pitam. Nasib baiklah Lara sudi menghulurkan bantuan untuk membawanya ke hospital berhampiran, dengan keadaannya yang panik itu dia tidak mampu untuk memandu kereta.

   “Ros bertenang ok, InsyaAllah semuanya baik-baik saja. Nah minum air ni.” Lara cuba menenangkan hati sahabatnya dan menghulurkan air mineral kepada Roselle. Ros duduk di bangku bersebelahan Lara, selesai membaca bismillah Ros meneguk rakus air mineral itu.

   “Terima kasih sebab bawa aku pergi hospital. Kalau takde kau tadi aku tak tahu nak minta tolong siapa. Hana dekat kampung, Alisya pula outstation.” Roselle berkata dengan nada terharu.

   “Small matter je beb, apalah guna kita berkawan kalau aku tak tolong kau kan?” Roselle hanya mengangguk. Matanya masih memerhati bilik pemeriksaan yang berada di hadapan mereka. Lara memahami kegusaran yang dialami rakannya. Ibu manalah yang tidak risau apabila melihat anaknya dalam kesakitan, lebih parah lagi apabila Ziyad lah sumber kekuatannya selama ini. Hidup Ros memang sangat teruji, di saat dia mengandungkan Ziyad dia alami alahan yang sangat teruk. Lebih menyeksa lagi dia mengalami komplikasi sewaktu mahu melahirkan. Sungguh Lara bersimpati dengan nasib sahabat nya. Namun dia tahu Roselle mampu mengharunginya kerana ujian Allah itu berdasarkan kemampuan diri kita sendiri. Pintu bilik rawatan itu terbuka, Ros dan Lara segera bangun dari kerusi yang didudukinya. Dengan langkah tergesa Ros menuju ke arah Doktor Aidan yang memeriksa keadaan anaknya tadi.

   “Puan sila ikut saya sebentar, ada perkara penting yang nak disampaikan.” Doktor Aidan berkata dengan nada serius, tanpa berlengah Roselle mengikuti langkah Doktor Aidan menuju ke ruangannya. Lara pula segera menemui Ziyad yang masih tidak sedarkan diri itu.

   Jantung Ros berdegup laju, dia melabuhkan punggung di atas kerusi berhadapan dengan Doktor Aidan. Dia mengharapkan tiada apa-apa yang serius berlaku namun apabila melihat wajah Doktor Aidan yang sangat serius itu makin gelisah hati Rose.

   “Puan tahu apa masalah yang anak Puan hadapi?” Doktor Aidan menyoal.

   “Maksud doktor?” Rose menyoal kembali, dia tidak berapa faham dengan soalan yang diutarakan.

   “Maksud saya beberapa perubahan yang jadi pada anak puan, seperti mudah berasa letih dan lesu atau batuk dan semput yang berpanjangan?” Rose cuba mengingat kembali kejadian beberapa minggu lepas.

   “Ya doktor, lepas sahaja dia bermain dia mudah penat. Semput tu takde pula tapi kalau batuk tu selalu jugak. Kenapa, doktor?” Wajah Rose sudah pucat tak berdarah, dia terlalu risau saat ini.

   “Setelah menjalankan pemeriksaan tadi saya mendapati bahawa anak puan menghidap penyakit Kardiomiopati Dilatasi (DCM).DCM di diagnosa apabila jantung membesar (mengembang) dan mengepam darah dengan lemah. Keadaan ini adalah jenis yang paling kerap berlaku dan merangkumi 55-60% daripada kardiomiopati di kalangan kanak-kanak. Ia lebih kerap di diagnosa di peringkat awal umur kanak-kanak. Apabila penyakit ini bertambah teruk, tanda dan gejala kegagalan jantung akan mula kelihatan. Ia boleh berpunca sama ada daripada penyakit genetik, jangkitan kuman atau persekitaran.” Doktor Aidan menerangkan kepada Rose yang jelas terkejut dengan apa yang didengarinya. Terasa hilang separuh nyawanya mendengar kenyataan itu.

   “Anak saya akan ok kan Doktor?” Rose menyoal dengan sangat risau.

   “Ziyad perlukan pembedahan Pemindahan jantung (Heart transplantation) dengan segera kerana keadaan kesihatannya semakin memburuk.” Air mata mengalir perlahan di pelupuk mata Rose, pembedahan pasti memerlukan kos yang mahal. Bagaimana Rose mahu mencari wang? Dia cuma mahukan Ziyad selamat.

   “Berapa kos pembedahannya, doktor?”

   “RM80000, Puan.” Rose tergamam mendengarnya, wang sebesar itu buat masa ini memang dia tidak mampu.

   “Puan jangan stress ya, kami akan cuba sedaya upaya untuk memastikan anak puan selamat. Pulanglah dahulu dan berbincang dengan suami Puan.” Doktor Aidan berkata dengan nada simpati, dia faham apa yang Rose rasakan. Kos pembedahan bukannya murah.

   “Baiklah, terima kasih Doktor.” Rose tabahkan kaki untuk melangkah keluar dari ruangan itu walaupun kakinya terasa lemah untuk melangkah. Ya Allah cekalkan hatiku untuk menempuhi segala ujian ini!

Zhafran terjaga dari lena secara mengejut, mimpi mengerikan yang dia alami sejak tiga hari yang lalu. Mimpi itu sangat menyayat hati. Ada seorang kanak-kanak melambai ke arahnya, wajahnya persis seperti Zhafran waktu kecil namun di saat dia mahu mengejar langkah kanak-kanak itu ada sebuah kereta telah melanggarnya. Mimpi itu berakhir di situ dan Zhafran akan terjaga. Zhafran bangun dari pembaringan dan mengusap muka nya dengan kasar. Jam dinding diperhatikan, tepat pukul tiga pagi. Dia melangkah menuju ke dapur, mahu basahkan tekak dengan minuman.

   “Kenapa aku mimpi berulang kali benda yang sama ni? Ada apa-apa petanda tak baik ke? Atau tu cuma mainan tidur je?” Zhafran berteka-teki sendiri sambil menuang air masak ke dalam gelas jernih. Air itu diteguk rakus bagi menghilangkan kerisauan dan kegundahan di hatinya.

   “Nothing lah Zhaf, tak payah nak risau sangat. Better kau tidur dari fikir fasal ni.” Zhafran berkata lagi untuk menghilangkan segala persepsi dalam mindanya. Cawan itu dibasuh dan dia kembali ke dalam bilik, dia memaksa matanya untuk tidur walaupun agak sukar.

   “Apa yang patut aku buat sekarang ni?” Rose menyoal Hana dengan buntu.

   “Minta tolong dengan Kavin?” Hana mencadangkan, Kavin kan sukakan Rose dari zaman universiti lagi pasti tidak ada masalah untuk membantu Rose lagi pula Kavin seorang yang kaya.

   “Aku tak mahu ganggu Kavin, dia ada dekat China sekarang. Nenek dia sakit tenat. Lagipun aku segan nak minta tolong dengan dia.” Rose membalas, segan pun bukan masalah sangat dia cuma tidak mahu menyusahkan Kavin sahaja.

   “Erm… minta tolong dengan keluarga mertua kau? Itu kan cucu diorang, takde hal punya.” Hana memberi cadangan lagi. Rose rasa cadangan kali ini bernas. Dia menganggukkan kepala, esok dia akan pergi ke Kuala Lumpur. Ziyad akan dijaga oleh Hana memandangkan esok hari cuti.Ros berdoa agar semuanya berjalan lancar, kalau keluarga mertuanya tak dapat membantu terpaksalah Ros jual tanah peninggalan arwah ayahnya di kampung walaupun itu sahajalah aset yang ditinggalkan buat dia dan adiknya Raihana yang kini menetap di US kerana menyambung pelajaran. Memang dia sayangkan tanah itu kerana itulah saja kenangan yang ada antara mereka sekeluarga tapi nak buat macam mana. Nyawa Ziyad lebih penting dari segala aset didunia kerana Ziyad adalah sebahagian dari nyawanya.

Lanjutkan membaca buku ini secara gratis
Pindai kode untuk mengunduh Aplikasi

Bab terbaru

  • Akhiri Penderitaanku   BAB 13

    Tepat pukul 7 malam, kek cawan yang berjumlah 500 biji berjaya disiapkan oleh Roselle dengan bantuan dari salah seorang pekerja kafe itu juga. Sejak pukul 5 petang tadi dia dan Lila mula membuat kek cawan itu, akhirnya dengan berkat kesabaran dan ketekunan mereka kek itu berjaya disiapkan. "Terima kasih Lila sebab tolong akak, esok Akak belanja Lila makan." Roselle mengucapkan terima kasih kepada Lila disaat gadis muda itu sedang mengemas begnya di locker simpanan barang pekerja. "No hal ah kak, ni pun tugas saya. Eh waktu akak dekat sini, siapa yang jaga Ziyad?" Lila menyoal, tiba-tiba sahaja dia teringat tentang anak Kak Ros yang comel itu. "Akak minta tolong cikgu taska Ziyad jagakan dia, nasib baiklah dia ok je. Akak

  • Akhiri Penderitaanku   Bab 12

    Selama seminggu ini, Roselle tenang tanpa sebarang gangguan dari sesiapa. Dia hidup seperti biasa dengan Ziyad, cuma itulah. Setiap hari Ziyad akan bertanya soalan yang sama. “Umi, bila ayah nak ambik kita dekat sini?” itulah soalan yang acap kali ditanya oleh anaknya. Roselle hanya mampu menjawab bahawa Zhafran busy dan akan mengambil mereka apabila kerjanya sudah selesai. “Macam mana duduk sini? Selesa?” Kak Karina menyoal Roselle yang sedang sibuk mengelap meja itu. “Alhamdulillah, ok kak. Lagipun rumah sewa saya tu dekat dengan Kafe, lepastu kawasan nya pun takde lah jauh sangat dengan Taska Ziyad. Itu pun dah bersyukur sangat.” Roselle membalas sambil tersenyum senang. Dia banyak berhutang budi dengan Kak Karina. Selain menawarkannya kerja, wanita itu jugalah yang menjaga dia sewaktu berpantang. Maklumlah Kak Karina lebih berpengalaman kerana sudah mempunyai anak seramai tiga orang. “Alhamdulill

  • Akhiri Penderitaanku   Bab 11

    Hana menjadi marah yang teramat saat mendengar cerita dari Roselle tentang kedatangan Melina di hospital tengahari tadi. Dia cukup meluat dengan perangai sepupunya yang tak reti malu itu. “Sakitnya hati aku dapat sepupu tak bermoral macam dia tu! Otak dia tu kemana eh? Jatuh? Hilang? Cakap macam orang takde akal je.” Hana membebel dengan sangat beremosi. “Kalau aku jadi kaulah Ros, memang aku tampar je mulut busuk dia tu. Eee… sakit betul hati aku ni.” Hana menyambung bicara, air milo dihadapannya diteguk rakus setelah membaca bismillah. Marah pun marah juga, tapi jangan lupa baca bismillah! “Aku malas nak gaduh, lagipun dekat kawasan hospital kan. Menganggu ketenteraman awam je, lagipun lepas ni aku takkan jumpa lagi mereka berdua. Biarkan jelah.” Roselle membalas dengan tenang, berkerut dahi Hana mendengar kenyataan dari Roselle. “Kau nak pergi mana pula

  • Akhiri Penderitaanku   Bab 10

    Ziyad sudah dipindahkan ke wad biasa kerana keadaannya yang sudah mula stabil setelah pembedahan di jalankan. Ziyad semakin berselera sekarang, Roselle selalu membawa makanan yang berkhasiat untuk anaknya dan makanan itu pun Doktor Aidan yang sarankan padanya. “Umi, daddy tak datang ke harini?” Ziyad menyoal Roselle yang sedang menyuapkan makanan kepadanya. “Daddy, busy kot sayang. Petang nanti ke Daddy datang.” Roselle memberi alasan, dia pun tidak tahu mengapa suaminya tidak melawat Ziyad hari ini. “Alah, lamanya nak tunggu Daddy datang. Kalau Daddy tak datang harini takdelah lagi kisah nabi yang Yad boleh dengar.” Ziyad membalas dengan nada sayu. Tersenyum Roselle mendengar nya, dia gembira kerana Ziyad begitu menggemari kisah perjuangan Nabi Muhammad. Subhanallah! “Takpe, hari ni biar umi cerita kan kisah nabi pada Yad. Boleh tak?” “Yay, boleh-boleh. Yad nak jadi orang hebat

  • Akhiri Penderitaanku   Bab 9

    Raihana tersedar dari lena, kepalanya merasa sakit yang teramat. Kawasan disekeliling nya terasa begitu asing, matanya yang berpinar itu digosok perlahan. Kejadian semalam masih kabur di kotak pemikirannya. Pintu ruangan itu dibuka oleh seseorang, terlihat wajah seorang gadis yang kemungkinan berusia 20 tahun. Gadis itu menghampiri Raihana yang masih terbaring di atas katil “Saya dekat mana ni? Awak siapa?” Raihana menyoal dalam ketakutan, setelah kejadian dia diculik di lapangan kapal terbang itu dia jadi takut untuk mempercayai orang asing. “Saya Nazra, semalam akak pengsan dekat tepi tong sampah belakang café saya. Itu yang saya bawa akak ke rumah saya. Akak ok?” Nazra menyoal dengan simpati, dia kasihan melihat wajah Raihana yang terdapat kesan luka dan wajahnya yang tampak pucat dan lesu. “Terima kasih Nazra, maaf sebab susahkan Nazra. Akak ok je.” Raihana membalas dengan senyuman pahit di bibirnya. &

  • Akhiri Penderitaanku   Bab 8

    Selesai sahaja menunaikan solat asar Roselle berjalan menuju ke arah Kafeteria di kawasan hospital itu. Perutnya semakin berkeroncong hebat kerana rasa kelaparan yang teramat. Pagi tadi dia hanya makan sekeping roti sahaja. Roselle membeli sebungkus nasi ayam dan air milo ais di dalam cawan sederhana besar. Telefonnya berbunyi, ada tiga mesej dari Hana. Hana : Beb, aku ada hal emergency ni. Ziyad aku tinggalkan, tapi jangan risau ada nurse dekat situ. Roselle merasa risau, dia takut jika orang upahan Zhafran ada disekitar sini. Sudah beberapa hari Roselle merasa dirinya seperti diekori. Selesai mengambil nasi ayam dan air milo yang ditempahnya tadi, Roselle bergegas menuju ke wad yang ditempatkan Ziyad. Roselle membuka pintu wad itu dengan tergesa-gesa, alangkah terkejutnya dia melihat figura tubuh seorang lelaki sedang duduk di atas kerusi. Dia tahu siapa lelaki itu, namun yang dia terkejut apabila melihat Ziyad yang sudah sedar dari lena sangat mesr

Bab Lainnya
Jelajahi dan baca novel bagus secara gratis
Akses gratis ke berbagai novel bagus di aplikasi GoodNovel. Unduh buku yang kamu suka dan baca di mana saja & kapan saja.
Baca buku gratis di Aplikasi
Pindai kode untuk membaca di Aplikasi
DMCA.com Protection Status