Share

Bab 8

Selesai sahaja menunaikan solat asar Roselle berjalan menuju ke arah Kafeteria di kawasan hospital itu. Perutnya semakin berkeroncong hebat kerana rasa kelaparan yang teramat. Pagi tadi dia hanya makan sekeping roti sahaja. Roselle membeli sebungkus nasi ayam dan air milo ais di dalam cawan sederhana besar.

Telefonnya berbunyi, ada tiga mesej dari Hana.

Hana :

Beb, aku ada hal emergency ni. Ziyad aku tinggalkan, tapi jangan risau ada nurse dekat situ.

Roselle merasa risau, dia takut jika orang upahan Zhafran ada disekitar sini. Sudah beberapa hari Roselle merasa dirinya seperti diekori. Selesai mengambil nasi ayam dan air milo yang ditempahnya tadi, Roselle bergegas menuju ke wad yang ditempatkan Ziyad. Roselle membuka pintu wad itu dengan tergesa-gesa, alangkah terkejutnya dia melihat figura tubuh seorang lelaki sedang duduk di atas kerusi. Dia tahu siapa lelaki itu, namun yang dia terkejut apabila melihat Ziyad yang sudah sedar dari lena sangat mesr

Aireen Arianna

Don't forget to vote and comment. Thanks đź’š

| Like
Locked Chapter
Continue to read this book on the APP

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status