Share

Bab 3

Keadaan Kafe Cherry Blossom itu sangat sibuk, jam sudah menginjak ke angka 12.30 tengah hari. Waktu pekerja di pejabat berhampiran rehat. Roselle sudah resah, dia tidak tahu untuk meminta tolong pada siapa. Lara tiada di Johor sekarang, Alisya dan Hana pun busy. Dengan keadaan di Kafe sekarang memang dia tidak dapat keluar untuk mengambil Ziyad.

   “Rose tak pergi ambil anak ke?” Soal Kavin. Tersentak Roselle dengan kehadiran Kavin yang secara tiba-tiba itu. Seketika kemudian dia merasa pelik, bagaimana pula Kavin mengetahui tentang Ziyad.

   “Biar Kavin ambilkan Ziyad, Ros mesti busy sekarang. Boleh tak?” Kavin menyoal lagi, Roselle mengangguk tanpa ragu-ragu.

   “Nanti kalau cikgu tu tanya siapa awak, terus call saya tau. Kawalan keselamatan dekat taska tu ketat sikit. Nama taska tu Taska Darul Iman, berhampiran je dengan Taman Perumahan Melur.” Roselle berpesan, Kavin mengangguk dan segera keluar dari kawasan Kafe itu.

Cikgu Qaisara memandang kereta mewah yang terparkir di hadapan taska nya. Tangannya erat memegang tangan Ziyad memandangkan hanya Ziyad sahaja yang belum pulang lagi. Kavin keluar dari perut kereta.

   “Yad kenal ke siapa uncle tu?” Qaisara berbisik di telinga Ziyad.

   “Yad tak kenal pun.” Ziyad membalas sambil menggelengkan kepalanya.

   “Encik ni siapa ya?” Qaisara menyoal.

   “Kawan kepada umi Ziyad, Kavin.” Kavin membalas, Ziyad memandangnya dengan pelik. Dia tersenyum ke arah Ziyad.

   “Tapi… Ziyad tak kenal encik.”

Kavin segera menghubungi Roselle, tak sampai beberapa saat panggilannya bersambung. Telefon pintarnya segera diserahkan kepada Cikgu Qistina.

   “Assalamualaikum teacher, maaf ya sebab tak dapat nak ambil Ziyad harini. Itu yang saya minta tolong dengan kawan saya tu, nama dia Kavin. Saya minta maaf sangat-sangat kalau dah menyusahkan teacher.” Qistina mengangguk dan segera membalas. Telefon itu kembali diserahkan kepada Kavin.

   “Yad balik dengan uncle ni tau.”

   “Tapi teacher, muka uncle ni macam orang jahat je.” Dengan polos Ziyad berkata, tersengih Qistina mendengar kenyataan dari anak muridnya itu.

   “Aip, tak baik cakap uncle macam tu. Tadi umi dah call teacher, umi kata uncle ni kawan dia. Umi busy hari ni so umi tak dapat nak ambil Ziyad. Do you understand?” Qistina menerangkan kepada Ziyad, kanak-kanak itu mengangguk dan tersenyum ceria. Kavin tersengih dengan karenah Ziyad yang sangat mencuit hati itu. Beg sekolah Ziyad di ambil dan diletakkan di tempat duduk belakang, pintu kereta di sebelah pemandu pula dibuka. Dengan ceria Ziyad memasuki kereta BMW milik Kavin. Enjin kereta dihidupkan dan kereta itu meluncur laju membelah jalan raya.

   Hana memandang wajah sepupunya yang sedang menggedik itu dengan pandangan menyampah.

   “Terkinja-kinja macam sotong. Menyampah aku tengok, tak boleh duduk betul-betul ke?” Dengan sinis Hana menyoal Melina. Melina mencebikkan bibir dan menyelak rambutnya yang mengibar kehadapan itu ketepi dengan gaya yang sangat diva.

   “Alah Kak Hana ni, tak payahlah serius sangat.” Melina membalas.

   “Kau tahu tak ni majlis kenduri, cubalah beradab sikit. Baju terbelah sana-sini, tak pakai tudung pula tu.” Hana membebel lagi, lagipun mereka tiga berada di khemah yang tidak mempunyai ramai orang. Kalau ada pun Hana, Melina dan Hidayat. Disebabkan ada Hidayat lah Melina menggedik macam sotong. Hidayat kan hensem sebab itulah Melina menjadi gedik dan mengada-ngada.

   “Mak lang dengan Pak Lang pun tak kisah, Kak Hana je yang lebih-lebih. Kan Abang Dayat?” Hana menahan sabar saat mendengar balasan dari Melina itu.

   ‘Mulut minah ni memang nak kena cili, nasib je ada majlis tau. Kalau tidak memang aku dah humban kau kat dalam perigi buta’ Hana berbicara di dalam hati.

   “Ha memang lah mak dan ayah aku tak kisah, tapi aku kisah. Kau tu perempuan Mel, bukannya betina. Cubalah jaga sikit tingkah laku, apa kau tak tahu ke orang kampung dok canang nama kau sana sini? Apa perasaan Pak Ngah dan Mak Ngah bila dengar nama anak dia jadi buah mulut orang kampung? Malu Mel malu!” Hana membebel memarahi sepupunya itu. Walaupun dia tahu semua nasihat itu hanya masuk ditelinga kanan dan keluar di telinga kiri, yang penting dia telah menunaikan tanggungjawab sesama saudara untuk saling mengingatkan. Hana bangun dari dudukannya dan melangkah keluar dari khemah itu.

   “Ziyad apa khabar?” Zarina menyoal Roselle yang masih terkejut dengan kehadirannya yang mengejut di kafe ini.

   “Alhamdulillah sihat, kak. Mama apa khabar?” Ros bertanya kembali dengan nada yang agak janggal.

   “Mama kurang sihat.” Zarina membalas, mahu melihat reaksi Ros. Wajah adik iparnya jelas kerisauan.

   “Kenapa dengan mama?” Ros menyoal dengan nada risau.

   “Sakit rindukan menantu dan cucu dia. Ros… pergilah jenguk mama.” Zarina memujuk. Kebetulan dia ada tugas di Johor dan kebetulan pula dia terserempak dengan Ros disaat adik iparnya itu mahu mengambil order.

   “Tapi…”

   “Mama tak salahkan Ros dengan apa yang jadi, mama tahu itu semua salah faham je.” Zarina memotong bicara Ros, dia tahu apa yang adik iparnya runsingkan.

   “Zhaf mesti tak suka kalau Ros datang sana,kak.” Roselle membalas perlahan.

   “Zhaf tu jarang balik rumah, Ros. Dia duduk dekat apartmen dia je.”

   “InsyaAllah kak, Ros akan balik KL. Ros nak kenalkan Ziyad dekat nenda dan mak long dia.” Roselle membalas dengan senyuman manis.

   “Jom singgah rumah Rose.” Rose mempelawa. Zarina memandang jam dipergelangan tangannya.

   “Maaf Ros, akak ada meeting penting esok. Takut terlambat sampai KL nanti. Next time ok.” Roselle mengangguk. Zarina bangun dari kerusi, masa untuk pulang. Dia segera menarik bahu Roselle untuk berpelukan.

   “Stay strong my dear, akak tahu Ros kuat. Jaga diri ok.” Kedua-dua mereka sebak. Pelukan dilepaskan, Zarina mengambil satu sampul dari beg tangannya dan diserahkan pada Roselle.

   “Eh kak, jangan…” Roselle cuba menolak.

   “Untuk Ziyad, please Ros.”

   “Terima kasih kak, kirim salam dekat mama tau. Beritahu mama Ros rindukan mama sangat-sangat.” Roselle berpesan dengan nada sebak. Zarina mengangguk lalu tersenyum. Semoga adanya kebahagiaan dalam hidupmu, Ros.Zarina segera melangkah keluar dari kafe itu.

   “Rose kenal ke dengan perempuan tadi?” Kak Karina menyoal. Kak Karina ialah pemilik kafe ini.

   “Akak ipar saya kak. Kenapa?”

   “Wah, dia tu pemilik Butik Rina Official kan?” Kak Karina menyoal dengan teruja. Siapa sahaja tak teruja bila bertemu dengan wanita korporat yang berjaya seperti Zarina.

   “Aah kak, amboi excited nya akak hari ni.”

   “Of course lah, idola akak tu.” Kak Karina membalas dengan penuh bersemangat.

Tersenyum Roselle mendengar nya. Dia segera berlalu dan menyambung kerja yang tergendala tadi.

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status