Share

BAB 15

ASP JIMMY berdiri di hadapan pagar rumah Ahmad. Dia mahu memohon maaf sebelum malam menjelma. Ahmad langsung tidak menghubunginya dan bertanyakan hal misi untuk malam ini. Risau jika Ahmad tidak mahu menyertainya untuk memerhatikan kawasan kelab malam tersebut.

“Kau datang lagi rumah Ahmad? Kau ni memang tak ada life ke? Pagi petang asyik pergi rumah orang je.” Thufaila menyapanya di sebalik tembok penghadang. Tangan disandar pada jeruji. ASP Jimmy tersentak. Kepala terus dihalakan memandang Thufaila.

Uish, dia tegur aku? Biar betul. Terpinga-pinga Jimmy bila Thufaila yang mulakan perbualan bersamanya.

“Ya, aku datang nak minta maaf.” ASP Jimmy menjawab ringkas walaupunsuara Thufaila jelas menyinis. Lambat-lambat dia menghala wajah menghadap Thufaila.

“Minta maaf? Kau gaduh dengan dia?” Terjongket kening Thufaila. Hairan mendengar jawapan si jejaka.

“Tak.” Sisi kepala digaru. Pelik bila Thufaila terlihat mesra.

<
Rabetkha

terima kasih kepada para pembaca yang membaca karya ini.

| Like
Locked Chapter
Continue to read this book on the APP

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status