Share

HASRAT | BAB 15

NADZMI termangu di dapur. Izzah yang kebetulan hendak minum air, mengham-piri anaknya yang sedang menongkat pipi di meja makan.

“Nadzmi, buat apa sorang-sorang kat dapur ni?” Lembut itonasi suaranya menegur. Dia tidak mahu menyapa secara terjah. Tak fasal-fasal, gugur pula jantung anaknya nanti.

“Tu, tengah panaskan minyak.” Nadzmi menoleh, terjuih bibirnya ke arah kuali di dapur.

Berkerut kening Izzah, “Nadzmi nak masak apa tu?”

“Adalah. Kalau ibu nak tolong, ambilkan tepung gandum dengan tepung jagung.”

Senyum Izzah, dia ikutkan sahaja. Nadzmi keluarkan ayam yang telah diperap, setelah itu masukkan tepung ke dalam satu pinggan. Disalut sebelum dimasukkan dalam kuali.

“Bau pun dah sedap. Siapa yang ajar resepi ni pada Nadzmi?” Izzah bertanya mahu tahu.

“Arwah ibu angkat Ziyyad, seminggu sebelum dia meninggal.” Nadzmi menjawab.

“Innalillahiwainnailaihiroji’un …”

Kesepian meratapi suasana buat seketika tatkala kehibaan mula bertandang. Tiada sebarang kata yang terungkap, hanya hati ya
Locked Chapter
Continue to read this book on the APP

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status