Share

Bab 3

Kereta honda milik Adam meluncur masuk ke dalam garaj rumah banglonya. Dia kemudian keluar dari kereta. Lekas dia menuju masuk ke dalam rumah. Ketat sahaja wajahnya. Dia kemudian mendaki anak tangga menuju ke bilik pejabat di tingkat dua.

Pintu dibukanya kasar. Meja kerjanya dihampiri dan dihempaskan beg bimbit di atas meja tersebut. Dia kemudian melabuhkan punggungnya di atas kerusi. Badan disandar dan matanya dipejam rapat. Tangannya dibawa ke dahi untuk memicit kepala yang mulai terasa memberat.

"Kau dah kenapa, bro?" tegur satu suara.

Adam menoleh ke arah pintu. "Ray... Aku ingatkan siapalah tadi. Buat terkejut aku sahaja." kata Adam. Dia memejamkan matanya semula dan kembali mengurut kepalanya.

Ray menghampiri Adam. Kerusi di hadapan meja kerja lelaki itu ditariknya. Dia kemudian melabuhkan punggungnya di situ.

"Kau dah kenapa? Kusut semacam aku tengok kau." soal Ray hairan.

Adam menggumam perlahan. Dia membetulkan duduknya sebelum matanya memandang lama wajah lelaki itu.

"Aku dah jumpa Alisa." terang Adam dengan riak wajahnya yang tenang.

Terkejut Ray mendengarnya. Tubuhnya tegak memandang wajah Adam. Dia tidak percaya akan semua itu.

"K...kau dah jumpa Alisa?" soal Ray. Dia sudah rasa tidak sedap hati.

Adam hanya menganggukkan kepalanya.

"Mana dia sekarang?" soal Ray lagi.

"Aku dah serahkan dia pada Loh Kuan." kata Adam tanpa rasa serba salah.

"Apa?" jerit Ray seakan tidak percaya. Dia sudah bangkit dari duduknya. Terbuntang matanya memandang wajah Adam. Darahnya seakan terhenti mengalir.

Berkerut wajah Adam. Dia pula yang lebih dah kenapa?

"Kau dah kenapa? Memang patut pun aku serahkan betina itu pada Loh Kuan. Biar dia tahu langit itu tinggi atau rendah." kata Adam bersama sengihan sinis di bibirnya.

"Kau gila, Adam. Kau memang gila." kata Ray. Dia sudah menggenggam rambutnya kasar. Kusut kepalanya.

"Kau dah kenapa?" soal Adam. Dia pula yang rimas melihat lelaki itu berjalan ke hulur dan hilir. Pening kepalanya.

Ray menghampiri meja kerja Adam. Dia kemudian menumbuk kuat meja lelaki itu.

"Kau tahu tak bapa kau sehabis boleh tak nak serahkan perempuan itu pada Loh Kuan." katanya. Dia sudah rasa seram sejuk sekarang ini. Bagaimana kalau bapa saudaranya itu tahu akan hal ini.

Adam mengherotkan bibirnya ke atas. Kemudian dia ketawa puas.

"Memanglah bapa aku tak nak serahkan perempuan sundal itu pada Loh Kuan! Kalau perempuan itu pun dah jual badan pada dia!" tempik Adam. Dia hilang sabar bila isu ini mula dibangkitkan.

"Kau salah faham ini, Adam." kata Ray.

"Salah faham? Nak salah faham apa lagi? Kau dengan betina itu memang dua-dua tak ada beza!" marah Adam. Dia menumbuk permukaan mejanya geram. Kemudian kepala dipaling ke arah lain. Turun naik dadanya menahan geram.

"Adam, kau dengar apa yang aku nak cakap." kata Ray cuba untuk memujuk lelaki itu.

"Alisa itu anak emas tok wan. Tok wan serahkan rahsia syarikat dan juga kerja gelap kita pada dia. Semua dia tahu, Adam." jelas Ray.

"Oh, jadi dia pun ada hubungan dengan tok wan ke apa sekarang ini?" soal Adam sinis.

"Adam! Kau faham tak yang Alisa ini orang kepercayaan tok wan. Dia serahkan semua rahsia dia pada Alisa. Sebab itu bapa kau cuba untuk dekat dengan Alisa lima tahun yang lepas." jelas Ray.

Berkerut wajah Adam. "Kenapa aku tak tahu pun semua ini?" soal Adam dengan raut wajahnya yang tidak puas hati.

"Dia tak nak kau rapat dengan Alisa, Adam. Loh Kuan tengah buru Alisa. Dia tak nak kau sekali terlibat dalam hal ini."

Lama Adam cuba untuk mencerna kata-kata sepupunya itu. Besar mata Adam setelah dia faham akan semuanya. Adam menumbuk kuat meja kerjanya. Dia tidak percaya akan semua ini. Wajahnya diraup kasar.

"Ya, aku tahu kau mesti tertanya-tanya fasal mak engkau." Ray membuka bicara semula. Adam memandang Ray menantikan ayat seterusnya dari lelaki itu. Tangannya sudah dicekak pada pinggang.

"Loh Kuan angkara aunty Hana mati. Loh Kuan dapat jejak lokasi mak kau. Bapa kau arahkan semua konco dia untuk bawa mak kau bertolak pergi Perancis. Tapi sayang, salah seorang konco bapa kau itu pengkhianat. Dia hantar lokasi mereka. Mak kau mati kena bunuh dekat sana. Dia ugut bapa kau untuk serahkan Alisa kalau tak nak engkau jadi mangsa seterusnya." terang Ray panjang lebar.

"Ugh, shit!" jerit Adam. Dia menyesal sekarang ini. Sungguh menyesal. Sekarang Alisa sudah jatuh ke tangan mereka.

"Macam mana kau boleh kenal dengan Loh Kuan?" soal Ray hairan.

Adam menarik nafasnya dalam. Dia cuba untuk mengawal perasaannya.

"Dia datang jumpa aku. Dia kenalkan diri sebagai kawan rapat mak aku. Dia ceritakan semua kisah mak aku dan beritahu Alisa penyebab semuanya. Aku tak tahu masa itu dia putar-belitkan cerita. Shit! Aku kena tipu hidup-hidup. Siallah Loh Kuan!" jerit Adam geram. Dia menolak kasar beg bimbit yang diberi oleh lelaki itu. Dia kini sudah menongkat tangannya di atas meja. Wajahnya tunduk menekur lantai. Air matanya ditahan sehabis baik.

Perit bila mengetahui semua ini. Ditambah pula apabila dia sendiri yang serahkan Alisa kepada Loh Kuan.

"Ayah kau dah cuba sorokkan identiti Alisa. Tapi macam mana Loh Kuan boleh tahu?" soal Ray lagi.

"Aku yang beritahu dia." kata Adam dengan nada yang kesal.

"Aku tak boleh jamin apa akan jadi pada Alisa dan juga perniagaan keluarga kita pada masa akan datang." Ray menggeleng kepala perlahan. Dia sudah bingung.

"Kenapa kau orang perlu rahsiakan hal ini pada aku?" soal Adam kecewa.

"Maafkan aku, Adam. Bapa kau yang suruh aku rahsiakan semua ini. Dia juga yang buat perancangan lima tahun yang lepas. Dia tak nak kau dekat dengan Alisa lagi."

Adam terkelu. Kes kena tangkap basah lima tahun lepas pun rancangan ayahnya?

"Kenapa? Kenapa kena buat sampai macam itu sekali? Apa tak ada cara lain lagi ke dekat kepala otak tu?" Adam sudah tidak puas hati.

"Dia tahu yang kau ada hati pada Alisa..."

"Tapi perlu ke sampai buat rancangan untuk tangkap basah itu?" laju Adam memotong kata-kata Ray. Tajam matanya menikam anak mata Ray.

"Aku tak tahu, Adam. Itu kau kena tanya sendiri dengan bapa kau." kata Ray.

"Shit! Siallah!" jerit Adam sekuat hatinya. Rasa serba salahnya terhadap gadis itu semakin menebal.

Adam menumbuk kuat meja kerjanya. Dia benci dengan semua penipuan ini. Tangannya kemudian dibawa memicit dahinya. Pening kepalanya memikirkan semua ini.

"Sekarang macam mana? Alisa dah jatuh dekat tangan Loh Kuan." Ray sudah gusar. Berpeluh tangannya saat ini.

"Aku terpaksa call Yakuza." putus Adam. Dia kemudian berlalu mendapatkan almari rahsianya. Di situ terdapat maklumat mengenai Yakuza.

"Yakuza? Kau kenal dia orang?" Ray seakan tidak percaya. Dia berjalan mengekori Adam.

"Aku kenal ketua dia masa aku pergi Itali dua tahun lepas." kata Adam sambil tangan menyelongkar ke dalam almari tersebut.

Tersenyum dia apabila dia jumpa kembali buku hitam yang kecil di dalam almari tersebut. Di dalamnya masih terdapat nombor telefon milik ketua kumpulan Yakuza.

"Aku harap dia masih guna nombor telefon ini." kata Adam dengan penuh harapan.

"Siapa ketua dia?"

"Oyabun. Dia suruh aku panggil dia Oyabun." kata Adam. Matanya masih ralit menyelak helaian kertas.

"Got it!" kata Adam. Senyuman sinis terukir di bibir. Dia yakin yang yakuza tiada tanding dengan yang lain.

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status