Share

Bab 2

Alisa duduk meringkuk di sudut tepi bilik. Menggigil badannya. Sejuk sangat dia rasakan pada malam itu. Ditambah pula baju yang dipakainya hanyalah separas atas atas lutut. Sesekali tangannya digosok untuk membuatkan tangannya terasa hangat sedikit. Bibirnya menjadi pucat lesi.

Alisa menoleh ke arah pintu apabila terdengar mangga pintu dibuka dari arah luar. Tidak lama kemudian pintu bilik dibuka. Terpacul wajah Adam di hadapan pintu. Alisa hanya membiarkan sahaja lelaki itu di situ. Kemudian kepalanya ditoleh memandang ke arah lain. Sakit hatinya setiap kali dia memandang wajah lelaki itu.

"Kau pakai baju ini." arah Adam. Baju t-shirt biru berlengan panjang dan seluar track suit dilemparkan kepada gadis itu. Berkerut wajah Alisa melihat baju itu.

"Kalau kau nak mati kesejukan dekat sini, tak apa. Aku ambil balik baju tu." kata Adam. Dia sudah melangkah setapak ke hadapan untuk mengambil semula baju dan seluar tersebut.

Lekas Alisa merangkak mendapatkan baju tersebut. "Tak...Tak apa, a...aku nak pakai." kata Alisa bersama dengan bibirnya yang terketar-ketar.

Adam tersenyum sinis.

"Aku beri kau masa lima minit untuk kau tukar baju ini. Lepas itu kau ikut aku keluar dari sini." arah Adam lagi.

Berkerut wajah Alisa. Keluar? Dia sudah bebaskah sekarang ini?

"Eng...engkau lepaskan aku?" soal Alisa ingin kepastian.

Adam mendengus.

"Kau ingat semudah itu aku nak lepaskan kau? Jangan mimpilah perempuan." kata Adam. Dia ketawa puas apabila melihat wajah Alisa yang sudah berubah.

"K...kau nak b...bawa aku pergi mana, ha?" soal Alisa tidak puas hati.

"Itu rahsialah, sayang." kata Adam dengan sengihan sinisnya. Dia kemudian berlalu keluar dari bilik.

"Oh, lupa. Lima minit dari sekarang. Kau jangan nak minta lebih pula." ujar Adam sebelum pintu itu ditutupnya kasar.

Alisa yang mendengarnya bingkas bangun. Dia segera mengganti pakaiannya. Barulah dia rasa selesa sedikit walaupun baju dan seluar tersebut agak besar apabila disarungkan ditubuhnya. Sekurang-kurangnya dia tidak perlu memakai baju yang sendat itu lagi.

Rambut dikemaskan sedikit. Rimas juga apabila rambutnya itu dibiarkan lepas begitu. Mana dia nak cari getah rambut di sini? Alisa hanya sekadar menyelit rambut yang berjuraian di tepi mata ke belakang telinganya. Tidak dia merasa rimas sangat.

Kemudian lengan baju yang labuh dilipat sehingga ke pergelangan tangannya. Agar nampak kemas sedikit. Tidak lama kemudian, pintu bilik dibuka dari luar. Alisa terus menoleh ke arah pintu. Dia sudah mengagak siapa yang membukanya.

"Bagus. Cepat kau bersiap. Dah, jom gerak." arah Adam. Dia kemudian menarik lengan gadis itu agar mengekorinya. Kereta honda hitam di luar rumah dihampiri mereka.

"Masuk!" arah Adam.

Alisa akur. Dia membuka pintu kereta dan melabuhkan punggung di situ. Adam juga sama. Dia terus menghidupkan enjin keretanya.

"Kau nak bawa aku ke mana, Adam. Tolong lepaskan aku." rayu Alisa. Muka Adam dipandang dengan wajah simpatinya.

Adam merengus perlahan.

"Lepas? Kau jangan nak mimpi. Aku nak bawa kau jumpa dengan Loh Kuan. Biar dia yang tentukan apa nak buat dengan kau." kata Adam sinis.

Alisa menelan air liurnya kesat. Dia menjadi semakin takut.  Loh Kuan? Air liurnya yang terasa kesat di kerongkong tekak diteguk. Alisa mati kata.

Kereta dipandu entah ke mana. Alisa tidak tahu ke mana arah mereka akan pergi. Sepanjang perjalanan, mereka hanya diam tidak berkata. Sehinggalah kereta diberhentikan di sebuah jeti yang agak besar.

"Turun!"

Alisa teragak-agak mahu turun dari kereta. Suasana di luar agak gelap dan juga menyeramkan. Menggeletar tangannya saat ini.

Adam sudah pun menunggu di luar kereta. Gadis itu dipandangnya tajam.

"Kau tunggu apa lagi? Keluarlah!"

Gerun Alisa mendengarnya. Dia lekas membuka pintu kereta dan keluar dari situ. Wajah Adam dipandang dengan penuh tanda tanya. Kenapa Adam membawanya ke sini?

"Ikut aku." kata Adam sebelum dia berjalan menelusuri jeti yang panjang itu.

Alisa memandang sekeliling sebelum dia mengekori langkah lelaki itu. Di hujung jeti, dapat dia lihat dua orang lelaki yang berpakaian serba hitam sedang menunggu kehadiran mereka.

"Where's Loh Kuan?" soal Adam. Kemudian dia menepuk bahu lelaki tersebut dan memeluknya tanda perjumpaan mereka.

Alisa hanya duduk diam. Kedudukan dia jauh sedikit dari mereka bertiga. Gerun dia melihat wajah lelaki tersebut yang penuh dengan tatu.

"He is waiting in the ship meh." balas lelaki tersebut dengan loghat cinanya.

Lama mereka berbual. Alisa tidak mahu ambil tahu tentang itu. Sesekali mata mereka bertiga memandang ke arahnya. Alisa jadi tidak sedap hati.

Kemudian beg bimbit yang dibawa oleh dua orang lelaki tadi diserahkan kepada Adam. Adam tersenyum suka. Dia membuka beg tersebut untuk memastikan yang dirinya tidak ditipu.

"Arigatōgozaimashita." kata Adam dengan suara terujanya. Dia kemudian menoleh memandang ke arah Alisa.

"Kau sini!" panggil Adam.

Tersentak Alisa. Takut-takut dia melangkah menuju ke arah Adam. Kedua tangannya digenggam kuat. Dia takut dengan semua. Dia takut dengan gelap, dia takut dengan keadaan mereka sekarang ini, dia takut dengan Adam dan juga dia takut dengan dua orang lelaki yang entah siapa dia tak kenal itu.

"Kau ikut dia orang ini." kata Adam.

Terkejut Alisa mendengarnya. Ikut? Lekas kepala digeleng. Dia tidak mahu! Kakinya mengundur setapak demi setapak ke belakang.

Lekas Adam memegang lengan gadis itu. Ditariknya kasar Alisa agar menghampiri mereka.

"Lepaskan akulah, Adam! Aku tak nak! Aku nak balik!" jerit Alisa. Dia meronta-ronta ingin dilepaskan.

"Kau jangan nak degil!"

"Take her." kata Adam seraya dia menolak Alisa ke arah dua orang lelaki tersebut.

"Adam! Kau salah faham, Adam! Aku tak bersalah! Kenapa kau buat aku macam ini?" soal Alisa bersama juraian air matanya. Kedua tangannya kini sudah dipegang oleh lelaki tadi.

"Tak bersalah?" Adam mengetap giginya kuat. Dia memandang wajah Alisa tajam. Kemudian laju langkah kakinya menghampiri gadis itu. Rahangnya dicengkam kuat.

"Lepas apa kau dah buat dekat keluarga aku, kau cakap kau tak bersalah? Kau huru-harakan keluarga aku sampai mak aku meninggal, kau kata kau tak bersalah?" berang Adam.

"A...Adam, de...dengar ap...apa aku nak ka...kata dulu." kata Alisa dengan payah. Nafasnya tercungap-cungap.

Adam menolak kasar wajah Alisa. Dia menunggu apa yang gadis itu mahu katakan.

Alisa menarik nafas panjang. Mengejar semula nafas yang hilang tadi.

"Aku nak kau cari ayah kau. Kau tanya dengan dia apa status hubungan dia dan aku. Aku tak boleh beritahu kau. Aku kena ugut, Adam." kata Alisa bersama deraian air matanya. Dia cuba melepaskan cengkaman di kedua tangannya. Tetapi dia tidak boleh. Makin kuat dia meronta, makin kuat pegangan dua lelaki itu pada tangannya.

"Aku malas nak cakap dengan orang tak ada otak macam kau. Jumpa bapa aku? Pergi mati!" kata Adam sebelum dia berlalu pergi dari situ.

Alisa sudah menangis teresak-esak. Berkali-kali dia memanggil nama lelaki itu, tapi langsung dia tidak menoleh ke arahnya. Kakinya lemah longlai. Dia jatuh melutut.

"Up!" arah lelaki yang memegang lengannya. Ditarik tangan Alisa agar bangun dari situ.

Alisa akur. Sakit dia rasakan pada bahunya saat lelaki itu menarik lengannya dengan ganas. Kemudian tubuhnya dibawa menuju ke sampan yang terdapat di bawah jeti tersebut.

"Adam!" jeritnya sekali lagi. Tapi dia tahu itu semua hanya sia-sia.

Bab terkait

Bab terbaru

DMCA.com Protection Status