Share

Bab 13

Tingkap kereta jenis Pajero berwarna hitam itu dibuka luas seakan mengundang nyamuk masuk untuk menikmati hidangan malam. Kotak rokok Winston merah di atas dashboard dicapai, dikeluarkan sebatang dari kotak terus dituju ke bibir.

“Zack kau rasa kenapa bos tawarkan ganjaran yang terlalu besar untuk jejak si Megat Aidin tu?” Soal Bob yang berada di sebelah Razak. Dia lebih selesa memanggil Razak dengan nama Zack. Baru nampak ganas

berbanding dengan nama Razak, seperti nama Cikgu pencen sahaja.

Razak menyedut masuk asap rokok ke mulutnya, perlahan-lahan juga asap rokok itu dihembus keluar melalui rongga mulut dan hidungnya. Menghalau keluar kumpulan nyamuk yang baru ingin berpesta di dalam keretanya itu.

“Soalan kau tu hanya bos yang boleh jawab. Fokus kita sekarang dengan budak tu.” Jawab Razak.

“Eh Zack cerita pasal budak tu. Aku baru perasan sepanjang kita follow diorang sampai ke sini, salah seorangnya tu macam biasa aku tengok.” Cerita Bob lagi. “Biasa sangat, tapi takut juga peland
Locked Chapter
Continue to read this book on the APP

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status