Malam semakin larut. Lampu luar rumah telah lama dipadamkan, dan kota kecil itu tenang dalam lena. Di bilik sebelah, Danish sudahpun nyenyak tidur, beralaskan bantal kesayangannya dan selimut biru yang tidak pernah ditinggalkan.
Di bilik utama, suasana sedikit berbeza. Hanya lampu meja sisi yang menyala suram, membiaskan cahaya lembut ke seluruh ruang. Hana berdiri di hadapan cermin, membetulkan tali halus di bahunya. Pakaian tidurnya malam itu sedikit istimewa — satin lembut, potongan feminin yang memperlihatkan lekuk tubuh secara sopan tetapi menggoda. Perlahan-lahan dia berpaling ke arah Armand yang sedang bersandar di kepala katil, memerhatikan gerak-geri isterinya. “Cantik tak?” tanya Hana sambil tersenyum menggoda. Nada suaranya manja. Armand hanya mampu memandang dengan senyuman yang mengambarkan segalanya. “Cantik... Semuanya cantik,” jawabnya ringkas, namun jujur. Matanya tidak berkelip.Jam menunjukkan tepat 11:00 pagi.Di dalam bilik pejabat berhawa dingin, Armand sedang duduk sambil menghadap skrin komputer. Tapi hakikatnya, dia dah scroll spreadsheet yang sama 3 kali. Langsung tak masuk dalam kepala.Dalam hati... tak tahu kenapa, rasa lain macam hari ni.“Macam ada yang tak kena…” dia bisik perlahan sambil jari tekan-tekan pen hitam kesayangannya. Tiba-tiba telefon atas meja berdering.Trriinngg... Trriinngg...“Armand di sini.”Suara dia tenang, seperti biasa. Tapi hati? Dah macam tengah main dram kompang.“Tuan Armand, saya dari kaunter bawah. Minta maaf, nak maklum... Puan Hana… dia ada di pejabat tadi. Naik ke jabatan pemasaran.”“Apa?!”Armand terus bangun. Kerusi pejabat hampir terlajak ke dinding. Pen di tangan tercampak, nyaris kena printer.“Betul ke awak nampak dia?”“Ya, Tuan. Puan Hana. Pakai tudung warna nude, blazer hitam, naik lif khas. Saya cam bet
Pagi itu benar-benar indah. Langit membiru bersih, dihiasi awan putih yang berarak perlahan seperti tidak mahu mengganggu ketenangan hari minggu yang menyusul. Cahaya mentari memancar lembut, menyimbah keemasan ke atas jalan-jalan kota yang mula sesak. Bunyi hon berselang-seli dengan deruman enjin, menandakan waktu puncak sedang menghampiri. Kenderaan berbaris panjang di setiap persimpangan. Orang ramai berkejaran—ada yang berjalan pantas, ada yang menarik troli dokumen, dan ramai juga yang melangkah penuh yakin, berkemeja dan bertali leher. Kafe yang mereka duduki juga makin sesak. Pelanggan silih berganti keluar masuk. Aroma kopi segar dan roti bakar berselang dengan bunyi mesin espresso dan dentingan sudu. Di setiap meja, kelihatan lelaki dan wanita bekerjaya sedang menjamah sarapan sambil menatap skrin telefon atau berbincang ringan. Emy menghirup teh tariknya perlahan, sambil memerhati suasana sibuk itu dengan riang. Tapi fikirannya terganggu seket
Pagi itu, mentari belum lagi menjengah tingkap. Bunyi azan Subuh sayup-sayup kedengaran dari surau berdekatan. Hana bangun perlahan dari tilam, mengusap mata sambil menggeliat sedikit. Dia menjenguk ke sisi. Emy masih berdengkur kecil, selimut membalut tubuh sampai ke kepala."Emyyy… bangun solat," bisik Hana lembut sambil menggoncang bahu sahabatnya perlahan.Emy menggeliat sedikit tapi tak buka mata."Tak boleh solat… cuti uzur," jawabnya dengan suara serak mengantuk.Hana hanya senyum dan angguk faham. Dia masuk ke bilik air, mandi dan menunaikan solat Subuh. Selesai solat, dia tak puas hati. Dia jenguk semula Emy."Weh, bangunlah. Stop mimpi tu. Matahari nak terpacak atas kepala dah ni," usik Hana sambil mencuit kaki Emy."Aku tak kerja hari ni. Cuti," balas Emy dari bawah selimut."Eh? Semalam kau kata kerja hari ni?"Emy munculkan muka dari bawah selimut. "Aku ambik cuti lah. Demi kau, Hana. Kawan punya pa
Lepas tengah hari memang panas berbahang, tapi dalam mall—sejuk macam ais batu. Aircond pusat beli-belah tu betul-betul buat orang malas keluar balik.Hana dan Emy terus berjalan dari satu kedai ke satu kedai. Masuk DIY, keluar DIY. Masuk kedai kosmetik, keluar kosong tangan."Hana, kau ni nak cari apa sebenarnya? Kedai span pun kau masuk," tanya Emy sambil tahan tawa."Ikut je lah. Jalan-jalan. Lagipun kau cakap nak cuci mata, kan?" Hana jawab selamba."Aku tak sangka sampai ke rak sabun pun kita cuci mata."Hana ketawa kecil. Emy geleng kepala tapi ikut juga langkah Hana.Kemudian, mereka berhenti di depan satu butik mewah. Jenis butik yang lampunya pun nampak mahal. Nama butik pun berkilat macam nama artis Hollywood."Jom masuk," kata Hana sambil dah pegang tombol pintu kaca."Eh… sini?" Emy tunduk pandang baju sendiri. "Hana, butik ni mahal-mahal. Satu baju gaji sebulan aku.""Masuk je la. Kau kan n
Hari Ahad yang malas. Angin pun macam tak lalu nak tiup.Dalam rumah sewa dua tingkat itu, Hana duduk bersila di atas tilam bujang yang dibentang di ruang tamu. Tudungnya masih elok, tapi matanya nampak kosong. Dalam tangan, telefon bimbit yang sudah dua jam tak disentuh."Hanaaa..." suara Emy bergema dari dapur. "Aku tahu kau bosan."Hana senyum tawar. Dah agak."Kau dengar aku jalan pun kau tahu aku bosan ke?""Bukan dengar. Aku rasa. Aura kau ni serupa kipas meja rosak. Berangin tak sampai.""Hahaha… gila kau ni."Emy keluar dari dapur sambil pegang sebiji mangkuk berisi keropok."Jom keluar. Pergi mall. Cuci mata. Cari makan. Masuk Watson, test lip balm. Kau nak?"Hana terdiam sekejap. Dia pandang sekeliling rumah yang sederhana tapi selesa.Senyap. Tak ada siapa kenal dia di sini. Tak ada siapa bertanya. Tak ada siapa menghakimi. Bebas."Mall mana?""Aeon. Dekat. Parking
Subuh baru melabuhkan tirainya di sebuah unit flat empat tingkat di pinggir bandar Johor Bahru. Suasana luar masih dingin, dinding rumah masih menyerap sejuk malam yang belum sempat pergi. Seorang gadis baru melangkah keluar dari bilik air. Rambutnya basah, melekap ke bahu, dan bau syampu memenuhi ruang kecil biliknya.Dengan langkah pantas, dia menuju ke bilik kecil bersebelahan. Sinar cahaya pagi mula menembusi langsir tipis yang terbiar separuh terbuka. Di atas tilam bujang di lantai, kelihatan seorang wanita masih berselimut, membelakangi jendela.Gadis itu mencekak pinggang.“Oi, bangunlah. Subuh dah nak habis weh.”Tiada respons.Dia terus duduk bersila di hujung tilam sambil menarik hujung selimut itu perlahan. “Bangunlah. Kau ingat ni rumah kau ke? Dah empat hari kau baring dekat sini macam anak raja. Kau tak kerja ke hari ni?”Perlahan-lahan wanita di atas tilam mengeluh kecil. Masih memejam mata, dia menjawab, “Aku tak