Kerana Aku Istrinya

Kerana Aku Istrinya

last updateLast Updated : 2025-09-12
By:  PenTekanUpdated just now
Language: Bahasa_indonesia
goodnovel16goodnovel
Not enough ratings
15Chapters
14views
Read
Add to library

Share:  

Report
Overview
Catalog
SCAN CODE TO READ ON APP

​"Cinta Wasiat 2" mengisahkan pasangan suami isteri, Armand Adam (CEO) dan Hana Auni (CMO), yang perkahwinan mereka bermula atas dasar wasiat datuk Armand. Setelah enam tahun, mereka hidup bahagia bersama anak lelaki mereka, Danish, dan telah membina cinta yang sejati. Namun, keharmonian rumah tangga mereka teruji apabila timbul salah faham yang berpunca daripada kehadiran sepupu Hana, Fakhri, yang menyimpan perasaan terhadapnya, serta pembantu peribadi baru Armand, Marissa, yang menimbulkan syak wasangka. ​Akibat cemburu dan salah faham, Armand menuduh Hana curang, menyebabkan Hana membawa diri kerana terlalu kecewa sehingga kepercayaan mereka retak. Setelah menyedari kesilapannya, Armand berusaha untuk memenangi semula hati Hana. Cerita ini berakhir dengan kebahagiaan apabila hubungan mereka kembali pulih, keluarga mereka bertambah besar dengan kelahiran anak kembar perempuan, dan kejayaan mereka diiktiraf apabila Armand menerima darjah kebesaran negeri yang membawanya gelaran Dato'.

View More

Chapter 1

PENGENALAN

Imbas Kembali

Hana Auni bukan sesiapa. Bukan datang dari keluarga ternama, bukan graduan universiti luar negara yang gah dipuji. Dia hanyalah seorang gadis kampung, dibesarkan oleh datuknya, Tuan Roslan, selepas kehilangan ibu dan ayah sejak kecil. Dunia korporat baginya satu dunia asing, tidak pernah terfikir akan dimasukinya, apatah lagi duduk sebaris dengan tokoh-tokoh terkemuka negara.

Sederhana cita-citanya, tenang hidupnya. Bila dia mula mencari kerja selepas tamat pengajian, dia hanya mahu satu — jawatan kerani am. Cukup baginya sekadar kerja pejabat biasa, dengan waktu kerja tetap, tugas yang tidak berat, dan gaji yang boleh tampung kehidupan sederhana di kota.

Namun takdir, seperti biasa, tidak pernah berjalan lurus seperti yang dirancang.

Satu hari, Hana melihat satu iklan kerja kosong di JobStreet. Syarikat besar. Nama yang dia tak kenal sangat — Metro Nova Berhad. Hana sekadar mencuba. Hatinya berkata, peluang tetap peluang.

Tidak lama kemudian, dia menerima panggilan untuk hadir temuduga. Dan seperti biasa, Hana datang dalam keadaan sedikit kelam-kabut. Baju kurung sederhana, fail sijil dipegang tangan kiri, dan beg silang yang tali dah hampir putus. Dalam lif, dia tersalah tekan tingkat. Tiba di pejabat, dia tersilap masuk bilik pantry. Dan saat bertembung dengan lelaki tinggi berwajah serius — fail sijilnya jatuh berselerak ke lantai.

Lelaki itu adalah Armand Adam, CEO muda Metro Nova.

Namun, anehnya, walaupun Hana yakin dirinya pasti gagal temuduga itu, dia menerima berita bahawa dia diterima bekerja — bukan sebagai kerani, tetapi sebagai Pembantu Khas Sementara kepada CEO.

Rupa-rupanya, PA sebelum ini telah dipecat kerana menyalurkan maklumat penting tender kepada pihak pesaing. Pihak pengurusan memerlukan seseorang yang jujur, tidak bermuka-muka, dan sedia belajar. Hana mungkin kelam-kabut, tapi keikhlasannya jelas terpancar.

Itulah permulaan Hana di Metro Nova.

Hari-harinya berubah. Pejabat korporat yang dulu sunyi dan terlalu formal, mula ceria dengan kehadiran seorang gadis kampung yang bercakap laju bila panik, buat lawak spontan bila gelabah, tapi cukup tekun bila diberi tugasan. Dari membantu Armand mengatur jadual, hingga menjadi pelindung ‘tak rasmi’ bila bos kesayangan ramai itu ditekan media atau dikelilingi drama pejabat.

Namun, semua ini hanyalah permulaan kepada kisah yang lebih besar — lebih mengejutkan.

Satu wasiat lama telah ditemui — ditulis oleh arwah Tan Sri Adam Syah, datuk kepada Armand. Dalam wasiat itu, disebut satu janji yang pernah dibuat bersama sahabatnya, Tuan Roslan — datuk Hana sendiri.

Mereka pernah berikrar: jika anak-anak mereka tidak sempat disatukan, maka biarlah cucu mereka dikahwinkan. Dan kini, tinggal dua nama yang memenuhi syarat itu — Armand dan Hana.

Armand, walaupun enggan, akur demi syarikat. Pewarisan Metro Nova terikat pada syarat perkahwinan itu. Armand bersetuju dengan satu syarat: nikah kontrak. Bukan kerana cinta. Cuma atas kertas. Selepas tempoh tertentu, masing-masing bebas membawa haluan.

Hana, walaupun terkejut, akhirnya akur. Dia tidak mahu mengecewakan datuknya, dan dia percaya bahawa jodoh itu tak semestinya bermula dengan cinta. Namun satu perkara dia pasti — kalau dia sudah menjadi isteri, maka dia akan jadi isteri yang sebenar. Bukan isteri pinjaman. Bukan isteri sementara.

Perkahwinan mereka berlangsung dalam suasana tertutup. Tiada pelamin besar, tiada gimik viral. Hanya dua insan yang dipertemukan oleh takdir dan diwajibkan untuk bersama.

Tinggal serumah, tetapi bukan semestinya sebantal. Hubungan mereka bermula dengan rasa janggal. Banyak salah faham. Banyak diam. Tapi sedikit demi sedikit, rasa itu berubah. Dari menjaga, mula rasa sayang. Dari segan, mula selesa. Armand mula melihat Hana bukan lagi sekadar ‘tugasan wasiat’, tetapi wanita yang penuh semangat dan kejujuran — sesuatu yang jarang ditemui dalam dunianya yang penuh tipu daya.

Namun, bukan cinta namanya jika tidak diuji.

Muncul Carmila — wanita masa lalu Armand. Satu ketika dahulu, dia pernah ada tempat di hati lelaki itu. Tapi kini, dia kembali dengan dendam. Carmila mahu Armand. Dan untuk dapatkan lelaki itu, dia sanggup lakukan apa sahaja — termasuk menabur fitnah, memanipulasi media, dan akhirnya... menculik Hana.

Hari-hari itu adalah mimpi ngeri. Namun Armand tidak tinggal diam. Dan Hana, walaupun menjadi mangsa, tetap tidak gentar. Dari saat itulah, hubungan mereka diuji bukan dengan kata-kata, tetapi dengan tindakan. Armand bertarung untuk menyelamatkan isterinya. Dan Hana... tetap berdiri demi rumah tangganya.

Selepas badai itu reda, cinta mereka lebih kukuh dari sebelumnya.

Bukan itu sahaja. Krisis yang berlaku memberi kesan kepada Metro Nova. Dalam tekanan media, kerugian saham, dan kekeliruan dalaman, Hana tampil dengan strategi yang berani dan kreatif. Dalam diam, dia membantu menyelamatkan syarikat daripada kemusnahan. Dan atas kebijaksanaan serta keberanian itu, Hana diangkat menjadi Ketua Pegawai Pemasaran (CMO) — wanita pertama yang memegang jawatan setinggi itu dalam sejarah Metro Nova.

Kini, enam tahun telah berlalu.

Armand dan Hana tidak lagi asing antara satu sama lain. Mereka suami isteri yang bukan sahaja bekerjasama dalam syarikat, tetapi membina keluarga yang indah. Mereka kini dikurniakan seorang anak lelaki — Danish. Nakal, bijak, manja. Seperti gabungan dua dunia mereka dalam satu jiwa kecil.

Hidup mereka tidak sempurna. Kadang-kadang masih ada pertengkaran kecil, perbezaan pendapat, dan gelagat manja yang memeningkan. Tapi itu semua adalah warna — warna yang membuatkan cinta mereka lebih hidup.

Dari seorang gadis kampung yang hanya mahu jadi kerani, Hana kini berdiri sebagai wanita hebat di sisi seorang CEO.

Dan Armand, dari lelaki dingin tanpa emosi, kini menjadi suami yang penuh rasa — kerana wanita yang mengajarnya bahawa cinta bukan sekadar pilihan, tetapi keputusan untuk tetap bersama… walau apa pun yang datang.

Dan di sinilah kisah ini disambung semula.

Kerana walaupun mereka sudah enam tahun bersama, hidup masih belum selesai menulis kisah mereka.

Expand
Next Chapter
Download

Latest chapter

More Chapters

To Readers

Selamat datang di dunia fiksi kami - Goodnovel. Jika Anda menyukai novel ini untuk menjelajahi dunia, menjadi penulis novel asli online untuk menambah penghasilan, bergabung dengan kami. Anda dapat membaca atau membuat berbagai jenis buku, seperti novel roman, bacaan epik, novel manusia serigala, novel fantasi, novel sejarah dan sebagainya yang berkualitas tinggi. Jika Anda seorang penulis, maka akan memperoleh banyak inspirasi untuk membuat karya yang lebih baik. Terlebih lagi, karya Anda menjadi lebih menarik dan disukai pembaca.

Comments

No Comments
15 Chapters
Explore and read good novels for free
Free access to a vast number of good novels on GoodNovel app. Download the books you like and read anywhere & anytime.
Read books for free on the app
SCAN CODE TO READ ON APP
DMCA.com Protection Status