Imbas KembaliHana Auni bukan sesiapa. Bukan datang dari keluarga ternama, bukan graduan universiti luar negara yang gah dipuji. Dia hanyalah seorang gadis kampung, dibesarkan oleh datuknya, Tuan Roslan, selepas kehilangan ibu dan ayah sejak kecil. Dunia korporat baginya satu dunia asing, tidak pernah terfikir akan dimasukinya, apatah lagi duduk sebaris dengan tokoh-tokoh terkemuka negara.Sederhana cita-citanya, tenang hidupnya. Bila dia mula mencari kerja selepas tamat pengajian, dia hanya mahu satu — jawatan kerani am. Cukup baginya sekadar kerja pejabat biasa, dengan waktu kerja tetap, tugas yang tidak berat, dan gaji yang boleh tampung kehidupan sederhana di kota.Namun takdir, seperti biasa, tidak pernah berjalan lurus seperti yang dirancang.Satu hari, Hana melihat satu iklan kerja kosong di JobStreet. Syarikat besar. Nama yang dia tak kenal sangat — Metro Nova Berhad. Hana sekadar mencuba. Hatinya berkata, peluang tetap peluang.Tidak lama kemudian, dia menerima panggilan untu
Last Updated : 2025-08-31 Read more