Selesai sarapan pagi ayah meminta aku ke ruang tamu bersama-sama dengannya untuk berjumpa dengan tetamu ayah itu. Aku hanya turut tidak berbicara.
Setibanya kami di ruang tamu, lelaki yang agak tinggi lampai menoleh ke arah kami lalu segera dia bangun dari duduknya memberikan tundukkan sebagai tanda hormat kepada ayah."Dah sarapan?" soal ayah mesra dan lelaki itu mengangguk laju."Kenalkan ini anak saya, Nur Hara. Kamu akan bekerja dengan dia. Hara, kenalkan ni Irfan. Pembantu sekaligus pengawal peribadi kamu." ujar ayah sambil memperkenalkan Irfan kepada aku.Aku hanya mengangguk tanda mengerti, jadi tetamu ini bakal bekerja dengan ayah sebagai pengawal peribadi aku? Huh, terbaik!"Mulai hari ni, ayah nak ke mana saja kamu pergi. Irfan perlu ikut. Dia yang akan jaga keselamatan kamu diluar sana. Faham?" tegas ayah kepada aku lagi."Baik ayah." jawab aku ringkas dan ayah tersenyum ke arah Irfan."Jadi kamu dah boleh mula kerja hari ni, anak saya ni nak ke pejabat. Hari ni hari pertama dia laporkan diri di pejabat jadi kamu ikutlah dia sekali. Saya nak gerak ke tempat kerja dulu." terang ayah kepada Irfan.Aku berdiri kaku, tidak tahu mahu berkata apa selain daripada mengukirkan senyuman saja. "Ayah pergi dulu." ujar ayah. Aku hendak bersalaman dengan ayah namun ayah segera beredar tanpa edahkan huluran tangan aku.Aku hanya beriak bersahaja kerana tidak mahu Irfan memandang janggal. "Err jadi cik Hara sekarang saya perlu buat apa?" soal Irfan dengan nada penuh sopan."Awak..." belum sempat aku mahu bersuara, Nur Sara menyampuk."Hi awak, nama saya Nur Sara." luru Nur Sara ke arah Irfan membuatkan aku terkedu seketika. Dari mana Nur Sara ni datang tiba-tiba je muncul di sebelah Irfan."Hi... Irfan." huluran tangan Nur Sara kepada Irfan tidak disambut pemuda itu."Ni adik saya Irfan, dia memang macam tu. Saya nak terus ke pejabat. Awak boleh pandu kereta saya?" ujar aku kepada Irfan dan dengan segeranya Irfan mengangguk laju lalu bergerak menjauhi Nur Sara.Nur Sara mencebik manja kerana Irfan tidak mahu melayaninya. Setelah Irfan keluar dari pintu utama rumah. Aku menjegilkan mata ke arah Nur Sara manakala dia hanya menjeling aku tajam."Jagalah sikap kau tu Nur Sara, jaga maruah kau." pesan aku dengan tegas namun nasihatkan aku disambut dengan ejekan dari Nur Sara. "Apa-apa jela Sara, janganlah bersikap tak ada maruah macam ni. Malulah ayah dengan mama nanti." sambung aku sambil membuka langkah mahu meninggalkan ruang tamu."Kau pun apa kurangnya, sama je dengan aku. Dua kali lima, depan mama dengan ayah buat-buat baik. Belakang alah lagi teruk dari aku." ujarnya membuatkan telinga aku panas seketika."NUR SARA!" tinggi nada suara aku melontarkan intonasinya. Aku menoleh ke arah Nur Sara namun langkah kakinya segera mendekati aku."Okey okey, I'm sorry. Janganlah marah-marah. Pergilah cepat, kesian abang kacak tu tunggu." pujuk Nur Sara dan aku tidak jadi mahu memarahinya. Inilah sikap Nur Sara, kadang-kadang aku sendiri tidak faham dengan sikapnya namun aku tetap menyayanginya kerana dialah satu-satunya adik yang aku ada dunia dan akhirat.Segera kaki aku melangkah keluar dari rumah menuju ke garaj kereta. Kereta jenama Honda Civic milik aku dibuka kuncinya dari kunci yang berada di tangan aku. Irfan segera ke arah kereta itu.Sebaik saja dia berdiri di tempat pemandu, aku terus menyerahkan kunci kereta kepadanya. Langkah kaki aku pula laju menuju ke tempat duduk di sebelah pemandu.Ketika aku meloloskan diri ke dalam kereta, Irfan memandang aku dengan wajah hairan."Kenapa pandang saya macam tu?" soal aku ingin tahu."Kenapa cik duduk depan?" soalan dibalas soalan oleh Irfan membuatkan aku tersedar."Oh! Tak apalah, lain kali je duduk belakang. Jalan Irfan." arah aku kepadanya dan pemuda itu hanya mengangguk tanda mengerti. Tali pinggang kaledar dipakainya begitu juga dengan aku.Enjin kereta dipanaskannya sebelum menggerakkan kereta.🍂🍂🍂Setibanya kami di hadapan sebuah syarikat ayah, aku segera keluar dari kereta sementara Irfan mencari tempat letak kereta. Aku yang berdiri tegak di hadapan bangunan pejabat ayah ini mula mendonggak ke atas mahu melihat ketinggian bangunan di hadapan aku ini."Tingginya lahai..." ujar aku sendirian sambil mengeluh sendirian bukan maksudnya aku takut tinggi namun tinggi-tinggi nak pergi mana? Cecah langit ketujuh ke? Tak faham betul aku dengan pembangunan pesat zaman sekarang ni, setiap negara mahu berlumba-lumba mencipta bangunan tertinggi. Itu semua untuk apa? Akhir nanti semuanya binasa juga.Irfan mendekati aku yang sudah selesai memakirkan kereta di tempat yang strategik katanya. Aku hanya mengukirkan senyuman dengan kemesraan yang cuba Ifran tonjolkan.Dia menemani aku masuk ke dalam bangunan tinggi ini. Sebaik saja aku masuk ke dalam, kawasan lobi tersebut amatlah luas membuatkan aku rasa kekok pula nak teruskan langkahan. Aku berhenti seketika untuk melihat keadaan sekeliling.Tiba-tiba muncul seseorang yang entah dari mana pun aku tak tahu mula menengur aku. "Ya cik... boleh saya bantu?" soalnya membuatkan aku segera mengangguk."Ya ya... saya ke sini mahu bertemu dengan Encik Sufian." pinta aku kepada gadis tinggi lampai di hadapan aku ini."Cik dah buat temu janji?" soalnya kembali sambil mengerutkan dahi memandang aku. Aku terdiam seketika, setelah itu aku menggelengkan kepala aku."Cik kena buat temu janji dulu, baru boleh berjumpa dengan pembantu pengarah." ujar gadis itu dengan lembut kepada aku."Oh..." hanya itu yang aku keluarkan dari mulut aku."Cik sila ikut saya, untuk setkan temu janji cik dengan Encik Sufian." ajak gadis itu dan aku hanya menurut langkahnya namun sebaik saja aku tiba di kaunter pertanyaan.Seseorang menghampiri kami dengan wajah cerianya. "Cik Hara!" panggilnya dan aku segera menoleh dan terkejut melihat seorang lelaki yang aku sangat pasti aku kenali siapa."Encik kenal ke dengan cik ni?" soal gadis itu kepada lelaki yang memanggil nama aku tadi. Lelaki itu tersenyum mesra lalu mengangguk laju."Mestilah saya kenal, dia lembaga pengarah syarikat. Mari Cik Hara ke bilik kerja cik." ujar lelaki itu.Aku hanya mengukirkan senyuman kepada gadis di hadapan aku itu. Dia menunduk sedikit memberi hormat mungkin kerana tidak tahu siapa aku yang sebenarnya? Mungkin!Langkah aku dan Irfan segera mengekori langkahan lelaki yang berjalan di hadapan aku itu. "Awalnya awak sampai? Bukan sepatutnya pukul sembilan ke?" soalnya dengan mesra sambil melirik ke arah jamnya.Aku mengukirkan senyuman kekok ke arahnya. "Seronok bertemu dengan awak semula." ungkapnya sambil tangannya segera menekan butang lif. Setelah itu, wajahnya ditolehkan ke arah aku dengan sebuah senyuman mesra.Beberapa saat menunggu, pintu lif mula terbuka dan kami bertiga melangkah masuk ke dalam lif tersebut. "Awak makin cantik Hara." ujar lelaki itu membuatkan aku tidak selesa namun aku hanya memberikan senyuman saja."Tak sangka pula senior kerja dengan ayah?" ujar aku yang sejak tadi hanya mendiamkan diri. Tak tahu nak bercakap tentang apa."Baru nak masuk setahun kerja dengan Tuan Li. Lepas tamat belajar di UK, saya dapat tawaran kerja dari syarikat ni jadi siapa mahu lepaskan peluang kan?" terang Sufian yang merupakan senior aku di sekolah menengah dahulu."Oh." jawabku ringkas.Pintu lif terbuka dan kami mula melangkah keluar dari lif tersebut."Ikut sini..." Sufian menunjukkan arah kepada aku dan aku mengangguk. Langkahan kami menyamai untuk tiba di bilik kerja yang dimaksudkan oleh Sufian itu."Lisa..." panggil Sufian dengan ceria membuatkan tuan empunya badan segera bangun dari duduk. "Eh duduk-duduk, ni saya nak kenalkan pengarah syarikat kita yang baru. Anak Tuan Li." ujar Sufian memperkenalkan aku kepada gadis itu."Ni Lisa, dia adalah setiausaha awak di sini." Sufian mula memperkenalkan gadis itu kepada aku pula. Serasa aku umur gadis itu lebih tua dari aku. Mungkin sebaya dengan Sufian? 25 tahun? Mungkin!"Selamat datang ke Ho Creative Crops Hara. Nilah pejabat awak." kata Sufian sebaik saja pintu bilik pejabat aku dibukanya dengan luas. Aku melangkah masuk ke dalam bilik itu dan melihat keadaan sekeliling.Pandangan aku terperasan akan gambar-gambar yang tergantung di dinding bilik kerja itu. Gambar ayah bersama dua orang rakan baiknya yang mungkin rakan kongsi syarikat ni? Gambar keluarga aku juga tergantung disitu dan gambar aku seorang diri."Bilik ni Tuan Li yang hiaskan sendiri, katanya untuk anak kesayangan." kata Sufian sambil tersenyum melirik ke arah aku. Aku turut membalas senyuman itu."Saya bukan anak kesayangan." balasku membuatkan Sufian ketawa kecil kerana tahu sikap rendah diri aku bagaimana. Ketika di bangku sekolah menengah kami bersahabat baik walaupun dia adalah senior aku yang berbeza umur 3 tahun."Jadi inilah bilik kerja awak. Kalau ada apa-apa boleh terus tanyakan pada saya tak pun Lisa. Kejap lagi saya minta Lisa bawakan awak tengok-tengok pejabat dan syarikat ni." pesan Sufian dan aku hanya memberikan anggukan saja kepadanya sebagai tanda aku mengerti.Irfan mendekati aku namun masih mengekalkan jaraknya. "Cik nak saya tunggu disini atau diluar?" soalnya dengan penuh hormat kepada aku."Saya rasa, saya nak minta mereka sediakan satu lagi meja untuk awak dalam bilik ni." ujar aku sambil memerhati kawasan yang strategik untuk aku sediakan meja untuk Irfan."Eh cik! Tak usahlah sampai begitu sekali, saya boleh je berdiri." jawabnya cuba menolak cadangan aku itu membuatkan aku tersenyum ke arahnya."Awak pekerja ke saya pekerja?" soal aku kepadanya semula membuatkan wajah Irfan mula menunduk ke bawah."Saya..." jawabnya perlahan."Jadi biarlah saya nak sediakan ruang untuk awak duduk di sini, tak ada masalah pun lagipula awak adalah pembantu peribadi saya. Saya mungkin lama berada disini takkan sepanjang waktu itu awak nak berdiri saja? Sakitlah kaki awak tu encik Irfan." omel aku dengan panjang lebar membuatkan Irfan tersenyum namun senyuman itu lebih kepada sengihan."Terima kasih cik Hara, saya belum pernah bertemu dengan majikan seperti cik. Ambil berat tentang pekerjanya." ungkap Irfan membuatkan aku menggeleng kepala."Saya tak mahu anggap awak pekerja, awak dan saya sama saja Irfan. Manusia biasa." balasku membuatkan Irfan mengangguk tanda mengerti.Sebulan sudah berlalu, aku dan Nur Sara kini berada di bilik kami sedang menginap. Aku sedang menghiasi Nur Sara kerana hari ini Nur Sara akan diijab kabulkan dengan Jong In sebentar lagi.Sejak dari kejadian itu, V dibawa ke hospital untuk dirawat dan telah ditangkap dan disabitkan kesalahan merogol. Selepas dua minggu dia ditahan di Korea, akhirnya dia dihantar pulang ke penjara di Malaysia.Nur Sara pula pada hari kejadian, di bawa ke hospital untuk diperiksa dan doktor mengesahkan Nur Sara mengalami trauma teruk. Aku, mama dan ayah cuba membantu Nur Sara agar dapat pulih seperti sedia kala. Dibantu juga oleh Mak Jah dan Tina.Kini Nur Sara sudah hampir pulih, keadaan kesihatan mentalnya juga semakin baik dan hari ini akan berlangsungnya perkahwinan di antara Nur Sara
Tuan Li dan Puan Zara menuruni kereta yang dipandu oleh Jeong bersama-sama dengan Mak Jah dan juga Tina."Besar juga rumahnya tuan..." tegur Mak Jah sambil meninjau keadaan sekeliling."Assalamualaikum..." laung Tuan Li dari luar pagar. Selang beberapa minit Sufian dan Tuan Kim muncul di muka pintu."Li! Masuklah!" laung Tuan Kim sementara itu Sufian mendekati Tuan Li lalu berjabat tangan dengan majikannya itu."Jemput masuk tuan." kata Sufian dengan mesra sambil mengambil beg pakaian Tuan Li untuk dibawa masuk ke dalam rumah.Puan Zara mengikuti langkah suaminya dan sebaik saja dia masuk ke dalam rumah. Dilihatnya seluruh keluarga Tuan Kim sedang berkumpul di
Aku bangun lebih awal harini, entah mengapa aku mahu keluar dari rumah ini untuk seketika waktu bagi menghilangkan rasa yang memberat di dada ni.Sudah 3 hari Nur Sara dan Sufian berada disini. Aku pula dipalaukan oleh Jong In. Dia lebih melayani Nur Sara dengan baik tetapi dengan aku dingin semacam ais batu.Aku mengeluh perlahan lalu mengusap wajah aku dengan perlahan. Aku nak keluarlah bersiar-siar hari ni dengan adik kandung aku. Nur Hasanah Jung. Aku dah pun hantarkan mesej kepadanya mahu berjumpa di sungai Han hari ni.Aku perlukan seseorang untuk aku lupakan semua masalah yang menimpa aku disaat ini. Berat itu tak usahlah cakap, aku baru minta Jong In layani adik aku Nur Sara dengan baik. Dia terlalu marahkan aku sampai dia buat tak endah dengan aku langsung.
Malam itu, aku menarik Jong In untuk bercakap sebentar dengannya di luar rumah. Dia hanya menurut dan kami pun melangkah keluar dari rumah."Ada apa Hara?" soalnya tanpa riaksi. Aku rasa kekok apabila dia menyebut nama sebenar aku."Saya ada sesuatu nak bincangkan dengan awak." jawab aku teragak-agak."Apa dia?" soalnya lagi."Hari pertunangan awak dengan Sara akan berlangsung selepas mama dan ayah saya datang kan?" tanya aku kepada Jong In dan belum sempat aku mahu menyambung percakapan aku Jong In mula memotong terlebih dahulu."Apa maksud kau? Bertunang dengan Sara?" soalnya buatkan aku mengerutkan dahi aku.
Selesai saja Sufian dan Nur Sara bersarapan pagi, mereka terus bergerak keluar dari bangunan lapangan terbang itu. Akhirnya perut mereka diisi dengan makanan halal yang didapati di sebuah kedai serbaneka.Sufian meninjau keadaan sekelilingnya mencari seseorang yang serupa dengan gambar yang tertera di skrin telefonnya. Nasib baiklah Tuan Li ada hantarkan gambar orang yang akan mengambil mereka di lapangan itu. Jika tidak mereka tidak tahu hendak menuju ke mana kerana kedua-duanya baru saja tiba di Korea Selatan itu.Sufian mengecam seseorang yang sedang memengang sepanduk menulis namanya 'Sufian' dan Sufian menarik perlahan tangan Nur Sara agar mendekati lelaki yang sedang memengang sepanduk itu."Ini Jeong ke?" tanya Sufian. Jeong terus menurunkan sepanduknya.
Aku tersedar dari pengsan aku, aku melirik ke sekeliling wajah Hasanah, Hoseung dan juga Puan Jung menyapa mata aku."Syukur alhamdulillah, Hara dah sedar." ungkap Puan Jung buatkan aku segera bangun dari pembaringan."Saya dekat mana ni?" soal aku kepada Puan Jung."Hara dalam bilik tetamu." terang Puan Jung. Aku mengangguk sedikit lalu tersenyum kekok. Aku melirik ke arah Hasanah.Wajahnya yang memperlihatkan mata bersinar-sinar buatkan aku memandang ke matanya lama. Entah apa yang difikirkan oleh Hasanah, tubuh aku segera dipeluknya dengan erat."Hasanah tak sangka, Hasanah ada kakak." ungkapnya buatkan aku cuba menerima kenyataan itu walaupun sukar. Aku ada