Aku melangkah turun ke bawah untuk mencari kelibat Kak Tina. Aku sebenarnya tak boleh tidur. Jam sekarang menunjukkan pukul 10 malam. Aku asyik terfikirkan rancangan Nur Sara pagi tadi.
Langkah aku menapak ke arah dapur dan kelibat Mak Jah menyapa mata aku. Tanpa berfikir panjang aku terus memanggil Mak Jah. Wanita tua itu menoleh ke arah aku dan bertanyakan mengapa."Kak Tina mana? Hara nak minta tolong kak Tina jap." soal aku sambil meninjau keadaan keliling mencari kelibat Kak Tina namun hampa tiada pun di ruangan dapur ni."Ada dalam bilik dia, pergilah cari." ujar Mak Jah dan aku mengukirkan senyuman manis ke arah wanita itu."Terima kasih Mak Jah. Hara pergi dulu ek." pinta aku lalu Mak Jah mengangguk tanda memberi izin. "Sayang Mak Jah." flying kiss aku tebarkan ke arah Mak Jah membuatkan wanita tua itu ketawa geli hati dengan teletah aku.Kaki aku dibuka langkahannya menuju ke arah bilik Kak Tina. Pintu bilik Kak Tina tertutup rapat membuatkan aku cuba mengentuk perlahan pintu itu sambil melaung nama Kak Tina dari luar."Kak Tina!" panggil aku diiringi dengan ketukan di pintu bilik tu. Tak perlu menunggu lama, Kak Tina pun membuka pintunya dengan cepat."Ha... Hara kenapa? Kak Tina baru lepas mandi." tanya Kak Tina dengan nada suara terkejut melihatkan aku mencarinya waktu-waktu begini. Selalunya waktu begini aku sudah pun lena dibuai mimpi tak pun melayan drama korea kegemaran aku di siaran TvN, KBS, SBS tak pun Oh K!"Hara nak minta tolong akak kejaplah." pinta aku dengan wajah meminta simpati. Kak Tina mengerutkan dahinya melihat ke arah aku."Nak minta akak tolong pilihkan baju yang sesuai untuk masuk ke pejabat esok. Hara rasa tak ada baju yang sesuailah." ujarku kepadanya membuatkan kerutan di dahi Kak Tina mula kendur."Akak ingatkan apalah tadi. Dah jom cari baju untuk Hara esok." pintu biliknya ditarik dan ditutup rapat semula. Tudung sarung berwarna hitam digapai setelah itu disarungkan kepalanya.Setelah itu, langkah kami berdua dibuka menuju ke bilik aku di tingkat tiga. "Ingatkan Hara nak minta tolong akak masak tengah-tengah malam ni terkejut akak." gurau Kak Tina sambil ketawa kecil.Aku menggeleng, "Tak naklah kak. Malam-malam makan makanan berat, Hara dah lama tak keluar peluh nanti berat naik." ujar aku menjawab gurauan Kak Tina dengan nada bersahaja."Tak apalah, itu tandanya bahagia." jawab Kak Tina lagi lalu ketawa geli hati melihatkan aku menggeleng laju."Bahagia ternak lemak ya?" soal aku dan sejurus itu ketawa aku turut meletus.Kami tiba di bilik aku, kami masuk ke dalam bilik dan terus menuju ke pintu bilik kecil yang di mana di sebalik pintu itu adalah bilik pakaian aku. Kak Tina membuka pintu bilik pakaian itu selepas meminta izin dari aku.Sebaik saja dia buka pintu bilik almari tu, kelibatnya hilang disebalik timbunan baju, kasut dan beg di dalam bilik pakaian tu."Ni banyak baju ni, kata tak ada?" laung Kak Tina dari dalam bilik tu. Aku yang berdiri di luar hanya tersengih seperti kambing tak pernah nak wangi ke arahnya."Memang ada tapi yang sesuai untuk ke pejabat mana ada." jawab aku semula membuatkan Kak Tina menggeleng perlahan. Baju aku yang tergantung banyak tu diselak satu persatu."Ha baju ni sesuai. Lagipun Hara baru masuk pejabat kan? Tak apalah pakai pakaian yang tak sesuai pun tapi dress ni cantik." ujar Kak Tina sambil menghulurkan dress itu ke arah aku. Tangan aku segera menyambut pakaian itu dan membeleknya.Dress yang berada di tangan aku ni ada kisahnya tersendiri. Selepas satu kejadian yang berlaku di sekolah disebabkan dress ni terus aku tak mahu memakainya lagi. Bila pakai asyik teringat kejadian yang memalukan tu."Hm... baju lain kak?" soal aku dengan berat hati. Rasa macam tak mahu memakainya."Tak ada dah yang elok. Dress tu je yang elok akak tengok. Pakailah untuk esok je, nanti ada duit beli baju lain yang sesuai untuk ke pejabat." nasihat Kak Tina membuatkan wajah aku bertukar muram. Nak atau tak terpaksa aku memakainya esok. Tak apalah Hara, untuk satu hari je!"Okey dah? Tu je?" soal Kak Tina membuatkan lamunan aku terhenti dan terus mengangguk. "Kalau macam tu akak turun dululah, tidur awal. Esok nak bangun awal kan?" pesan Kak Tina yang tersenyum girang ke arah aku. Aku hanya mengangguk."Selamat malam kak." ucap aku sebaik saja Kak Tina melangkah keluar dari bilik aku. Ucapan aku dibalas semula oleh Kak Tina. Pintu bilik aku tutup rapat dan langkah aku menuju ke arah katil. Aku ambil dress itu dan gantungkannya di bilik pakaian.Lampu di bilik pakaian aku tutup setelah itu pintunya pula aku tutup rapat. Langkahan aku dibuka semula menuju ke arah katil. "Terpaksalah pakai baju tu. Haaaa..." keluh aku sendirian sambil membuka lampu tidur ditepi aku. Selimut aku tarik dan remote lampu dalam bilik aku tekan. Tak sampai 10 minit, aku sudah terlena dibuai mimpi.🍂🍂🍂Keesokkan paginya,Aku bangun seperti biasa tepat jam enam pagi aku sudah terjaga dari lena yang indah ni. Aku segera mengapai tuala di penyidai dan melangkah masuk ke kamar mandi.Beberapa minit yang diambil untuk aku bersihkan diri, selesai saja mandi aku terus mengambil wudhuk dan segera menunaikan solat subuh dua rakaat. Aku mohon agar hari ini semuanya berjalan dengan lancar kerana aku gugup untuk hadirkan diri ke pejabat seperti yang diminta oleh ayah.Dress paras lutut yang Kak Tina pilihkan untuk aku semalam, aku ambil dan salinnya di bilik pakaian. Entahlah disaat aku pakai pakaian ni rasa tak selesa mula bertandang di lubuk hati. Mungkin dress ni agak terbuka kerana kainnya hanya labuh paras lutut aku je membuatkan aku tak selesa untuk memakainya. Namun, aku terpaksa kerana ini sajalah baju yang aku ada.Perlu ke aku minta wang dengan ayah untuk beli baju baru? Aish! Aku kan dah besar takkanlah aku nak meminta-minta wang dari ayah lagi? Umur aku sekarang dah 22 tahun. Seorang gadis yang sebaya aku ni sudah pasti berjaya dalam bidang yang mereka ceburi namun aku pula masih disini menanam anggur dan menternak lemak di dalam rumah banglo serba mewah ni.Aku melangkah keluar dari bilik tidur aku. Seraya langkahan kakiku bergerak pintu bilik Nur Sara terbuka membuatkan langkahanku terhenti. Mataku melirik ke arahnya yang sedang menguap sambil tangan mengusutkan rambutnya yang sememangnya serabai.Aku hanya memerhatikan dia saja tanpa banyak bicara. Selesai dia menguap, matanya dilirikkan ke arah aku sambil memisat-misat matanya itu. "Asal awal sangat kau bangun? Siap berpakaian macam ni lagi? Kau dah buang tabiat ke Nur Hara?" tanyanya membuatkan aku tergeleng kepala dibuatnya."Kau waras lagi kan? Hari ni aku kena masuk pejabatlah cik Nur Sara oii..." jawab aku selamba setelah itu aku segera membuka langkah menuju ke arah tangga manakala Nur Sara sedia membuntutiku di belakang."Kau dah pujuk ayah?" soalnya mendatar.Aku dengar tapi sengaja buat-buat tak dengar sebab aku malas nak kusutkan kepala dengan fikir tentang rancangan gilanya semalam. Dia menarik tangan aku kasar menyebabkan tubuhku tidak seimbang dan hampir-hampir nak terjatuh."Kau ni sejak bila jadi pekak tuli ni?" marah Nur Sara kepada aku kerana tidak menjawab soalannya itu. Aku dengan tegasnya menepis tangannya."Aku baru keluar dari bilik kan? Jangan nak main tarik-tarik, kita atas tangga ni." balasku dengan tegas membuatkan Nur Sara mencebik geram.Aku mula menyambung semula langkahan aku dan diikuti oleh Nur Sara. Setibanya kami di meja makan wajah mama dan ayah menyapa mata aku. Aku dapat rasakan pandangan tajam daripada mama menusuk ke mata aku ketika kami bertemu anak mata sebentar tadi.Tiba-tiba bulu roma aku merinding, seolah-olah aku bersalah terhadap sesuatu hal yang aku sendiri tak pasti apa. Aku melabuhkan punggung bersebelahan dengan Nur Sara."Kau nak ke mana pakai baju macam ni? Kelab malam?" bidas mama membuatkan aku terdiam seketika. Ada saja yang salah di mata mama. Aku sendiri tidak tahu mahu berbuat apa lagi supaya mama terima aku seadanya."Tuan... ada tetamu, katanya cari tuan." ujar Kak Tina yang datang dari arah pintu utama rumah kami dan mata aku melirik ke arah ayah yang sedang menghirup air teh o panasnya sambil memberikan anggukan kepala."Dah suruh dia masuk Tina?" soal ayah tanpa memandang ke arah Kak Tina kerana mata ayah fokus membaca surat khabar sebelum sarapan."Dah, saya suruh dia masuk dan duduk di ruang tamu." jawab Kak Tina dengan penuh hormat."Kenapa tak panggil dia ke sini?" kali ni barulah ayah mengalihakan wajahnya memandang Kak Tina yang berdiri di sebelah ayah."Saya dah ajak tapi dia tak nak, dia nak tunggu tuan di ruang tamu je katanya." balas Kak Tina membuatkan ayah mengangguk perlahan."Kalau begitu, hidangkan makanan untuknya di sana." arah ayah dan Kak Tina mengangguk tanda akur dengan arahan tersebut. Langkah Kak Tina mula menjauh ke arah dapur."Siapa ayah?" soal Nur Sara, dari riak wajahnya nampak sangat dia mahu tahu siapakah tetamu ayah itu."Tetamu..." jawab ayah ringkas.Sebulan sudah berlalu, aku dan Nur Sara kini berada di bilik kami sedang menginap. Aku sedang menghiasi Nur Sara kerana hari ini Nur Sara akan diijab kabulkan dengan Jong In sebentar lagi.Sejak dari kejadian itu, V dibawa ke hospital untuk dirawat dan telah ditangkap dan disabitkan kesalahan merogol. Selepas dua minggu dia ditahan di Korea, akhirnya dia dihantar pulang ke penjara di Malaysia.Nur Sara pula pada hari kejadian, di bawa ke hospital untuk diperiksa dan doktor mengesahkan Nur Sara mengalami trauma teruk. Aku, mama dan ayah cuba membantu Nur Sara agar dapat pulih seperti sedia kala. Dibantu juga oleh Mak Jah dan Tina.Kini Nur Sara sudah hampir pulih, keadaan kesihatan mentalnya juga semakin baik dan hari ini akan berlangsungnya perkahwinan di antara Nur Sara
Tuan Li dan Puan Zara menuruni kereta yang dipandu oleh Jeong bersama-sama dengan Mak Jah dan juga Tina."Besar juga rumahnya tuan..." tegur Mak Jah sambil meninjau keadaan sekeliling."Assalamualaikum..." laung Tuan Li dari luar pagar. Selang beberapa minit Sufian dan Tuan Kim muncul di muka pintu."Li! Masuklah!" laung Tuan Kim sementara itu Sufian mendekati Tuan Li lalu berjabat tangan dengan majikannya itu."Jemput masuk tuan." kata Sufian dengan mesra sambil mengambil beg pakaian Tuan Li untuk dibawa masuk ke dalam rumah.Puan Zara mengikuti langkah suaminya dan sebaik saja dia masuk ke dalam rumah. Dilihatnya seluruh keluarga Tuan Kim sedang berkumpul di
Aku bangun lebih awal harini, entah mengapa aku mahu keluar dari rumah ini untuk seketika waktu bagi menghilangkan rasa yang memberat di dada ni.Sudah 3 hari Nur Sara dan Sufian berada disini. Aku pula dipalaukan oleh Jong In. Dia lebih melayani Nur Sara dengan baik tetapi dengan aku dingin semacam ais batu.Aku mengeluh perlahan lalu mengusap wajah aku dengan perlahan. Aku nak keluarlah bersiar-siar hari ni dengan adik kandung aku. Nur Hasanah Jung. Aku dah pun hantarkan mesej kepadanya mahu berjumpa di sungai Han hari ni.Aku perlukan seseorang untuk aku lupakan semua masalah yang menimpa aku disaat ini. Berat itu tak usahlah cakap, aku baru minta Jong In layani adik aku Nur Sara dengan baik. Dia terlalu marahkan aku sampai dia buat tak endah dengan aku langsung.
Malam itu, aku menarik Jong In untuk bercakap sebentar dengannya di luar rumah. Dia hanya menurut dan kami pun melangkah keluar dari rumah."Ada apa Hara?" soalnya tanpa riaksi. Aku rasa kekok apabila dia menyebut nama sebenar aku."Saya ada sesuatu nak bincangkan dengan awak." jawab aku teragak-agak."Apa dia?" soalnya lagi."Hari pertunangan awak dengan Sara akan berlangsung selepas mama dan ayah saya datang kan?" tanya aku kepada Jong In dan belum sempat aku mahu menyambung percakapan aku Jong In mula memotong terlebih dahulu."Apa maksud kau? Bertunang dengan Sara?" soalnya buatkan aku mengerutkan dahi aku.
Selesai saja Sufian dan Nur Sara bersarapan pagi, mereka terus bergerak keluar dari bangunan lapangan terbang itu. Akhirnya perut mereka diisi dengan makanan halal yang didapati di sebuah kedai serbaneka.Sufian meninjau keadaan sekelilingnya mencari seseorang yang serupa dengan gambar yang tertera di skrin telefonnya. Nasib baiklah Tuan Li ada hantarkan gambar orang yang akan mengambil mereka di lapangan itu. Jika tidak mereka tidak tahu hendak menuju ke mana kerana kedua-duanya baru saja tiba di Korea Selatan itu.Sufian mengecam seseorang yang sedang memengang sepanduk menulis namanya 'Sufian' dan Sufian menarik perlahan tangan Nur Sara agar mendekati lelaki yang sedang memengang sepanduk itu."Ini Jeong ke?" tanya Sufian. Jeong terus menurunkan sepanduknya.
Aku tersedar dari pengsan aku, aku melirik ke sekeliling wajah Hasanah, Hoseung dan juga Puan Jung menyapa mata aku."Syukur alhamdulillah, Hara dah sedar." ungkap Puan Jung buatkan aku segera bangun dari pembaringan."Saya dekat mana ni?" soal aku kepada Puan Jung."Hara dalam bilik tetamu." terang Puan Jung. Aku mengangguk sedikit lalu tersenyum kekok. Aku melirik ke arah Hasanah.Wajahnya yang memperlihatkan mata bersinar-sinar buatkan aku memandang ke matanya lama. Entah apa yang difikirkan oleh Hasanah, tubuh aku segera dipeluknya dengan erat."Hasanah tak sangka, Hasanah ada kakak." ungkapnya buatkan aku cuba menerima kenyataan itu walaupun sukar. Aku ada