Share

BAB 2 PT

Author: Iqmal Izzat
last update Last Updated: 2021-07-08 16:13:43

PETANG ITU, Zain masih terlentang di atas katil. Puan Siti masuk ke dalam bilik sambil menatang semangkuk bubur nasi ikan keli bersama segelas air. Plastik berisi ubat-ubatan turut dibawa bersama. 

"Zain, kamu tak tukar baju lagi? Tak akanlah kamu nak pakai baju sekolah tu sampai esok," Puan Siti menghampiri Zain. Dulang itu diletakkan di atas meja belajar Zain.

"Macam mana nak tukar kalau dah macam ni," Zain membangkitkan tubuhnya yang sedari tadi hanya tersembam di atas tilam.

"Kamu ingat bila dah macam tu, kamu tak boleh nak berjalan ambil baju? Bangun, mak ada bawa bubur untuk kamu. Selepas ni kamu kena makan ubat," Puan Siti melabuh punggung di pinggir katil Zain.

"Mak, Zain nak tanya, ayah buat Zain macam ni sebab ayah marah dengan Zain ke?" Zain bertanya sambil merenung ibunya. 

"Kenapa pulak?" Berkerut kening Puan Siti mendengarkan pertanyaan anaknya itu.

"Bukan apa, Zain tahu, Zain dah kecewakan mak dengan ayah sebab tak dapat 5A UPSR, tapi kalau nak hukum Zain sekalipun, janganlah secara tiba-tiba macam ni," Zain meluahkan isi hatinya. 

Puan Siti meletakkan mangkuk itu di atas meja. Kepala anak bujangnya itu diusap lembut, penuh kasih sayang.

"Zain, memanglah kamu dah kecewakan kami, tapi kami tetap sayangkan kamu. Ayah buat kamu begini mesti ada sebab," Puan Siti berbicara lembut.

"Hmm yalah," gumam Zain.

"Sudahlah tu, habiskan bubur ni, lepas tu makan ubat. Sekejap lagi mak tolong lapkan badan kamu ya. Kamu tak boleh mandi buat masa sekarang, nanti lagi lambat baik luka kamu tu," Puan Siti memberi arahan.

Selepas makan ubat, Zain menanggalkan uniform sekolah yang masih tersarung di tubuhnya. Dia sebenarnya tidak biasa tidur berkeadaan begitu, tetapi kerana keadaannya yang tidak mengizinkan, maka dia perlu membiasakan diri.

Kain tambahan dilapik di tempat pembaringan Zain. Ini kerana air bisa sudah mula menitik. Biasanya air bisa ini akan keluar dalam tiga hari pertama proses penyembuhan luka. 

SETELAH seminggu 'berpantang', Zain akhirnya sudah boleh memakai seluar, tetapi untuk keselamatan, dia tidak boleh memakai seluar dalam lagi, bahkan bermain bola pun tidak dibenarkan.

"Zain, seminggu tak nampak? Kau pergi mana?" Kawan-kawan kita semua tanya," Ramlee mencuit bahu Zain. Zain menoleh, mendongak melihat Ramlee. 

"Rumahlah. Aku pergi mana lagi," kata Zain. Serius nadanya.

"Rumah? Kau duduk terperuk dalam rumah tak keluar-keluar?" tanya Ramlee setelah itu.

"Kau buat apa sampai aku pun kau lupa?" Ramlee ingin tahu lagi.

"Berpantang." Wajah Zain bersahaja. 

"Berpantang? Bukan perempuan lepas beranak sahaja ke yang berpantang. Mustahillah kalau aku kata kau beranak," kata Ramlee yang lurus bendul itu.

Zain mencerlung memandang Ramlee. Ramlee yang sedari tadi tercegat terus duduk di kerusi batu, bersetentang dengan Zain. 

"Kau ingat berpantang untuk perempuan lepas beranak saja? Habis masa kau bersunat, kau buat apa? Terus main bola?" Zain masih serius dalam bicaranya.

"Uish kau ni, memang cari nahas kalau begitu. Mahunya bola terkena, siapa nak jawab?" kata Ramlee, merenung Zain setajamnya.

"Ha inilah masalahnya bila aku dapat kawan yang lurus bendul macam kau. Aku seminggu tak nampak sebab aku kena sunatlah. Ini semua kau punya pasal tau, mulut masin sangat," Zain sepertinya menyalahkan Ramlee.

"Eh, aku pula yang salah. Kau sendirilah yang salah, siapa suruh melambat-lambatkan, kan dah kena," Ramlee membela diri. Terkesima apabila tiba-tiba dipersalahkan dalam hal itu.

"Jadi sekarang ni kau dah boleh main ke?" Ramlee bertanya. 

"Tak boleh. Mak aku tak benarkan sebab aku punya ni belum sembuh sepenuhnya lagi," ringkas jawapan Zain.

"Yalah," gumam Ramlee.

SETELAH dua minggu bercuti, Zain dilihatnya telah pulih sepenuhnya tetapi benang jahitan masih berada di situ dan akan mereput dalam masa beberapa bulan. Meskipun mereput, ia tidak berulat sepertimana bangkai mereput. 

Sebelum ini, Zain telah mendaftar di Sekolah Menengah Bintang Unggul. Hari orientasi tingkatan satu akan berlangsung pada dua hari sebelum sesi persekolahan bermula. 

Pada hari itu, pelajar tingkatan satu akan melaporkan diri dan akan mengetahui kelas masing-masing, juga berkenalan dengan rakan-rakan baru. Buku teks juga akan diterima pada hari sama.

HARI INI, Encik Arsyad perlu menghadiri mesyuarat penting di syarikat tempatnya bekerja. Maka, hanya Puan Siti sahajalah yang akan membawa anak-anaknya membeli barang kelengkapan sekolah. 

Zain mengukur sehelai kemeja berwarna putih suci di hadapan cermin, di dalam bilik persalinan baju. Setelah berasa puas hati, dia membuka pintu bilik persalinan itu.

"Zain, ngam tak?" tanya Puan Siti.

"Ngam," sepatah jawapan Zain.

"Dah cuba pakai? Takut nanti senteng pula," Puan Siti bertanya lagi. Dia mahu memastikan baju yang akan dipakai oleh anaknya itu mengikut standard etika kemasan pakaian sekolah yang ditetapkan olehnya sendiri.

"Tak. Zain ukur macam itu saja." Jujur Zain menjawab.

"Haip, pergi masuk balik. Pakai baju tu. Mak nak tengok," Puan Siti mengarah seraya menuding jari ke arah bilik persalinan.

"Yalah," Zain beralah. Jika diikutkan hatinya, dia malas. Tetapi disebabkan dia mahu menjadi seorang anak yang patuh akan arahan orang tua, maka dia ikutkan sahaja.

Baju t-shirt berwarna biru yang dipakainya ditanggalkan lalu disangkut di penyangkut baju. Kemeja putih itu disarung ke tubuh. Satu persatu butang disemat. Alang-alang mencuba baju, apa salahnya mencuba seluar sekali. Seluar jeans yang dipakainya pula ditanggalkan, digantikan dengan seluar bewarna hijau tua itu.

Selesai beruniform, Zain menolak daun pintu bilik itu, menampakkan dirinya pada sang ibu yang setia menanti di luar.

"Wah, nampak hensem dan bergaya. Sekejap lagi mak hantar pergi sekolah ya. Hehe," Puan Siti mengusik. 

"Eh mak ni. Zain pakai sebab nak cuba, tengok ngam ke tidak. Mak juga yang suruh kan. Lagipun sekolah lama lagi. Buku belum ada, buku teks pun belum dapat, orientasi belum, macam mana nak pergi sekolah?"

Seolah-olah membebel Zain berbicara. Hampir sahaja dia mengalahkan ibunya dalam bab membebel. Tetapi, walau bagaimana pun, juaranya tetap Puan Siti juga.

"Ala, mak bergurau saja. Ha, bila dah pakai, barulah nampak. Tengok tu, baju senteng. Daripada lengan pun dah nampak. Cari yang besar sikit. Seluar pula ngam-ngam sangat. Nanti cepat senteng. Seluar pun cari juga yang besar sikit," Puan Siti meneliti baju dan seluar yang dipakai Zain. 

"Yalah mak. Zain ikutkan saja arahan mak. Tunggu sekejap, Zain tanggalkan baju dan seluar ni. Mak jangan intai pula, Zain perasan mak intai Zain tadi," Zain memberi amaran. Dia tahu, ibunya memang suka mengintai untuk memastikan arahannya dituruti. 

ALANG-ALANG cuti masih berbaki empat minggu, Zain sekeluarga mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung halaman selama seminggu. Segala aktiviti telah dirancang. Zain jika dapat pulang ke kampung, terjun sungailah jawabnya.

Selain meluangkan masa bersama datuk dan nenek, Zain dan kakaknya turut mempelajari cara berkebun, menganyam dan pelbagai lagi aktiviti seharian di kampung. Seronok pula Zain nampaknya. Jika tidak, dialah yang paling malas sekali.

PETANG itu, Zain baru sahaja pulang selepas bermain badminton bersama geng pak cik-pak ciknya. Mereka bermain badminton di taman rekreasi berdekatan. 

Jangan salah sangka, Zain bukan tiada kawan sehinggakan terpaksa berkawan dengan orang tua, tetapi kelazimannya hadir ke masjid membuatkan Zain mudah untuk bergaul bersama pak cik-pak cik  kaki masjid ini. 

"Assalamualaikum," Zain memberi salam sebaik terjengul di muka pintu. Kasut dan stokin segera dilucutkan. Nafasnya sedikit tercungap-cungap, nampak gayanya seperti penat bersmashing bersama orang-orang tua legend. 

"Waalaikumussalam," jawab Puan Siti yang sedang bersantai duduk di sofa ruang tamu bersama Encik Arsyad sambil menonton TV. 

Zain melangkah masuk. Beg berisi peralatan badminton diletakkan di tepi pintu. Sofa empuk terus menjadi sasaran. Penat sungguh dia berlawan badminton bersama 'kawan tuanya' sebentar tadi. Perlawanan yang sungguh 'epik' seolah-olah sedang bertanding bersama atlet badminton Malaysia iaitu Datuk Lee Chong Wei. 

"Fuh penatnya," Zain mencari sekelumit udara untuk bernafas. Dia yang tadinya bersandar terus mencapai cangkir kopi ayahnya yang terletak di atas meja.

"Ayah, sikit ya," Zain meminta. Encik Arsyad mengangguk. 

Dia menenggak sedikit. Alamak, sedaplah pula, dia terus menghabiskan kopi itu tanpa menghiraukan ribut yang kemungkinan bakal melanda selepas ini. 

"Burb ... Alhamdulillah," Zain terus bersendawa. Gelas yang telah kosong itu diletakkan semula. 

"Oi! Sampai habis kopi ayah kamu belasah. Bertuah punya anak," Encik Arsyad bersuara. Gelasnya dibinjat lalu diterbalikkan, setitik sisa air kopi jatuh ke atas karpet.

"Ala, Zain dahaga sangat. Maaf ya ayah. Suruh mak buat lain eh?" Zain mengerling Puan Siti, bersama leretan sengih di bibirnya.

"Tak payah, mak ada buat lebih. Ada dalam jag, kamu tuangkan saja. Ha, kamu dah bersiap-siap ke belum?" Puan Siti merenung Zain. 

"Bersiap-siap? Kita nak pergi mana?" Zain menjongket kening.

"Kamu lupalah tu. Esok kamu ada hari orientasi kan?" Puan Siti mengingatkan anaknya. 

"Eh haahlah. Zain hampir terlupa. Sekejap, beri Zain mandi dulu. Lepas tu Zain kemas barang-barang dan dokumen yang kena bawa," Zain terus melompat bangun, berlari anak ke kamar mandi.

"Hmm, ingatkan bila dah kena 'potong', berubahlah perangai dia. Sekali sama saja," gumam Encik Arsyad. 

"Awak ni, dia baru kena itu kan ... Nanti lama-lama, dia berubahlah. Lagipun, awak juga yang kata pada saya, sabar itu separuh daripada iman. Jadi, sabar sajalah," balas Puan Siti, menasihati semula apa yang pernah suaminya nasihatkan padanya dahulu.

Continue to read this book for free
Scan code to download App

Latest chapter

  • PELAJAR TERUNGGUL (BAHASA MALAYSIA)   BAB 2 (BAHAGIAN 2)

    ALIRAN angin bernafas lembut. Terasa hangat apabila digauli dengan terik sinar matahari. Hari ini Dhani datang awal ke sekolah dengan dua tujuan. Pertama, mengambil seluar sekolahnya yang tertinggal dan yang kedua, menuntut ilmu macam biasa.“Belajar elok-elok, niat kerana Allah.” Encik Shaari berpesan.“Baik, ayah.” Dhani sekadar menguntum senyum. Tidak akan pernah jemu telinganya ditadahkan dengan nasihat dan pesanan yang dititipkan untuk kebaikannya.Melangkah masuk ke dalam sekolah, beg sekolah terus diletakkan di dewan. Kawasan sekolah diteroka untuk mencari Pak Cik Sahak, pastinya lelaki itu telah menunggu kehadirannya sejak semalam kerana janji telah termeterai.“Pak cik, pak cik!” Menjerit-jerit Dhani apabila kelibat Pak Cik Sahak berjaya ditangkap oleh pandangan matanya.“Ha, pak cik ingatkan kamu dah tak nak seluar tu lagi. Lama pak cik tunggu semalam. Siap ada yang tanya seluar t

  • PELAJAR TERUNGGUL (BAHASA MALAYSIA)   BAB 1 (BAHAGIAN 2)

    SEMANGAT. Sukar untuk digambarkan perasaan itu melalui bait-bait bicara mahupun aksara. Setelah sebulan bercuti panjang, kini lembaran tahun baharu sudah dibuka. Sekaligus menutup lembaran tahun lalu.Zain masih setia menanti kehadiran rakan-rakannya di perhentian bas yang berlokasi di pintu masuk utama kawasan perumahan Taman Unggul. Dikerling jam yang tersarung pada pergelangan tangannya. 11.30 minit pagi. Kelibat yang ditunggu masih belum berkunjung tiba.Sebuah kereta Honda HR-V menyapa pandangan matanya. Zain bingkas berdiri. Senyuman tersibak di bibir melihatkan kereta itu menghampiri perhentian bas yang dihuninya.“Zain, marilah naik! Belakang ada ruang untuk kau tumpang sekali.” Melangsing tinggi suara Adrian sejurus tingkap kereta bahagian depan diturunkan.“Eh, tapi Harith dengan Kazirul belum sampai lagi. Tak akanlah aku nak tinggalkan dia orang pula.” Rasa gembira, sudah tentu berakar di perdu hatinya. Tetapi mengingatk

  • PELAJAR TERUNGGUL (BAHASA MALAYSIA)   BAB 18 PT

    "Kau orang tunggu sini, biar aku pergi dulu. Aku pasti dia ada di sekitar belakang semak ni," kata Zain pada rakan-rakannya. Rakan-rakannya hanya membalas dengan anggukkan kepala. Tetapi itu tidak memberi istilah 'relaks' kerana mereka perlu bersiap sedia dan bertindak jika berlaku apa-apa terhadap Zain. HARITH tidak mampu meloloskan diri. Dia yang terduduk di sebatang pokok sudah diikat kaki dan tangannya. "Kau ingat kau boleh senang-senang nak dapatkan Zain? Kalau kau nak tahu, dia pernah belajar silat kat kampung dia. Sekali dia sampai, jangan haraplah kau akan terlepas." Kata Harith pada Adrian yang tercegat tidak jauh darinya. Adrian berkalih, langkahnya diatur tenang menghampiri Harith. Wajah Harith dijenaki. "Relaks, Zain kan profesional orangnya, tak akanlah dia nak pukul aku kalau nampak kau okey, tak ada cedera apa-apa. Aku cuma mahukan populariti dia saja, bukannya nak suruh dia berambus dari sekolah tu!"

  • PELAJAR TERUNGGUL (BAHASA MALAYSIA)   BAB 17 PT

    Hana melenggung memandang kertas lukisannya. Kertas yang asalnya suci bersih, kini telah bertukar warna pudar. Di atasnya penuh dengan habuk-habuk pemadam. Dia terkurung di penjara masalah, mengapa kali ini dirinya terlalu sukar untuk menyiapkan tugasan melukis poster yang diberikan oleh Cikgu Fatimah? Walhal benda senang kut. "Ish, geramnya aku!" Hana merentap pemadamnya lalu diseka permukaan kertas lukisan itu dengan kasar sehingga terkoyak. "Alamak!" Kertas yang telah berlubang itu diangkat. Hana menoleh Faridah di sebelah sambil mengernyih. Faridah menoleh memandang Hana. Melihatkan Hana mengangkat kertas lukisan yang berlubang sambil tersengih merenungnya, Faridah menepuk dahi. Daripada riak wajah Faridah, pasti akan berdesing telinganya jika Faridah membelu-belai. Mana tidaknya, Faridah sudah memberikan tiga helai kertas lukisan pada Hana, tetapi tiga-tiga habis berlubang. "Astagfirullahal-Adzim, Hana ...

  • PELAJAR TERUNGGUL (BAHASA MALAYSIA)   BAB 16 PT

    SEJAK perkenalan Adrian dan Yana, hubungan mereka semakin lama semakin erat. Setiap kali sebelum masuk sekolah, memang tidak sah jika tidak bertemu di taman tasik, dah macam suami isteri!Sepanjang persahabatan mereka juga, corak kehidupannya semakin berubah. Adrian amat gembira. Dalam pada itu, Adrian dan Yana semakin ramai kawan, namun tugasnya sebagai seorang pelajar tetap dia utamakan demi cita-cita dan masa depan.Oh ya, juga untuk mengekalkan kedudukan nombor satu di peperiksaan akan datang untuk mengalahkan pesaing utamanya, Zain.Sementara itu, Shah Huanran dan Faris pula terasa dipinggirkan sahabat sendiri. Kadang-kadang, rasa menyesal pun ada. Menyesal kerana mengajak Adrian untuk melepak di taman tasik itu.Namun, hubungan Adrian dan Yana tidak bertahan lama. Satu peristiwa duka berlaku dalam hidup mereka.Mereka ralit berbual sesama sendiri di bawah limbu pohon-pohon menghijau. Mereka tertawa dan bercanda bersama

  • PELAJAR TERUNGGUL (BAHASA MALAYSIA)   BAB 15 PT

    RINTIK-RINTIK hujan di perkarangan sekolah masih belum reda. Namun begitu, keriuhan penghuni-penghuninya masih belum padam. Suasana masih rancak. Adrian duduk keseorangan melayani diri. Pen di tangan dipusing-pusing, buku modul di hadapan masih suci dengan contengan dakwat pen."Apa yang dimenungkan tu, Adrian? Kau nak kena marah ke sebab tak siapkan kerja," getus satu suara.Mendengar suara itu, Adrian terkejut dan tergamam seketika. Dia memandang ke belakang, ke arah suara yang menegurnya."Oh, kau Ana. Ingatkan siapa tadi," balas Adrian menyambut sapaan Ana."Mengapa Adrian? Aku tengok kau ni diam semacam saja? Kau terdiam sebab soalan susah, atau kau dah tak sabar-sabar nak balik?" tanya Ana, cuba mengorek rahsia."Tak ada apa-apa. Biasa saja. Soalan ni pun bukannya susah mana untuk aku," jawab Adrian.Tiba-tiba perbualan mereka terhenti oleh deringan loceng yang menandakan waktu belajar telah tamat dan tiba masa untuk pulang. Adri

More Chapters
Explore and read good novels for free
Free access to a vast number of good novels on GoodNovel app. Download the books you like and read anywhere & anytime.
Read books for free on the app
SCAN CODE TO READ ON APP
DMCA.com Protection Status