Share

BAB 6 PT

Author: Iqmal Izzat
last update Last Updated: 2021-07-08 16:20:54

Deringan loceng sekolah dibunyikan tepat pada waktunya. Kesemua pelajar tingkatan satu dan dua yang dari tadi berada di kawasan sekitar sekolah kini semua menuju ke arah tempat yang sama. Destinasinya di mana? Sudah tentulah dewan sekolah yang terletak di hujung bangunan tiga tingkat itu.

Kelihatan ada segelintir pelajar mengambil masa dengan berjalan perlahan-lahan. Cerita yang dikongsi bersama-sama rakan-rakan tadi jelas masih belum tamat lagi. Sebahagiannya pula kelihatan bergegas-gegas tanpa ingin melengahkan waktu. Dewan yang tadinya lengang terus dimeriahkan dengan kehadiran pelajar-pelajar pada petang itu. 

Pengawas-pengawas yang bertugas di situ terus menjalankan tanggungjawab masing-masing dan memerhatikan pelajar-pelajar itu. Sesekali mereka memberi amaran agar pelajar-pelajar semua tidak membuat bising. Siapa yang ingar maka dalam buku nota pengawas tersebutlah nama mereka dicatatkan. 

Disebabkan hari itu bukan hari Isnin, maka perhimpunan tidaklah seformal hari isnin. Selalunya akan ada makluman relif atau ketidakhadiran guru, peratus kehadiran hari semalamnya, sedikit ucapan dari guru dan lain-lain. Selepas itu para pelajar akan diminta ke kelas dengan langkah yang teratur menuju ke kelas masing-masing.

SEKETIKA selepas Cikgu Ramlah (Guru Geografi) melangkah keluar dari Tingkatan 1 Inovatif, pelajar-pelajarnya mulalah membuka mulut masing-masing dan berbual sesama sendiri. Pelbagai topik yang dibincangkan tetapi majoriti berkenaan permainan video, ahli BTS, KPOP, gaduh fasal Among Us dan pelbagai lagi.

Zain hanya duduk diam di tempatnya sambil mengeluarkan buku teks Antologi yang bakal diajar oleh Cikgu Suraya nanti. Tidak diendahkan langsung tentang rakan-rakan sekelas yang sedang rancak berborak bagai tidak jumpa setahun. 

Sedang leka menyelak buku teks Antologi yang dipegangnya, sesuatu melayang ke atas mejanya. Zain tersentak seketika. Dia mengamati kapal terbang kertas yang terhempas di atas mejanya itu dengan kehairanan. Lantas, dia menoleh ke sebelah kiri kerana kapal terbang kertas yang tidak diundang kehadirannya itu datang dari arah kiri.

Zain sangkakan bahwa kapal terbang kertas itu mungkin angkara Hana atau Mona yang suka mengusiknya melalui kertas, namun kedua-dua mereka juga sibuk membelek buku teks Antologi. 

"Hmm ... siapa punya ni?" katanya sendiri yang masih tertanya-tanya. Kapal terbang kertas itu diambil lalu dibuka lipatannya. 

Di atas kertas itu terdapat sepotong ayat yang ditulis dengan pen hitam. Tulisan itu bagai tulisan berangkai, mujurlah ia mudah difahami. Zain membacanya ayat itu sambil berkerut dahi... 

__________

Zain,

Hari tu Adrian cakap dekat aku yang kau ni sebenarnya gay dan 'anak ikan' pada perempuan yang jadi penyebab tandas di tingkat bawah itu tidak boleh masuk. Betul ke? Tengok badan kau pun ada jugak ciri-ciri anak ikan. Hahahaha.

 Daripada si kacak, 

 Aiman.

__________

Zain mengeluh tetapi bunyinya lebih pada dengusan. Eee ... geramnya! Dia tidak faham, mengapa Adrian selalu membuat fitnah dan cerita tidak benar tentang dirinya pada orang lain? Sudah beberapa kali dia mendapat nota kertas yang sama, tetapi dibiarkan sahaja. Namun, jika dibiar lama-lama risau ia mula merebak pantas seperti wabak Covid-19 pula!

Zain cepat-cepat meronyokkan kertas di dalam tangannya. Niatnya hendak melontarkan kertas itu semua kepada Aiman sebelum ada sesiapa terbaca nota itu. Dia tidak mahu nanti ada orang tersalah anggap dengan kenyataan palsu di nota itu. Tidak fasal-fasal, gosip hangat pula nanti!

Namun, belum sempat Zain menunaikan hasratnya, Adrian yang kebetulan sedang berlalu di situ merampas kertas itu dari tangannya.

"Apa ni?" katanya dengan perasaan ingin tahu sambil membetulkan semula kertas yang telah dironyokkan itu.

"Eh, kau tak payah nak ambil tahulah! Bagi semula kertas tu!" marah Zain lalu cuba merampas kertas itu semula dari tangan Adrian. 

Rampasan itu tidak berjaya kerana Adrian telah berlalu dari situ. Dia hendak memastikan fitnah yang dia beritahu pada Aiman ditulis sama di dalam nota itu. Zain bangun dari tempat duduknya lalu mengekori Adrian dari belakang.

"Adrian! Bagi balik kertas itu!" katanya dengan nada yang tegas.

Menyedari Zain hampir mendekatinya, dia bertindak membaling kertas itu ke arah kawannya, Aiman.

"Aiman! Sambut ni!" panggilnya sambil melontarkan kertas itu ke arah Aiman yang duduk bersebelahan tingkap.

Aiman akur lalu bangun untuk membuat tangkapan. Dalam pada masa yang sama, Zain cekap menepis kertas itu. Ia melantun keluar dari tingkap sebelum bergolek ke atas lantai di luar kelas. 

Bunyi derapan tapak kasut tumit tinggi kedengaran menghampiri kelas itu. Semua pelajar termasuk Zain dan Adrian kembali ke tempat masing-masing dan duduk diam. Secara automatik kelas yang tadinya bagaikan pasar malam terus bertukar sepi, seolah-olah berada di perpuskataan kosong.

Seketika kemudian, muncul Cikgu Suraya di pintu kelas itu. Berdasarkan pada riak wajahnya, dia sedang marah. Jarang sekali Cikgu Suraya bermuka begitu. Dia memandang seorang demi seorang pelajarnya sambil mencekak pinggang. Dalam tangannya tergenggam kertas yang dilontar ke luar kelas tadi. 

"Cikgu dah beberapa kali cakap benda yang sama. Jangan bising masa cikgu tiada. Kamu semua dah sekolah menengah, bukan sekolah rendah lagi!" tegas Cikgu Suraya. Riak wajahnya kali ini lebih garang daripada Cikgu Aslah, guru mata pelajaran Sains mereka.

Pelajar-pelajar semua tertunduk. Masing-masing sedar mereka bersalah. Kertas di genggaman dibuka lalu dibaca isi kandungan kertas itu di hadapan kelas. Zain dan Adrian menelan liur. 

"Adrian." Cikgu Suraya menyeru nama Adrian. 

"Ya cikgu," sahut Adrian lalu bangun dari tempat duduknya. 

"Dah tiga kali cikgu dapat kertas dengan isi kandungan yang hampir sama. Cikgu nak tanya kamu, kamu ada masalah apa-apa ke dengan Zain?" tanya Cikgu Suraya, serius. 

Adrian tidak menjawab pertanyaan itu. Dia tertunduk memandang permukaan mejanya. Soalan itu dibiarkan sepi.

"Adrian! Kamu dengar ke tidak apa yang cikgu tanya ni!" Cikgu Suraya terus meninggikan suara dan menepuk meja yang berada di hadapan kelas. 

"De ... dengar cikgu," jawab Adrian yang tersentak dengan kegarangan Cikgu Suraya pada hari itu. 

"Satu lagi, ada ke Zain kacau kamu, ejek kamu sampaikan kamu buat begini pada dia? Ada ke?" tanya Cikgu Suraya lagi.

Bibir Adrian tetap terkatup, kepalanya tetap tertunduk.

"Okey, kalau kamu tak mahu jawab, kamu berdiri sampai habis kelas," tegas Cikgu Suraya.

Wajah Adrian bertukar merah. Kepalanya tertunduk sahaja. Inilah kali pertama dia didenda berdiri sepanjang waktu kelas sepanjang tiga bulan dia bersekolah di situ. Aiman menarik nafas lega kerana tidak dikenakan hukuman sama dengan Adrian. 

"Ha, Aiman. Kamu tak perlu nak tarik nafas lega sangatlah," lanjut Cikgu Suraya. Aiman memandang gurunya dengan perasaan hairan. 

"Sebenarnya bukan Adrian saja yang bersalah dalam hal ni. Kamu pun terbabit sama, bukan?" jelas Cikgu Suraya. 

Suasana di dalam kelas itu semakin tegang. Kesemua pelajar lain menyaksikan drama di hadapan mereka dengan penuh minat. 

"Eh, mana ada cikgu!" Aiman enggan mengakui kesalahannya. 

"Oh, kamu ingat cikgu tak kenal tulisan kamu macam mana? Jangan katakan tulisan, siap tulis daripada si kacak, Aiman!" Cikgu Suraya bersuara sedikit lantang sehingga tersentak semua penghuni kelas 1 Inovatif. 

"Disebabkan kamu enggan mengakui kesalahan kamu, kamu juga didenda. Teman Adrian berdiri sampai habis kelas!" lanjut Cikgu Suraya lagi.

Panas telinga Aiman mendengar bait-bait kata gurunya itu. Dia sedar dia bersalah tetapi dia tetap tidak berpuas hati. Dia tidak berani untuk menyanggah kata-kata Cikgu Suraya itu. Tak fasal-fasal berdepan dengan pengetua pula nanti!

Aiman turut berdiri lalu menoleh ke arah Adrian, tetapi kawannya itu langsung tidak membalas pandangannya. Sebaliknya Adrian sedang mengerling tajam ke arah Zain dengan perasaan cemburu dan geram yang amat.

Continue to read this book for free
Scan code to download App

Latest chapter

  • PELAJAR TERUNGGUL (BAHASA MALAYSIA)   BAB 2 (BAHAGIAN 2)

    ALIRAN angin bernafas lembut. Terasa hangat apabila digauli dengan terik sinar matahari. Hari ini Dhani datang awal ke sekolah dengan dua tujuan. Pertama, mengambil seluar sekolahnya yang tertinggal dan yang kedua, menuntut ilmu macam biasa.“Belajar elok-elok, niat kerana Allah.” Encik Shaari berpesan.“Baik, ayah.” Dhani sekadar menguntum senyum. Tidak akan pernah jemu telinganya ditadahkan dengan nasihat dan pesanan yang dititipkan untuk kebaikannya.Melangkah masuk ke dalam sekolah, beg sekolah terus diletakkan di dewan. Kawasan sekolah diteroka untuk mencari Pak Cik Sahak, pastinya lelaki itu telah menunggu kehadirannya sejak semalam kerana janji telah termeterai.“Pak cik, pak cik!” Menjerit-jerit Dhani apabila kelibat Pak Cik Sahak berjaya ditangkap oleh pandangan matanya.“Ha, pak cik ingatkan kamu dah tak nak seluar tu lagi. Lama pak cik tunggu semalam. Siap ada yang tanya seluar t

  • PELAJAR TERUNGGUL (BAHASA MALAYSIA)   BAB 1 (BAHAGIAN 2)

    SEMANGAT. Sukar untuk digambarkan perasaan itu melalui bait-bait bicara mahupun aksara. Setelah sebulan bercuti panjang, kini lembaran tahun baharu sudah dibuka. Sekaligus menutup lembaran tahun lalu.Zain masih setia menanti kehadiran rakan-rakannya di perhentian bas yang berlokasi di pintu masuk utama kawasan perumahan Taman Unggul. Dikerling jam yang tersarung pada pergelangan tangannya. 11.30 minit pagi. Kelibat yang ditunggu masih belum berkunjung tiba.Sebuah kereta Honda HR-V menyapa pandangan matanya. Zain bingkas berdiri. Senyuman tersibak di bibir melihatkan kereta itu menghampiri perhentian bas yang dihuninya.“Zain, marilah naik! Belakang ada ruang untuk kau tumpang sekali.” Melangsing tinggi suara Adrian sejurus tingkap kereta bahagian depan diturunkan.“Eh, tapi Harith dengan Kazirul belum sampai lagi. Tak akanlah aku nak tinggalkan dia orang pula.” Rasa gembira, sudah tentu berakar di perdu hatinya. Tetapi mengingatk

  • PELAJAR TERUNGGUL (BAHASA MALAYSIA)   BAB 18 PT

    "Kau orang tunggu sini, biar aku pergi dulu. Aku pasti dia ada di sekitar belakang semak ni," kata Zain pada rakan-rakannya. Rakan-rakannya hanya membalas dengan anggukkan kepala. Tetapi itu tidak memberi istilah 'relaks' kerana mereka perlu bersiap sedia dan bertindak jika berlaku apa-apa terhadap Zain. HARITH tidak mampu meloloskan diri. Dia yang terduduk di sebatang pokok sudah diikat kaki dan tangannya. "Kau ingat kau boleh senang-senang nak dapatkan Zain? Kalau kau nak tahu, dia pernah belajar silat kat kampung dia. Sekali dia sampai, jangan haraplah kau akan terlepas." Kata Harith pada Adrian yang tercegat tidak jauh darinya. Adrian berkalih, langkahnya diatur tenang menghampiri Harith. Wajah Harith dijenaki. "Relaks, Zain kan profesional orangnya, tak akanlah dia nak pukul aku kalau nampak kau okey, tak ada cedera apa-apa. Aku cuma mahukan populariti dia saja, bukannya nak suruh dia berambus dari sekolah tu!"

  • PELAJAR TERUNGGUL (BAHASA MALAYSIA)   BAB 17 PT

    Hana melenggung memandang kertas lukisannya. Kertas yang asalnya suci bersih, kini telah bertukar warna pudar. Di atasnya penuh dengan habuk-habuk pemadam. Dia terkurung di penjara masalah, mengapa kali ini dirinya terlalu sukar untuk menyiapkan tugasan melukis poster yang diberikan oleh Cikgu Fatimah? Walhal benda senang kut. "Ish, geramnya aku!" Hana merentap pemadamnya lalu diseka permukaan kertas lukisan itu dengan kasar sehingga terkoyak. "Alamak!" Kertas yang telah berlubang itu diangkat. Hana menoleh Faridah di sebelah sambil mengernyih. Faridah menoleh memandang Hana. Melihatkan Hana mengangkat kertas lukisan yang berlubang sambil tersengih merenungnya, Faridah menepuk dahi. Daripada riak wajah Faridah, pasti akan berdesing telinganya jika Faridah membelu-belai. Mana tidaknya, Faridah sudah memberikan tiga helai kertas lukisan pada Hana, tetapi tiga-tiga habis berlubang. "Astagfirullahal-Adzim, Hana ...

  • PELAJAR TERUNGGUL (BAHASA MALAYSIA)   BAB 16 PT

    SEJAK perkenalan Adrian dan Yana, hubungan mereka semakin lama semakin erat. Setiap kali sebelum masuk sekolah, memang tidak sah jika tidak bertemu di taman tasik, dah macam suami isteri!Sepanjang persahabatan mereka juga, corak kehidupannya semakin berubah. Adrian amat gembira. Dalam pada itu, Adrian dan Yana semakin ramai kawan, namun tugasnya sebagai seorang pelajar tetap dia utamakan demi cita-cita dan masa depan.Oh ya, juga untuk mengekalkan kedudukan nombor satu di peperiksaan akan datang untuk mengalahkan pesaing utamanya, Zain.Sementara itu, Shah Huanran dan Faris pula terasa dipinggirkan sahabat sendiri. Kadang-kadang, rasa menyesal pun ada. Menyesal kerana mengajak Adrian untuk melepak di taman tasik itu.Namun, hubungan Adrian dan Yana tidak bertahan lama. Satu peristiwa duka berlaku dalam hidup mereka.Mereka ralit berbual sesama sendiri di bawah limbu pohon-pohon menghijau. Mereka tertawa dan bercanda bersama

  • PELAJAR TERUNGGUL (BAHASA MALAYSIA)   BAB 15 PT

    RINTIK-RINTIK hujan di perkarangan sekolah masih belum reda. Namun begitu, keriuhan penghuni-penghuninya masih belum padam. Suasana masih rancak. Adrian duduk keseorangan melayani diri. Pen di tangan dipusing-pusing, buku modul di hadapan masih suci dengan contengan dakwat pen."Apa yang dimenungkan tu, Adrian? Kau nak kena marah ke sebab tak siapkan kerja," getus satu suara.Mendengar suara itu, Adrian terkejut dan tergamam seketika. Dia memandang ke belakang, ke arah suara yang menegurnya."Oh, kau Ana. Ingatkan siapa tadi," balas Adrian menyambut sapaan Ana."Mengapa Adrian? Aku tengok kau ni diam semacam saja? Kau terdiam sebab soalan susah, atau kau dah tak sabar-sabar nak balik?" tanya Ana, cuba mengorek rahsia."Tak ada apa-apa. Biasa saja. Soalan ni pun bukannya susah mana untuk aku," jawab Adrian.Tiba-tiba perbualan mereka terhenti oleh deringan loceng yang menandakan waktu belajar telah tamat dan tiba masa untuk pulang. Adri

More Chapters
Explore and read good novels for free
Free access to a vast number of good novels on GoodNovel app. Download the books you like and read anywhere & anytime.
Read books for free on the app
SCAN CODE TO READ ON APP
DMCA.com Protection Status