Share

PENGAKHIRAN KITA [BAHASA MALAYSIA] [BAHASA MELAYU]
PENGAKHIRAN KITA [BAHASA MALAYSIA] [BAHASA MELAYU]
Author: Nursally

Bab 1

Lorong yang gelap. Ke mana- mana kaki melangkah hanyalah gelap. Tiada satu pun cahaya di sebalik kegelapan itu.  

Aria sekadar meraba-raba dinding. Kasut atau selipar langsung tidak dipakai. Tapi, aneh. Kakinya tidak rasa sakit. Mimpikah ini? Atau realiti?

Mana manusia di sini? Kenapa hanya dia di sini?

“A*i...”

Seseorang memanggil. Aria menoleh. Tapi pemilik suara itu masih tidak dijumpai. Dia menoleh ke seluruh arah. Telinga aku tercari-cari suara itu.

“A*i...”

Dia dengar lagi. Kali ini dia pasti arah suara itu.

“Tolong aku!”

Tiba-tiba pandangannya bertukar. Tangan Aria menutupi mata kerana silau.

“Hahaha... Kau nak ke mana?” bunyi sekumpulan gadis di suatu bilik.

Dia dengar suara itu. Tapi satu susuk tubuh pun tidak kelihatan di mana-mana.

Cahaya berkumpulan dari suatu tempat. Kakinya mengikut arah cahaya itu.

Cahaya itu beransur-ansur hilang. Dia kini berada di dalam bilik. Bilik itu seperti pernah dilihatnya. Tapi dimana?

“Jangan buat aku macam ni. Aku merayu,” suara esak tangisan seorang gadis itu membuatkan Aria ingin mendekat lagi.

“Siapa tu?” dia cuba memanggil. Tapi tiada sahutan. Tubuhnya dipusingkan. Ada gadis di sini.

Gadis itu comot. Muka penuh dengan kesan kekotoran. Rambutnya kusut. Macam orang tak mandi pagi. Dia terduduk di atas kerusi. Tangannya diikat.

“Apa kau cakap tadi? Kau merayu?” salah seorang daripada tiga orang gadis yang berbaju sekolah itu bersuara.

Tiba-tiba muncul tiga orang gadis. Entah dari mana dia muncul pun dia tidak tahu.

Yang berhadapan dengan gadis itu duduk di atas kerusi. Seorang lagi duduk di atas meja. Tapi yang seorang lagi hanya kaku berdiri di hujung pintu.

“Lepaskan aku. Aku janji aku takkan kacau kau lagi lepas ni,” gadis itu merayu. Badannya agak lemah. Ada kesan lebam di pipinya.

Pipi gadis itu ditampar berulang kali sehingga menimbulkan kesan darah di hujung mulut.

Aria terkejut. Sampai begitu sekali gadis itu diperlakukan. Ada kesan darah mengalir di hidungnya. Dia sekadar memerhati.

“Sepatutnya, kau duduk diam saja, A*i. Ni tak. Menyusahkan kami je.” Kakinya menendang perut A*i. Kerusi yang dia duduk terjatuh ke belakang.

“A*i?” A*ia memegang kepalanya yang sakit. Itu, A*i. Air mata secara tiba-tiba menderas laju. Dia menekup mulutnya. Badannya terhenjut-henjut menangis.

Satu kenyataan yang telah lama dilupakan muncul. Dia masih tak percaya kejadian itu masih segar di kepalanya.

“A*i!”

A*ia berlari ke arah A*i. Tubuh A*i ingin dipeluknya. Tapi belum sempat dia menyentuh bayangan mereka hilang entah ke mana. Esak tangisannya bertambah.

Dia terduduk. Membayangkan kejadian tadi berlaku semula di depan mata menimbulkan rasa pilu di hati.

“A*i!”

“A*i! Maafkan aku!”

“A*i!”

Tubuhnya digoncang. Aria tersedar. Peluh membasahi muka.

“Aria bangunlah.”

“Jess, kau buat apa dekat sini?” Jessica berdiri di sebelah katilnya.

Jessica mengeluh. “Aku nak turun pergi dapur. Then, aku dengar kau meracau. Kau okey tak?”

Aria sekadar mengangguk.

“Okeylah, kalau macam tu aku pergi dulu.” Jessica berjalan meninggalkan Aria. Kakinya terhenti seketika.

“Aria, kau mimpi apa?”

Aria dengan segera menyelimuti badan tanpa menjawab soalan Jessica. Kelopak mata ditutup rapat.

Jessica menggeleng. Dia tahu, itulah perangai Aria. Selalu macam tu. Pintu ditutup rapat. Aria cuba melenakan tidur.

Aria menuruni anak tangga. Dari jauh dia sudah dengar gelak tawa tiga beranak itu. Termasuk dirinya, empat. Disebabkan perut yang laparlah dia sanggup turun dan makan bersama mereka. Kalau tak, jangan haraplah.

Kerusi ditarik. Hidungnya bergerak-gerak. Entah kenapa, dia rindukan masakan ibunya. Aria tahu, mama tirinya ini takkan mampu untuk mengganti posisi ibun.

Tapi setiap kali dia turun ke meja makan, itulah harapan yang paling besar sekali yang dia inginkan. Walaupun semuanya adalah mustahil.

“Aria, bila semestar nak bermula?” Dato’ Fahad; papa Aria. Papa nampak berselera makan. Lapar agaknya.

“Minggu depan,” jawabnya ringkas. Malas nak panjangkan ayat.

Mama Fida mengambil makanannya sendiri tanpa menghulurkan pinggan ke Aria. Terpaksalah dia ambil sendiri.

“Kamu nak tinggal di kolej atau rumah? Mama rasa baik kamu tinggal di rumah. Jimat pun jimat,” sambung Mama Fida. Senyuman diberikan walaupun tidak ikhlas.

Pinggan diambil. Sesenduk bihun dimasukkan ke dalam pinggan. Ditambah pula dengan telur dadar. Simple but perfect. Ah, masakan perempuan ini pun takkan nak dipuji.

“Kolej,” jawab Aria selamba. Dia tahu, Mama Fida bukannya suka dia pun. Sekadar ingin meraih hati papanya. Lagipun, Mama Fida ingat dia ni tak sibuk. Banyak lagi assignment nak kena buat.

“Kenapa Aria tak nak tinggal di rumah je? Bukan ke dekat. Lagipun, rumah ni besar. Jess takkan kacau kau punyalah,” tambah Jessica pula. Adik tiri Aria. Berlainan ibu dan bapa.

Mereka ni suka bertanya panjang lebar. Cuma dia saja yang berat mulut. Kalau dia bercerita pun bukannya ada yang sanggup menadah telinga.

“Bosan.” Dia makan dengan laju. Rasa ingin keluar dari situ. Rimas dengan mereka.

“Alah betul ke kau bosan. Kau bolehlah layan kdrama tu. Tak adalah bosan.” Jessica memang kaki kdrama. Sebut sajalah drama Korea apa. Pasti dia tahu.

“Aku boleh senaraikanlah drama apa yang paling best. Tinggal kau saja pilih nak genre apa. Kau suka genre apa? Romantic? Comedy? Atau horror?” sambung Jessica lagi.

“Kalau Aria pergi, sunyilah mama. Nak harapkan Jess teman mama ni memang taklah. Sibuk memanjang.”

Jessica mencebik. “Alah, bukan selalu Jess keluar pun. Mama ni, Jess ada je kat sini. Jess teman apa.”

“Yalah, banyaklah kamu punya teman. Berjanggut mama tunggu adalah.”

Pinggan ditolak sedikit ke tepi. Air diteguk. Akhirnya habis juga. Nasib baik Aria ambil sikit je tadi.

“Licinnya Aria makan. Tak nak tambah lagi ke?” tanya Mama Fida.

“No, I’m good.” Tipu. Perut dia sebenarnya masih lapar lagi.

Aria bangun. Pinggan dibiarkan saja di atas meja. Muka Mama Fida sedikit berubah. Nampak macam dia nak marahkan Aria. Tapi disebabkan suaminya masih di situ, dia hanya membiarkan. Tapi Aria tidak peduli.

Dato’ Fahad memerhatikan Aria. Perangai Aria semenjak ibu meninggal semakin teruk. Tiada lagi Aria yang ceria.

“Aria nak ke mana?” tanya Dato’ Fahad.

“Keluar.”

Aria mencapai kunci kereta. Enjin kereta dihidupkan. Beberapa minit berlalu, punggung kereta keluar dari perkarangan rumah itu.

Punat radio ditekan. Dia tak tahu apa yang seronok tapi asal ada lagu yang best keluar dia layankan saja.

“Jess dengan mak dia tu, tak bolehlah bagi aku makan dengan tenang langsung. Ada saja yang nak dibualkan. Aku ni lapar. Ni tak pasal-pasal aku kena cari makan dekat luar.”  

Otaknya mula serabut. Serabut dengan dua beranak itu. Termasuk papanya sekali.

Tadi dia tak berani nak bersuara kerana papa ada. Tapi sekarang dia keseorangan. Bolehlah kalau nak kutuk mereka. Bukannya mereka dengar pun.

Lagipun, kalau dia berani melawan mak tiri itu sudah pasti papa akan marah. Sudahlah dia hilang ibu. Sekarang papa pula tak habis-habis nak back-up mama tiri.

Hilang tempat mengadunya. Cuma mengharapkan ihsan kawan-kawan untuk mendengar masalah.

“Lepas tu cakap pasal kolej eh... Ohh, nak halau aku tu cakap sajalah. Tak payah nak berlapik bagai. Jujur sajalah Mama Fida. Kau nak aku berambus dari situ, kan?”

Hon ditekan berkali-kali apabila ada kereta cuba memintas tapi tidak memberi signal.

“Kereta ni kalau aku jumpa sapa yang bawa memang aku tumbuk dia tu. Tak tahu undang-undang. Dahlah aku tengah lapar ni.”

Nasib baik kereta itu dah pergi jauh dari dia. Kalau tak, mahu dia berhentikan kereta itu di tepi jalan. Sekadar memaki hamun dalam hati.

Dia cukup kenal dengan perangai perempuan itu. Apa yang dikatakan di mulut pasti tidak sama dengan hati. Hipokrit!

“Sunyilah mama. Bluekkk... Nak muntah aku dengar. Dah penipu tu penipu sajalah.” Aria bengang sungguh dengan Mama Fida. Kalau iya pun kau nak berlakon, tak payahlah sampai macam tu. Geli tekak aku dengar.

“Aku tak kisahlah dia tu masak sedap ke tak. Aku bedal je semua. Tapi, aku bengang sebab dia ada dekat situ. Macam-macam soalan nanti dia tanya aku,” bebelnya lagi.

Aria malas nak bertekak dengan Mama Fida. Walaupun salah dia, pasti papa tetap akan menangkan mama tirinya. Habis tu, Aria anak kandungnya ni macam mana.

Setereng kereta dipusing ke kiri. Dah sampai. Restoran ini bukannya jauh sangat pun. Nasib baik masih pagi. Kalau petang sudah pasti lama untuk sampai.

Inilah restoran kegemaran Aria kalau malas nak makan di rumah. Kalau makan di rumah, perempuan mulut becok tu sudah pasti ada. Siapa lagi kalau bukan Mama Fida.

Beg tangan dicapai. Enjin kereta dimatikan.

“Lepas tu, dia tanya pula nak tambah ke tak? Dah dia masak untuk tiga orang saja macam mana aku nak tambah. Tak ikhlas langsung.”

Pintu kereta dibuka dan dikunci. Dia berjalan terus masuk ke dalam restoran.  

“Okey, Aria. Forget about home, now I’m here. Aku akan kenyangkan perut aku. Okey, let’s go.”   

Setelah pesanan dibuat, Aria mengambil tempat duduk. Telefon dikeluarkan. Ada notifikasi masuk.

Nama yang tertera di skrin telefon dilihat. “Aysar?”

Keluahan dikeluarkan. Malas mahu membaca mesej dari lelaki itu. Sejurus itu makanan pun tiba.

Tidak semena-mena seseorang duduk di hadapannya. Tak tenang langsung nak makan. Di rumah ada orang kacau. Takkan di sini pun sama juga.

Aria mengangkat sedikit kepala memandang susuk tubuh di hadapan. Dia terkejut. Air liur ditelan. Nasib baik tak tersembur.

“Kau buat apa kat sini?”

“Aku nak makanlah. Apa soalan kau ni?” balas lelaki itu.

Telefon di dalam beg dikeluarkan telefon. Telefon itu diajukan tepat ke muka lelaki itu.

“Ni kau. Kau baru mesej aku tadi. Sekarang ni kau dah ada kat depan aku. Kau stalk aku, kan?” sudah terang lagi bersuluh, jangan menipu lagi.

“Ish, kau ni tak baiklah! Kebetulan aku nampak kau.” Matanya meliar memandang kekanan. Matanya menolak untuk menatap Aria.

Something is fishy. Aria menggeleng laju. Matanya sedikit dikecilkan. Pandangan tajam diberikan kepada Aysar.

“Kau fikir aku bodoh. Aku belajar ilmu psikologilah. Kau reka cerita je, kan? Mengaku sajalah.” Satu suapan nasi disua ke mulut. Arhhh... aku baru nak makan. Kacau sajalah Aysar ni.

Muka Aysar dah cuak. “Eh, betullah! Buat apa aku tipu. Pandai-pandai saja kau ni.”

Aria meletakkan sudu. Kedua lengan diletakkan secara bersilang di atas meja. Senyuman sinis dia bagi.

“Fakta mengatakan kalau seseorang yang sedang berfikir memandang ke arah kanan maksudnya dia cuba untuk mereka sesuatu. Sekarang dah jelaskan macam mana aku boleh tahu.”

Aysar menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia mengangkat kedua-dua tangannya ke atas seperti orang yang menyerah diri.

“Okey, okey. Kau menang.” Sejurus itu, tangan diturunkan ke bawah.

Aria tersenyum sinis. “Tahu pun kalah. Sekarang jawablah. Kau buat apa dekat sini?”

Aysar menongkat dagu dengan tangan kanan.

“Aku nak jumpa kau.”

Aria mengeluh. Kepala digaru walaupun tidak gatal. Haha. Ayat cliche.

“Kita boleh jumpa dekat kampus kan. Minggu depankan kita mula semestar baru.  Penting sangat ke sampai kau sanggup datang sini semata-mata nak jumpa aku.”

Aysar menyilangkan kedua tangannya. Aria dipandang lama.

“Kau ni tahu atau pura-pura tak tahu.”

Dahi dikerutkan. Pelik. Soalan apa dia ni? Dia nak main-main dengan aku ke?

“Bukan ke sama je. Tahu dengan pura-pura tak tahu. Maksudnya tahulah tu.”

Dahi Aria ditujal dengan jari telunjuk Aysar. Kurang asam kau.

“Aduh, sakitlah Aysar!” Aria mengusap dahi. ‘Nasib baik aku ni kebal. Eh, dak Aysar ni. Aku siram air ni kang,’ hanya disimpan di dalam hati.

“Dahlah. Aku pergi dulu.” Aysar bangkit meningalkan Aria keseorangan.

Aria tergelak kecil. “Apalah dia ni? Ingat aku ni budak-budak.”

Walau apa pun makan perlu diteruskan. Uishhh sedapnya.

“Weh, Aysar! Kau tak nak makan ke?” Nasib baik tak ramai pelanggan pagi itu. Kalau tak buat malu saja.

Aysar sekadar mengangkat tangan kanannya dan digoncangkan. Bermaksud, tak nak!

Tapi apa maksud dia tadi? Haih, jujur sajalah dengan aku Aysar.

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status