Share

Bab 21

MALAM ini aku tak dapat tidur nyenyak kerana sering memikirkan keputusan ayah.

Sampai hati ayah buat aku begini. Membuat keputusan sewenang-wenang tanpa maklumkan pada aku terlebih dahulu hanya kerana mahu menjaga maruah keluarga.

Apa, jahat sangatkah aku? Kenapa dengan hanya mendengar cerita yang tidak benar, ayah terus berfikiran negatif?

Aku yang semuda ini disuruhnya berkahwin? Mustahil aku akan bersetuju. Aku ada pendirian dan haluan hidup sendiri. Mana boleh aku mendirikan rumah tangga dalam usia begini? Tak mungkin!

Ini semua tentu berpunca dari Cikgu Safarin. Barang kali dia yang memujuk ayah. Nantilah dia!

Segera aku bangun lalu bersila atas tilam. Telefon bimbit yang dibelikan Cikgu Safarin, aku ambil dari bawah bantal. Jam yang tertera di atas skrin menunjukkan pukul dua pagi. Tentu Cikgu Safarin dah tidur nyenyak ketika ini.

Locked Chapter
Continue to read this book on the APP

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status