BILIK DR NAD, PUSAT QASEH.
1000 AM.
"DOKTOR, doktor sibuk ke sekarang? Saya ada bawa beberapa buah buku dan fail rujukan yang doktor perlukan," terang Misi Alya berdiri ditengah pintu dalam dakapan ada beberapa fail berkulit keras.
Dr Nad yang agak ralit dengan laporan pemeriksaan Nea terus mendongak langsung mengarahkan jururawat senior pusat itu untuk masuk ke dalam. Misi Alya mengangguk lalu melangkah masuk sambil mata terarah pada fail yang masih lagi terbuka dan gambar Nea juga terpapar dalam isi fail.
"Duduk sebentar Lya, saya ada beberapa soalan yang ingin saya tanya mengenai Nea. Yelah sebelum ini pesakit ini dibawah penyeliaan Dr Ayda sebelum dia berhijrah ke Amerika..." Sambung Dr Nad terdongak seraya menarik ke atas kacamata yang telah melorot ke hidung.
"Ok aje. Tapi apa ya? Sebabnya tak semua juga saya tahu doktor.." Ujar Misi Alya dengan jujur sambil membetulkan duduknya, sesekali matanya terkerling keadaan meja yang agak berserabut.
"Semasa mula-mula Nea sampai ke pusat ini, bagaimana ya tingkah laku dia? Adakah Nea selalu bersikap agresif atau defensif? Hanya akan bertindak apabila dia rasa dirinya terancam?" Soal Dr Nad dari merenung maklumat di dalam fail kini mata dia alihkan ke wajah Misi Alya yang sedang berkerut kening.
"Nea defensif, dia akan memberontak apabila dia 'nampak seseorang' dan seseorang itu berkemungkinan dari masa silamnya.." Terang Misi Alya sementelah perkara tersebut seringkali berada dalam pemikirannya. Siapakah 'dia' yang Nea amat takut sekali itu?
"Nampak seseorang? Maksud Alya? Halusinasi?" Soal Dr Nad kedengaran teruja mahu tahu lebih lanjut. Misi Alya dengan pantas menganggukkan kepalanya.
"Ada kemungkinan juga menjadi salah-satu penyebab dia mengalami situasi depresi yang berpanjangan. Penyakit psikiatri ni sebenarnya ada pelbagai punca dan ia bermula dari perasaan tertekan sehingga menjadi depress lalu membawa kemurungan. Cuma yang perlu kita selidiki sekarang ini adalah untuk mengetahui sama ada ia adalah neurosis, psikosis ataupun D.I.D.."
Misi Alya mengangguk mengiyakan segala fakta tersebut.
"Jadi Dr Nad rasa Nea ni?" Soal Misi Alya ingin tahu. Misi Alya juga kena mempelajari cara-cara penyelidikan Dr Nad pula memandangkan Dr Ayda dan Dr Nad berlainan cara. Dari duduk yang agak santai kini dia tegakkan postur badannya.
"Menurut psikoanalisis awal saya Nea mengalami... Oklah begini... Biar saya gunapakai teori Sigmund Freud. Apa yang saya perhatikan, Nea tiada sedikit pun mahu menggunakan kaedah 'helah bela diri,' maksudnya Nea membiarkan sahaja dirinya 'dikuasai' desakan naluri yang akhirnya membuatkan dirinya menjadi seorang yang kejam dan juga pendendam."
"Helah bela diri? Defense mechanism?" Soal Misi Alya seakan pernah dengar akan teori tersebut melalui pembacaannya. Mata diperkecilkan secara spontan.
"Iya, secara total nya setiap dari kita sebagai individu memerlukan perlindungan daripada sifat kemurungan kerana ia merupakan keadaan yang tidak disenangi dan akan membahayakan kendiri seseorang itu jika tidak dikawal dan apatah lagi jika telah berada diluar dari kawalan."
"Maknanya ia melindungi diri kita dari tekanan? Dan ia reaksi normal dan bersifat universal terhadap tekanan yang dialami, begitu?" Sahut Misi Alya pula dan terus mendapat anggukan dari Dr Nad.
"Bagaimana pula dengan laporan kesihatan Nea? Ada sebarang tanda dia pernah menjadi mangsa rogol atau dera?" Soal Dr Nad sebelum dia menutupi fail bertulisan marker hitam dengan catatan nama NEA FELISYA sambil merenung wajah Misi Alya.
Dr Nad suka akan attitude yang ada pada diri Misi Alya. Tidak seperti di tempat kerja lamanya dahulu.
"Ada, doktor mahu sekarang?" Dan soalan tersebut mendapat anggukan laju dari Dr Nad. Misi Alya mengangkat tubuhnya untuk bangun sebelum dia pamit pada Dr Nad untuk ke makmal fail pesakit.
Sementara menanti Misi Alya datang dengan fail laporan kesihatan, Dr Nad menarik keluar perakam suara dari dalam laci lalu butang on ditekan.
Botol air dipulas dan penutup yang telah longgar itu terus dibuka sebelum ditunggangkan ke dalam mulut. Telinga pula masih lagi mendengar luahan hati Nea Felisya.
"Kenapa kau lakukannya lagi? Kenapa? Aku benci kau... Aku benci kau... Pergi aku kata.. Pergi!" Nada suara semakin berubah.
"Aku bunuh? Aku pembunuh? Hahaha aku pembunuh.. Aku pem..bunuh! Pergi! Pergi jangan dekat dengan aku. Aku pembunuh... Hahaha... uuu.. Bukan, bukan aku bunuh Is.. Bukan aku!"
Rakaman suara dihentikan sebentar. Butang rewind ditekan semula. Pemain dimainkan semula sehingga pada satu pernyataan ini, dengan pantas Dr Nad menekan butang pause pula.
Bahagian tersebut dimainkan semula dalam tahap volume yang sedikit kuat. Dr Nad masih lagi tidak berpuas hati dengar apa yang sedang dia dengar itu.
Pemain akan diulangi lagi dan lagi...
"Aku seakan dapat mendengar suara lain.. Aku yakin.. Tapi betul ke semua ini? Atau sekadar manipulasi Nea, aku harus siasat lebih lanjut .. Nea.. Betul ke awak yang lakukan pembunuhan tersebut?" Soal Dr Nad lalu membuka fail semula.
"Hospital ini bukankah menempatkan kanak-kanak?" Soal Dr Nad lalu mendongak dari membaca satu lagi maklumat terbaru yang tadinya tertinggal.
"Adakah Nea juga kanak-kanak istimewa. Aku harus temui doktor Ayu." Ujar Dr Nad seorang diri. Kacamata segera ditanggalkan kerana mata agak letih. Dipejam celikkan sebentar.
DI SEBUAH BILIK SEPI,
WAKTU TIDAK DIKETAHUI.
NEA yang masih lagi dalam ikatan straitjacket mengengsotkan punggungnya untuk ke sekian kalinya. Memang pergerakan terbatas dan sukar untuk melakukan apa pun jua aktiviti dengan laju pabila tangan terikat sebegitu rupa.
Dia masih lagi diperlukan untuk memakai jaket putih bertali banyak tersebut kerana emosi dan juga tingkahlakunya tidak mengizinkan untuk dibuka dan bebas seperti pesakit lain apatah lagi dia dimasukkan ke situ atas kesalahan membunuh!
Herot-berot mulutnya tetap mahu turun ke bawah setelah dia berjaya menjuntaikan kaki kanan dan sekarang dia mahu menurunkan pula kaki kirinya pula.
Namun disebabkan kaki kirinya dalam keadaan terlipat di bawah punggungnya, itu yang telah menyebabkan Nea hampir terjatuh. Nasiblah ada kaki sebelah lagi sebagai penahan dan menyeimbangi semula posisi duduk Nea.
Nea tetap juga berusaha untuk menarik keluar kaki yang masih lagi terlipat itu dari bawah punggung dengan mengengsotkan sedikit demi sedikit ke depan agar ada ruang kaki itu terkeluar dan terjuntai ke bawah tempat duduk simen panjang yang tinggi itu, tak ubah seperti para di dapur kampung-kampung.
"Argh!" Jeritnya pabila terjatuh kerana tidak menyedari bahawa dirinya telah terlajak dari simen tersebut. Nea mengaduh kesakitan seorang diri dan kini dia sememangnya telah selamat berada di atas lantai namun dalam keadaan sakit kerana terhentak punggung dan kedua belah kakinya pula terlunjur dan sudah tentu makin menyukarkan untuk Nea bergerak.
"Nea... Nea... Kalau kau dengan aku, terima cinta aku sudah tentu kau tak jadi begini. Sedih!!"
Nea yang tak habis-habis mengomel sakit telah dikejutkan oleh suara dan kata-kata berbaur sindiran tersebut. Dengan pantas kepalanya dipusingkan ke belakang biarpun agak janggal dan rasa tercekik dek lilitan jaket yang menyeliputi tubuhnya itu mencapai lehernya.
Mereka saling berbalas pandangan. Nea mengerutkan dahi dan bibirnya seakan cuba menelah sesuatu. Manakala lelaki itu pula masih tersandar pada pintu dengan kaki kanan diangkat dan dilipat lalu tapak kasutnya tersandar pada pintu yang sama, sambil mengulum senyuman penuh makna.
"Kenapa? Kau tak kenal aku atau kau buat-buat tak kenal aku hah, sayang.." Ujar lelaki berkacamata hitam itu seraya bergerak mendekati Nea yang terduduk terikat sebahagian atas dari tubuhnya itu. Bibir masih lagi koyak dengan senyuman.
Nea mengeluh sambil tubuhnya cuba melakukan pergerakan untuk menjauh apabila lelaki yang sedang menanggalkan kacamatanya itu kian mendekat. Senyuman yang terukir pada bibir lelaki itu membuarkan resah pada hati Nea.
"Kau nak ke mana sayang? Kasihankan kena ikat begini?" Sindir dan soal lelaki itu seraya menunduk dan mendekatkan jarak mukanya dengan Nea yang tidak dapat bergerak lagi apabila jaket yang masih terbelit ditubuhnya itu telah dapat dipegang erat oleh figura misteri yang muncul secara tiba-tiba.
"Kau nak apa lagi dari aku? Tolonglah lepaskan aku.." Rayu Nea lagi. Suara yang agak susah penduduk di bangunan itu untuk mendengarnya kini terkeluar juga dan agak nyaring memecah kesunyian ruang kubikel sederhana luas tersebut.
Warden masih lagi memerhati perilaku pesakit 1583 dari balik petak kecil berpenutup itu. Warden itu hadir untuk sesi pantauan para pesakit yang telah ditempatkan pada setiap blok. Dan ketika dia sampai, sememangnya dia telah mendengar akan perbualan Nea dengan seseorang. Suara Nea agak kuat dan seakan sedang merayu-rayu.
"Macam-macam feel pesakit-pesakit kat sini,huh," omel warden itu tergeleng-geleng kerana Nea ternyata bercakap seorang diri. Warden menutup kembali penutup pada petak kecil di permukaan pintu sebelum dia memantau pesakit bilik berjeriji pula.
Dan bilik ini, merupakan bilik terakhir dan yang paling jauh bangunannya dari blok lain.
Figura itu sedar ada 'mata' yang sedang memerhati perbualan diantara dirinya dengan Nea. Satu senyuman sinis kini tersungging di bibir.
"Lepaskan!" Rayuan Nea telah didengari. Figura itu terus melepaskan pegangan pada hujung pakaian berkenaan. Nea terhenyak kembali ke lantai dan tersedu-sedan.
Nea mendongak dan mata mereka berdua kembali bertatapan semula. Ada perubahan yang terjadi pada tampang Nea, tancapan matanya juga agak berlainan sekali.
Figura bertubuh seorang lelaki itu pula yang terbaring mengerekot sambil menekan perutnya yang semakin dilelehi darah.
"Hahahaa... Mampus kau.. Mampus kau aku bunuh!!" Soraknya girang. Terhenjut-henjut bahunya pabila sedang berdekah ketawa.
Tiba-tiba kegirangan tersebut kembali bertukar ke sayu. Nea mengengsotkan tubuhnya dan berusaha untuk melajukan engsotannya itu sambil tergeleng-geleng. Airmata pula bagaikan aliran air terjun dan Nea mengongoi pula sambil tergoyang-goyang.
"Tidak bukan aku. Aku tak sengaja tolong jangan biarkan mereka bawa aku pergi .." Ujar Nea seperti orang waras.
Dr Nad dan Misi Alya saling berpandangan. Setelah beberapa minit Warden meninggalkan bilik sepi itu. Dr Nad telah meminta kebenaran Head Warden atau HW untuk melawat pesakit diluar waktu bekerja.
Pada mulanya Ketua Warden tidak menggalakkan untuk mengadakan sesi psikoanalisis waktu tersebut, Dr Nad tetap juga berkeras dengan memberikan pelbagai alasan. Mahu tak mahu Ketua Warden terpaksa membenarkan tetapi hanya dalam tempohmasa yang dia tetapkan.
Dan kini, Dr Nad dan Misi Alya telah pun berada dalam bilik sepi yang diberi nama Isolation Room itu.
“SORRY! SORRY!” Nad dengan pantas memohon kemaafan dia tahu dia yang tidak nampak akan kehadiran wanita tersebut kerana asyik meneliti Ipad di tangan. Nad terngadah tatkala melihat wajah wanita yang terus mendongak ketika mahu bangun. Lea pandang Nad juga dengan satu renungan semacam. Cepat-cepat dia meminta maaf kemudian terus membuka langkah yang terencatnya tadi. Sedangkan Dr Nad baru sahaja mahu bersuara namun tidak sempat kerana gadis jelita itu lebih pantas melangkah dan ghaib di celahan orang ramai yang juga lalu-lalang di situ. Nad mengeluh sedikit. Terus menunduk dan mengutip kad kecil tersebut lalu diangkat dan diteliti. Terlukis sedikit kerutan pada dahi. “Seperti yang aku jangkakan...” ujarnya lalu mendongak. Nad memang mahu menemui wanita te
“ADIK sakit!!!” Dia terus terbangun dari lena. Tubuh yang tersandar pada dinding terus ditegakkan posisi. Dia menggelengkan kepala apabila lelaki sama kini sedang menyeringai di hadapannya. Dia cuba mengengsot walau sukar dia terpaksa. Dia sudah tidak sanggup menerima semuanya. Di penat dia terluka. Gedegang! Pintu terbuka luas. Ada seorang lagi lelaki berwajah asing yang masuk ke dalam bilik tersebut. Siapa lagi yang bapanya bawakan itu. Segala apa terlepas apabila tubuhnya diraih bawa mendekati tubuh berbadan kekar serta bertatu pada lengan. “Wah, Amin ah manyak nyantik ah lu punya ah moi. Wa suka wa suka. Kasi wa pinjam ah ini malam. Wa pakai lama ini ah moi waa kasi wa punya manyak itu manyak giram...” ujar lelaki berbangsa Cina itu terus me
ZCK CLUB, WAKTU TIDAK DIKETAHUI. “LEA” Sapaan pertama dari seorang gadis jelita dengan skirt merah sendatnya menyentak pendengaran Ian Hanif. Dan gadis jelita yang memperkenalkan dirinya sebagai Lea itu tetap menghulurkan tangannya selagi Ian tidak menyambutnya. Ian meletakkan semula gelas pendek berisi separuh lagi air keruh seakan warna teh pekat atas meja semula sambil di perhatikan oleh bartender. Tajam sekali mata Ian menancap renungan Lea yang berkanta lekap kelabu tersebut sebelum dengan rasa yang teragak-agak dia angkat tangannya menyambut huluran tangan Lea. Lea gariskan senyumannya. Dan dalam hati, seperti yang telah dia yakini selama ini tiada seorang lelaki pun yang takkan menyambut huluran perkenalannya itu.
BUKANNYA dia sengaja hadir tanpa masuk ke dalam pusat itu, tetapi buat masa terdekat ini dia tidak boleh kerana dia sedang diburu. Dia tahu dia sedang dikejar walau bukti masih tidak menunjukkan ke arahnya. Namun naluri kuat menyatakannya. Kerana itulah dia hanya mampu memandang keadaannya adik dari jauh sahaja. Nea dalam setiap seminggu akan ada satu petang untuk dia dibawa keluar bagi mengambil udara luar. Tubuh tidak elok juga jikalau tidak mengenai udara mahupun mentari apatah lagi mentari pagi yang cukup elok untuk kesihatan kulit manusia. Dia terpaksa duduk dalam kerusi roda kerana tubuhnya terpaksa bergari walau straitjacket telah dibukakan buat seketika dan tak elok juga tubuh serta tangan khasnya terlalu lama berada dalam keadaan terlipat ketat begitu.
BILIK GELAP, PUSAT QASEH. WAKTU TAK DIKETAHUI. MISI ALYA merenung jam di tangan dan ternyata masih lagi awal. Dia datang dahulu kerana ada kerja yang perlu dia bereskan sebelum dia dan Dr Nad sama-sama menemui pesakit 1583. Sedang Misi Alya menunggu dengan mengambil tempat duduk atas kerusi besi tempat yang seringkali para Warden duduk ketika menunggu, telinganya seakan terdengar sesuatu. Dia terus berpaling lalu mendekatkan lagi sisi wajahnya ke permukaan pintu tanpa mahu membuka peephole atau petak kecil yang dikhaskan untuk memantau keadaan pesakit sebelah dalamnya. Nea Felisya menggoyangkan tubuhnya makin laju sambil mulut pula mengomel sesuatu yang dia saja fahami. Bada
BILIK PATOLOGI, 1000 AM. KEHADIRAN ASP Zaif ke bilik yang bersuhu sejuk sememangnya di nantikan oleh Dr Ann. Ketika ASP Zaif masuk ke kubikel sederhana luas itu, mata tajam menghala ke katil kiri serta katil kanan yang kelihatan menghimpit katil tengah. Dr Ann sedang ditemani oleh tiga mayat dari berlainan kes kematian. Namun hatinya tiada sedikit pun rasa seriau atau terencat kerana dia sudah terbiasa dikelilingi mayat-mayat. ASP Zaif menjatuhkan gerakan bola mata ke ibu jari kaki di mana ada tergantungnya sekeping kad kecil bertanda nama mayat tersebut. Namun sayangnya hanya bertulis anynomous. “Hai ASP” sapa Dr Ann melemparkan senyuman dari balik pelitup