ZOUC CLUB, SEKITAR METRO KL.
2330 PM.
DIA sekadar memberikan satu anggukan pada dua orang bouncer yang mengawal pintu kelab malam eksklusif tersebut. Tiada segarit senyuman pun yang terukir pada wajah tanpa emosi dan rahang bersegi itu.
Pintu terus dibuka dan dia melangkah masuk. Lantai tari kelihatan amat meriah dengan muzik, lampu berwarna yang berputaran sana dan sini mengiringi para penari tak bertauliah tersebut.
Dj wanita berpakaian seksi terangguk-angguk sambil menggesek cakera padat dan sesekali dia bersuara lantang. Mata terus terpandang sebuah bangku kosong di meja panjang mendepani bartender yang diketika itu sedang mengemas gelas-gelas berkaki tirus. Ada tiga kesemuanya namun dia memilih yang tiada berpelanggan itu.
Seraya menapak ke arahnya. "Hai" Ucapan pertama dari figura tersebut kepada pelayan wanita lengkap dengan memakai vase hitam dan kemeja putih.
"Eh, hai.. Awak ada nak pesan apa-apa?" soal wanita dengan rambut potongan bob itu sambil tersenyum manis.
"Just wanna soft drink," pinta figura yang merupakan seorang lelaki kacak itu dan terus memusingkan bangku berpusing tersebut supaya menghadap lantai tari.
Bau semerbak kian mendekati. Lelaki itu tahu gadis berambut curl paras pinggang itu telah mengekorinya dari kawasan parkir kelab tadi. Sengaja dia berbuat tidak mengendahkan sehinggalah dia terdengar ada bunyi barang jatuh di tepi kakinya.
"Ala.. Kunci I jatuh.." omelnya dengan bersuara manja. Wanita bergaun ketat paras paha itu, seakan sengaja menghimpit tubuh hadapannya ke paha lelaki kacak yang sedang duduk mendepaninya itu.
"Hai.. Ini air awak. Ya miss ada nak pesan apa-apa tak?" soal pelayan yang sama ketika dia melihat kehadiran wanita jelita tersebut.
"Erm.. Kejap ya. Er... Awak. Sebelah awak ni available tak?" soalnya masih lagi bersuara manja sambil terkibas-kibas rambut curl panjangnya dengan gaya Ella.
Lelaki berwajah beku itu sekadar memandangnya dari bawah lalu ke atas sepintas lalu. Biarpun wanita berbibir mungil dan basah dengan lipgloss tebal itu masih tersenyum sengih tak ubah kerang busuk.
"Bagi saya air biasalah ya," ujarnya pada pelayan tersebut. Pelayan yang memahami apakah air itu terus menapak ke arah rak di sebelah belakang. Botol-botol berbentuk tinggi dan ada juga yang berukiran mewah kelihatan tersusun kemas.
Salah-satu botol itu ditarik keluar lalu menapak kembali ke meja panjang di mana ada sebuah rak bertingkat sedang menunggu tangannya untuk mengambil gelas berkaki tirus dari dalamnya.
Penutup dibuka. Meletup bunyinya dan buih kelihatan meleleh menuruni botol tersebut saat pelayan wanita itu menunggang air dari dalam botol tersebut ke dalam gelas. Setelah itu, kepingan nipis lemon ditekan pada sisi gelas. Dia terus meletakkannya atas meja sambil tersenyum dia mempelawa wanita jelita lagi seksi itu untuk minum.
Namun sebelum wanita seksi itu minum air kekuningan dan berbuih tersebut. Dia kembali mengerling ke sebelah sambil tersenyum menggoda.
"You.. Boleh tolong I tak you.. Kunci kereta I terjatuh laaa.. Nanti I tak boleh balik pula.." ujarnya tanpa segan dan silu terus membelai paha lelaki kacak itu.
"Er, by the way nama you apa ya? Rasa kurang manis pulakan tak tahu nama.." ujarnya cuba mengumpan. Manalah tahu kot-kot boleh masuk jerat. Kereta boleh tahan!
Ian tersenyum senget. Nampak gayanya wanita gedik disebelahnya ini mahu merasa penangannya!
Daring habis!
"You.. I tak tanya ni? Tak baik tau sombong-sombong ni," goda wanita itu lagi. Dari duduk di sebelah kini dia bangun dan terus merapati Ian. Wajah pula menghala ke telinga Ian seakan mahu berbisik sesuatu.
"Hai.. Miss ni air miss.." Suara pelayan wanita mencelah diantara bisikan pasangan di hadapan setelah dia lihat gelas itu masih lagi tidak disentuh.
Wanita seksi berambut curl itu sekadar tersenyum mengejek dengan pantas gelas kaki tirus dia pegang dari sebelah bawahnya gaya ampu. Sambil dia meletakkan bibirnya ke pinggir gelas sambil itu dia menancap tajam wajah bersegi itu lama.
Sebelum dia meneguk sengaja bibir gelas dijilat sedikit sambil diperhatikan oleh Ian. Ian langsung bangun mendekati wanita yang masih merenung ulahnya itu lalu tangan Ian menarik pinggang wanita tersebut sambil membisikkan sesuatu.
Minuman barulah wanita seksi itu meneguknya setelah Ian meminumnya sedikit. Malah sengaja wanita berambut beralun itu minum pada bekas bibir Ian.
Setelah Ian meletakkan duit bayaran. Ian kembali menarik dan memeluk pinggang wanita seksi itu dan keduanya tidak ke lantai tari tetapi menuju ke bilik persendirian.
BILIK DR NAD, PUSAT QASEH.
0900 AM.
"DOKTOR pesakit 1583 mengamuk semula!"
Dr Nad yang masih lagi ralit meneliti fail maklumat pesakit dengan pantas mendongak sambil menaikkan semula kacamata yang melorot.
Warden dan Misi Alya betul-betul kelihatan cuak. Dr Nad mulai berkerut kening tanda kenapa dan ada apa.
Dalam masa yang sama, Dr Nad sempat mengerling ke arah tubuh seseorang yang baru lalu di laluan hadapan pintu bilik. Dengan pantas dia bangun sambil mencapai satu picagari dari dalam kidney bowl sebelum dia menapak ke arah mereka berdua.
"Mari cepat!" arah Dr Nad bergerak dahulu dan diikuti Misi Alya dan Omar Warden. Kedua-dua mereka terangguk-angguk sebelum membuntuti Dr Nad.
Dari jauh, mereka bertiga telah dapat mendengar satu jeritan namun ia tidak kuat dan kedengaran agak tenggelam timbul mungkin kerana keadaan dalaman bangunan setingkat itu yang bersimen tebal.
"Ya Allah Sue!" pekik Misi Alya nyaring sekali. Dia yang kemengahan akibat berlari begitu terkejut melihat perkara tersebut begitu juga dengan Dr Nad, sudahlah pakaiannya pada hari itu tidak sesuai untuk acara lari.
"Nea... Kenapa ni? Nea tolong lepaskan dia," Dr Nad bertolenrasi dahulu dan semakin mendekati Nea. Mungkin silap dia juga membuka Straitjacket dari tubuh Nea kerana ingatkan Nea sudah boleh bertenang tetapi rupa-rupanya hipotesis itu tersasar.
Omar Warden telah bersiaga dengan cota serta gari manakala Misi Alya pula picagari dan straitjacket tersedia ditangan. Hanya menanti arahan sahaja. Nafasnya masih lagi laju selaju aliran adrenalinnya kini.
Nea masih lagi memeluk dengan kejap seorang jururawat bernama Suhaila dari arah belakang dan sedang menghunus picagari yang telah dia rampas dari tangan jururawat malang itu, bahagian jarumnya betul-betul terhala pada leher misi pelatih yang bernasib malang itu.
Jururawat itu hadir ke bilik yang menempatkan pesakit bernama Nea untuk pemeriksaan kesihatan berkala namun entah di mana silapnya, Misi Suhaila telah diserang hendap oleh Nea.
"Nea.. Dia bukan Jeff" Dr Nad tetap memujuk Nea. Dr Nad makin lama makin menghampiri bahagian hadapan Misi Suhaila sambil memberi isyarat diam menggunakan jarinya yang diletakkan atas bibir.
Misi Suhaila yang kepucatan dek rasa takut yang amat sangat mengangguk dengan pantas.
"Nea, lepaskan kakak ini. Dia bukan Jeff sayang, tengok dia kan perempuan macamana dia boleh jadi Jeff pulakan?" soal Dr Nea cuba menjinakkan emosi Nea yang sedang mengganas itu.
Dan apabila Dr Nad melihat wajah garang Nea makin memudar, dia memulakan langkah untuk ke arah belakang Nea. Nea pula tetap tidak mahu melepaskan jururawat itu malah makin dia mengancam mahu menikam Misi Suhaila dengan picagari berisi cecair yang tidak diketahui ubat untuk apa.
"Diam.. Diam kamu semua. Kamu semua gila! Dia memang Jeff, dia memang Jeff.." tegas Nea dan pada hujung bicaranya pula kedengaran makin lirih.
"Dia mahu bunuh aku. Dia pembunuh Is kekasih aku. Biarkan aku bunuh dia saja barulah dia tak menganggu aku!" pekik dan ancam Nea makin mempererat pegangannya pada pinggang Misi Suhaila sehingga Misi Suhaila terjerit ketakutan.
"Nea sayang.." panggil satu suara dari arah belakang. Nea berpaling ke belakang pun begitu tubuh Suhaila tetap didakap erat.
"Nea ini Is.. Nea, siapa yang Nea peluk tu? Ini Is sayang.." Pujuk satu figura yang memperkenalkan dirinya sebagai Is. Nea terpinga-pinga sebentar sambil lensamata tetap terarah pada Is. Is mengoyakkan senyumannya dan cuba mendekati Nea.
"Jangan dekat. Jangan dekat aku, kau.. Kau siapa hah, kau bukan Is. Is.. Dah lama mati. Is dah lama mati.. Ak.. Aku .. Aku yang tikam dia.. Aku.. Aku tak sengaja... Aku sayang dia.. Is.. Betul kau Is? Is.. Kenapa buat Nea begini, mana Is pergi.. Kenapa tinggalkan Nea?"
Tanpa Nea sedari pelukan pada tubuh Misi Suhaila kian longgar. Dalam masa yang sama, Dr Nad juga semakin menghampiri Nea. Dr Nad nampak genangan airmata Nea ketika mereka bersabung mata.
Di pandangan Nea Felisya, Dr Nad itu adalah Is. Is yang dianggap olehnya sebagai kekasih. Oleh kerana itulah, Misi Alya semakin tertanya-tanya siapa pula Jeff dan adakah kedua mereka ini benar-benar wujud atau ingatan palsu atau mungkin juga halusinasi?
"Argh!"
"Dr Nad?" jerit kesemua mereka termasuk Misi Suhaila yang berjaya melepaskan dirinya namun Dr Nad pula yang menjadi mangsa Nea.
Hanya kerana tersilap satu langkah Dr Nad kecundang.
"Kau bukan Is tapi kau Jeff.. Hahaha... Kau memang nak mampus..Hahahaha.. Kau dah sakiti aku, kali ini aku ak..." Nea tergamam entah kenapa lehernya terasa ditusuk sesuatu yang tajam.
Seluruh anggota semakin tidak berdaya dan dikesempatan itu Dr Nad yang telah terlepas bersama dengan Misi Alya terus membalut tubuh Nea dengan pakaian straitjacket.
Nea sekadar mematungkan dirinya dikala Dr Nad dan Misi Alya mengikat tali-tali pengikat berbentuk tali pinggang itu dengan ikatan memusing.
Kini tugas Omar Warden pula membawa Nea ke bilik pengasingan lagi satu yang berada dalam kawalan ketat dan untuk melepasi ke sana memerlukan pas bagi menempuh lorong kawat berduri.
Nea tidak dibenarkan untuk dilawati oleh para pelawat hanya doktor, misi juga Warden yang telah di arahkan sahaja yang dibenarkan masuk ke dalam. Mereka juga perlu membawa pas kemasukan.
Dr Nad menggelengkan kepalanya. Dia yakin kes terbarunya ini rumit. Dr Nad terus mendapatkan dua jururawatnya sebelum menyoal tentang keadaan Misi Suhaila.
"Sebentar.. Terima kasih kerana membantu kami tadi, by the way my name is Dr Nad and you?" soal Dr Nad dengan pantas mendapatkan lelaki berjubah putih seperti dirinya itu.
Senyuman salam Dr Nad tidak diendahkan oleh doktor tersebut. Pun begitu, Dr Nad tetap ingin beramah mesra kerana dia masih baru di situ. Jadi sudah tentu ada lagi doktor perawat pusat itu belum dia kenali lagi.
"Yang ini Dr Ian, Dr Nad.." Misi Alya pula yang bersuara. Dr Ian sekadar mengulum senyum sengetnya dan terus meninggalkan Dr Nad. Terkebil-kebil mata Dr Nad dan mengalihkan renungannya itu ke Misi Alya.
"Doktor jangan ambil hati dengan Dr Ian tu, dia memang macam tu. Actually dia ok cuma dia tu agak pendiam..." ujar Misi Alya bersama senyuman.
"Dan misteri.." sahut Misi Suhaila pula sambil dipukul tangannya oleh Misi Alya. Misi Suhaila tersengih sambil menyapu-yapu lengannya yang pijar kesan kena cubit.
"Misteri?" soal Dr Nad sekali lagi sambil memandang Misi Alya.
"Takde apa-apa doktor.. Suhaila memang begini sebab tula kena serang tadi hihi.." sahut Misi Alya sambil terpekup-pekup mulutnya menahan ledakan tawa.
"Kak Alya tak baik tau..."
“SORRY! SORRY!” Nad dengan pantas memohon kemaafan dia tahu dia yang tidak nampak akan kehadiran wanita tersebut kerana asyik meneliti Ipad di tangan. Nad terngadah tatkala melihat wajah wanita yang terus mendongak ketika mahu bangun. Lea pandang Nad juga dengan satu renungan semacam. Cepat-cepat dia meminta maaf kemudian terus membuka langkah yang terencatnya tadi. Sedangkan Dr Nad baru sahaja mahu bersuara namun tidak sempat kerana gadis jelita itu lebih pantas melangkah dan ghaib di celahan orang ramai yang juga lalu-lalang di situ. Nad mengeluh sedikit. Terus menunduk dan mengutip kad kecil tersebut lalu diangkat dan diteliti. Terlukis sedikit kerutan pada dahi. “Seperti yang aku jangkakan...” ujarnya lalu mendongak. Nad memang mahu menemui wanita te
“ADIK sakit!!!” Dia terus terbangun dari lena. Tubuh yang tersandar pada dinding terus ditegakkan posisi. Dia menggelengkan kepala apabila lelaki sama kini sedang menyeringai di hadapannya. Dia cuba mengengsot walau sukar dia terpaksa. Dia sudah tidak sanggup menerima semuanya. Di penat dia terluka. Gedegang! Pintu terbuka luas. Ada seorang lagi lelaki berwajah asing yang masuk ke dalam bilik tersebut. Siapa lagi yang bapanya bawakan itu. Segala apa terlepas apabila tubuhnya diraih bawa mendekati tubuh berbadan kekar serta bertatu pada lengan. “Wah, Amin ah manyak nyantik ah lu punya ah moi. Wa suka wa suka. Kasi wa pinjam ah ini malam. Wa pakai lama ini ah moi waa kasi wa punya manyak itu manyak giram...” ujar lelaki berbangsa Cina itu terus me
ZCK CLUB, WAKTU TIDAK DIKETAHUI. “LEA” Sapaan pertama dari seorang gadis jelita dengan skirt merah sendatnya menyentak pendengaran Ian Hanif. Dan gadis jelita yang memperkenalkan dirinya sebagai Lea itu tetap menghulurkan tangannya selagi Ian tidak menyambutnya. Ian meletakkan semula gelas pendek berisi separuh lagi air keruh seakan warna teh pekat atas meja semula sambil di perhatikan oleh bartender. Tajam sekali mata Ian menancap renungan Lea yang berkanta lekap kelabu tersebut sebelum dengan rasa yang teragak-agak dia angkat tangannya menyambut huluran tangan Lea. Lea gariskan senyumannya. Dan dalam hati, seperti yang telah dia yakini selama ini tiada seorang lelaki pun yang takkan menyambut huluran perkenalannya itu.
BUKANNYA dia sengaja hadir tanpa masuk ke dalam pusat itu, tetapi buat masa terdekat ini dia tidak boleh kerana dia sedang diburu. Dia tahu dia sedang dikejar walau bukti masih tidak menunjukkan ke arahnya. Namun naluri kuat menyatakannya. Kerana itulah dia hanya mampu memandang keadaannya adik dari jauh sahaja. Nea dalam setiap seminggu akan ada satu petang untuk dia dibawa keluar bagi mengambil udara luar. Tubuh tidak elok juga jikalau tidak mengenai udara mahupun mentari apatah lagi mentari pagi yang cukup elok untuk kesihatan kulit manusia. Dia terpaksa duduk dalam kerusi roda kerana tubuhnya terpaksa bergari walau straitjacket telah dibukakan buat seketika dan tak elok juga tubuh serta tangan khasnya terlalu lama berada dalam keadaan terlipat ketat begitu.
BILIK GELAP, PUSAT QASEH. WAKTU TAK DIKETAHUI. MISI ALYA merenung jam di tangan dan ternyata masih lagi awal. Dia datang dahulu kerana ada kerja yang perlu dia bereskan sebelum dia dan Dr Nad sama-sama menemui pesakit 1583. Sedang Misi Alya menunggu dengan mengambil tempat duduk atas kerusi besi tempat yang seringkali para Warden duduk ketika menunggu, telinganya seakan terdengar sesuatu. Dia terus berpaling lalu mendekatkan lagi sisi wajahnya ke permukaan pintu tanpa mahu membuka peephole atau petak kecil yang dikhaskan untuk memantau keadaan pesakit sebelah dalamnya. Nea Felisya menggoyangkan tubuhnya makin laju sambil mulut pula mengomel sesuatu yang dia saja fahami. Bada
BILIK PATOLOGI, 1000 AM. KEHADIRAN ASP Zaif ke bilik yang bersuhu sejuk sememangnya di nantikan oleh Dr Ann. Ketika ASP Zaif masuk ke kubikel sederhana luas itu, mata tajam menghala ke katil kiri serta katil kanan yang kelihatan menghimpit katil tengah. Dr Ann sedang ditemani oleh tiga mayat dari berlainan kes kematian. Namun hatinya tiada sedikit pun rasa seriau atau terencat kerana dia sudah terbiasa dikelilingi mayat-mayat. ASP Zaif menjatuhkan gerakan bola mata ke ibu jari kaki di mana ada tergantungnya sekeping kad kecil bertanda nama mayat tersebut. Namun sayangnya hanya bertulis anynomous. “Hai ASP” sapa Dr Ann melemparkan senyuman dari balik pelitup