Share

Kerana Aku Istrinya
Kerana Aku Istrinya
Auteur: PenTekan

PENGENALAN

Auteur: PenTekan
last update Dernière mise à jour: 2025-08-31 07:48:12

Imbas Kembali

Hana Auni bukan sesiapa. Bukan datang dari keluarga ternama, bukan graduan universiti luar negara yang gah dipuji. Dia hanyalah seorang gadis kampung, dibesarkan oleh datuknya, Tuan Roslan, selepas kehilangan ibu dan ayah sejak kecil. Dunia korporat baginya satu dunia asing, tidak pernah terfikir akan dimasukinya, apatah lagi duduk sebaris dengan tokoh-tokoh terkemuka negara.

Sederhana cita-citanya, tenang hidupnya. Bila dia mula mencari kerja selepas tamat pengajian, dia hanya mahu satu — jawatan kerani am. Cukup baginya sekadar kerja pejabat biasa, dengan waktu kerja tetap, tugas yang tidak berat, dan gaji yang boleh tampung kehidupan sederhana di kota.

Namun takdir, seperti biasa, tidak pernah berjalan lurus seperti yang dirancang.

Satu hari, Hana melihat satu iklan kerja kosong di JobStreet. Syarikat besar. Nama yang dia tak kenal sangat — Metro Nova Berhad. Hana sekadar mencuba. Hatinya berkata, peluang tetap peluang.

Tidak lama kemudian, dia menerima panggilan untuk hadir temuduga. Dan seperti biasa, Hana datang dalam keadaan sedikit kelam-kabut. Baju kurung sederhana, fail sijil dipegang tangan kiri, dan beg silang yang tali dah hampir putus. Dalam lif, dia tersalah tekan tingkat. Tiba di pejabat, dia tersilap masuk bilik pantry. Dan saat bertembung dengan lelaki tinggi berwajah serius — fail sijilnya jatuh berselerak ke lantai.

Lelaki itu adalah Armand Adam, CEO muda Metro Nova.

Namun, anehnya, walaupun Hana yakin dirinya pasti gagal temuduga itu, dia menerima berita bahawa dia diterima bekerja — bukan sebagai kerani, tetapi sebagai Pembantu Khas Sementara kepada CEO.

Rupa-rupanya, PA sebelum ini telah dipecat kerana menyalurkan maklumat penting tender kepada pihak pesaing. Pihak pengurusan memerlukan seseorang yang jujur, tidak bermuka-muka, dan sedia belajar. Hana mungkin kelam-kabut, tapi keikhlasannya jelas terpancar.

Itulah permulaan Hana di Metro Nova.

Hari-harinya berubah. Pejabat korporat yang dulu sunyi dan terlalu formal, mula ceria dengan kehadiran seorang gadis kampung yang bercakap laju bila panik, buat lawak spontan bila gelabah, tapi cukup tekun bila diberi tugasan. Dari membantu Armand mengatur jadual, hingga menjadi pelindung ‘tak rasmi’ bila bos kesayangan ramai itu ditekan media atau dikelilingi drama pejabat.

Namun, semua ini hanyalah permulaan kepada kisah yang lebih besar — lebih mengejutkan.

Satu wasiat lama telah ditemui — ditulis oleh arwah Tan Sri Adam Syah, datuk kepada Armand. Dalam wasiat itu, disebut satu janji yang pernah dibuat bersama sahabatnya, Tuan Roslan — datuk Hana sendiri.

Mereka pernah berikrar: jika anak-anak mereka tidak sempat disatukan, maka biarlah cucu mereka dikahwinkan. Dan kini, tinggal dua nama yang memenuhi syarat itu — Armand dan Hana.

Armand, walaupun enggan, akur demi syarikat. Pewarisan Metro Nova terikat pada syarat perkahwinan itu. Armand bersetuju dengan satu syarat: nikah kontrak. Bukan kerana cinta. Cuma atas kertas. Selepas tempoh tertentu, masing-masing bebas membawa haluan.

Hana, walaupun terkejut, akhirnya akur. Dia tidak mahu mengecewakan datuknya, dan dia percaya bahawa jodoh itu tak semestinya bermula dengan cinta. Namun satu perkara dia pasti — kalau dia sudah menjadi isteri, maka dia akan jadi isteri yang sebenar. Bukan isteri pinjaman. Bukan isteri sementara.

Perkahwinan mereka berlangsung dalam suasana tertutup. Tiada pelamin besar, tiada gimik viral. Hanya dua insan yang dipertemukan oleh takdir dan diwajibkan untuk bersama.

Tinggal serumah, tetapi bukan semestinya sebantal. Hubungan mereka bermula dengan rasa janggal. Banyak salah faham. Banyak diam. Tapi sedikit demi sedikit, rasa itu berubah. Dari menjaga, mula rasa sayang. Dari segan, mula selesa. Armand mula melihat Hana bukan lagi sekadar ‘tugasan wasiat’, tetapi wanita yang penuh semangat dan kejujuran — sesuatu yang jarang ditemui dalam dunianya yang penuh tipu daya.

Namun, bukan cinta namanya jika tidak diuji.

Muncul Carmila — wanita masa lalu Armand. Satu ketika dahulu, dia pernah ada tempat di hati lelaki itu. Tapi kini, dia kembali dengan dendam. Carmila mahu Armand. Dan untuk dapatkan lelaki itu, dia sanggup lakukan apa sahaja — termasuk menabur fitnah, memanipulasi media, dan akhirnya... menculik Hana.

Hari-hari itu adalah mimpi ngeri. Namun Armand tidak tinggal diam. Dan Hana, walaupun menjadi mangsa, tetap tidak gentar. Dari saat itulah, hubungan mereka diuji bukan dengan kata-kata, tetapi dengan tindakan. Armand bertarung untuk menyelamatkan isterinya. Dan Hana... tetap berdiri demi rumah tangganya.

Selepas badai itu reda, cinta mereka lebih kukuh dari sebelumnya.

Bukan itu sahaja. Krisis yang berlaku memberi kesan kepada Metro Nova. Dalam tekanan media, kerugian saham, dan kekeliruan dalaman, Hana tampil dengan strategi yang berani dan kreatif. Dalam diam, dia membantu menyelamatkan syarikat daripada kemusnahan. Dan atas kebijaksanaan serta keberanian itu, Hana diangkat menjadi Ketua Pegawai Pemasaran (CMO) — wanita pertama yang memegang jawatan setinggi itu dalam sejarah Metro Nova.

Kini, enam tahun telah berlalu.

Armand dan Hana tidak lagi asing antara satu sama lain. Mereka suami isteri yang bukan sahaja bekerjasama dalam syarikat, tetapi membina keluarga yang indah. Mereka kini dikurniakan seorang anak lelaki — Danish. Nakal, bijak, manja. Seperti gabungan dua dunia mereka dalam satu jiwa kecil.

Hidup mereka tidak sempurna. Kadang-kadang masih ada pertengkaran kecil, perbezaan pendapat, dan gelagat manja yang memeningkan. Tapi itu semua adalah warna — warna yang membuatkan cinta mereka lebih hidup.

Dari seorang gadis kampung yang hanya mahu jadi kerani, Hana kini berdiri sebagai wanita hebat di sisi seorang CEO.

Dan Armand, dari lelaki dingin tanpa emosi, kini menjadi suami yang penuh rasa — kerana wanita yang mengajarnya bahawa cinta bukan sekadar pilihan, tetapi keputusan untuk tetap bersama… walau apa pun yang datang.

Dan di sinilah kisah ini disambung semula.

Kerana walaupun mereka sudah enam tahun bersama, hidup masih belum selesai menulis kisah mereka.

Continuez à lire ce livre gratuitement
Scanner le code pour télécharger l'application

Latest chapter

  • Kerana Aku Istrinya   BAB AKHIR

    Sudah hampir setahun sejak malam penuh kehangatan itu, tapi malam ini suasana di villa berubah menjadi tegang.Armand tiba-tiba panik, berdiri kebingungan di ruang tamu. “Hana... Hana, awak okay ke?” suaranya hampir terangkat.Hana yang sarat mengandung, tiba-tiba menahan sakit yang makin kuat. “Armand... sakit ni...” katanya terengah-engah.Dari dapur, Kak Ros tiba-tiba muncul sambil menjerit, “Datin Hana, dah nak bersalin ni!”Armand terus jadi kelam kabut, pandang kanan kiri, capai kunci kereta tanpa fikir panjang. “Kak Ros, saya bawa Hana ke hospital sekarang juga!”Kak Ros cepat-cepat ke arah Armand, sambil memegang beg tangan Hana. “Dato’, jangan lupa bawa beg Datin sekali, nanti nurse marah pula kita sebab tak bawa barang lengkap!”Armand sambil tergesa-gesa jawab, “Kak Ros, kakak ikut sekali ya! Kak Lina jaga Danish kat rumah.”Kak Ros angguk pantas. “Okay Dato’, saya ikut!”Armand bantu Hana ke kereta,

  • Kerana Aku Istrinya   BAB 81

    Pagi itu, MPV hitam meluncur masuk ke kawasan parkir Metro Nova. Pak Rahman segera turun, membuka pintu penumpang belakang. Hana dan Armand melangkah keluar dengan penuh yakin, kini membawa gelaran baru — Dato’ Armand dan Datin Hana.Di lobi utama, suasana sudah hangat. Semua staf berkumpul, berbaris rapi di kedua sisi, menunggu kehadiran pasangan yang baru saja menerima anugerah kebesaran negeri itu. Pegawai eksekutif berdiri tegap di depan barisan staf, wajah mereka mencerminkan hormat dan semangat menyambut.“Hai, Datin Hana!” seorang staf muda melambai dengan ceria sambil senyum lebar.“Dato’ Armand, tahniah, tuan!” sorak seorang lelaki dari jabatan pemasaran, namun secara refleks masih menyebut ‘tuan’ Armand seperti biasa.“Eh, Datin, jangan lupa bawa kami makan besar nanti ya!” seloroh seorang wanita dari bahagian operasi.Hana tersenyum lembut, memandang Armand di sisinya. “Lihat, awak, mereka masih belum biasa dengan gelaran kita,

  • Kerana Aku Istrinya   spesial

    Lima tahun telah berlalu. Di sebuah kota besar yang tidak pernah tidur, London, dengan kesibukan kenderaan dan orang-orang yang mengejar kehidupan masing-masing, seorang lelaki Melayu berdiri di tepi dinding cermin besar pejabatnya. Matanya merenung jauh ke arah pemandangan kota yang sibuk itu, seolah-olah mencari sesuatu yang jauh di lubuk hatinya.Di belakangnya, sebuah meja pejabat yang luas dipenuhi dokumen dan komputer. Di atas meja itu terpamer sebuah gambar keluarga—Armand dan Hana tersenyum bahagia bersama anak-anak mereka, Danish yang berumur sepuluh tahun, dan si kembar Zahra Auni serta Sarah Auni yang sudah lima tahun. Gambar itu menjadi saksi bisu betapa hangatnya kasih sayang yang terjalin.Lelaki itu menarik nafas panjang, mengimbau kenangan kampung halamannya. Rindu pada ibu, Maksu Normah, dan ayah, Paksu Razak, yang selama ini menjadi tulang belakangnya. Walaupun jauh dari tanah air, hatinya tetap terpaut pada keluarga yang dia cintai. Dia tahu, kel

  • Kerana Aku Istrinya   BAB 82

    Jam hampir mencecah pukul lima petang. Bunyi papan kekunci dan telefon di pejabat mulai reda satu demi satu. Hana menutup fail terakhir di atas meja, menarik nafas panjang sebelum mematikan komputer.Tangannya cekap mengemas meja — menyusun pen, menolak kerusi, dan memastikan segalanya rapi seperti biasa. Dia menyandang beg tangan, melangkah keluar dari bilik pejabatnya dengan langkah sederhana.Turun ke lobi, Hana terpandang sosok yang sudah terlalu dikenali. Armand sedang berdiri bersebelahan sofa tetamu, berbual ringkas dengan pengawal keselamatan.“Awal tunggu hari ni?” tegur Hana sambil menghampiri.Armand berpaling, senyuman tipis terukir. “Kebetulan mesyuarat habis awal. Saya fikir kita boleh balik sekali.”Mereka berjalan beriringan ke pintu utama.“Macam mana hari pertama kerja dengan gelaran baru?” tanya Armand sambil sempat menjeling nakal.Hana sekadar menggeleng sambil tersenyum, “Tak ada beza pun. Orang je

  • Kerana Aku Istrinya   BAB 76

    Keesokan harinya, kafe kecil di tepi pejabat itu seperti biasa dipenuhi pelanggan yang datang dan pergi. Hana duduk bersama Emy dan Tasya, menikmati hidangan tengah hari mereka. Suasana santai itu dipenuhi dengan gelak tawa dan perbualan ringan.“Hana, kau macam tak seronok hari ni. Ceritalah sikit, mana tahu boleh lega,” Emy memandang Hana dengan penuh perhatian.Hana menghela nafas panjang.“Tak ada apa, cuma banyak benda bermain di kepala.”Tasya menyengih, “Benda kerja ke? Jangan simpan sorang-sorang, share dengan kami.”Hana cuba tersenyum, tetapi matanya tak lekang memandang pintu kafe.Tiba-tiba, pintu itu terbuka dan masuk seorang lelaki. Langkahnya perlahan tapi penuh tujuan. Hana mengenalinya — Fakhri.“Kenapa dia datang sini?” Hana bertanya dalam hati, rasa tidak senang mula membuak.Fakhri melangkah ke meja mereka, suara sedikit perlahan, “Kak Hana… boleh saya cakap sekejap?”Emy dan Tasya s

  • Kerana Aku Istrinya   BAB 80

    Pagi yang cerah menyelinap masuk ke pejabat Armand, membasahi lantai marmer dengan cahaya keemasan. Armand sedang asyik membaca laporan kewangan, jarang sekali dia kelihatan santai sebegini.Tuk... tuk... tuk...“Masuk!” Armand menjerit tanpa bangun, matanya tak lepas dari dokumen.Pintu terbuka perlahan, dan seorang lelaki berbaju sut dengan badge Bahagian Protokol Negeri melangkah masuk.“Tuan Armand?”“Ya, saya. Ada apa?”Lelaki itu menghulurkan sampul putih yang dihiasi jata negeri Johor berwarna emas dan cop mohor merah yang masih segar.“Ini surat jemputan rasmi, tuan. Majlis Penganugerahan Darjah Kebesaran Negeri Johor oleh Sultan Johor, hujung bulan ni.”Di saat itu, Hana masuk membawa fail. Matanya terus tertancap pada sampul itu.“Surat apa tu? Macam surat dari zaman datuk nenek kita!”Armand senyum kecil sambil membuka sampul. “Betul. Jemputan dari Sultan. Ada mohor merah lagi ni.”

Plus de chapitres
Découvrez et lisez de bons romans gratuitement
Accédez gratuitement à un grand nombre de bons romans sur GoodNovel. Téléchargez les livres que vous aimez et lisez où et quand vous voulez.
Lisez des livres gratuitement sur l'APP
Scanner le code pour lire sur l'application
DMCA.com Protection Status