Malam itu, Hana dan Armand duduk di atas anjung bumbung villa mereka. Angin malam yang sejuk menyapa lembut, membawa aroma segar dari taman di bawah. Lampu-lampu bandar di kejauhan berkelip terang, tapi sinarnya terlalu kuat sehingga bintang-bintang di langit nampak seperti malu-malu, hanya kelihatan satu dua sahaja. Hana mencondong badan ke hadapan sambil menunjuk ke arah langit gelap. “Awak nampak tak tu?” suaranya penuh harapan. Armand mengerutkan kening, mata memerhati ke arah yang ditunjuk. “Mana tu?” Dia mengerling tajam ke satu titik kecil yang berkelip. “Eh, itu bukan bintang la… tu helikopter ronda malam,” katanya serius, kemudian menyengih. Hana mengeluh. “Bintang pun takut nak bersinar sebab lampu bandar ni terang sangat. Macam funfair je.” Armand ketawa kecil, menyandarkan badan ke belakang. “Yup. Cahaya sini memang buat bintang malu-malu nak keluar. Tapi…”
Terakhir Diperbarui : 2025-09-01 Baca selengkapnya