Share

BAB 12

Penulis: PenTekan
last update Terakhir Diperbarui: 2025-09-01 08:15:32

Malam itu, Hana dan Armand duduk di atas anjung bumbung villa mereka. Angin malam yang sejuk menyapa lembut, membawa aroma segar dari taman di bawah. Lampu-lampu bandar di kejauhan berkelip terang, tapi sinarnya terlalu kuat sehingga bintang-bintang di langit nampak seperti malu-malu, hanya kelihatan satu dua sahaja.

Hana mencondong badan ke hadapan sambil menunjuk ke arah langit gelap.

“Awak nampak tak tu?” suaranya penuh harapan.

Armand mengerutkan kening, mata memerhati ke arah yang ditunjuk.

“Mana tu?” Dia mengerling tajam ke satu titik kecil yang berkelip.

“Eh, itu bukan bintang la… tu helikopter ronda malam,” katanya serius, kemudian menyengih.

Hana mengeluh. “Bintang pun takut nak bersinar sebab lampu bandar ni terang sangat. Macam funfair je.”

Armand ketawa kecil, menyandarkan badan ke belakang.

“Yup. Cahaya sini memang buat bintang malu-malu nak keluar. Tapi…”

Lanjutkan membaca buku ini secara gratis
Pindai kode untuk mengunduh Aplikasi
Bab Terkunci

Bab terbaru

  • Kerana Aku Istrinya   BAB 14

    Langkah kaki Hana masuk ke dalam rumah itu terasa seperti melangkah ke zaman silam yang diperbaharui. Ruang tamu rumah banglo itu luas dan selesa — kemas tersusun dengan perabot jati lama yang masih berkilat, langsir kain kapas bunga kecil, dan gambar keluarga tergantung di dinding. “Mak masih simpan gambar kahwin kita?” Hana menunjuk ke satu bingkai foto di dinding. Gambar dia dan Armand tersenyum di pelamin, dengan Puan Maznah berdiri di sisi—muka bangga tapi mata bergenang masa tu. “Eh mestilah! Bukan senang nak kahwin dengan anak Dato’,” jawab Puan Maznah, sambil membetulkan bantal kecil di sofa. Armand tergelak sambil letak beg Danish atas lantai. “Bukan anak Dato’ je, mak… saya pun untung dapat menantu pandai masak.” “Masak?” Puan Maznah berpaling tajam. Hana cepat-cepat mencelah. “Mak! Jangan mula. Armand tu suka perli.” “Nasib baik dia tahu. Masakan kamu masa mula kahwin dulu… Allahu. G

  • Kerana Aku Istrinya   BAB 13

    Armand bersandar santai di sisi kereta hitam berkilat itu, sambil jari telunjuknya melambai-lambai kunci kereta di udara. Senyuman dia waktu tu lebih lebar daripada senyuman hos TV bila umumkan pemenang cabutan bertuah. “Pak Rahman,” panggil Armand, bagi isyarat tangan macam nak serah trofi kemenangan. “Hari ni awak boleh tidur sampai malam. Saya yang drive.” Pak Rahman yang baru keluar dari pintu pagar, berhenti langkah serta-merta. Dahi dia berkerut macam cuba kira kos minyak sawit turun naik. “Saya takde kerja hari ni?” soalnya, nada penuh curiga. Bukan senang dia tengok tuan CEO tu nak pandu kereta sendiri. Kali terakhir dia tengok Armand pegang stereng, jalan pun naik pening. “Betul,” jawab Armand sambil genggam kunci dengan bangga. “Awak cuti. Hari ni saya nak merasa drive sendiri bawa isteri dan anak balik kampung. CEO pun kena ada hari cuti berjiwa rakyat.” Pak Rahman senyum, angguk perlahan. “Kalau m

  • Kerana Aku Istrinya   BAB 12

    Malam itu, Hana dan Armand duduk di atas anjung bumbung villa mereka. Angin malam yang sejuk menyapa lembut, membawa aroma segar dari taman di bawah. Lampu-lampu bandar di kejauhan berkelip terang, tapi sinarnya terlalu kuat sehingga bintang-bintang di langit nampak seperti malu-malu, hanya kelihatan satu dua sahaja. Hana mencondong badan ke hadapan sambil menunjuk ke arah langit gelap. “Awak nampak tak tu?” suaranya penuh harapan. Armand mengerutkan kening, mata memerhati ke arah yang ditunjuk. “Mana tu?” Dia mengerling tajam ke satu titik kecil yang berkelip. “Eh, itu bukan bintang la… tu helikopter ronda malam,” katanya serius, kemudian menyengih. Hana mengeluh. “Bintang pun takut nak bersinar sebab lampu bandar ni terang sangat. Macam funfair je.” Armand ketawa kecil, menyandarkan badan ke belakang. “Yup. Cahaya sini memang buat bintang malu-malu nak keluar. Tapi…”

  • Kerana Aku Istrinya   BAB 11

    Sebuah kereta hitam mewah perlahan-lahan membelok masuk ke halaman villa yang terletak di kawasan elit itu. Pagar automatik terbuka luas seperti menyambut tetamu kehormat — dan hari ini, memang itu pun yang berlaku.Armand berdiri tegak di depan rumah, mengenakan kemeja kasual tapi bergaya, dengan senyuman lebar yang sudah bersedia sejak lima minit lepas.“Ni bukan sebarang hari…” gumamnya perlahan. “Hari ni papa dan mama datang tengok rumah aku. Kali pertama!”Tapi belum sempat dia langkahkan kaki ke kereta, satu suara kecil mencelah kuat dari dalam rumah.“Atukkkkkk!”Danish, dengan rambut sedikit basah dan baju kartun Spiderman, meluru keluar dari rumah. Langsung tak pandang Armand yang tercegat di tepi.“Eh?! Nak ke mana ni anak aku?”Tapi Danish dah pun hilang dari pandangan, terus ke arah kereta yang pintunya baru sahaja terbuka.Dato’ Harith Adam turun dengan gaya santai, masih segak dalam usia 60-an. Seb

  • Kerana Aku Istrinya   BAB 10

    Pagi itu, rumah banglo dua tingkat itu riuh seperti biasa — cuma lebih panjang sedikit jeritannya kerana hari ini hari Ahad. Hari yang kononnya dikhaskan untuk ‘rehat’ oleh seluruh isi rumah, tapi sebenarnya penuh dengan misi yang lebih mencabar daripada mesyuarat lembaga: bawa Danish keluar bermain.“Danish, awak dah mandi belum?” Suara Hana bergema dari arah dapur sambil tangannya ligat mengacau oat dalam periuk kecil. Bau manis madu dan susu menyerbu naik ke hidung — oat yang sepatutnya si kecil itu makan walaupun dia lebih rela kunyah biskut keras tiga bulan.“Belum!” jerit Danish dari ruang tamu. Dia masih bergolek di atas karpet bulu sambil menonton rancangan kartun, lengkap berbaju tidur kartun dinosaur dan rambut serabai macam habis berlawan dengan kipas siling.“Awak cakap semalam nak bangun awal!” Hana sudah keluar dari dapur, tangan bercekak pinggang. Wajahnya jelas tak puas hati, tapi dalam geram ada senyum kecil yang tak mampu disorokkan.“Dia ikut siapa agaknya tu?” Arma

  • Kerana Aku Istrinya   BAB 9

    Hana baru je sampai rumah. Tudung dah terselak separuh, kaki baru nak naik sofa, satu nafas pun belum sempat ditarik betul-betul — tringg! telefon berbunyi.Dia kerling skrin. Nombor tak dikenali. Hati dah mula rasa tak sedap. Angkat juga.“Puan Hana? Ini dari Hotel Eleganz. Ada kecemasan… melibatkan suami puan, Tuan Armand.”Masa tu juga jantung Hana terjun tiruk dalam perut. “Cemana maksud awak kecemasan? Dia okay ke?” suara dia dah naik satu level. Dah macam interrogator FBI.“Err… kami diminta hubungi puan secepatnya. Sila ke restoran utama hotel sekarang ya.”Itu je? Tak ada penjelasan? Tak ada klu? Macam iklan seram potong separuh. Tapi staf tu cakap dengan suara misteri, macam simpan rahsia negara.Hana dah tak fikir panjang. Tudung terus disambar, tak kisah dah senget ke apa. Baju pun masih baju kerja. Kunci kereta dalam tangan, slipper dah tersalah sarung pun tak kisah — yang penting sampai hotel.Sepanjang perjalanan, dia memandu macam pelumba F1, tapi versi Muslimah berhema

Bab Lainnya
Jelajahi dan baca novel bagus secara gratis
Akses gratis ke berbagai novel bagus di aplikasi GoodNovel. Unduh buku yang kamu suka dan baca di mana saja & kapan saja.
Baca buku gratis di Aplikasi
Pindai kode untuk membaca di Aplikasi
DMCA.com Protection Status