Share

Bab 1

Penulis: Aireen Arianna
last update Terakhir Diperbarui: 2021-08-06 20:11:01

"Dah 4 tahun dia tinggalkan kau, kau masih nak menunggu lagi ke Rose?" Lara menyoal, mereka sedang berkumpul di kediaman Rose.

   "Aku akan menunggu sebab Ziyad masih memerlukan kasih seorang ayah." Roselle membalas perlahan. Lara, Hana dan Alisya memang sahabat baiknya. Mereka rapat sejak sekolah menengah lagi, Ros bersyukur sangat dapat sahabat baik seperti mereka bertiga yang selalu membantunya di saat susah mahupun senang.

   "Tapi dia dah ada perempuan lain, kau masih nak menunggu? Dahlah gantung kau tak bertali" Hana sudah mula emosi, dia memang seorang yang sangat protektif. Rose segera mengusap bahu Hana untuk menghilangkan emosi marahnya.

   "Hana....aku menunggu sebab Ziyad. Kalau bukan disebabkan Ziyad aku dah mintak cerai. Aku tak sanggup dengar Ziyad merintih setiap kali tengok kawan-kawan dia cerita fasal ayah diorang, aku sedih sangat. Aku cuma nak Ziyad bahagia" Ros berkata dengan nada sebak. 

   "Ros, aku tahu kau mampu harungi semua ni, stay strong ok. We'll stay by your side. Jangan mudah mengalah ok, aku yakin kau akan temui kebahagiaan kau nanti" Alisya memberi kata-kata semangat dan mereka berempat berpelukan menyalurkan kekuatan buat Roselle untuk terus tabah.

   "Umi..." Ziyad memanggil dengan peluh yang membasahi dahinya. Maklumlah selepas bermain itu yang berpeluh dan nampak kelelahan.

   "Ya sayang, kenapa?" Roselle menyoal dan menarik Ziyad rapat ke arahnya.

   "Ambilkan Ziyad air boleh tak? Ziyad haus lah umi" si kecil itu meminta dan membuat wajah comel. Tersenyum mereka semua dengan kecomelan Ziyad.

   "Ok, umi ambilkan. Ziyad pergi depan dulu ya, lepas minum air terus mandi tau" Roselle berpesan dan Ziyad mengangguk dan berlalu dari situ dengan penuh keriangan.

   "Comelnya anak kau, seiras dengan Zhafran tapi hidung je ikut kau" Hana memberi komen.

   "Dah itu ayah dia memanglah seiras, apalah kau ni" Lara mengusik, mereka berdua ini memang begini ada sahaja yang ingin dibahaskan.

   "Time to sleep" Roselle menutup buku cerita yang dibacanya untuk Ziyad tadi dan diletakkan di meja sisi katil. Dahi anaknya dicium seketika.

   "Umi, Yad nak tengok gambar ayah boleh? Sekejap je, lepastu Yad tidurlah" Ziyad membuat wajah comel, Roselle tersenyum dan mengangguk dan mengeluarkan telefon bimbitnya dari kocek seluar. Gambar Zhafran yang tersenyum manis dengan suit pejabat di tunjukkan kepada anaknya.

   "Ayah hensem macam Yad lah umi. Yad rindu ayah, bila ayah nak balik?"dengan ceria Ziyad menyoal. Beginilah Ziyad setiap hari, sebelum tidur pasti akan melihat wajah Zhafran. Paling buat Ros sebak apabila anaknya berkata begini.

   "Kalau tak dapat jumpa ayah betul-betul dapat jumpa dalam mimpi pun jadilah" Ros memandang Ziyad yang masih menanti jawapan darinya.

   "Yad banyakkan berdoa ya, doa supaya dapat jumpa ayah dan doa supaya ayah sihat walau di mana ayah berada. Umi janji satu hari nanti Yad pasti akan dapat jumpa dengan ayah" Ros membalas dan segera memeluk tubuh anaknya dengan erat.

   "Umi jangan sedih tau, ayah mesti tak suka kalau tengok umi sedih. Ok lah umi, mata Yad dah ngantuk. Yad tidur dulu tau"Ziyad memujuk dan mengusap belakang badan umi nya. Pelukan di lepaskan dan Ziyad terlena sambil memeluk anak patung Upin Ipin nya. Ros memandang wajah Ziyad yang sangat comel ketika tidur itu.

   "Terus kuat bersama Umi ya sayang, umi sayang Ziyad sangat-sangat"

Ramai pelanggan yang memenuhi kawasan Kafe Cherry blossom itu. Roselle termengah-mengah kepenatan mahu menyiapkan segala tempahan makanan. Hampir 30 minit juga barulah keadaan di Kafe itu sedikit lengang. 

   "Kau memang lelaki tak guna! Aku benci kau." Seorang gadis berteriak ke arah seorang lelaki di hadapannya, mungkin kekasihnya. Roselle sudah susah hati, pasti ada beberapa pelanggan yang tidak selesa dengan drama perbalahan yang terjadi saat ini. Roselle segera menghampiri meja wanita itu.

   "Cik, ada apa-apa masalah ke?" Roselle bertanya.

   "Kau tak payah sibuklah perempuan, ni hal aku dengan jantan ni. Takde kena mengena dengan kau." Wanita itu memarahi Roselle.

   "Tapi cik dah menganggu ketenteraman orang dalam kafe ni, benda ni boleh selesaikan secara baik cik. Tak perlu bergaduh macam ni." Roselle berkata dengan tegas. Wajah wanita itu kemerahan menahan marah dan malu. Dia mengambil gelas air itu dan ingin menyimbah Roselle.

Splash!

Roselle dan wanita itu sama-sama terkedu kerana ada seorang lelaki yang menghalang tubuh Roselle dari terkena air tersebut.

   "Are you okay?" Lelaki itu menyoal Roselle. Roselle mengangguk dan cuba mengecam wajah lelaki yang bermata sepet di hadapannya ini. Seperti pernah kenal tapi dia tidak pasti siapa.

   "Sorry... Saya tak sengaja."wanita itu segera meminta maaf dan ingin mengelap baju nya namun lelaki itu menepis nya.

   "Kau ni takde kesedaran mental eh? Buat kecoh dekat publik. Publisiti murahan!" Lelaki itu berkata selamba, oleh kerana malu yang teramat dia segera mengambil hand bag nya dan berjalan keluar dari Kafe itu.

   "Ermm... Ni Kavin ke?" Roselle menyoal dengan ragu-ragu. Lelaki itu tersenyum manis ke arah nya.

   "Ingatkan Ros tak kenal tadi. Ros apa khabar?" Kavin membalas dengan mesra, mereka berdua segera melabuhkan punggung di kerusi berhampiran.

   "Alhamdulillah, Ros sihat. Kavin balik Malaysia bila?" 

   "Bulan lepas, tak bestlah duduk Korea lama-lama." Roselle pelik mendengar balasan Kavin. Kavin ialah rakan nya sewaktu universiti dahulu, Kavin kacukan China dan Korea sebab itulah matanya sepet.

   "Kenapa pula tak best? Kalau Rose memang tak mahu balik Malaysia dah" Roselle menyoal. Kevin tertawa riang mendengar soalan dari Roselle.

   "Sebab dekat Korea takde Roselle Riana yang cantik ni." Roselle mencebik mendengar bicara Kavin. Kavin si mulut manis, sebab itulah dahulu ramai wanita yang minat padanya tapi bukan pada Roselle. Kavin tak menepati cita rasanya.

   "Tak habis-habis lagi dengan sweet talker dia tu, ni mesti dah ada makwe kat sana ni. Muka nampak berseri je." Roselle cuba serkap jarang.

   "Perempuan Korea bukan taste aku lah, aku nak perempuan melayu. Aku tak nak lah bercinta bagai ni, nak fokus dekat kerja dahulu." Kavin membalas.

   "Kau kerja dekat mana?"

   "Cawangan baru syarikat daddy aku, baru je launch bulan lepas. Aku lah yang kena uruskan"

   "Wah dah jadi CEO lah. Tak tercapai lah impian kau nak jadi pemain bola sepak."

   "Hmm macam tulah, nak buat macam mana. Daddy aku kata itu business turun temurun, nak tak nak aku jugak kena uruskan." 

   "Oklah Vin, aku nak pergi buat air kejap. Kau nak minum air apa?" Roselle segera bangun dari kerusi yang didudukinya.

   "Macam biasalah"

Roselle mengangguk dan segera berlalu ke dapur.

Lanjutkan membaca buku ini secara gratis
Pindai kode untuk mengunduh Aplikasi

Bab terbaru

  • Akhiri Penderitaanku   BAB 13

    Tepat pukul 7 malam, kek cawan yang berjumlah 500 biji berjaya disiapkan oleh Roselle dengan bantuan dari salah seorang pekerja kafe itu juga. Sejak pukul 5 petang tadi dia dan Lila mula membuat kek cawan itu, akhirnya dengan berkat kesabaran dan ketekunan mereka kek itu berjaya disiapkan. "Terima kasih Lila sebab tolong akak, esok Akak belanja Lila makan." Roselle mengucapkan terima kasih kepada Lila disaat gadis muda itu sedang mengemas begnya di locker simpanan barang pekerja. "No hal ah kak, ni pun tugas saya. Eh waktu akak dekat sini, siapa yang jaga Ziyad?" Lila menyoal, tiba-tiba sahaja dia teringat tentang anak Kak Ros yang comel itu. "Akak minta tolong cikgu taska Ziyad jagakan dia, nasib baiklah dia ok je. Akak

  • Akhiri Penderitaanku   Bab 12

    Selama seminggu ini, Roselle tenang tanpa sebarang gangguan dari sesiapa. Dia hidup seperti biasa dengan Ziyad, cuma itulah. Setiap hari Ziyad akan bertanya soalan yang sama. “Umi, bila ayah nak ambik kita dekat sini?” itulah soalan yang acap kali ditanya oleh anaknya. Roselle hanya mampu menjawab bahawa Zhafran busy dan akan mengambil mereka apabila kerjanya sudah selesai. “Macam mana duduk sini? Selesa?” Kak Karina menyoal Roselle yang sedang sibuk mengelap meja itu. “Alhamdulillah, ok kak. Lagipun rumah sewa saya tu dekat dengan Kafe, lepastu kawasan nya pun takde lah jauh sangat dengan Taska Ziyad. Itu pun dah bersyukur sangat.” Roselle membalas sambil tersenyum senang. Dia banyak berhutang budi dengan Kak Karina. Selain menawarkannya kerja, wanita itu jugalah yang menjaga dia sewaktu berpantang. Maklumlah Kak Karina lebih berpengalaman kerana sudah mempunyai anak seramai tiga orang. “Alhamdulill

  • Akhiri Penderitaanku   Bab 11

    Hana menjadi marah yang teramat saat mendengar cerita dari Roselle tentang kedatangan Melina di hospital tengahari tadi. Dia cukup meluat dengan perangai sepupunya yang tak reti malu itu. “Sakitnya hati aku dapat sepupu tak bermoral macam dia tu! Otak dia tu kemana eh? Jatuh? Hilang? Cakap macam orang takde akal je.” Hana membebel dengan sangat beremosi. “Kalau aku jadi kaulah Ros, memang aku tampar je mulut busuk dia tu. Eee… sakit betul hati aku ni.” Hana menyambung bicara, air milo dihadapannya diteguk rakus setelah membaca bismillah. Marah pun marah juga, tapi jangan lupa baca bismillah! “Aku malas nak gaduh, lagipun dekat kawasan hospital kan. Menganggu ketenteraman awam je, lagipun lepas ni aku takkan jumpa lagi mereka berdua. Biarkan jelah.” Roselle membalas dengan tenang, berkerut dahi Hana mendengar kenyataan dari Roselle. “Kau nak pergi mana pula

  • Akhiri Penderitaanku   Bab 10

    Ziyad sudah dipindahkan ke wad biasa kerana keadaannya yang sudah mula stabil setelah pembedahan di jalankan. Ziyad semakin berselera sekarang, Roselle selalu membawa makanan yang berkhasiat untuk anaknya dan makanan itu pun Doktor Aidan yang sarankan padanya. “Umi, daddy tak datang ke harini?” Ziyad menyoal Roselle yang sedang menyuapkan makanan kepadanya. “Daddy, busy kot sayang. Petang nanti ke Daddy datang.” Roselle memberi alasan, dia pun tidak tahu mengapa suaminya tidak melawat Ziyad hari ini. “Alah, lamanya nak tunggu Daddy datang. Kalau Daddy tak datang harini takdelah lagi kisah nabi yang Yad boleh dengar.” Ziyad membalas dengan nada sayu. Tersenyum Roselle mendengar nya, dia gembira kerana Ziyad begitu menggemari kisah perjuangan Nabi Muhammad. Subhanallah! “Takpe, hari ni biar umi cerita kan kisah nabi pada Yad. Boleh tak?” “Yay, boleh-boleh. Yad nak jadi orang hebat

  • Akhiri Penderitaanku   Bab 9

    Raihana tersedar dari lena, kepalanya merasa sakit yang teramat. Kawasan disekeliling nya terasa begitu asing, matanya yang berpinar itu digosok perlahan. Kejadian semalam masih kabur di kotak pemikirannya. Pintu ruangan itu dibuka oleh seseorang, terlihat wajah seorang gadis yang kemungkinan berusia 20 tahun. Gadis itu menghampiri Raihana yang masih terbaring di atas katil “Saya dekat mana ni? Awak siapa?” Raihana menyoal dalam ketakutan, setelah kejadian dia diculik di lapangan kapal terbang itu dia jadi takut untuk mempercayai orang asing. “Saya Nazra, semalam akak pengsan dekat tepi tong sampah belakang café saya. Itu yang saya bawa akak ke rumah saya. Akak ok?” Nazra menyoal dengan simpati, dia kasihan melihat wajah Raihana yang terdapat kesan luka dan wajahnya yang tampak pucat dan lesu. “Terima kasih Nazra, maaf sebab susahkan Nazra. Akak ok je.” Raihana membalas dengan senyuman pahit di bibirnya. &

  • Akhiri Penderitaanku   Bab 8

    Selesai sahaja menunaikan solat asar Roselle berjalan menuju ke arah Kafeteria di kawasan hospital itu. Perutnya semakin berkeroncong hebat kerana rasa kelaparan yang teramat. Pagi tadi dia hanya makan sekeping roti sahaja. Roselle membeli sebungkus nasi ayam dan air milo ais di dalam cawan sederhana besar. Telefonnya berbunyi, ada tiga mesej dari Hana. Hana : Beb, aku ada hal emergency ni. Ziyad aku tinggalkan, tapi jangan risau ada nurse dekat situ. Roselle merasa risau, dia takut jika orang upahan Zhafran ada disekitar sini. Sudah beberapa hari Roselle merasa dirinya seperti diekori. Selesai mengambil nasi ayam dan air milo yang ditempahnya tadi, Roselle bergegas menuju ke wad yang ditempatkan Ziyad. Roselle membuka pintu wad itu dengan tergesa-gesa, alangkah terkejutnya dia melihat figura tubuh seorang lelaki sedang duduk di atas kerusi. Dia tahu siapa lelaki itu, namun yang dia terkejut apabila melihat Ziyad yang sudah sedar dari lena sangat mesr

Bab Lainnya
Jelajahi dan baca novel bagus secara gratis
Akses gratis ke berbagai novel bagus di aplikasi GoodNovel. Unduh buku yang kamu suka dan baca di mana saja & kapan saja.
Baca buku gratis di Aplikasi
Pindai kode untuk membaca di Aplikasi
DMCA.com Protection Status