Share

Akhiri Penderitaanku
Akhiri Penderitaanku
Author: Aireen Arianna

Prolog

Roselle merenung panorama di luar tingkap. Hatinya tidak menentu sejak tadi, berdebar seakan ada sesuatu yang akan terjadi.

Tok Tok Tok

Ketukan pintu biliknya menyedarkan Rose dari renungan panjang itu.

   "Ya masuk je, pintu tak berkunci" Rose menyahut, tombol pintu itu dipulas seseorang. Rupanya Kak Ana iaitu pembantu rumahnya.

   "Pukul 4 nanti bersiap ya, Tuan Zhafran ajak keluar" Kak Ana berpesan, dahi Ros berkerut.

   "Keluar? Nak pergi mana?" Ros menyoal.

   "Tak silap Kak Ana, Tuan nak bawa pergi Kafe Cappuccino Oreo" Ros terdiam dan segera mengangguk.

   "Ok Kak Ana, terima kasih" Ros tersenyum dan Kak Ana segera keluar dari bilik itu. Ros melabuhkan punggung di atas katil, fikiran nya bercelaru dan sedang berfikir perkara negatif.

   "Kenapa dekat Kafe tu Zhaf? Kau nak ulang peristiwa empat tahun lalu ke? Kau nak tinggalkan aku lagi?" Ros tertanya sendiri, dia tersenyum pahit.

   "Hubungan ni memang dah lama hancur, cuma aku yang nak sangat pertahankan. Aku bertahan kerana Ziyad tapi...." Ros tak dapat menyambung bicara air matanya mengalir deras dari pelupuk mata. Dia bukan Ros beberapa tahun yang lalu. Ros yang tak suka menangis, Ros yang selalu ceria. Namun dia kini seorang Ros yang mudah menangis dan terluka.

   "Umi" Ziyad menjerit dan segera menghampirinya, Ros segera mengelap air mata di pipinya. Bimbang jika anak kecilnya itu melihat, Ziyad ni memang pintar. Nanti ada sahajalah soalan yang ditanya apabila melihat umi nya menangis.

   "Kenapa sayang?" Ros bertanya dan segera mengusap rambut Ziyad.

   "Ziyad nak makan Dorayaki, umi buatkan eh?" Ziyad menyoal dengan nada manja sambil memeluk umi nya.

   "Haritu kata nak kurus macam ayah?" Ros mengusik Ziyad. Ziyad segera menayangkan wajah cemberut.

   "Haritu yang ni hari ni, Ziyad kecil lagi lah Umi. Ayah dulu masa kecik pun gemok, nanti dah besar Ziyad kuruslah" dengan petah Ziyad membalas, tertawa riang Ros dengan karenah anaknya.

   "Hmm yelah, umi buatkan. Ziyad pergi tengok tv dulu ok?"

   "Ok umi!" Ros segera mendukung anaknya dan di bawa ke ruang bawah.

Dress labuh bewarna biru menjadi pilihan Roselle, baju yang diberikan oleh Puan Sri Zuria iaitu ibu mertuanya. Tudung shawl satin jenama Ariani tersarung elok di kepalanya bagi melindungi mahkota nya dari tatapan umum.

   "Umi nak pergi mana?" Ziyad menyoal.

   "Nak jumpa ayah sayang" 

   "Ziyad nak ikut!" Ziyad berkata dengan nada teruja.

   "Ziyad tak boleh ikut sayang, umi dengan ayah ada urusan penting" wajah Ziyad kemuraman apabila mendengar balasan dari umi nya.

   "Umi tak payahlah pergi, umi teman Ziyad tengok kartun je" Ros tersenyum dan mengusap kepala anaknya.

   "Ziyad sayang umi tak? Kalau sayang dengar cakap umi ya. Umi pergi sekejap je." Ros memujuk.

   "Promise?" Ziyad meminta kepastian.

   "Promise"

   "Jangan lama-lama tau, nanti Ziyad rindu umi" Entah mengapa Ros merasa sebak sangat apabila mendengar bicara anaknya. Segera tubuh kecil itu dibawa dalam pelukan. Semoga semuanya baik-baik sahaja.

Ros hanya mendiamkan diri sepanjang perjalanan. Semakin hampir dengan tempat yang dijanjikan semakin luluh hatinya. Jauh disudut hatinya, Ros berharap agar pertemuan pada hari ini menjanjikan sesuatu yang manis untuk mereka berdua.

   "Kamu nampak restoran tu?" Tanya Pak Ismail selepas dia memberi isyarat berhenti di bahu jalan bertentangan dengan restoran tersebut. Ros mengangguk.

   "Jauh kalau nak buat pusingan U. Dah lambat ni, kamu lintas jalan dari sini. Lepas ni, kamu balik dengan Zhafran." Kata Pak Mail. Jalan raya tidak putus dengan kenderaan yang lalu-lalang. Ros mengangguk tanda faham. Dia mengucapkan terima kasih sebelum menutup pintu kereta. Ros berdiri di belakang kereta untuk melintas jalan. Tidak jauh dari tempat dia berdiri, kelihatan Zhafran sedang duduk menghadap cermin dan memandang ke arahnya. Pandangan mereka bertembung. Ros menyusun langkah melintasi jalan. Ketika Ros tiba di tengah garisan pembahagi jalan, sebuah kereta Audi yang dipandu laju hilang kawalan dan merempuh Ros. Tubuhnya melayang ke udara dan jatuh di atas kereta tersebut sebelum tergolek di atas jalan. Ros terbujur kaku di situ. Zhafran yang menyaksikan kejadian itu terkaku di tempat duduknya. Terasa seperti nafasnya terhenti. Hampir beberapa saat dia dalam keadaan begitu sebelum tersedar semula dan berlari mendapatkan Rose. Pak Ismail yang terdengar bunyi dentuman yang kuat terus mencampakkan telefon bimbitnya ke atas kerusi di sebelah pemandu dan berlari mendapatkan Roselle. Orang ramai sudah mengerumuni tempat kejadian. Zhafran terpaksa berasak untuk menghampiri Roselle. Terasa lemah seluruh sendinya apabila melihat darah yang membasahi dress biru Roselle. Dia terus mencempung badan Roselle dan dibawa ke dalam kereta. Tanpa berlengah Pak Ismail memandu laju menuju ke hospital yang paling dekat dengan Cafe Coppucino Oreo. Zhafran meriba kepala Roselle. Dia tidak putus-putus berdoa agar Roselle selamat. Bau hanyir darah sudah tidak menjadi masalah baginya. Dia merapatkan bibir pada telinga Roselle.

   "Jangan tinggalkan abang, Rose. Tolong jangan tinggalkan abang. Abang cintakan Rose" luah Zhafran dengan bersungguh-sungguh apabila melihat Roselle semakin lemah dan mata isterinya semakin layu. Sedih Pak Ismail mendengar rintihan dan pengakuan cinta Zhafran Cairil pada Roselle. Kenapa kau ambil masa yang terlalu lama untuk ucapkan nya pada Roselle? Kau berdoalah agar dia dapat mendengar sendiri pengakuan kau itu. Jika masanya sudah sampai untuk dia pergi, aku memohon padamu Ya Allah agar dia dapat mendengar pengakuan suaminya kerana aku tahu itulah yang ditunggunya selama ini.

   Sebaik sahaja tiba di hadapan pintu kecemasan hospital, Roselle ditolak ke dalam bilik rawatan kecemasan.

   "Kemalangan ke encik?" Soal salah seorang jururawat yang berada di kaunter pendaftaran kes kecemasan.

   "Err...ye. Ada sebuah kereta yang dipandu laju dan langgar dia." Jawab Zhafran.

   "Ada bawak IC dia?" Soal jururawat itu lagi.

Zhafran terdiam. Aku ada ambil beg tangan dia ke tidak tadi? Dia termangu-mangu, langsung tidak dapat mengingati rentetan peristiwa yang berlaku. Pak Ismail menghulurkan beg tangan Roselle kepada Zhafran. Zhafran segera menyambut huluran Pak Ismail. Dia membuka dompet Roselle, mengeluarkan kad pengenalan Roselle dan menyerahkannya kepada jururawat tersebut. Setelah urusan pendaftaran selesai, Zhafran dan Pak Ismail bergerak ke ruangan menunggu. Mereka menanti dengan dada yang berdebar-debar. Pak Ismail mengerling sekilas Zhafran yang tunak memandang pintu bilik rawatan kecemasan. Dia menepuk perlahan bahu Zhafran.

   "Jangan berhenti berdoa, Zhaf"

Zhafran menundukkan wajahnya. Perasaannya dihimpit dengan seribu satu penyesalan. Dia juga takut kehilangan Roselle. Tanpa segan-silu, Zhafran menangis semahunya di hadapan Pak Ismail.

   "Buat solat hajat, Zhaf. Doakan semuanya baik-baik sahaja. Takde guna kalau Zhaf meratap macam ni. Pak Mail ambilkan baju Zhaf kejap, nanti Zhaf pergi solat ya"

Zhafran mengangguk, ada benarnya kata Pak Ismail. Tiada guna kalau dia terus menyesali perkara yang dah terjadi, lebih baik dia berdoa dan memohon ampun kepada Allah.

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status